Aidil Zafuan Abdul Razak yang menjadi pilihan Maskulin bagi menghiasi wajah muka depan seakan memberi kesan penutup 2013. Mana mungkin ingatan penulis boleh lupa tentang kisah dirinya. Selama setahun ini, kisah hidupnya menjadi sebutan ramai baik soal peribadi mahu pun kerjaya. Mungkin untuk penghujung tahun ini, Aidil Zafuan sesuai bercakap mengenai pengalaman yang dilaluinya. Juga erti sebuah perhubungan dari aspek pandangan seorang lelaki. Mahukah anda mendengarnya?

Penulis masih ingat tatkala mengubungu jejaka kacak ini. Apa istimewanya dia? Itu soalan yang ditanya oleh Aidil kepada penulis apabila memintanya beraksi untuk majalah ini. Tiada jawapan khusus diberikan cuma penulis minta dia bercakap mengenai isu perhubungan. Mungkin jawapan selamat yang diberi penulis kepada Aidil membuatkannya setuju, mungkin juga ada sesuatu yang terbuku di hati untuk dirinya? Penulis sendiri tidak dapat mentafsirkan situasi ini. Apa yang pasti, persetujuan Aidil untuk bekerjasama dengan Maskulin, kami lihat sebagai tanda kemenangan.

Sehari selepas pasukan Malaysia menentang Bahrain, kami berkumpul di lokasi yang ditetapkan juga menjadi kegemaran pemain bola sepak ini iaitu laut. Menunggu kehadiran Aidil di Mayang Sari Resort & Hotel Port Dickson tidak meresahkan penulis. Apa tidaknya, dek kerana keindahan pantai yang dimiliki oleh resort ini begitu membuai fikiran penulis. Membuatkan diri tidak sedar dengan kedatangan figura yang ditunggu. Aidil hadir sendirian memandu kereta mewah yang dimiliknya sambil tersenyum ke arah kami semua.

TIDAK MENYESAL APA YANG TERJADI
Dunia sememangnya tidak akan lari dari perhubungan. Sama ada hubungan di tempat kerja, rakan-rakan, kekeluargaan mahupun hubungan cinta antara pasangan. Bercakap mengenai pasangan, lelaki dan wanita mempunyai tarikan yang berkemungkinan akan melahirkan perkara-perkara indah daripada perhubungan yang dicipta.

Tetapi untuk mencipta perhubungan indah yang diangankan oleh dua kaum ini, memerlukan pengorbanan yang spontan. Maksud penulis, apa peranan kita semua untuk mengejar erti kebahagiaan ini? Jika hanya sebelah pihak sahaja yang mencari kebahagiaan itu, hubungan ini berkemungkinan besar bakal menempuh kegagalan.

MENARIK BULAN INI
Banyak perkara yang dikongsi jejaka kacak ini untuk edisi kali ini. Selain itu, antara kandungan menarik adalah Dilema Bujang Terlajak: Sengkek Atau Tolak Jodoh?, Panas! Kahwin Songsang Terang-Terangan, Orb Challlenges: Kegilaan Baru Menyeronokkan, 7 Idea Kurangkan Kos Kahwin, Ketahui Faktor Pengaruhi Kesuburan & Tip Saranan Pakar, 12 Fesyen & Gaya Hujung Tahun Perlu Cuba dan banyak lagi. Anda juga boleh menang set pencuci muka Men's Biore Double Scrub & Set Eksklusif Jabra Bluetooth Headset bernilai RM528. Semuanya boleh diperolehi menerusi majalah Maskulin keluaran Disember 2013.