Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 18 Oktober 2012

Piala Malaysia 2012 : Apa Kata Sheera, Pekin & Neelofa?

19 Oktober 2012


Demam Bola Sepak Piala Malaysia 2012 Melanda! Selepas Kelantan menewaskan Selangor dengan mendahului 3 mata. Kini, giliran Angkatan Tentera Malaysia(ATM) yang menewaskan Negeri Sembilan bertembung dengan pasukan Kelantan bagi merebut juara Piala Malaysia edisi ke-86.
Perlawanan bola sepak pada 20 Oktober bersamaan hari Sabtu yang diadakan di Stadium Melawati Shah Alam itu pastinya menjanjikan pertembungan sengit. Bagi kedua-dua pasukan ini, pastinya mereka ingin berjuang mati-matian untuk menjuarai Piala Malaysia 2012. Jika tersilap langkah, pasukan tersebut pasti akan gagal. Namun, penampilan kedua-dua pasukan ini usah dipandang enteng kerana mereka telah mencatatkan keputusan yang memberansangkan di peringkat kelayakan.
Walaubagaimanapun, tak meriahlah sekiranya barisan artis tidak turut serta dalam memberikan sokongan dan kata-kata semangat kepada pasukan Kelantan. Jadi, OHBULAN! telah menemubual para artis yang berasal daripada negeri Kelantan untuk memberikan sokongan dan semangat secara spontan bagi perlawanan bola sepak Piala Malaysia 2012.
Menerusi temubual bersama artis comel yang popular dalam satu rancangan siri televisyen “Halimah Jonggang” iaitu Sheera Iskandar, dia menyatakan hasratnya untuk melihat Kelantan menang dalam perlawanan ini dan menewaskan pasukan ATM dengan seadil-adilnya.
“Saya minat sukan. Pada waktu lapang saya, saya akan turut serta bermain bola dan menonton perlawanan bola sepak. Dulu, bekas tunang saya merupakan pemain pasukan ATM. Segala latihan yang dijalankan, saya turut serta menemani. Jadi, sukan bola tak asing lagi daripada hidup saya. Walaubagaimanapun, saya tetap menyokong Kelantan dan saya nak Kelantan menang perlawanan bola sepak ini nanti.”
“Apabila tiba hari perlawanan, saya lihat pasukan Kelantan bermain dengan sangat “relax”. Kalau boleh, saya memang nak pergi perlawanan itu, tapi tak ada teman. Mungkin saya akan mengikuti perkembangan perlawanan bola sepak itu di laman Twitter jika saya tidak menonton di rumah. Apa-apa pun, saya nak Kelantan menang!”, ujar Sheera ketika ditemubual.
Selain itu, dia turut menyampaikan pesanan kepada penyokong fanatik Kelantan agar berhibur dengan perlawanan bola sepak itu tanpa menghancurkan harta benda awam apabila menghadapi kekalahan perlawanan bola sepak.
Manakala, menerusi temubual bersama selebriti kacak Mohd Iznan Ibrahim atau lebih dikenali sebagai Pekin Ibrahim, 31 tahun, dia menyuarakan sokongan penuh kepada jurulatih pasukan Kelantan iaitu Bojan Hodak untuk berusaha memantapkan pasukan itu bagi menjuarai piala Malaysia 2012 tahun ini.
“Saya tak ada harapan untuk masa depan orang Kelantan, kerana orang Kelantan semuanya ada masa depan. Melalui pengalaman yang  baik dalam mengawal permainan yang ditonjolkan oleh pemain Indraputra, saya ramal mungkin Kelantan mampu menewaskan ATM dengan mendahului 2 mata dihadapan.”
Selain itu, Pekin turut memberitahu jika ada waktu kelapangan, dia akan menonton pasukan kegemarannya beraksi dirumah. Apa-apa pun, dia menyatakan hasratnya supaya penyokong fanatik Kelantan yang menyaksikan perlawanan di Stadium itu tidak melakukan masalah.
“Kepada penyokong Kelantan, tonton perlawanan dengan sabar dan tenang. Setiap permainan pasti ada kalah dan menang. Walaupun kalah di medan pertempuran, masih menang di mata rakyat.”, ujar Pekin semasa ditemubual.
Selain itu, hasil temubual bersama selebriti jelita Neelofa yang kini hangat dikaitkan dengan pelakon kacak, Hans Isaac, dia memberikan sokongan padu kepada pasukan Kelantan untuk meraih gelaran juara dalam perlawanan bola sepak edisi ke-86 ini.
“Saya rasa kelantan menang. Kalau imbas kembali corak permainan pasukan Kelantan dahulu, tak mustahil Kelantan mampu menjuarai piala Malaysia 2012 ini”
Neelofa yang juga merupakan sahabat kepada kekasih penjaga gol popular Khairul Fahmi Che Mat iaitu Luniey menyokong pasukan Kelantan sepenuhnya dan meramalkan pasukan Kelantan mampu meraih kemenangan dengan mendahului 2 mata.
Bercerita mengenai ragam penyokong-penyokong Kelantan, Neelofa memberitahu bahawa orang Kelantan amat agung-agungkan sukan bola sepak ini dimana ianya juga merupakan hiburan utama orang Kelantan. Namun, Neelofa tak menyokong sesetengah orang Kelantan yang bertindak tanpa berfikir.
“Adat pertandingan, ada menang dan kalah. Jika tahun ini rezeki tak berpihak kepada pasukan Kelantan, mungkin tahun depan. Jadi, bagi penyokong fanatik Kelantan, mereka haruslah bertindak secara rasional dimana belajar menerima kekalahan dengan bermaruah.”, ujar Neelofa ketika ditemubual.
Apa-apa pun, nantikan perlawanan bola sepak Kelantan menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang berlangsung di Stadium Shah Alam pada 20 Oktober ini!

Aidil, Amirizdwan tekad sekat penggempur Kijang

19 Oktober 2012


GANDINGAN dua pemain kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dan Amirizdwan Taj Tajuddin menjadi taruhan ATM pada final Piala Malaysia, esok. Kehadiran Amirizdwan adalah bagi menggantikan Irwan Fadzly Idrus yang digantung perlawanan di pertahanan tengah.
Bagi Amirizdwan, peluang diberikan pengendali ATM, B Sathianathan akan digunakan sebaik mungkin pada penampilan final pertamanya.

