Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 26 Disember 2011

Kekok adegan asmara

26 Disember 2011



Aqasha dan Ayu Raudhah pertama kali melakonkan babak asmara melalui drama Gemersik Kalbu


MELAKONKAN babak intim dalam drama dan filem, bukan sesuatu yang mudah. Ia memerlukan penghayatan yang cukup tinggi. Sesetengah pelakon harus mengorbankan perasaan malu dan segan supaya tidak nampak kekok di depan kamera. Sebab itu, meskipun babak asmara mendapat pelbagai pro dan kontra daripada masyarakat, ia masih menjadi sesuatu yang dianggap perlu oleh sebahagian besar karyawan filem dalam melariskan produk mereka.

Pelakon Ayu Raudhah sendiri mengakui dia agak kekok dan tidak selesa melakonkan babak-babak asmara bersama dengan pelakon lelaki dalam drama.
Ini termasuklah dalam drama terbaru yang menyaksikan kemunculannya bersama pelakon Aqasha - Gemersik Kalbu.

Menurut Ayu, sebagai isteri orang, pastinya agak kekok untuk melakonkan babak-babak intim bersama pasangannya dalam drama yang diangkat daripada novel popular itu.

"Pada awalnya, saya memang kekok apabila tiba kepada babak-babak intim.

"Rasa malu, segan dan kekok sangat kerana tidak biasa begitu dengan lelaki lain selain suami.

"Apatah lagi dengan status saya sebagai isteri orang. Jadi tidak boleh saya nafikan pada permulaan, agak sukar juga buat saya untuk membiasakan diri," kata Ayu.

Bagaimanapun menurut pelakon itu, demi tanggungjawab yang harus digalas, dia akhirnya dapat menyesuaikan diri dan memberikan apa yang diinginkan pengarah.
"Mujurlah Aqasha banyak membantu dengan memberikan tunjuk ajar agar kami berjaya memberikan yang terbaik dalam babak tersebut.

"Walaupun drama tersebut memerlukan kami menunjukkan keintiman, ia tidaklah keterlaluan sangat. Sensitiviti kena jaga juga memandangkan penonton drama kita terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat," katanya.

Apabila ditanya apakah reaksi suaminya apabila mendapat tahu drama itu memerlukannya untuk beraksi secara intim dengan Aqasha, Ayu berkata, suaminya sangat profesional.

"Sebelum menerima tawaran untuk terlibat dengan drama ini, kami sudah berbincang terlebih dahulu. Secara jujurnya, suami saya tidak menghalang kerana dia faham kerjaya saya sebagai seorang pelakon.

"Dia juga mempunyai caranya yang tersendiri. Sebagai contoh jika ada babak-babak yang dilakonkan saya tidak berapa disukainya, dia akan tutup televisyen dan tidak menontonnya.

"Walaupun begitu, dia sangat memahami tugas saya dan tahu apa yang saya lakukan itu hanyalah atas urusan kerja semata-mata," jelasnya.

Sementara itu, Aqasha berkata, dia selesa digandingkan dengan Ayu dalam drama tersebut.

"Kami pernah berlakon bersama sebelum ini. Tetapi bukanlah bergandingan. Jadi secara rasmi ini adalah kali pertama kami digandingkan bersama sebagai teraju utama.

"Sebenarnya tidaklah terlalu banyak babak yang memerlukan kami menunjukkan keintiman. Tetapi cabarannya tetap ada.

"Sewaktu babak tersebut, kami berdua beraksi secara profesional. Kami berpuas hati dengan hasil lakonan," katanya.

Mahu mengandung lagi

Sementara itu, bercakap soal peribadi Ayu berkata, meskipun kandungan pertamanya keguguran, dia tidak pernah berasa serik untuk hamil lagi.

Bahkan, setiap masa dan ketika, pelakon jelita itu berharap agar rumah tangganya dikurnia dengan kehadiran zuriat sebagai penambah seri.

Umum sudah mengetahui berita berhubung keguguran yang dialami oleh pelakon ini selepas terlibat dengan penggambaran drama Gemersik Kalbu itu sewaktu kandungannya berusia enam minggu.

"Saya mengambil kejadian tersebut sebagai takdir yang telah ditentukan buat kami. Mungkin masih belum tiba masanya untuk kami bergelar ibu dan bapa.

"Pastinya perasaan sedih itu ada kerana kami amat gembira setelah mendapat tahu saya sudah mengandung. Antara kami berdua, suami yang lebih gembira kerana bakal menjadi bapa.

"Kami menganggap sebagai belum lagi rezeki kami. Mungkin ia berlaku akibat kepenatan kerana saya terlalu sibuk dengan sesi penggambaran di lokasi," katanya lembut.

Pelakon yang mendirikan rumah tangga dengan bintang bola sepak Mohd. Zaquan Adha Abdul Radzak itu juga berkata kehidupannya bahagia bersama suami tercinta, lantas mengetepikan desas desus yang mengatakan hubungan mereka bermasalah.

"Khabar angin yang mengatakan rumah tangga kami bermasalah itu tidak benar. Sejujurnya, kami bahagia dengan kehidupan sebagai pasangan suami isteri.

