Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 5 Oktober 2012

ATM hilang Hai-O, Zaquan jumpa Lions XII

05 Oktober 2012


KUALA LUMPUR - Selain keperitan beraksi atas padang tiruan berdepan Lions XII pada perlawanan separuh akhir pertama Piala Malaysia, skuad Angkatan Tentera Malaysia (ATM) turut dibebani situasi cemas apabila kehilangan pemain tonggak Hairuddin Omar dan Zaquan Adha Abdul Razak, malam ini.

Ketiadaan dua penyerang itu disahkan oleh jurulatih, B. Sathianathan, namun dia langsung tidak menyatakan sebarang rasa cemas kerana masih yakin dengan kualiti yang dimiliki barisan simpanan bagi menampung ketiadaan Hairuddin dan Zaquan.

''Di bahagian depan memang ada sedikit masalah kerana Hairuddin mengalami kecederaan di bahagian buku lali dan hampir pasti tidak boleh diturunkan sementara Zaquan mengumpul dua kad kuning dan terpaksa digantung satu perlawanan.

''Ketiadaan mereka membuatkan saya terpaksa bergantung harap kepada Mohd. Fitri Omar dan Venice Elphi (Danny Kaya) yang akan diletakkan dalam kesebelasan utama.

''Walaupun ketiadaan Hairuddin dan Zaquan, saya tetap menaruh keyakinan dengan pemain sedia ada untuk cuba membawa pulang sekurang-kurangnya keputusan seri atau gol di tempat lawan," katanya ketika dihubungi, semalam.
ATM kini berpeluang mengulangi sejarah layak ke perlawanan akhir Piala Malaysia sejak tahun 1949 setelah menundukkan Negeri Sembilan dengan agregat 6-3 pada suku akhir.

Beraksi di atas padang tiruan, Sathianathan mengakui tidak banyak persiapan dapat dilakukan kerana masa rehat yang pendek iaitu selama tiga hari selepas perlawanan dengan Negeri Sembilan di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi.

''Memang tidak ada apa yang boleh saya lakukan dalam soal penyesuaian permainan di atas padang tiruan dan kami tengok apa yang boleh dilakukan.

"Walaupun ada beberapa pemain pernah mendapat pengalaman beraksi di Jalan Besar semasa bersama skuad kebangsaan, ia tidak mencukupi kerana hanya melibatkan satu atau dua perlawanan," katanya.

Selain itu, Sathianathan melihat kekuatan Lions XII yang banyak menghasilkan gol melalui situasi bola mati perlu ditangani oleh barisan pertahanannya jika tidak mahu berputih mata di Jalan Besar.

"Lions XII adalah sebuah pasukan yang cukup tersusun dan berdisiplin, itu memberikan kelebihan buat mereka yang sering berjaya mendapat gol daripada situasi bola mati.
"Saya akan mengambil serius terhadap perkara itu dan cuba mencari strategi yang betul untuk menyekat Lions XII," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...