“Tiada tekanan kerana saya lihat ini adalah peluang membuktikan sesuatu kepada pasukan dan diri sendiri,” kata bekas pemain UiTM FC itu.
Kehadiran pemain tinggi lampai itu pastinya bagi mengawal jentera serangan Kelantan yang mungkin diketuai Mohd Afiq Azmi.

Sementara itu, Aidil Zafuan berkata, tiada masalah buat dirinya bergandingan dengan Amirizdwan mengawal jentera serangan Kelantan.

“Sejak minggu lalu kami berlatih bersama di posisi itu untuk meningkatkan lagi persefahaman,” katanya.

Aidil Zafuan yang menjadi tonggak paling berpengalaman di bahagian belakang turut menasihatkan rakan agar tidak tertekan.

“Saya sendiri sebenarnya masih gugup walaupun sudah beberapa kali bermain di final. Saya harap pemain lain cepat menyesuaikan diri.” Selain Amirizdwan, barisan pertahanan ATM dijangka menampilkan Azmi Muslim (pertahanan kiri) dan K Rueben (pertahanan kanan) yang beraksi buat kali pertama di final Piala Malaysia.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19

Peluang Kelantan cipta trebel

19 Oktober 2012



FINAL Piala Malaysia, Sabtu ini merupakan peluang terbaik buat pemain Kelantan (jersi putih) untuk mencipta kejayaan trebel.


KELANTAN kini berada di landasan yang cukup baik untuk merangkul piala ketiga dalam misi mereka mencipta sejarah sukan bola sepak negeri itu, sekali gus melengkapkan gelaran trebel musim ini.
Skuad yang mendapat jolokan The Red Warriors itu akan turun menentang Angkatan Tentera Malaysia (ATM) pada final Piala Malaysia 2012 di Stadium Shah Alam malam esok.
Bagi ketua jurulatihnya, Bojan Hodak, pasukannya kini berada dalam keadaan bersedia tanpa sebarang kecederaan mahupun masalah fizikal dan mental kecuali penggantungan dua tonggak utamanya, Norfarhan Muhammad dan Mohammed Ghaddar.
Menurutnya, semua pemainnya kini bekerja keras dan mempamerkan aksi yang cukup menakjubkan dalam sesi latihan bagi mencuri tempat dalam kesebelasan utama namun, beliau hanya mampu untuk memilih 11 pemain sahaja.
"Semuanya memeningkan saya tetapi saya gembira apabila mereka memperlihatkan kesungguhan untuk beraksi. Sudah tentu semua pemain mahu dipilih untuk beraksi pada pentas perlawanan akhir ini dan ia begitu mengujakan saya.
"Bagi dua pemain yang akan menggantikan Norfarhan dan Mohammed Ghaddar, salah seorang daripadanya mungkin Piya (Badri Radzi) tetapi seorang lagi masih belum ada dalam kepala saya.
"Bergantung kepada ilham yang saya akan dapat ataupun persembahan pemain yang memikat hati saya nanti. Mungkin anda boleh tanya saya pukul 12 tengah hari Sabtu ini," katanya berseloroh.
Mengulas lanjut mengenai ketiadaan dua tonggak utamanya, Hodak tanpa berselindung menjelaskan, beliau agak terasa kehilangan Norfarhan yang menjadi penjaring terbanyak Kelantan dengan lima gol pada kempen Piala Malaysia musim ini berbanding Mohammed Ghaddar.
"Dalam dua pertemuan peringkat kumpulan sebelum ini, kita seri dan menang. Ghaddar hanya beraksi 45 minit sahaja dan kita berjaya bermain tanpa sebarang kekurangan. Cuma kehilangan Norfarhan agak dirasai kerana dia penjaring terbanyak kita pada kempen Piala Malaysia," ujarnya.
Hodak bagaimanapun sedar, keyakinan yang melampau hanya akan memakan diri sambil menyedari bahawa kekuatan ATM tidak boleh dipandang remeh terutama ketika pasukan tersebut kini sedang ghairah untuk memburu kejuaraan bagi menambah reputasi mereka yang akan beraksi pada Liga Super musim depan.
"Saya selalu beritahu, ATM mempunyai jurulatih yang hebat, skuad yang mantap, lima pemain kebangsaan dan dua pemain import yang menakjubkan. Anda boleh lihat dalam saingan peringkat kumpulan, selain ATM kita berada dalam 'kumpulan maut' bersama Kedah dan Terengganu.
"Seperti juga Terengganu dan Selangor, mereka adalah pasukan yang hebat, memiliki pemain yang mempunyai teknik yang baik tetapi akhirnya ATM dan Kelantan beraksi pada perlawanan akhir. Peluang 50-50 buat masa ini dan kita mengharapkan sokongan peminat membantu menaikkan semangat," jelasnya.
Ditanya mengenai ketajaman gandingan Marlon Alex James dan Hairuddin Omar, Hodak tidak menafikan yang kedua-dua mereka bakal menjadi pemusnah sekiranya dibiarkan bebas bergerak di kawasan kotak penalti.
"Marlon menjaringkan banyak gol, sudah tentu dia memberikan masalah dan Hairuddin merupakan pemain yang saya minati. Ketika bersama UPB-MyTeam lagi saya cuba mendapatkannya tetapi dia sering mempunyai kontrak dengan pasukan lain.
"Bagi saya pemain yang bahaya dan orang tidak menyedarinya adalah Bruno Martelotto kerana jika anda ingat ketika kita menang 4-3 di Kota Bharu, Bruno terlibat dalam menghasilkan ketiga-tiga gol.
Dia akan memberikan masalah besar kepada kita. Zaquan Adha (Abdul Radzak) juga pemain yang baik. Keempat-empat mereka berbahaya," katanya.

Siapa Lagi Hebat, Apex Atau Zaquan Adha?

19 Oktober 2012

Siapa Lagi Hebat, Apex Atau Zaquan Adha?


KUALA LUMPUR, 19 OKTOBER 2012: Baik industri seni hiburan mahu pun sukan, populariti bukanlah satu jaminan untuk mengangkat seseorang itu sebagai individu yang berkualiti.

Dalam erti kata lain, kemenangan bukan untuk mereka yang popular saja. Namun, populariti sedikit sebanyak membantu untuk menambah semangat seseorang untuk lebih yakin menjadi juara.

Jadi tidak hairan, sama ada pasukan Kelantan atau ATM, ramalan mereka menjadi juara berada pada tahap yang sama kerana kedua-dua pasukan ini mempunyai pemain yang hebat dan popular.

