Susulan daripada kenyataan Rita Rudaini, 36, yang mempertahankan hak penjagaan anak-anak jika berlaku perceraian antara dia dan suaminya, Aidil Zafuan, 25, MH Online mendapatkan kenyataan balas daripada Aidil sendiri.

Aidil memberitahu bahawa hak penjagaan anak-anak akan diserahkan kepada Rita kerana dia mengakui bahawa anak-anak lebih rapat dengan ibu mereka.

"Saya masih bapa kepada anak-anak saya dan saya akan jalan tanggungjawab saya sebagai seorang bapa," jelas Aidil dalam nada suara yang bergetar.

Pun begitu, jika hak penjagaan diserahkan kepada Rita, Aidil berharap agar dia turut diberi kebebasan untuk bertemu dan bermalam dengan anak-anaknya bila-bila masa tanpa syarat.