"Walaupun masing-masing mempunyai karier yang berbeza, tetapi kami amat menyokong antara satu sama lain," jelasnya menolak dakwaan tersebut.

Bergelar bapa

Sementara itu, Aqasha yang kini bergelar bapa kepada seorang bayi lelaki berkata, kehidupan setelah mempunyai cahaya mata amat berbeza berbanding berdua dengan isteri tersayang.

"Setelah kelahiran orang baru ini, hidup saya banyak berubah. Saya lebih memahami tanggungjawab, bukan hanya sebagai seorang bapa dan suami, tetapi juga sebagai seorang lelaki.

"Baru kini saya tahu pengorbanan yang perlu dilakukan ibu bapa kita dalam membesarkan seorang anak.
"Yang pastinya, saya gembira dan sangat seronok setelah bergelar bapa selama tiga bulan setengah ini kerana banyak yang saya dapat pelajari.

"Bukan sahaja karektor anak saya, tetapi setiap hari adalah suatu perjalanan yang membantu saya untuk mengenali diri saya dengan lebih mendalam," kata bapa kepada Alehandra Ahmad ini.

Menurut Aqasha, Alehandra bermaksud pejuang bangsa, manakala Ahmad bermaksud yang terpuji.

"Jadi saya berharap anak saya akan membesar menjadi seseorang yang berguna kepada bangsa, agama dan juga negara," tambahnya.

Drama Gemersik Rindu diarahkan Heykal Haniffah dan turut membariskan ramai lagi pelakon berbakat. Antaranya Fazreen Rafi, Anzalna, Zain Saidin, Dian P.Ramlee, Khatijah Tan dan Watie Sadali.

Drama ini dapat disaksikan pada setiap Isnin hingga Khamis, pukul 7 malamm, bermula 2 Januari 2012.

Sabtu, 24 Disember 2011

Ayu Raudhah Masih Belum Sempat Bulan Madu

12 Disember 2011


Walaupun usia perkahwinannya hampir menginjak ke setahun, tetapi Ayu Raudhah,26, mengakui dia dan suami, Mohd Zaquan Adha, 23, masih belum berkesempatan untuk berbulan madu. Jelas Ayu, bukan masing-masing tidak cuba mencari masa, tetapi tuntuan tugas perlu diutamakan.

“Memang sampai sekarang Ayu dan suami tidak sempat berbulan madu. Bukan tidak mahu, tetapi masa tidak mengizinkan. Sebaik sahaja majlis persandingan di kedua-dua belah pihak tempoh hari, Ayu dan Zaquan sudah terikat dengan komitmen kerja. Jadi, kami terpaksa lupakan tentang bulan madu buat seketika.

Bagaimanapun, Ramadan baru-baru ini Ayu dan suami sempat menunaikan Umrah bersama. Rasanya kunjungan ke Tanah Suci itu lebih bermakna. Tak mengapalah tak dapat bulan madu pun, Ayu anggap hari-hari yangkami lalui bersama ketika ini adalah bulan madu. Ayu sangat-sangat bahagia dengan suami, “ ujar Ayu sambil menguntum senyum.

Menjawab persoalan tentang tahap kesihatannya ketika ini, Ayu memberitahu selepas kegugugran Oktober lalu, dia tidak menghadapi sebarang masalah kesihatan lain. Namun mengakui dia tidak mendapat rehat yang cukup kerana jadual penggambaran yang terlalu ketat.

“Selepas keguguran hari itu, Ayu tidak punya masalah kesihatan yang lain. Cuma tidak mendapat rehat yang cukup sebab sibuk sangat. Buat masa ini doktor masih tidak benarkan Ayu hamil lagi. Kena tunggu selepas tiga bulan. Memang Ayu dan Zaquan tidak merancang untuk dapatkan anak, tapi buat masa ini Ayu perlu dengar nasihat doktor. Selepas tempoh tiga bulan ini berakhir, tak kisahlah kalau hamil pun,” ujar Ayu lagi.

Jadi Raihana
Dalam perkembangan lain, adik kepada Rozita Che Wan ini bakal muncul dengan drama terbaru berjudul ‘Gemersik Kalbu’. Memegang watak utama sebagai Raihana, Ayu bergandingan dengan Aqasha sebagai pasangan suami isteri.

Menceritakan pengalaman berlakon di sisi Aqasha, Ayu berterus-terang yang dia sebenarnya berasa kurang selesa melakonkan babak-babak romantis dan intim bersama Aqasha kerana statusnya sebagai seorang isteri.

“Selain itu, Ayu juga rasa kekok kerana ini baru kali kedua kami bergandingan. Kali pertama dulu adegan yang membabitkan kami berdua pun tidak banyak. Tapi masalah kekok ini mula-mula sahaja, selepas berbincang dengan Aqasha dan pengarah, Ayu dapat atasi. Aqasha pun faham dengan status Ayu. Dia pun sudah menjadi suami orang. Jadi kami faham antara satu sama lain. Secara keseluruhan, babak-babak yang ada dalam ‘Gemerik Kalbu’ tidaklah keterlaluan,” ujar Ayu.

