Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 5 September 2013

Foto : Mahkamah Sahkan Perceraian Rita Rudaini & Aidil

05 September 2013

Rita Rudaini

asanya ramai sudah sedia maklum mengenai isu pergolakan rumahtangga pelakon jelita, Rita Rudaini dan bekas suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak, 26.
Rita sebelum ini dilaporkan telah diceraikan oleh Aidil menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lalu, bagaimanapun telah menemui jalan penyelesaian apabila kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Seremban hari ini.
Artikel Berkaitan :
Menerusi laporan Utusan Online, pihak mahkamah akhirnya telah mengesahkan perceraian talak satu pasangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Hamizan Mohd. Nor.
Rita Rudaini 2
Rita disamping teman-teman dan peguamnya, Dato Zaidi Zain.
Ketika perbicaraan tersebut berlangsung, nampaknya Rita tidak hadir ke mahkamah berseorangan.
Ini kerana, menerusi foto-foto yang dikongsikan, pelakon tersebut dilihat hadir bersama teman-teman rapatnya dan wajah Rita begitu tenang sewaktu kes perbicaraan tersebut selesai.
Screen Shot 2013-09-05 at 4.42.54 PM
Untuk pengetahuan, Aidil dan Rita pernah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1 tahun.
Bagaimanapun, di sini OHBULAN! ingin kongsikan juga beberapa foto Rita sekitar kes perbicaraannya sebentar tadi.
Kredit Foto : Instagram Rita Rudaini

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...