Istimewa untuk pembaca yang menyukai bidang bola sepak tempatan, murai.com.my sempat menjengah pendapat pemain ATM dan Kelantan yang popular dan hebat beraksi di padang iaitu Zaquan Adha dan Khairul Fahmi Che Mat (Apex).

Jom ikuti pandangan mereka mengenai perlawanan akhir Piala Malaysia 2012. Adakah mereka merasakan populariti diperlukan untuk mereka beraksi hebat pada malam itu nanti?

Zaquan Adha (Sayap Kanan ATM)

"Popular sekadar pada nama saja. Dalam bola sepak, kerjasama dalam pasukan amat diperlukan. Popular tidak bagi kesan sekiranya kami tidak bergerak dalam pasukan. Saya juga tidak merasakan populariti yang ada pada diri saya sebagai satu beban untuk ATM.

"Saya menganggap ia sebagai cabaran. Kalau saya merasakan ia satu beban, saya tidak boleh bermain dengan baik. Perlawanan ini adalah pertemuan antara pasukan dan bukanlah pertandingan antara pemain popular.

"Saya akui Apex memang seorang yang popular sebagai pemain kebangsaan negara. Saya mengambil ianya sebagai semangat untuk saya beraksi bagus pada malam itu nanti. Saya ini seorang yang sukakan cabaran.

"Kalau saya tahu orang itu bagus, saya akan mencabarnya. Saya akan rasa berpuas hati jikalau saya dapat melawan orang itu. Secara individu, saya yakin 100 peratus bahawa kemenangan berpihak kepada kami. Kalau kami tidak berikan 100 peratus, mungkin berlaku sebaliknya," kata Zaquan.

Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga Gol Kelantan)

"Dalam satu pertempuran, kerjasama memainkan peranan penting sekali. Secara logiknya, kekuatan seorang tidak boleh merempuh dan menjatuhkan benteng yang dikawal oleh 10 tenaga. Kecuali orang itu ada kuasa luar biasa. Dari sini, jelas sekali populariti adalah perkara kedua.

"Namun, saya tidak ketepikan populariti. Sejujurnya, populariti adalah penyuntik semangat untuk berjaya. Dalam pasukan Kelantan, saya tidak boleh bergerak seorang. Jika tidak, saya akan rebah. Malah, ia memudahkan pihak lawan untuk menjaringkan gol.

"Saya amat memerlukan pemain yang lain untuk mempertahankan gawang kami supaya tidak bolos. Kejayaan kami tertakluk kepada kukuhan semangat sepasukan kami. Pun begitu, kami juga memerlukan sorokan semangat dari peminat untuk kami berjuang.

"Insya-Allah, seandainya kehebatan dan populariti dapat diseimbangkan, ia akan melahirkan sesuatu perkara yang luar biasa. Keras tidak bermakna kuat, lembut bukan bererti lemah. Setiap insan memerlukan sokongan. Kejayaan tidak boleh lahir tanpa ada sokongan.

"Apapun, saya bersyukur, semangat kesukanan di Malaysia lebih-lebih lagi dalam sukan bola sepak semakin maju dan menjadi perhatian masyarakat. Teruslah menyokong tanpa kenal erti mengalah. Jangan menilai kualiti sesuatu perkara tanpa mengenal kuantiti sebenarnya. Terima kasih dan Insya-Allah,kami akan lakukan yang terbaik demi mereka yang menyokong kami," jelas Apex.



Isnin, 15 Oktober 2012

Saya mahu pingat ke-3: Aidil

15 Oktober 2012


Aidil (kiri) dan pemain Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha akan berentap di pentas final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.Aidil (kiri) dan pemain Kelantan, Norshahrul Idlan Talaha akan berentap di pentas final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Kuala Lumpur: Seperti Hairuddin Omar, seorang lagi pemain Tentera, Aidil Zafuan Abdul Radzak juga memasang impian sama dalam penampilan final kali keempat berturut-turut musim ini untuk cuba membantu pasukan menjadi kelab kedua menjulang Piala Malaysia selepas dilakukan MPPJ pada 2003. 

Dalam tempoh tiga tahun itu, Aidil meraih dua kejuaraan ketika bersama pasukan negeri kelahirannya, Negeri Sembilan pada 2009 dan 2011 tetapi impian melakar kejuaraan hatrik seperti diraih Hairudin pada 2010 gagal selepas tewas 2-1 kepada pasukan rakan sepasukannya ketika itu, Kelantan.
Ini adalah perlawanan akhir keempat berturut-turut saya. Saya akan cuba akan memberi kesungguhan 100 peratus pada perlawanan akhir nanti dan berharap rezeki akan lebih memihak kepada saya. 

Memang kecewa apabila sepakan penalti saya tidak masuk (menentang Lions XII di separuh akhir). Jadi pada perlawanan akhir ini, saya mahu tebus balik kesilapan saya ketika sepakan penalti itu, katanya yang juga tonggak pertahanan skuad kebangsaan. 

Juara Liga Perdana itu layak ke final selepas mengetepikan cabaran pasukan Singapura, Lions XII 5-4 pada penentuan sepakan penalti selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 secara agregat. 

Bagaimanapun, pasukan kendalian B Sathianathan itu akan kehilangan khidmat Irwan Fazli Idrus manakala lawan mereka, Kelantan pula bakal turun tanpa dua tonggak utama, Mohammed Ghaddar dan Norfarhan Mohammad selepas kesemua mereka mengutip dua kad kuning ketika aksi separuh akhir. 

Ia akan menjadi penampilan sulung buat Aidil dan kembarnya Zaquan Adha Abdul Radzak bersama pasukan luar selepas melakukannya dalam tiga penampilan sebelum ini bersama Negeri Sembilan. 
Lebih menarik, Tentera adalah pasukan yang bertanggungjawab melenyapkan impian skuad Hobin Jang Hobin mara ke final apabila dikecewakan pada saingan suku akhir.