Drama arahan Heykal Hanafiah ini akan disiarkan di slot Akasia bermula 2 Januari hadapan dari jam 7.00 petang hingga 8.00 malam dari Isnin hingga Khamis.



Khamis, 1 Disember 2011

Shukor tidak risau rakan ‘lari’

2 Disember 2011



Shukor Adan (kiri) bersama peserta yang mengambil bahagian dalam sesi pengenalan Akademi Bola Sepak Soccergurus di Kinrara, semalam.


PUCHONG – Ketua pasukan Negeri Sembilan, Mohd. Shukor Adan tidak bimbang dengan kekuatan pasukan Hoben Jang Hoben menjelang saingan Liga Malaysia musim hadapan walaupun kehilangan beberapa pemain utama yang memilih haluan ke Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Biarpun menyedari hampir separuh kekuatan Negeri Sembilan yang menjulang mereka pada pentas Piala Malaysia lalu telah hilang, pemain veteran berusia 32 tahun percaya, skuad kali ini masih mampu memberikan cabaran dan meraih kejuaraan musim hadapan.

“Bagi menghadapi musim depan, memang saya agak sedikit terasa kerana kehilangan beberapa rakan sepasukan yang berjasa pada musim lalu, sehingga kami berjaya muncul juara Piala Malaysia.

“Namun ia perkara yang biasa sebagai pemain profesional, pemain akan datang dan pergi, saya terima keputusan dengan hati terbuka.

“Sebagai ketua pasukan, saya tidak gusar dengan kerana ketiadaan mereka ditampung dengan kehadiran tiga pemain baru dan beberapa pemain muda berbakat dari skuad Piala Presiden

“Saya masih percaya pasukan Negeri Sembilan mampu mempertahankan kejuaraan Piala Malaysia selain cuba meraih kejuaraan lain, ” katanya selepas sesi pengenalan Akademi Bola Sepak Soccergurus di Sekolah Jenis Tamil Kebangsaan Bandar Kinrara, semalam.

Negeri Sembilan sudah kehilangan tujuh pemain yang memilih haluan baru musim depan termasuk pemain kembar, Mohd. Aidil Zafuan dan Zaquan Adha, yang berhijrah ke ATM.

Mengikuti jejak langkah mereka berdua ke ATM ialah Hairuddin Omar yang muncul wira Negeri Sembilan pada perlawanan akhir Piala Malaysia lalu, Irwan Fadzli Idrus dan penjaga gol, Farizal Harun.

Selain itu, pemain skuad Sukan SEA 2011, Ahmad Fakri Saarani dijangka memilih haluan ke Felda United dan bekas pemain Harimau Muda A, Ahmad Aminuddin Shaharudin ke Sarawak.

Antara muka baru yang dibawa masuk Negeri Sembilan ialah bekas pemain Harimau Muda A dan Kedah, Ahmad Shakir Ali serta dua pemain Kuala Lumpur, Norismaidham Ismail dan Mohd Nazrin Mohd. Nawi.

Negeri Sembilan juga difahamkan hampir pasti mengikat dua pemain import iaitu Marquen Gonçalves Ferreira, pertahanan dari Brazil dan Jean-Emmanuel Effa Owona, penyerang yang berasal dari Cameroon selepas persembahan cemerlang menewaskan Kelantan 3-1 dalam aksi persahabatan, Selasa lalu.

Ditanya adakah dia menghabiskan karier di Negeri Sembilan, Shukor berkata dia akan beraksi selagi khidmatnya diperlukan oleh Persatuan Bola Sepak Negeri Sembilan (PBNS).

“Saya belum merancang bila akan bersara, selagi kaki dan kudrat saya masih mampu, selagi itu saya akan terus bermain bola sepak.

“Mungkin juga saya akan mengakhiri karier di Negeri Sembilan tetapi itu terpulang kepada PBNS, cuma saya boleh nyatakan saya gembira bermain dengan Negeri Sembilan, ” katanya.

Selasa, 29 November 2011

Aidil Zafuan intai gelaran hatrik

30 November 2011



AIDIL ZAFUAN mengidam untuk merangkul Anugerah Pemain Pertahanan Terbaik buat kali ketiga berturut-turut pada majlis Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 hari ini.


