
Pelakon Ayu Raudhah Che Wan dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak sah bergelar suami isteri setelah selamat diijabkabulkan, di Masjid Sultanah Bahiyah, Alor Setar, Kedah petang ini.
Ayu, 27, dan Zaquan, 24, dinikahkan oleh Imam Masjid Sultanah Bahiyah, Mustafa Kamil Abdul Jalil. Ayu diwalikan abangnya, Roshidi Che Wan, 31, dengan mas kahwin sebanyak RM1,888.

CERIA BERGELAR SUAMI ISTERI
Dia kemudian menandatangani ikrar sebagai pasangan suami isteri dan turut menyarung cincin dalam acara membatalkan air sembahyang.
Majlis serba sederhana itu turut disaksikan oleh lebih 100 jemputan termasuk ibu Ayu, Zabedah Saat, ibu bapa Zaquan, Abdul Radzak Salleh dan isteri, Azizah Arshad, anggota keluarga serta rakan kedua mempelai.
Majlis serba sederhana itu turut disaksikan oleh lebih 100 jemputan termasuk ibu Ayu, Zabedah Saat, ibu bapa Zaquan, Abdul Radzak Salleh dan isteri, Azizah Arshad, anggota keluarga serta rakan kedua mempelai.

DIRESTUI KELUARGA TIDAK SEPERTI PASANGAN KEMBARNYA.
Jelas kelihatan raut bahagia pada wajah masing-masing setelah sah bergelar suami isteri.
Belum rancang bulan madu
Pasangan ini berseri dengan persalinan rekaan Man Kajang dan solekan jurusolek terkenal Amy Jant.
Mereka bagaimanapun belum merancang berbulan madu memandangkan kesibukan kerjaya masing-masing.

BAGAIMANA PRESTASI ZAQUAN SELEPAS DISUNTIK GLAMOR SENI ISTERI?
2 ulasan:
tapi sekarang keluarga aidil dah restu kan..
kita doakan saja semoga mereka bahagia hingga akhir hayat dan hidup seperti pasangan suami isteri yang lain walau apa jua situasi..
semoga rit dan aidil lebih bahagia dgn bakal lahirnya zuriat yang ke-2...
amin
Catat Ulasan