Rabu, 10 Oktober 2012

Ayu Raudah Ditegur Peminat ‘Berpakaian Tapi Berbogel’

11 Oktober 2012


Ayu Raudah
Seorang pembaca BM yang mengaku dirinya sebagai seorang peminat Ayu Raudah melahirkan rasa dukacita terhadap gambar yang kami paparkan tersebut. DIbawah kami siarkan tulisan peminat tersebut yang kami petik tulisanya menerusi email dan diolah sedikit agar mudah difahami maksudnya.
“Hai admin Buahmulut, saya ada ternampak beberapa keping gambar Ayu Raudah yang pihak tuan upload di portal dan juga Fan Page. tapi saya macam ternampak sesuatu yang berwarna Pink. betul ke apa yg saya nmpk tu? ke saya salah pandang. Kalau betullah harap lain kali Ayu Raudah kena lebih berhati – hati dengan pakaian yang dipakaianya. Nampak macam berpakai & bersarung tapi hakikatnya sama seperti berbogel. mungkin dia tak sedar kot baju macam tu. tapi tu la lain kali kena hati2. jadinya sebagai satu pengajaran. ok 10q”

Komitmen pemain dituntut

10 Oktober 2012

RAJAGOBAL (kanan) mengendali latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya baru-baru ini


KEKUATAN mental akan menjadi penentu kejayaan buat skuad Harimau Malaya pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2015.
Demikian tegas jurulatih, Datuk K. Rajagobal terhadap skuad bimbingannya itu menjelang aksi kelayakan kejohanan berprestij di Asia itu.
Rajagobal mahu barisan pemainnya bersedia untuk menghadapi cabaran sebagai usaha mengangkat mutu bola sepak negara di pentas Asia.
“Kita akan membuat persediaan rapi untuk menghadapi Piala Asia 2015.
“Suka dimaklumkan bahawa saya mahu semua pemain berfikiran positif dan paling penting, pemain jangan takut untuk mengubah mentaliti mereka.
“Secara peribadi, saya mahu pemain-pemain ini menganggap ia sebagai satu cabaran untuk meningkatkan kualiti bola sepak tempatan.
“Apa yang pasti, kami akan memberikan aksi terbaik demi maruah negara,” kata Rajagobal kepada pemberita selepas menyaksikan skuad negara diundi bersama Qatar, Bahrain dan Yemen dalam Kumpulan D Piala Asia 2015, semalam.
Tambah Rajagobal, beliau yakin peluang untuk beraksi di pentas tertinggi Asia dilihat cerah bagi skuad negara.
Namun, beliau enggan terlalu yakin sambil menyifatkan Harimau Malaya perlu bekerja dengan lebih keras sekiranya berhasrat untuk layak ke Australia kelak.
Ditanya mengenai kesebelasan utama skuad negara yang akan menggalas cabaran pada Piala Asia, bekas jurulatih Selangor itu tidak menolak kemungkinan dengan menggunakan barisan pemain Piala AFF Suzuki kelak.
Begitupun, beliau akan memantau perkembangan setiap pemain dengan lebih serius sebelum disenaraikan dalam skuad Piala Asia 2015.
“Mungkin akan guna pemain yang sama dalam AFF Suzuki tetapi saya akan tengok dulu tahap keupayaan pemain,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Rajagobal memberitahu, beliau lebih berminat untuk menumpukan persiapan skuad negara berbanding isu letak jawatan.
Menurutnya, beliau akan melepaskan jawatan ketua jurulatih secara sukarela sekiranya Harimau Malaya gagal melayakkan diri ke saingan Piala Asia 2015.
“Berhubung hal itu (meletakkan jawatan), saya akan fikirkan kemudian,” katanya.
Rajagobal merupakan jurulatih tempatan pertama yang membawa skuad negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 dan pingat emas Sukan SEA Laos 2009.
Pada aksi kelayakan Piala Asia 2015, enam perlawanan secara timbal balik untuk setiap kumpulan itu bakal berlangsung pada 6 Februari, 22 Mac, 15 Oktober, 15 November dan 19 November 2013 serta 5 Mac 2014 depan.

Isnin, 8 Oktober 2012

Didakwa semakin intim dengan Aidil

08 Oktober 2012


Jue Aziz dan Aidil Zafuan Abd Razak
Jue Aziz dan Aidil Zafuan Abd Razak
Isu membabitkan hubungan cinta membabitkan Jue Aziz dan pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak hangat diperkatakan sejak akhir-akhir ini.

Malah, khabar angin itu semakin bertiup kencang apabila suami kepada aktres Rita Rudaini itu dikatakan membeli seutas jam tangan dari sebuah pusat membeli-belah terkenal di Kuala Lumpur baru-baru ini untuk memujuk Jue.

Lebih menguatkan desas-desus percintaan mereka, Aidil sekali lagi telah menghantar surat permohonan cerai kepada peguam Rita Rudaini dan sudah tekad untuk menceraikan isterinya yang dinikahi semenjak tahun 2009.

Malah, Zass sendiri sudah mendapat pengesahan dari Rita berkaitan surat tersebut dan aktres berkenaan enggan mengulas lanjut.

Bagaimanapun, usaha Zass untuk menemu bual Jue berkaitan hubungan mereka tidak berhasil apabila pelakon yang turut membintangi filem Hantu Bonceng ini seperti cuba mengelak untuk ditemu bual.

Tekad Berpisah, Aidil Zafuan Serah Surat Mohon Cerai Untuk Kali Kedua

08 Oktober 2012



Ya, kami tahu ini gambar lama dan kami gunakan kerana sudah bosan menggunakan gambar yang sama untuk kisah seakan tiada penghujung mereka berdua ini.
Seperti anda semua, kami sendiri sebenarnya tertanya tanya bilakah kemelut rumahtangga Rita Rudaini dan Aidil Zafuanini bakal berakhir. Masing masing seperti liat untuk mengalah.
Laporan demi laporan seakan mengiyakan yang rumahtangga pasangan ini seakan tidak akan kembali normal apabila Rita Rudaini sendiri mengakui yang beliau sudah pun tawar hati.
Menguatkan andaian tersebut apabila Aidil Zafuan di’katakan sedang rancak menjalin hubungan dengan Jue Aziz walaupun di’nafikan berkali kali oleh empunya badan sebelum ini.
Laporan terbaru Sinar Harian menyebut yang Aidil Zafuan sudah nekad untuk bercerai dengan menyerahkan surat permohonan cerai buat kali kedua baru baru ini.
Rita Rudaini di’khabarkan telah mengesahkan penerimaaan surat mohon cerai kali kedua itu melalui peguam beliau namun enggan untuk mengulas lanjut akan perkara tersebut.

Jumaat, 5 Oktober 2012

Bantahan awal Rita Rudaini 7 November

05 Oktober 2012


 Rita Rudaini Mokhtar
Rita Rudaini Mokhtar
PETALING JAYA - Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam menetapkan 7 November depan sebagai tarikh keputusan berhubung bantahan awal dibuat pelakon Rita Rudaini Mokhtar terhadap permohonan kembali taat oleh suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak.