TONGGAK pertahanan Negeri Sembilan, Aidil Zafuan Abdul Razak berharap persembahan cemerlang pada musim ini mampu melayakkannya menjulang Anugerah Pemain Pertahanan Terbaik buat kali ketiga berturut-turut menjelang majlis berprestij Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2011 hari ini.
Persembahan konsisten tonggak berusia 24 tahun itu tidak kira ketika mewakili pasukannya mahupun pasukan kebangsaan berjaya menggondol anugerah itu sejak 2009.
"Sejujurnya, saya rasa cukup bertuah dapat meraih anugerah ini sejak dua tahun lepas.
"Jika menang lagi tahun ini, ia memang cukup istimewa, tambahan pula saya sering dibelenggu kecederaan pada musim ini," katanya yang mula menyarung jersi Harimau Malaya sejak berusia 14 tahun.
"Saya harap saya telah melakukan yang terbaik untuk menerima anugerah tersebut tahun ini yang bagi saya bukan se- kadar anugerah biasa.
"Sebagai pemain, pengiktirafan ini benar-benar bermakna buat saya," katanya.
Bersama kembarnya Zaquan Adha, Aidil sebelum ini berjaya membantu Negeri Sembilan muncul juara bola sepak Sukan Malaysia (Sukma) pada 2004 sebelum menyertai pasukan senior Sang Rusa setahun kemudian.
Mereka juga berjaya muncul juara Liga Super pada tahun yang sama.
Selain mewakili Malaysia pada dua Kejohanan Remaja Asia, Aidil juga berjaya membantu pasukan negara muncul juara Pestabola Merdeka pada 2007 selain mewakili negara pada Piala Asia pada tahun yang sama.
"Saya harap majlis sebegini dapat diteruskan bagi menghargai pemain bola sepak profesional," katanya yang turut membantu Negeri Sembilan muncul juara Piala Malaysia musim ini.
Untuk anugerah tahun ini, setiap calon dipilih menerusi undi kesemua jurulatih-jurulatih pasukan Liga Super dan Liga Perdana.
Sementara itu, anugerah persatuan dan pasukan terbaik akan ditentukan oleh Jawatankuasa Pertandingan Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM).
Majlis penganugerahan itu akan berlangsung di Holiday Inn Glenmarie, Shah Alam hari ini.

Ahad, 30 Oktober 2011

Aidil Kembali Perkuat Benteng N9, Azraai Yakin Felda Bakal Gigit Jari

30 Oktober 2011


Kegagalan mencari setidak-tidaknya bekalan satu gol di tempat lawan, tidak langsung menggusarkan pengendali Negeri Sembilan, Azraai Khor Abdullah, yang berkeyakinan tinggi barisan pemainnya akan menampilkan aksi persis sang juara, seterusnya memastikan Felda United yang memiliki kelebihan 1-0 hasil kemenangan di perlawanan pertama, pulang berputih mata.

Dengan memiliki FULL SQUAD yang bebas daripada masalah kecederaan dan penggantungan, Azraai menjangkakan aksi 90 minit berikutnya di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi malam esok, tidak ubah seperti final, dan menuntut aksi ALL-OUT dari anak buahnya.

“ya, saya cukup berkeyakinan tinggi, kita akan main tempat kita, satu kelebihan. Kalu u tengok first game pun kita yang control game, sekarang kita ada another 90 minit, kita akan tampilkan aksi all-out, ini dah macam final, confident level di kem kita cukup tinggi..felda juga pastinya mahu mempertahankan kelebihan, dan cuba mencari gol awal, jadi kita perlu fokus”.

“semua player kita available, Aidil pun akan kembali beraksi, baru ni dia tak main, so extra manpower berbanding perlawanan isnin lalu. Dengan kekuatan yg ada ni, saya yakin Negeri tidak akan bermasalah untuk ke separuh akhir..”. – Azraai Khor Abdullah.

Azraai dijangka mempertaruhkan gandingan tiga serangkai di barisan depan, diketuai Hairudin Omar, penjaring salah satu gol di final tahun lalu bersama Kelantan, dibantu Firdaus Azizul dan Shahurain Abu Samah, selain mengharapkan pertahanan diterajui Norhafiz Zamani Misbah dan penjaga gol kebangsaan, Farizal Marlias di gawang tidak bolos gol di tempat sendiri, yang akan memberikan Felda Utd kelebihan gol di tempat lawan.

Sabtu, 29 Oktober 2011

Ayu Raudhah Keguguran

29 Oktober 2011


Impian pasangan selebriti Ayu Raudhah dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak untuk menimang cahayamata sulung berkecai apabila pelakon filem ‘4 Madu’ itu mengalami keguguran tiga hari lepas. Ayu yang hamil enam minggu disahkan keguguran selepas empat hari dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya sejak 22 Oktober lalu.
Biarpun berita gembira kehamilan Ayu baru tersebar minggu ini, namun nampaknya rezeki tidak berpihak kepada pasangan muda ini. Ayu mengalami pendarahan ketika menjalani penggambaran drama ‘Gemersik Kalbu’ untuk slot Akasia TV3.

“Ya, saya mengandung enam minggu tapi sekarang dah tak ada lagi. Saya baru gugur tak sampai seminggu. Mulanya saya tak tahu saya mengandung sebab bila periksa, keputusannya negatif. Saya sekali lagi membuat ujian kehamilan dan doktor akhirnya mengesahkan saya hamil. Ketika itu garisan di alat ujian kehamilan menunjukkan dua garisan, di mana satu lagi samar-samar. Doktor beritahu kandungan saya mungkin tak kuat.
“Masa saya tahu saya mengandung, Zaquan orang yang paling gembira. Bila gugur, kesian kat dia sebab dia yang paling teruja, berganda-ganda dari saya. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. Bila disahkan mengandung, keesokan harinya saya pergi menjalani penggambaran drama, ‘Gemersik Klabu’. Waktu itu saya ‘turun darah’. Saya terus pergi ke hospital. Empat hari selepas berada di hospital, baru saya disahkan gugur. Tak ada rezeki, tak apalah. Mungkin itu yang terbaik,” ujar Ayu ketika dihubungi sebentar tadi.
Apabila ditanya adakah gosip keretakan rumahtangganya baru-baru ini menyebabkan dia tertekan sehingga mengalami keguguran, Ayu memberitahu, “Tak adalah. Tak ada efek pun orang cakap macam tu. Alhamdulillah, saya bahagia sangat-sangat dengan suami.
“Kami langsung tak gaduh. Malah dia yang banyak pujuk dan kuatkan semangat saya selepas keguguran ini. Tiap-tiap malam dia teman saya di hospital walaupun sekarang dia sedang sibuk berlatih untuk perlawanan akhir Piala Malaysia esok. Saya tak hirau apa orang nak cakap tapi kami sangat bahagia,” kata Ayu yang akan menyambung penggambaran ‘Germersik Kalbu’ esok.
Sumber: Gua

