Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 5 Oktober 2012

Zaquan kongsi pengalaman

05 Oktober 2012



ZAQUAN (kiri) tidak dapat menyertai skuad ATM bagi aksi separuh akhir pertama Piala Malaysia menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini.


PENYERANG Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak sekadar menjadi penyokong pada aksi separuh akhir pertama kempen Piala Malaysia menentang Lions XII di Stadium Jalan Besar, Singapura malam ini.
Begitupun, bekas pemain Negeri Sembilan itu mahu berkongsi ‘rahsia’ dengan rakan sepasukannya menjelang pertemuan di permukaan padang rumput tiruan menentang wakil Singapura itu.
“Saya akui bahawa saya berasa sangat kecewa (sele- pas digantung satu perlawa- nan) kerana tidak dapat bersama dengan ATM tetapi saya mahu berkongsi petua untuk beraksi di padang rumput tiruan kepada rakan-rakan sepasukan.
“Tidak ramai pemain ATM mempunyai pengalaman beraksi di padang rumput tiruan, lebih-lebih lagi kami adalah pasukan daripada Liga Premier (berbanding Lions XII beraksi dalam Liga Super).
“Berdasarkan pengalaman ketika beraksi bersama skuad kebangsaan di Stadium Jalan Besar, saya akui ia sangat berbeza apabila bermain di padang biasa dan rumput tiruan.
“Pusingan bola, hantaran pendek serta kelembutan rumput tiruan (berbanding padang biasa) menjadikan bola itu bergerak lebih pantas.
“Jadi, setiap pemain perlu berhati-hati ketika membuat hantaran kerana pergerakan bola lebih laju bagi mengelak kami kehilangan bola,” katanya kepada Kosmo!.
Zaquan digantung satu perlawanan selepas mengutip dua kad kuning pada aksi suku akhir pertama dan kedua ketika menentang Negeri Sembilan.
Dia yang membantu ATM menewaskan juara bertahan, Negeri Sembilan 3-1 di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Selasa lalu, mengakui kecewa selepas tidak dapat menyertai skuad kendalian B. Sathianathan itu ke Singapura.
ATM menempah slot ke separuh akhir selepas menewaskan Negeri Sembilan dengan agregat 6-3.
Pemain berusia 25 tahun itu berkata, dia yakin dengan corak taktikal diterapkan bekas jurulatih Kelantan terse- but yang mampu memberi- kan satu keputusan positif.
“Saya percaya dengan taktikal yang diterapkan jurulatih untuk merakamkan kemenangan di sana.
“Saya berharap ATM dapat mempamerkan aksi cemerlang dengan meneruskan rentak kemenangan selepas berjaya menewaskan Negeri Sembilan pada suku akhir,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...