Hakim Syarie Saharuddin Selamat menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Datuk Zaidi Mohd Zain yang mewakili Rita memaklumkan pihaknya sudah memfailkan afidavit balasan terhadap jawapan Aidil mengenai bantahan isterinya itu.

Bantahan dibangkitkan Rita adalah berhubung kesilapan pada isu pemastautin Aidil yang dikemukakan dalam permohonan tersebut.

Peguam syarie, Ahmad Nazib Johari juga mewakili Aidil memaklumkan anak guamnya tidak dapat hadir.

Ahmad Nazib kemudian  menyerahkan dokumen pengesahan ketidakhadiran Aidil ke mahkamah kerana anak guamnya menjalani latihan bola sepak selama dua minggu di Austria.

Tindakan itu mendapat teguran daripada Saharuddin kerana Aidil, selaku plaintif sebelum ini, tidak pernah langsung menghadirkan diri untuk kes itu atas alasan mempunyai jadual perlawanan ketat.

“Pada tarikh lalu anak guam tidak hadir, hari ini (semalam) pun tidak hadir. Peguam tolong nasihatkan anak guam baik-baik.

“Sepatutnya bila tidak hadir terus kemukakan dokumen sebagai bukti kerana perlawanan sudah ditetapkan lebih awal,” katanya.

Saharuddin berkata demikian selepas menerima jadual perlawanan bola yang diserahkan Ahmad Nazib.

Sikap Aidil Zafuan Ditegur Hakim Syarie

05 Oktober 2012


Pada  tanggal 3 Oktober 2012 semalam, pihak Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya telah menetapkan 7 November depan sebagai tarikh keputusan berhubung bantahan awal yang dibuat oleh pelakon Rita Rudaini Mokhtar terhadap permohonan kembali taat oleh suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak.
Berhubung laporan Sinar Harian Online hari ini, bantahan yang dibangkitkan oleh Rita adalah mengenai kesilapan pada isu pemastautin Aidil yang dikemukakan dalam permohonan tersebut.
Sewaktu perbicaraan berlangsung, peguam syarie, Ahmad Nazib Johari sebagai wakil pihak Aidil memaklumkan bahawa anak guamnya tidak dapat hadir dan beliau kemudiannya menyerahkan dokumen pengesahan ketidakhadiran Aidil kepada mahkamah.
Aidil difahamkan tidak dapat hadir kerana dia sedang menjalani latihan bola sepak selama dua minggu di Austria.
Berikutan penyerahan dokumen tersebut, Ahmad Nazib ditegur oleh Hakim Syarie Saharuddin Selamat agar menasihatkan anak guamnya berhubung kes tersebut.
“Pada tarikh lalu anak guam tidak hadir, hari ini (semalam) pun tidak hadir. Peguam tolong nasihatkan anak guam baik-baik. Sepatutnya bila tidak hadir terus kemukakan dokumen sebagai bukti kerana perlawanan sudah ditetapkan lebih awal.”

Bila Agaknya Isu Rumahtangga Aidil-Rita Akan Selesai?

05 Oktober 2012

Bila Agaknya Isu Rumahtangga Aidil-Rita Akan Selesai?

KL, 4 OKT 2012: Tidak tahu apa nak diulaskan lagi, namun hakikatnya Murai Batu sendiri merasakan kes rumahtangga pasangan pemain bola sepak, Aidil Zafuan dan isterinya, aktres Rita Rudaini ini seolah-olah tidak mempunyai kesudahan.

Saban minggu bila Murai Batu belek sahaja akhbar tempatan, akan ada petikan kes turun naik mahkamah pasangan ini. Bukan nak memihak namun Murai Batu dapat merasakan kurangnya profesionalisme dari pihak suami, yakni Aidil yang sering tidak hadir ke mahkamah apabila kesnya dibicarakan.

Terbaru, Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari semalam menetapkan 7 November depan sebagai tarikh keputusan berhubung bantahan awal dibuat oleh Rita Rudaini Mokhtar, terhadap permohonan kembali taat oleh suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak.

Dan sekali lagi, semasa prosiding semalam, Aidil masih tidak hadir ke mahkamah meskipun hakim sebelum ini sudah menegur dan menasihatkannya supaya lebih mengambil berat mengenai kes yang sedang berjalan.

Ketika ditanya di mana anak guamnya, peguam syarie Ahmad Nazib Johari yang mewakili Aidil memaklumkan plaintif tidak sempat hadir pada prosiding semalam kerana mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menentang pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan Piala Malaysia 2012, malam kelmarin.

Murai Batu tahu, Aidil sibuk dengan tugasnya sebagai pemain bola sepak, namun sekiranya kita ada permasalahan besar yang sedang berlaku, mungkin kita akan diberi perlepasan. Lagipun, prosi

Hakim juga semalam telah sekali lagi meminta peguam yang mewakili Aidil agar menasihati anak guamnya itu baik-baik dan memandang serius perkara ini. Bagi Murai Batu pula, selagi Aidil tidak hadir, selagi itu dia akan dipandang negatif masyarakat dan spekulasi siapa benar siapa salah akan makin terserlah.

Aidil, 25, memfailkan perintah kembali taat pada 15 Mei lalu supaya Rita, 36, dan dua anak lelaki mereka, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1, menetap di rumah disediakan Aidil di USJ1 di sini.

Pada tarikh sama, Aidil menarik balik permohonan cerai terhadap Rita Rudaini atas alasan ingin berbaik semula.
Pasangan itu bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 kerana tidak mendapat restu keluarga Aidil.

Mereka tinggal berasingan sejak lima bulan lalu selepas Aidil meninggalkan rumah mereka di Damansara di sini.
Manakala pada 25 September lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membatalkan permohonan hak lawatan dan bermalam yang dikemukakan Aidil terhadap dua anak lelaki itu. Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar memutuskan demikian selepas membenarkan bantahan awal difailkan Rita Rudaini berhubung isu permastautinan.

MURAIBATU: Kecewa kerana pasukan pilihan tidak layak ke separuh akhir Piala Malaysia tahun ini.

Aidil, Jue makin serius?

05 Oktober 2012 (02 Oktober 2012)


INI satu lagi kisah ahli sukan. Tapi sebab ada kaitan dengan artis, maka ia kami kena tulis juga sebab orang hendak baca. Kami dapat tahu hubungan antara pemain bolasepak bernama Aidil Zaquan dengan pelakon Jue Aziz pun sudah semakin serius sekarang. Hubungan khabarnya memasuki ke fasa memanggil dengan panggilan sayang- menyayang, begitu. Amboi, sungguh romantis kau.