1,410 Anggota Polis Kawal Stadium Shah Alam

29 Oktober 2011


SHAH ALAM: Polis telah membuat persiapan penuh bagi memastikan tahap keselamatan terkawal pada perlawanan akhir Piala Malaysia antara Negeri Sembilan dan Terengganu di Stadium Shah Alam malam ini.
Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Salleh Abdul Rashid berkata PDRM mengerah 1,410 anggota polis dan anggota Ikatan Sukarelawan Malaysia (RELA) serta pegawai Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) bagi menjamin keselamatan di dalam dan luar stadium sepanjang perlawanan itu.
"Kita bercadang menambah lagi kekuatan ini dan tidak akan berkompromi dengan soal keselamatan kerana tidak mahu kejadian seperti perlawanan-perlawanan terdahulu berulang," katanya pada sidang media mengenai kawalan keselamatan di Stadium Shah Alam, pada Jumaat. Turut hadir Setiausaha Agung Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) Datuk Azzuddin Ahmad.
Salleh, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan FAM, berkata pihak polis akan mengetatkan kawalan keselamatan di tahap maksimum berdasarkan kepada kehendak semasa.
"Kita (polis) memerlukan kerjasama penyokong kedua-dua pasukan supaya mematuhi arahan keselamatan dan mempamerkan disiplin tinggi untuk mengelak perkara tidak diingini berlaku.
"Malah pihak polis tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan jika dapat menghidu sebarang protes bantahan atau demonstrasi yang dilakukan oleh kedua-dua penyokong pasukan di dalam atau luar stadium," katanya.
Kira-kira 70,000 penyokong Negeri Sembilan dan Terengganu dijangka membanjiri stadium itu seawal 4 petang esok bagi menyaksikan pertarungan antara pasukan Penyu dan Rusa itu.

Jumaat, 28 Oktober 2011

Ayu Raudhah Keguguran

28 Oktober 2011



Impian pasangan selebriti Ayu Raudhah dan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak untuk menimang cahayamata sulung berkecai apabila pelakon filem ‘4 Madu’ itu mengalami keguguran tiga hari lepas. Ayu yang hamil enam minggu disahkan keguguran selepas empat hari dimasukkan ke Pusat Perubatan Subang Jaya sejak 22 Oktober lalu.

Biarpun berita gembira kehamilan Ayu baru tersebar minggu ini, namun nampaknya rezeki tidak berpihak kepada pasangan muda ini. Ayu mengalami pendarahan ketika menjalani penggambaran drama ‘Gemersik Kalbu’ untuk slot Akasia TV3.

“Ya, saya mengandung enam minggu tapi sekarang dah tak ada lagi. Saya baru gugur tak sampai seminggu. Mulanya saya tak tahu saya mengandung sebab bila periksa, keputusannya negatif. Saya sekali lagi membuat ujian kehamilan dan doktor akhirnya mengesahkan saya hamil. Ketika itu garisan di alat ujian kehamilan menunjukkan dua garisan, di mana satu lagi samar-samar. Doktor beritahu kandungan saya mungkin tak kuat.

“Masa saya tahu saya mengandung, Zaquan orang yang paling gembira. Bila gugur, kesian kat dia sebab dia yang paling teruja, berganda-ganda dari saya. Tapi nak buat macam mana, dah tak ada rezeki. Bila disahkan mengandung, keesokan harinya saya pergi menjalani penggambaran drama, ‘Gemersik Klabu’. Waktu itu saya ‘turun darah’. Saya terus pergi ke hospital. Empat hari selepas berada di hospital, baru saya disahkan gugur. Tak ada rezeki, tak apalah. Mungkin itu yang terbaik,” ujar Ayu ketika dihubungi sebentar tadi.

Apabila ditanya adakah gosip keretakan rumahtangganya baru-baru ini menyebabkan dia tertekan sehingga mengalami keguguran, Ayu memberitahu, “Tak adalah. Tak ada efek pun orang cakap macam tu. Alhamdulillah, saya bahagia sangat-sangat dengan suami.

