Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 18 Oktober 2012

Aidil, Amirizdwan tekad sekat penggempur Kijang

19 Oktober 2012


GANDINGAN dua pemain kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dan Amirizdwan Taj Tajuddin menjadi taruhan ATM pada final Piala Malaysia, esok. Kehadiran Amirizdwan adalah bagi menggantikan Irwan Fadzly Idrus yang digantung perlawanan di pertahanan tengah.
Bagi Amirizdwan, peluang diberikan pengendali ATM, B Sathianathan akan digunakan sebaik mungkin pada penampilan final pertamanya.

“Tiada tekanan kerana saya lihat ini adalah peluang membuktikan sesuatu kepada pasukan dan diri sendiri,” kata bekas pemain UiTM FC itu.
Kehadiran pemain tinggi lampai itu pastinya bagi mengawal jentera serangan Kelantan yang mungkin diketuai Mohd Afiq Azmi.

Sementara itu, Aidil Zafuan berkata, tiada masalah buat dirinya bergandingan dengan Amirizdwan mengawal jentera serangan Kelantan.

“Sejak minggu lalu kami berlatih bersama di posisi itu untuk meningkatkan lagi persefahaman,” katanya.

Aidil Zafuan yang menjadi tonggak paling berpengalaman di bahagian belakang turut menasihatkan rakan agar tidak tertekan.

“Saya sendiri sebenarnya masih gugup walaupun sudah beberapa kali bermain di final. Saya harap pemain lain cepat menyesuaikan diri.” Selain Amirizdwan, barisan pertahanan ATM dijangka menampilkan Azmi Muslim (pertahanan kiri) dan K Rueben (pertahanan kanan) yang beraksi buat kali pertama di final Piala Malaysia.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/10/19

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...