Kalau tak sayang, masakan Aidil sanggup membeli beg tangan berjenama mewah di pusat membeli-belah Pavillion baru-baru ini, bukan? Opssss.....

Katanya beg itu sebagai hadiah sebab Jue merajuk. Amboi, untung sungguh badan jadi orang cantik yang seksi macam Jue, selalu dapat hadiah. Nak juga tanya kepada Rita Rudaini, selama berkahwin, pernah ke dapat hadiah beg tangan jenama terkenal?

Kami sebenarnya langsung tak kisah Aidil nak bercinta dengan siapa pun, tetapi masalahnya kes dia belum selesai dengan isterinya.

Bagi kami, hal yang paling tidak bertanggungjawab dilakukan oleh lelaki ialah meninggalkan anak isteri terkapai-kapai tanpa pembelaan yang wajar. Dan Aidil tergamak melakukan itu, apatah lagi belum sah bercerai, sudah pasang kekasih baru yang juga satu industri kenal dan tahu tentang hubungan terlarang mereka itu.

Kalau tak mengaku pada orang media pun, orang dalam industri seperti krew, tukang solek, tukang pegang lampu pun boleh bercakap juga. Tak usah hendak menafikan sangatlah, nanti pekung lebih besar tersebar, tak manis.

Khabar terbaru yang kami dengar, Aidil akhirnya bakal menceraikan Rita dalam waktu terdekat ini. Khabarnya, surat permohonan untuk bercerai sudah dihantar Aidil kepada peguam Rita sehari dua yang lalu. Sejauh mana kebenarannya, kita tunggu sajalah sebab dalam kes Aidil dan Rita ni selalu saja ada kejutan tak terduga.

Kalaulah benar ini berlaku, maknanya ini sudah kali kedua Aidil membuat permohonan untuk bercerai. 
Bagaimanapun kes yang terdahulu ditarik balik oleh Aidil sendiri. Kita tengoklah apa Aidil hendak buat selepas ini pula apabila hak jagaan kedua-dua anaknya telah pun diberikan kepada Rita oleh mahkamah baru-baru ini.

Kami bukan hendak menyebelahi Rita Rudaini, tetapi ikut akal yang logik dan waras, cara dan tindakan Aidil memang tidak menggambarkan dia lelaki yang pandai menyelesaikan masalah personal dengan berhemah. Maaf cakaplah ya.
Harap keluarga Aidil dapat bagi nasihat yang betul kepadanya sebelum tersasar lebih jauh.

ATM hilang Hai-O, Zaquan jumpa Lions XII

05 Oktober 2012


KUALA LUMPUR - Selain keperitan beraksi atas padang tiruan berdepan Lions XII pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia, skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut dibebani situasi cemas apabila kehilangan pemain tonggak Hairuddin Omar dan Zaquan Adha Abdul Razak, malam ini.

Ketiadaan dua penyerang itu disahkan oleh jurulatih, B. Sathianathan, namun dia langsung tidak menyatakan sebarang rasa cemas kerana masih yakin dengan kualiti yang dimiliki barisan simpanan bagi menampung ketiadaan Hairuddin dan Zaquan.

''Di bahagian depan memang ada sedikit masalah kerana Hairuddin mengalami kecederaan di bahagian buku lali dan hampir pasti tidak boleh diturunkan sementara Zaquan mengumpul dua kad kuning dan terpaksa digantung satu perlawanan.

''Ketiadaan mereka membuatkan saya terpaksa bergantung harap kepada Mohd. Fitri Omar dan Venice Elphi (Danny Kaya) yang akan diletakkan dalam kesebelasan utama.

''Walaupun ketiadaan Hairuddin dan Zaquan, saya tetap menaruh keyakinan dengan pemain sedia ada untuk cuba membawa pulang sekurang-kurangnya keputusan seri atau gol di tempat lawan," katanya ketika dihubungi, semalam.
ATM kini berpeluang mengulangi sejarah layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia sejak tahun 1949 setelah menundukkan Negeri Sembilan dengan agregat 6-3 pada suku akhir.

Beraksi di atas padang tiruan, Sathianathan mengakui tidak banyak persiapan dapat dilakukan kerana masa rehat yang pendek iaitu selama tiga hari selepas perlawanan dengan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

''Memang tidak ada apa yang boleh saya lakukan dalam soal penyesuaian permainan di atas padang tiruan dan kami tengok apa yang boleh dilakukan.

"Walaupun ada beberapa pemain pernah mendapat pengalaman beraksi di Jalan Besar semasa bersama skuad kebangsaan, ia tidak mencukupi kerana hanya melibatkan satu atau dua perlawanan," katanya.

Selain itu, Sathianathan melihat kekuatan Lions XII yang banyak menghasilkan gol melalui situasi bola mati perlu ditangani oleh barisan pertahanannya jika tidak mahu berputih mata di Jalan Besar.

"Lions XII adalah sebuah pasukan yang cukup tersusun dan berdisiplin, itu memberikan kelebihan buat mereka yang sering berjaya mendapat gol daripada situasi bola mati.
"Saya akan mengambil serius terhadap perkara itu dan cuba mencari strategi yang betul untuk menyekat Lions XII," katanya.

Zaquan kongsi pengalaman

05 Oktober 2012



ZAQUAN (kiri) tidak dapat menyertai skuad ATM bagi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini.


PENYERANG Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak sekadar menjadi penyokong pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini.
Begitupun, bekas pemain Negeri Sembilan itu mahu berkongsi ‘rahsia’ dengan rakan sepasukannya menjelang pertemuan di permukaan padang rumput tiruan menentang wakil Singapura itu.
“Saya akui bahawa saya berasa sangat kecewa (sele- pas digantung satu perlawa- nan) kerana tidak dapat bersama dengan ATM tetapi saya mahu berkongsi petua untuk beraksi di padang rumput tiruan kepada rakan-rakan sepasukan.
“Tidak ramai pemain ATM mempunyai pengalaman beraksi di padang rumput tiruan, lebih-lebih lagi kami adalah pasukan daripada Liga Premier (berbanding Lions XII beraksi dalam Liga Super).
“Berdasarkan pengalaman ketika beraksi bersama skuad kebangsaan di Stadium Jalan Besar, saya akui ia sangat berbeza apabila bermain di padang biasa dan rumput tiruan.
“Pusingan bola, hantaran pendek serta kelembutan rumput tiruan (berbanding padang biasa) menjadikan bola itu bergerak lebih pantas.
“Jadi, setiap pemain perlu berhati-hati ketika membuat hantaran kerana pergerakan bola lebih laju bagi mengelak kami kehilangan bola,” katanya kepada Kosmo!.
Zaquan digantung satu perlawanan selepas mengutip dua kad kuning pada aksi suku akhir pertama dan kedua ketika menentang Negeri Sembilan.
Dia yang membantu ATM menewaskan juara bertahan, Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Selasa lalu, mengakui kecewa selepas tidak dapat menyertai skuad kendalian B. Sathianathan itu ke Singapura.
ATM menempah slot ke separuh akhir selepas menewaskan Negeri Sembilan dengan agregat 6-3.
Pemain berusia 25 tahun itu berkata, dia yakin dengan corak taktikal diterapkan bekas jurulatih Kelantan terse- but yang mampu memberi- kan satu keputusan positif.
“Saya percaya dengan taktikal yang diterapkan jurulatih untuk merakamkan kemenangan di sana.
“Saya berharap ATM dapat mempamerkan aksi cemerlang dengan meneruskan rentak kemenangan selepas berjaya menewaskan Negeri Sembilan pada suku akhir,” katanya.

