Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 18 Oktober 2012

Siapa Lagi Hebat, Apex Atau Zaquan Adha?

19 Oktober 2012

Siapa Lagi Hebat, Apex Atau Zaquan Adha?


KUALA LUMPUR, 19 OKTOBER 2012: Baik industri seni hiburan mahu pun sukan, populariti bukanlah satu jaminan untuk mengangkat seseorang itu sebagai individu yang berkualiti.

Dalam erti kata lain, kemenangan bukan untuk mereka yang popular saja. Namun, populariti sedikit sebanyak membantu untuk menambah semangat seseorang untuk lebih yakin menjadi juara.

Jadi tidak hairan, sama ada pasukan Kelantan atau ATM, ramalan mereka menjadi juara berada pada tahap yang sama kerana kedua-dua pasukan ini mempunyai pemain yang hebat dan popular.

Istimewa untuk pembaca yang menyukai bidang bola sepak tempatan, murai.com.my sempat menjengah pendapat pemain ATM dan Kelantan yang popular dan hebat beraksi di padang iaitu Zaquan Adha dan Khairul Fahmi Che Mat (Apex).

Jom ikuti pandangan mereka mengenai perlawanan akhir Piala Malaysia 2012. Adakah mereka merasakan populariti diperlukan untuk mereka beraksi hebat pada malam itu nanti?

Zaquan Adha (Sayap Kanan ATM)

"Popular sekadar pada nama saja. Dalam bola sepak, kerjasama dalam pasukan amat diperlukan. Popular tidak bagi kesan sekiranya kami tidak bergerak dalam pasukan. Saya juga tidak merasakan populariti yang ada pada diri saya sebagai satu beban untuk ATM.

"Saya menganggap ia sebagai cabaran. Kalau saya merasakan ia satu beban, saya tidak boleh bermain dengan baik. Perlawanan ini adalah pertemuan antara pasukan dan bukanlah pertandingan antara pemain popular.

"Saya akui Apex memang seorang yang popular sebagai pemain kebangsaan negara. Saya mengambil ianya sebagai semangat untuk saya beraksi bagus pada malam itu nanti. Saya ini seorang yang sukakan cabaran.

"Kalau saya tahu orang itu bagus, saya akan mencabarnya. Saya akan rasa berpuas hati jikalau saya dapat melawan orang itu. Secara individu, saya yakin 100 peratus bahawa kemenangan berpihak kepada kami. Kalau kami tidak berikan 100 peratus, mungkin berlaku sebaliknya," kata Zaquan.

Khairul Fahmi Che Mat (Penjaga Gol Kelantan)

"Dalam satu pertempuran, kerjasama memainkan peranan penting sekali. Secara logiknya, kekuatan seorang tidak boleh merempuh dan menjatuhkan benteng yang dikawal oleh 10 tenaga. Kecuali orang itu ada kuasa luar biasa. Dari sini, jelas sekali populariti adalah perkara kedua.

"Namun, saya tidak ketepikan populariti. Sejujurnya, populariti adalah penyuntik semangat untuk berjaya. Dalam pasukan Kelantan, saya tidak boleh bergerak seorang. Jika tidak, saya akan rebah. Malah, ia memudahkan pihak lawan untuk menjaringkan gol.

"Saya amat memerlukan pemain yang lain untuk mempertahankan gawang kami supaya tidak bolos. Kejayaan kami tertakluk kepada kukuhan semangat sepasukan kami. Pun begitu, kami juga memerlukan sorokan semangat dari peminat untuk kami berjuang.

"Insya-Allah, seandainya kehebatan dan populariti dapat diseimbangkan, ia akan melahirkan sesuatu perkara yang luar biasa. Keras tidak bermakna kuat, lembut bukan bererti lemah. Setiap insan memerlukan sokongan. Kejayaan tidak boleh lahir tanpa ada sokongan.

"Apapun, saya bersyukur, semangat kesukanan di Malaysia lebih-lebih lagi dalam sukan bola sepak semakin maju dan menjadi perhatian masyarakat. Teruslah menyokong tanpa kenal erti mengalah. Jangan menilai kualiti sesuatu perkara tanpa mengenal kuantiti sebenarnya. Terima kasih dan Insya-Allah,kami akan lakukan yang terbaik demi mereka yang menyokong kami," jelas Apex.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...