“Kami langsung tak gaduh. Malah dia yang banyak pujuk dan kuatkan semangat saya selepas keguguran ini. Tiap-tiap malam dia teman saya di hospital walaupun sekarang dia sedang sibuk berlatih untuk perlawanan akhir Piala Malaysia esok. Saya tak hirau apa orang nak cakap tapi kami sangat bahagia,” kata Ayu yang akan menyambung penggambaran ‘Germersik Kalbu’ esok.

Rabu, 26 Oktober 2011

Aidil tekad rantai trio Terengganu

27 Oktober 2011


MERANTAI setiap gerakan penyerang lawan menjadi tugas utama pertahanan kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak sebaik turun menggalas cabaran Negeri Sembilan menentang Terengganu pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Dia mengakui Terengganu memiliki barisan penyerang berbisa menerusi gandingan trio mereka Abdul Manaf Mamat, Ashari Shamsuddin dan Abdul Hadi Yahaya yang tampil membuktikan kemampuan masing-masing apabila berjaya meleburkan impian Selangor pada separuh akhir.

Justeru katanya, kelibat ketiga-tiga penyerang itu perlu diberikan perhatian dengan menyekat setiap pergerakan mereka bagi mengelak mereka menjaringkan gol sekali gus boleh menjejaskan misi Negeri Sembilan untuk menjulang trofi berprestij itu buat kali kedua.

“Saya akui Terengganu bakal menampilkan ketiga-tiga penyerang berbisa mereka Manaf, Ashari dan Hadi di barisan depan, namun saya sudah bersedia untuk menggalas tugas diamanahkan dengan baik terutama dalam usaha menyekat pemain lincah itu daripada melepasi benteng Negeri Sembilan,” katanya semalam.

Hakikatnya, bukan mudah penyerang Terengganu melepasi pertahanan Negeri Sembilan dengan gandingan Aidil dan Norhafiz Zamani Misbah yang dibantu Irwan Fadly Idrus, yang sudah mempamerkan kekentalan mereka menyekat penyerang lawan sepanjang kempen kali ini.

Namun bagi abang kembar kepada penyerang Mohd Zaquan Adha itu, mereka tetap sentiasa berwaspada kerana situasi perlawanan sudah berbeza dengan setiap pemain lawan akan menggandakan usaha memburu gol.

Khamis, 20 Oktober 2011

Bukan alasan untuk gagal

21 Oktober 2011



SEBAHAGIAN besar daripada pemain dalam skuad Olimpik negara ini akan menggalas tugas mempertahankan pingat emas pada Sukan SEA di Indonesia bulan depan.


BERADA dalam ‘kumpulan maut’ bukan alasan bagi skuad bola sepak negara untuk gagal mempamerkan prestasi cemerlang, sekali gus mempertahankan pingat emas yang dimena- ngi pada Sukan SEA lalu.
Timbalan Presiden Persatuan Bola sepak Malaysia (FAM), Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah bertitah, ini kerana skuad negara telah menjalani latihan rapi selama dua tahun, termasuk berlatih di Slovakia dan mengikuti beberapa siri perlawanan persahabatan sebagai persiapan menghadapi temasya tersebut.
“Saya mendapati undian sku- ad negara ke dalam Kumpulan A begitu sukar dan penuh mencabar.
“Bagaimanapun, kita perlu mempamerkan prestasi mantap, jangan pandang rendah pada pasukan lawan dan beraksi penuh konsentrasi,” titahnya selepas baginda mengadakan Lawatan Kerja di Kompleks Asnaf, Majlis Agama Islam Pahang (MU- IP) di Sungai Soi, Kuantan semalam.
Hasil undian acara bola sepak Sukan SEA 2011 kelmarin menyaksikan Malaysia diundi ke dalam Kumpulan A bersama tuan rumah Indonesia, Thailand, Singapura dan Kemboja.
Kumpulan B pula terdiri daripada Vietnam, Myanmar, Fili- pina, Timor Leste, Laos dan Brunei.
Titah baginda lagi, antara pasukan yang perlu dihormati oleh Malaysia sepanjang kejohanan itu ialah pasukan tuan rumah Indonesia, Thailand dan Filipina.
Bagi meraih kejayaan, ujar baginda, jurulatih juga turut memainkan peranan penting dalam mencongak strategi selain keupayaan para pemain.
“Segalanya kini terserah kepada pemain yang mana mereka perlu bersikap positif.
“Begitu juga jurulatih, mereka perlu pandai dalam menyusun strategi,” titahnya.
Mengulas mengenai pertukaran venue perlawanan bola sepak iaitu dari Jakarta ke Palem- bang, baginda mengakui ia memberi sedikit kelebihan kepada tuan rumah.
Namun baginda bertitah, sukan bola sepak masa kini tidak hanya dipengaruhi lokasi perlawanan tetapi mengambil kira pelbagai faktor untuk mencatat kemenangan.
“Saya tidak dinafikan ia memberi sedikit kelebihan kepada tuan rumah Indonesia. Jadi, kita perlu bermain dengan lebih ofensif dan fokus bagi memenangi setiap perlawanan,” titahnya.
Dalam pada itu, baginda menegaskan, skuad negara kini memberi sepenuh tumpuan kepada Sukan SEA dan Sukan Olimpik dalam tempoh terdekat.