Khamis, 4 Oktober 2012

Saya kasihan dengan orang itu - Jue Aziz

04 Oktober 2012

JUE menegaskan ada orang tertentu yang menjaja gosip skandal dirinya dengan Aidil.


GOSIP ‘panas’ yang melanda pelakon seksi, Jue Aziz atau nama sebenarnya, Zuliana Abd. Aziz, 29, yang didakwa menjalinkan hubungan cinta dengan suami aktres Rita Rudaini, 36, iaitu pemain bola sepak Aidil Zafuan Abdul Razak, 25, seakan-akan tidak pernah surut.
Malah, ia semakin hebat diperkatakan sama ada menerusi media massa mahupun blog-blog tempatan.
Walaupun Jue pernah bertindak mendiamkan diri sebelum akhirnya memberikan komen menafikan gosip liar tersebut di sebuah akhbar tempatan sekitar Ogos tahun ini namun apa yang pasti, gosip tersebut tetap kembali.
Gosip yang sama muncul semula dengan cerita yang tidak diketahui akan kebenarannya walaupun realitinya ia baru sahaja surut daripada diperkatakan.
Gosip melibatkan pelakon drama Nilapura itu sebenarnya sudah mula tersebar kepada umum sejak Ogos senyap seketika apabila Jue dan Aidil bertindak untuk tidak cepat melatah.
Malangnya, semalam, gosip tersebut sekali lagi ‘dijulang’ oleh sebuah akhbar yang mendakwa hubungan Jue dan Aidil kini dikatakan semakin serius dan sedang memasuki fasa panggilan sayang-menyayang.
Lebih hebat, apabila gosip tersebut mendakwa Jue mendapat sebuah beg tangan berjenama mewah pemberian Aidil.
Menurut gosip tersebut lagi, beg tangan tersebut dibeli Aidil di pusat beli-belah Pavilion, Kuala Lumpur dengan harga yang agak mahal untuk memujuk Jue yang kononnya dikatakan merajuk. Apa yang menarik, gosip tersebut langsung tidak menampilkan sebarang kenyataan baik daripada pihak Jue mahupun Aidil.
Justeru, bagi mendapat kepastian dan kebenaran hakiki mengenai gosip tersebut, Kosmo!, semalam telah menghubungi Jue Aziz sendiri untuk mendapatkan komen daripadanya mengenai isu tersebut.
Kosmo!: Boleh Jue komen sedikit mengenai gosip hubungan Jue dengan Aidil Zafuan?
JUE: Saya dah tak nak komen apa-apa sebab tidak ada apa-apa yang perlu dikomen. Last comment mengenai isu saya dan Aidil saya buat menerusi sebuah akhbar tempatan (sekitar Ogos tahun ini) dan saya memang tidak mahu komen apa-apa lagi sekarang ini.
RITA dan Aidil masih bergelar suami isteri di atas kertas, biarpun keutuhan rumah tangga mereka sudah lama goyah.


Namun sebuah akhbar semalam ada menyatakan bahawa Jue telah mendapat hadiah mahal daripada Aidil selain mendakwa hubungan Jue dan Aidil kini semakin serius dengan panggilan sayang. Apa komen Jue?
Bagi Jue, ini semua mengarut dan tidak betul. Jue sendiri tidak tahu apa-apa dan sebab perkara ini boleh berlaku. Mungkin orang itu gembira dengan membuat cerita-cerita seperti ini. Jadi, biarlah dia nak cakap apa. Bagi Jue, benda (gosip) itu semua tidak betul.
Jika semua gosip itu tidak benar, kenapa Jue mendiamkan diri dan tidak mengambil apa-apa tindakan?
Mula-mula memang saya ada niat nak bawa kes ini ke mahkamah dan rujuk kepada peguam tetapi bila fikir balik saya kasihan dengan keadaan orang itu. Dengan anak-anak masih kecil dan masalah dengan suami. Jadi, saya tidak jadi nak buat semua itu dan lebih selesa berdiam diri. Lagipun, saya tak sezalim itu untuk kenakan orang.
Jadi, Jue tahu siapa yang buat (cipta) semua (gosip) ini?
Mestilah saya tahu tapi saya tidak mahu dedahkan siapa dia. Biarlah saya dan dia sahaja yang tahu.
Apa Jue akan buat apabila orang asyik mengata sahaja?
Sebelum ini Jue dah bagi komen tentang benda (gosip) Jue dan Aidil, namun terpulang kepada orang tersebut. Sebab itu urusan dia dengan Allah.
Bagaimana pula dengan perkembangan kerjaya Jue sekarang ini?
Sekarang ini, Jue sedang sedang menjalani penggambaran sebuah program TV 26 episod untuk stesen Radio Televisyen Malaysia. Tawaran lain ada tapi buat masa ini Jue mahu memberi tumpuan sepenuhnya terhadap program tersebut memandangkan Jue pun baru sahaja habis penggambaran episod yang menjalani penggambaran di Sabah. Bila sudah selesai semuanya, insya-Allah kalau ada tawaran lain, Jue tidak akan tolak.

