Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 10 Oktober 2012

Komitmen pemain dituntut

10 Oktober 2012

RAJAGOBAL (kanan) mengendali latihan skuad Harimau Malaya di Wisma FAM, Kelana Jaya baru-baru ini


KEKUATAN mental akan menjadi penentu kejayaan buat skuad Harimau Malaya pada perlawanan kelayakan Piala Asia 2015.
Demikian tegas jurulatih, Datuk K. Rajagobal terhadap skuad bimbingannya itu menjelang aksi kelayakan kejohanan berprestij di Asia itu.
Rajagobal mahu barisan pemainnya bersedia untuk menghadapi cabaran sebagai usaha mengangkat mutu bola sepak negara di pentas Asia.
“Kita akan membuat persediaan rapi untuk menghadapi Piala Asia 2015.
“Suka dimaklumkan bahawa saya mahu semua pemain berfikiran positif dan paling penting, pemain jangan takut untuk mengubah mentaliti mereka.
“Secara peribadi, saya mahu pemain-pemain ini menganggap ia sebagai satu cabaran untuk meningkatkan kualiti bola sepak tempatan.
“Apa yang pasti, kami akan memberikan aksi terbaik demi maruah negara,” kata Rajagobal kepada pemberita selepas menyaksikan skuad negara diundi bersama Qatar, Bahrain dan Yemen dalam Kumpulan D Piala Asia 2015, semalam.
Tambah Rajagobal, beliau yakin peluang untuk beraksi di pentas tertinggi Asia dilihat cerah bagi skuad negara.
Namun, beliau enggan terlalu yakin sambil menyifatkan Harimau Malaya perlu bekerja dengan lebih keras sekiranya berhasrat untuk layak ke Australia kelak.
Ditanya mengenai kesebelasan utama skuad negara yang akan menggalas cabaran pada Piala Asia, bekas jurulatih Selangor itu tidak menolak kemungkinan dengan menggunakan barisan pemain Piala AFF Suzuki kelak.
Begitupun, beliau akan memantau perkembangan setiap pemain dengan lebih serius sebelum disenaraikan dalam skuad Piala Asia 2015.
“Mungkin akan guna pemain yang sama dalam AFF Suzuki tetapi saya akan tengok dulu tahap keupayaan pemain,” katanya.
Dalam perkembangan yang sama, Rajagobal memberitahu, beliau lebih berminat untuk menumpukan persiapan skuad negara berbanding isu letak jawatan.
Menurutnya, beliau akan melepaskan jawatan ketua jurulatih secara sukarela sekiranya Harimau Malaya gagal melayakkan diri ke saingan Piala Asia 2015.
“Berhubung hal itu (meletakkan jawatan), saya akan fikirkan kemudian,” katanya.
Rajagobal merupakan jurulatih tempatan pertama yang membawa skuad negara menjuarai Piala AFF Suzuki 2010 dan pingat emas Sukan SEA Laos 2009.
Pada aksi kelayakan Piala Asia 2015, enam perlawanan secara timbal balik untuk setiap kumpulan itu bakal berlangsung pada 6 Februari, 22 Mac, 15 Oktober, 15 November dan 19 November 2013 serta 5 Mac 2014 depan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...