Isnin, 17 Oktober 2011

Tak goyah tapi bahagia

18 Oktober 2011




GELi hati juga Joyah bila dapat tahu ada pihak tak bertanggungjawab sebarkan cerita yang bukan-bukan fasal rumahtangga pasangan artis dan atlet yang didakwa goyah.
Bukan apa, sebab masa tu semua orang kalut tuduh-menuduh rumah tangga siapa yang dimaksudkan tu.
Apa lagi, bukan main ramai yang nak jadi tuang tilik.
Siap buat senarai artis mana yang kahwin dengan atlet. Gigihnya.

Walhal, berapa kerat je artis kita yang kahwin dengan artis.
Pasangan paling panas mestilah Rita Rudaini dan Aidil Zafuan serta Ayu Raudhah dan Zaquan Adha.

Tapi malang terkena pada pasangan Ayu dan Zaquan. Joyah kasihan dengan mereka.

Walhal rumah tangga mereka elok aman bahagia.
Joyah rasa, orang yang buat cerita tak baik tu mesti di kalangan orang yang busuk hati dan tak boleh tengok orang lain bahagia.

Hello..kalau awak tak dapat kahwin baik dengan Ayu atau Zaquan sekali pun, tak perlu nak buat cerita buruk kan.
Kalau iya pun berlakunya pertengkaran antara Ayu dan Zaquan, itu biasalah. Kata suami isteri. Sedangkan lidah lagi tergigit katanya bukan.

Ha...pengajarannya, sila jangan cepat buat tuduhan okey. Seolah-olah mendoakan benda tak baik berlaku pada rumahtangga mereka pula. Tak baik tau!

Ahad, 16 Oktober 2011

Kami bahagia

17 Oktober 2011


DETIK persandingan Ayu dan Zaquan pada Januari lalu.
DETIK persandingan Ayu dan Zaquan pada Januari lalu.
Ayu nafi cuba larikan diri daripada media 

BARU sepuluh bulan bergelar suami isteri, rumah tangga aktres Ayu Raudhah Che Wan, 26, dan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 24, digembar-gemburkan sudah berantakan. Paling tidak, itulah gosip terbaru yang mula tersebar, dikatakan membabitkan pasangan selebriti ini.
Walaupun nama artis terbabit tidak didedahkan di laman gosip, daripada bayangan yang diberi, sesiapa pun dapat meneka kisah itu ada kaitan dengan pasangan popular ini.
Siapa yang tidak terkejut, inai di jari masih merah, kemanisan berumahtangga juga baru hendak dikecapi, tiba-tiba muncul cerita mereka tidak lagi sehaluan. Peminat juga dilanda kebimbangan, apabila terbaca cerita sedemikian. Apatah lagi apabila mereka sering terdengar peribahasa mengatakan, tak tumbuh tak melata, tak sungguh orang orang tak kata. 

Namun bagi wanita ini, biarlah apa orang hendak kata, hakikatnya hanya dia dan suami yang tahu keadaan sebenar. Hampir setahun melayari bahtera rumah tangga, Ayu menegaskan, mereka berdua masih lagi bahagia. 

“Saya tahu bagaimana keadaan rumah tangga kami, kenapa orang lain pula yang lebih mengetahui. Biarlah orang nak kata apa pun, jujur ikhlas, saya dan suami sedang berbahagia. Tiada apa yang ingin kami sembunyikan. 

“Kami tidak pernah bergaduh dan tidak pernah juga tinggal berjauhan. Sejak berkahwin, saya menetap di kediaman yang dibeli oleh suami sebelum kami kahwin di Seremban. Setiap hari saya akan berulang alik ke Kuala Lumpur sekiranya ada penggambaran. Belum pernah lagi kami berjauhan. Jadi, nak kata rumah tangga kami berantakan kerana kami tinggal berjauhan adalah tidak mungkin sama sekali. 
“Sejak berkahwin, suami pun belum lagi diarahkan ke mana-mana. Dia ada saja di sini. Jika saya dan suami duduk berjauhan, mesti saya terasa dengan khabar angin ini dan silap hari bulan boleh menjadi punca pergaduhan. Alhamdulillah, khabar angin itu tidak menjejaskan langsung hubungan kami. Malah kami langsung tidak bergaduh mengenainya,” katanya ketika dihubungi Jumaat lalu. 

Ketika gosip itu heboh di internet, Ayu sedang menjalani penggambaran telefilem Gemersik Kalbu untuk slot Akasia. Katanya, dia hanya mengetahui kewujudan gosip itu selepas menerima panggilan telefon daripada suaminya. Zaquan pula maklum mengenai cerita berkenaan daripada kembarnya sendiri, Mohd Aidil Zafuan. 

Pada hari cerita berkenaan tersebar, Ayu mengaku ramai wartawan menghubunginya. Bagaimanapun dia tidak dapat membalas panggilan mereka kerana sibuk di lokasi. Akibatnya, dia didakwa cuba melarikan diri. 