Jue Aziz Sekali Lagi Nafikan Gossip & Rasa Kasihan Akan Pemfitnah

04 Oktober 2012



“Saya kasihan dengan keadaan orang itu. Dengan anak-anak masih kecil dan masalah dengan suami. Jadi, saya tidak jadi nak buat semua itu dan lebih selesa berdiam diri”
Itu komen Jue Aziz kepada Kosmo! apabila di’tanya tentang apakah tindakan yang beliau mahu ambil kepada individu yang memulakan gossip tentang dirinya bersama Aidil Zafuan.
Dari gaya bahasa pun peminat sudah pasti boleh mengagak siapakah yang di’maksudkan oleh Jue Aziz tersebut & pelakon ini sekali lagi tampil menafikan semua fitnah yang timbul.
Semalam, kecoh gossip mengatakan Jue Aziz & Aidil Zafuan kini sudah dalam fasa serius dan pelakon ini menerima hadiah barangan mewah daripada suami Rita Rudaini itu.
“Bagi Jue, ini semua mengarut & tidak betul. Jue sendiri tidak tahu apa-apa dan sebab perkara ini boleh berlaku. Mungkin orang itu gembira dengan membuat cerita-cerita seperti ini”
“Jadi, biarlah dia nak cakap apa. Bagi Jue, benda (gossip) itu semua tidak betul,” ujar Jue Aziz ketika di’hubungi.

Rita enggan ulas cinta

04 Oktober 2012


RAYYAN dan Qaqa pengubat jiwa lara Rita.

BAGI sesetengah orang, barangkali sudah terlalu penat untuk membaca kisah Rita Rudaini 'naik-turun' mahkamah.
Semenjak dua tahun lalu, Rita seperti menjadikan mahkamah sebagai rumah keduanya ekoran masalah rumah tangga bersama Aidil Zafuan Abdul Radzak yang tidak juga selesai walaupun pelbagai usaha damai sudah dilakukan.
Menurut Rita, dalam dirinya langsung tidak terselit perasaan bosan ataupun penat meskipun jadual hariannya banyak terganggu ekoran perbicaraan di mahkamah.

"Saya laluinya dengan tabah dan berani, tak boleh kalah. Setiap perempuan yang berhadapan dengan masalah rumah tangga akan tahu bagaimana keadaan yang sedang saya rasa ketika ini.

"Bagaimanapun ia tidak sedikitpun mematahkan semangat saya. Lagipun, sebelum-sebelum ini, saya ke mahkamah atas kes yang difailkan oleh pihak Aidil.

"Saya hanya menurut arahan peguam saya untuk hadir dan memberi sepenuh kerjasama supaya kes berjalan dengan lancar," katanya.

Ternyata nasib menyebelahi dirinya apabila tuntutan yang dibuat oleh suami untuk mendapatkan hak jagaan dua anaknya, ditolak oleh mahkamah minggu lalu.

Tuntutan Aidil untuk menjaga dua putera mereka, Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dan ia adalah satu kemenangan bermaruah kepada Rita.

"Bukan bermakna dia tak ada hak langsung kepada anak-anak selepas saya menang. Dia masih boleh berjumpa dan melihat anak-anak tetapi harus dengan cara yang betul.

"Oleh kerana dia yang meninggalkan rumah kelamin kami, sepatutnya dia yang datang melihat anak-anak, bukannya mahu membawa anak-anak ke tempat lain kalau ingin bertemu," kata Rita tegas.Mahu bertudung
Selama naik turun mahkamah, imej sopan yang dipamerkan Rita turut menambat hati banyak pihak.

Tidak lepas daripada mengenakan tudung litup, lengkap berbaju kurung sopan, Rita mengundang rasa kagum di kalangan peminatnya.

Menurut Rita, dia memilih untuk bertudung litup setiap kali hadir bicara kes, atas faktor menghormati mahkamah yang mulia.

"Saya bukan mahu berlakon atau tunjuk baik dengan tudung. Saya anggap mahkamah tempat yang mulia dan lebih molek kalau kita pakai pakaian yang bersopan.

"Kalau ada peminat yang suka akan cara saya, saya bersyukur. Apa yang paling penting, kita selesa dengan apa yang kita pakai, bukan dibuat-buat," katanya.

Malah, tidak kurang yang bertanya, apakah masanya sudah hampir untuk wanita ini berhijab diluar dunia mahkamahnya?

"Hasrat itu memang ada. Cuma, saya akan pastinya bertudung litup apabila saya benar-benar bersedia, luar dan dalam hati.

"Impian ada. Saya tidak mahu bertudung sebab orang suruh atau sebab keadaan atau hendak menutup sesuatu isu, atau sebab artis lain bertudung maka saya pun perlu bertudung.Saya tak mahu begitu.

"Biarlah bertudung ikhlas dari dalam hati kita, datang sendiri dan tidak dipaksa oleh keadaan," katanya.

Gosip cinta?

Menyentuh mengenai gosip cinta suaminya dengan pelakon Jue Aziz, menurut Rita dia seboleh mungkin enggan mengulas lanjut.

Rita tidak mahu dirinya turut terjebak dalam kisah cinta 'murahan' sebegitu, apatah lagi membuat sebarang ulasan yang mungkin akan disalah tafsiran pihak lain.

"Cuma apa yang boleh saya katakan, 'tunggu dan lihat sajalah'. Ini bukan cerita cinta dia yang pertama.

"Ada macam-macam lagi sumber sahih yang bercerita kepada saya tentang perempuan itu dan perempuan ini, tetapi saya malas hendak fikir. Buat apa hendak serabutkan kepala memikirkan hal seperti itu?

"Kalau dia rasa bahagia dengan cara sebegitu, terpulang kepada dia kerana apa yang penting ketika ini ialah saya dan anak-anak bahagia. Itu saja," katanya dengan maksud mendalam.

Semakin laris

Rezeki wanita setabah Rita tidak akan pernah surut. Seperti takdir sangat menyebelahinya apabila sehingga kini, rezeki dalam dunia lakonan sentiasa mengalir deras dan laju untuk dirinya dan anak-anak.

Selain rezeki dalam drama yang laju mengalir, pada tahun ini Rita juga terlibat dalam filem besar Balistik terbitan Rosyam Nor.

"Itulah namanya hikmah daripada kegagalan. Saya berasa diri ini cukup disayangi oleh-Nya meskipun dia uji saya dan keluarga dengan pelbagai masalah.

"Rezeki masih mengalir untuk saya dan anak-anak. Justeru, saya menganggap segalanya ini sebagai hikmah yang tidak ternilai harganya yang diberikan Allah.

"Dia berikan saya masalah, dia berikan saya kekuatan hati untuk melawan masalah itu di samping rezeki yang murah. Sebab itu sebagai manusia, saya tetap bersyukur walau apa pun yang terjadi," katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...