Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 4 Oktober 2012

Rita enggan ulas cinta

04 Oktober 2012


RAYYAN dan Qaqa pengubat jiwa lara Rita.

BAGI sesetengah orang, barangkali sudah terlalu penat untuk membaca kisah Rita Rudaini 'naik-turun' mahkamah.
Semenjak dua tahun lalu, Rita seperti menjadikan mahkamah sebagai rumah keduanya ekoran masalah rumah tangga bersama Aidil Zafuan Abdul Radzak yang tidak juga selesai walaupun pelbagai usaha damai sudah dilakukan.
Menurut Rita, dalam dirinya langsung tidak terselit perasaan bosan ataupun penat meskipun jadual hariannya banyak terganggu ekoran perbicaraan di mahkamah.

"Saya laluinya dengan tabah dan berani, tak boleh kalah. Setiap perempuan yang berhadapan dengan masalah rumah tangga akan tahu bagaimana keadaan yang sedang saya rasa ketika ini.

"Bagaimanapun ia tidak sedikitpun mematahkan semangat saya. Lagipun, sebelum-sebelum ini, saya ke mahkamah atas kes yang difailkan oleh pihak Aidil.

"Saya hanya menurut arahan peguam saya untuk hadir dan memberi sepenuh kerjasama supaya kes berjalan dengan lancar," katanya.

Ternyata nasib menyebelahi dirinya apabila tuntutan yang dibuat oleh suami untuk mendapatkan hak jagaan dua anaknya, ditolak oleh mahkamah minggu lalu.

Tuntutan Aidil untuk menjaga dua putera mereka, Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna ditolak oleh Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam dan ia adalah satu kemenangan bermaruah kepada Rita.

"Bukan bermakna dia tak ada hak langsung kepada anak-anak selepas saya menang. Dia masih boleh berjumpa dan melihat anak-anak tetapi harus dengan cara yang betul.

"Oleh kerana dia yang meninggalkan rumah kelamin kami, sepatutnya dia yang datang melihat anak-anak, bukannya mahu membawa anak-anak ke tempat lain kalau ingin bertemu," kata Rita tegas.Mahu bertudung
Selama naik turun mahkamah, imej sopan yang dipamerkan Rita turut menambat hati banyak pihak.

Tidak lepas daripada mengenakan tudung litup, lengkap berbaju kurung sopan, Rita mengundang rasa kagum di kalangan peminatnya.

Menurut Rita, dia memilih untuk bertudung litup setiap kali hadir bicara kes, atas faktor menghormati mahkamah yang mulia.

"Saya bukan mahu berlakon atau tunjuk baik dengan tudung. Saya anggap mahkamah tempat yang mulia dan lebih molek kalau kita pakai pakaian yang bersopan.

"Kalau ada peminat yang suka akan cara saya, saya bersyukur. Apa yang paling penting, kita selesa dengan apa yang kita pakai, bukan dibuat-buat," katanya.

Malah, tidak kurang yang bertanya, apakah masanya sudah hampir untuk wanita ini berhijab diluar dunia mahkamahnya?

"Hasrat itu memang ada. Cuma, saya akan pastinya bertudung litup apabila saya benar-benar bersedia, luar dan dalam hati.

"Impian ada. Saya tidak mahu bertudung sebab orang suruh atau sebab keadaan atau hendak menutup sesuatu isu, atau sebab artis lain bertudung maka saya pun perlu bertudung.Saya tak mahu begitu.

"Biarlah bertudung ikhlas dari dalam hati kita, datang sendiri dan tidak dipaksa oleh keadaan," katanya.

Gosip cinta?

Menyentuh mengenai gosip cinta suaminya dengan pelakon Jue Aziz, menurut Rita dia seboleh mungkin enggan mengulas lanjut.

Rita tidak mahu dirinya turut terjebak dalam kisah cinta 'murahan' sebegitu, apatah lagi membuat sebarang ulasan yang mungkin akan disalah tafsiran pihak lain.

"Cuma apa yang boleh saya katakan, 'tunggu dan lihat sajalah'. Ini bukan cerita cinta dia yang pertama.

"Ada macam-macam lagi sumber sahih yang bercerita kepada saya tentang perempuan itu dan perempuan ini, tetapi saya malas hendak fikir. Buat apa hendak serabutkan kepala memikirkan hal seperti itu?

"Kalau dia rasa bahagia dengan cara sebegitu, terpulang kepada dia kerana apa yang penting ketika ini ialah saya dan anak-anak bahagia. Itu saja," katanya dengan maksud mendalam.

Semakin laris

Rezeki wanita setabah Rita tidak akan pernah surut. Seperti takdir sangat menyebelahinya apabila sehingga kini, rezeki dalam dunia lakonan sentiasa mengalir deras dan laju untuk dirinya dan anak-anak.

Selain rezeki dalam drama yang laju mengalir, pada tahun ini Rita juga terlibat dalam filem besar Balistik terbitan Rosyam Nor.

"Itulah namanya hikmah daripada kegagalan. Saya berasa diri ini cukup disayangi oleh-Nya meskipun dia uji saya dan keluarga dengan pelbagai masalah.

"Rezeki masih mengalir untuk saya dan anak-anak. Justeru, saya menganggap segalanya ini sebagai hikmah yang tidak ternilai harganya yang diberikan Allah.

"Dia berikan saya masalah, dia berikan saya kekuatan hati untuk melawan masalah itu di samping rezeki yang murah. Sebab itu sebagai manusia, saya tetap bersyukur walau apa pun yang terjadi," katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...