Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 5 Oktober 2012

Bila Agaknya Isu Rumahtangga Aidil-Rita Akan Selesai?

05 Oktober 2012

Bila Agaknya Isu Rumahtangga Aidil-Rita Akan Selesai?

KL, 4 OKT 2012: Tidak tahu apa nak diulaskan lagi, namun hakikatnya Murai Batu sendiri merasakan kes rumahtangga pasangan pemain bola sepak, Aidil Zafuan dan isterinya, aktres Rita Rudaini ini seolah-olah tidak mempunyai kesudahan.

Saban minggu bila Murai Batu belek sahaja akhbar tempatan, akan ada petikan kes turun naik mahkamah pasangan ini. Bukan nak memihak namun Murai Batu dapat merasakan kurangnya profesionalisme dari pihak suami, yakni Aidil yang sering tidak hadir ke mahkamah apabila kesnya dibicarakan.

Terbaru, Mahkamah Rendah Syariah Subang Bistari semalam menetapkan 7 November depan sebagai tarikh keputusan berhubung bantahan awal dibuat oleh Rita Rudaini Mokhtar, terhadap permohonan kembali taat oleh suaminya, pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak.

Dan sekali lagi, semasa prosiding semalam, Aidil masih tidak hadir ke mahkamah meskipun hakim sebelum ini sudah menegur dan menasihatkannya supaya lebih mengambil berat mengenai kes yang sedang berjalan.

Ketika ditanya di mana anak guamnya, peguam syarie Ahmad Nazib Johari yang mewakili Aidil memaklumkan plaintif tidak sempat hadir pada prosiding semalam kerana mewakili Angkatan Tentera Malaysia (ATM) menentang pasukan Negeri Sembilan dalam perlawanan Piala Malaysia 2012, malam kelmarin.

Murai Batu tahu, Aidil sibuk dengan tugasnya sebagai pemain bola sepak, namun sekiranya kita ada permasalahan besar yang sedang berlaku, mungkin kita akan diberi perlepasan. Lagipun, prosi

Hakim juga semalam telah sekali lagi meminta peguam yang mewakili Aidil agar menasihati anak guamnya itu baik-baik dan memandang serius perkara ini. Bagi Murai Batu pula, selagi Aidil tidak hadir, selagi itu dia akan dipandang negatif masyarakat dan spekulasi siapa benar siapa salah akan makin terserlah.

Aidil, 25, memfailkan perintah kembali taat pada 15 Mei lalu supaya Rita, 36, dan dua anak lelaki mereka, Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1, menetap di rumah disediakan Aidil di USJ1 di sini.

Pada tarikh sama, Aidil menarik balik permohonan cerai terhadap Rita Rudaini atas alasan ingin berbaik semula.
Pasangan itu bernikah secara rahsia di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 kerana tidak mendapat restu keluarga Aidil.

Mereka tinggal berasingan sejak lima bulan lalu selepas Aidil meninggalkan rumah mereka di Damansara di sini.
Manakala pada 25 September lalu, Mahkamah Tinggi Syariah Shah Alam membatalkan permohonan hak lawatan dan bermalam yang dikemukakan Aidil terhadap dua anak lelaki itu. Hakim Syarie Mohamed Fouzi Mokhtar memutuskan demikian selepas membenarkan bantahan awal difailkan Rita Rudaini berhubung isu permastautinan.

MURAIBATU: Kecewa kerana pasukan pilihan tidak layak ke separuh akhir Piala Malaysia tahun ini.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...