Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 5 Oktober 2012

Bantahan awal Rita Rudaini 7 November

05 Oktober 2012


 Rita Rudaini Mokhtar
Rita Rudaini Mokhtar
PETALING JAYA - Mahkamah Rendah Syariah di sini, semalam menetapkan 7 November depan sebagai tarikh keputusan berhubung bantahan awal dibuat pelakon Rita Rudaini Mokhtar terhadap permohonan kembali taat oleh suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Razak.

Hakim Syarie Saharuddin Selamat menetapkan tarikh itu selepas peguam syarie Datuk Zaidi Mohd Zain yang mewakili Rita memaklumkan pihaknya sudah memfailkan afidavit balasan terhadap jawapan Aidil mengenai bantahan isterinya itu.

Bantahan dibangkitkan Rita adalah berhubung kesilapan pada isu pemastautin Aidil yang dikemukakan dalam permohonan tersebut.

Peguam syarie, Ahmad Nazib Johari juga mewakili Aidil memaklumkan anak guamnya tidak dapat hadir.

Ahmad Nazib kemudian  menyerahkan dokumen pengesahan ketidakhadiran Aidil ke mahkamah kerana anak guamnya menjalani latihan bola sepak selama dua minggu di Austria.

Tindakan itu mendapat teguran daripada Saharuddin kerana Aidil, selaku plaintif sebelum ini, tidak pernah langsung menghadirkan diri untuk kes itu atas alasan mempunyai jadual perlawanan ketat.

“Pada tarikh lalu anak guam tidak hadir, hari ini (semalam) pun tidak hadir. Peguam tolong nasihatkan anak guam baik-baik.

“Sepatutnya bila tidak hadir terus kemukakan dokumen sebagai bukti kerana perlawanan sudah ditetapkan lebih awal,” katanya.

Saharuddin berkata demikian selepas menerima jadual perlawanan bola yang diserahkan Ahmad Nazib.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...