“Suami menghubungi saya antara jam 10 pagi hingga 11 pagi. Dia tanya sama ada saya tahu atau tidak perihal gosip kami. Saya kata, saya tidak tahu sebab di lokasi tiada internet. Jadi saya minta dia hantarkan pada saya cerita itu. Selepas itu, telefon saya mula berbunyi bertalu-talu, tetapi saya tidak sempat menjawab kerana sibuk dengan penggambaran. 

“Akibatnya, saya dituduh mahu melarikan diri daripada media. Sebenarnya, saya bukan sengaja tidak menjawab telefon tetapi waktu itu saya memang sedang sibuk di lokasi. Mereka yang buat tuduhan itu bukannya nak siasat betul-betul. Selepas sebarkan di internet, barulah mereka telefon untuk mendapatkan kepastian,” katanya yang kedengaran ceria ketika berbicara. 

Biarpun suaranya di hujung talian kedengaran ceria, namun jauh di sudut hati wanita ini tetap tersimpan perasaan kecewa apabila ada yang mengatakan gosip keretakan rumah tangganya sebagai karma kerana memburukkan rumah tangga orang lain. 

Tanya adik kepada Rozita Che Wan itu, apa buktinya dia pernah memburukkan rumah tangga orang lain sehingga menyebabkan hubungan seorang aktres dengan suaminya bergoyang? 

“Ada juga saya terbaca maklum balas pembaca blog kononnya apa yang berlaku sebagai karma. Ingin juga saya tahu, apa yang saya sudah buat? Bila masa pula saya runtuhkan rumah tangga orang? Dengan cara apa? 
Kalau boleh, saya tidak mahu lagi besar-besarkan hal ini,” katanya yang tidak pernah berasa tercabar memiliki suami yang terkenal. 

Katanya, jika dia bimbang dengan populariti Zaquan, pasti dia tidak akan memilih lelaki itu sebagai teman hidup. Dia faham suaminya juga milik masyarakat. Sejak sebelum kahwin lagi dia sudah berdepan dengan situasi di mana suaminya sering dikerumuni peminat. Baginya selagi peminat Zaquan tahu menjaga batasan mereka, dia tidak mempunyai sebarang masalah. 

Didakwa minta bayaran tinggi 

SELEPAS bergelar isteri, Ayu Raudhah agak terkejut kerana rezeki lakonannya datang mencurah-curah. Pada jangkaannya, selepas berkahwin, tentu aktiviti lakonannya akan sedikit perlahan. 

Malah dia sudah bersedia untuk bergelar suri rumah sekiranya tidak lagi diperlukan dalam industri. Bagaimanapun tanggapannya meleset apabila tawaran yang diterima cukup kencang. 

Namun baru-baru ini timbul pula satu lagi isu kononnya Ayu sudah mula ‘demand’. Dia dikatakan meminta bayaran tidak setimpal dengan populariti diri. Akibatnya ada produksi yang mula berkira-kira mahu mengambilnya berlakon. 

“Dakwaan mengatakan saya meminta bayaran sehingga RM3,000 satu episod itu tidak benar. Saya tahu di mana kedudukan dan pengalaman saya dalam bidang ini. Memang saya ada menetapkan sekian-sekian bayaran, tapi tidaklah seperti yang didakwa itu. 

“Kalau syarikat produksi mampu, mereka ambil. Jika tidak, saya tak kisah kerana banyak syarikat lain yang sanggup bayar. Mereka kenalah faham, saya kini menetap di Seremban. Jadi mereka perlulah mengira kos saya berulang-alik setiap hari,” katanya.

Selasa, 11 Oktober 2011

AYU RAUDAH NAFI RUMAH TANGGA BERANTAKAN

12 Oktober 2011



Oleh : Rafiq Mazlan

Semalam, heboh desas-desus yang mengatakan hubungan rumah tangga aktres bersama seorang atlet dikatakan sedang berantakan bagaikan retak menanti belah. Dan tentunya, ramai yang membayangkan bahawa ia ditujukan kepada aktres Ayu Rudhah bersama suaminya, iaitu pemain bola sepak Zaquan Adha. MH Online menghubungi pelakon cantik itu perihal kisah yang digembar-gemburkan. Ternyata, Ayu menafikan hal tersebut. Katanya lagi;

“Saya tak tahu- menahu pun mengenai gosip berkenaan(kes rumah tangga). Terkejut juga bila dengar.  Entahlah, orang senang-senang cakap mengenai rumah tangga kami. Kami masih bahagia bersama. Saya tak sukalah bila ada orang cakap perkara yang bukan-bukan, lebih-lebih lagi yang berkaitan dengan soal rumah tangga dan perkahwinan,”ujar Ayu.

Ayu Raudah yang juga adik kepada aktres sensasi Rozita Che Wan mendirikan rumah tangga bersama Zaquan Adha pada 20 Januari 2011 lalu.

Khamis, 6 Oktober 2011

Aidil Zafuan sasar kesebelasan utama

06 Oktober 2011
PERTAHANAN Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak bertekad kembali dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan selepas tersisih susulan kecederaan kaki kirinya yang dialami ketika perlawanan menentang Singapura, pada pusingan kelayakan Piala Dunia Zon Asia.
Menurutnya, dia yakin tahap prestasi dan kecergasannya mampu kembali seperti biasa namun memerlukan sedikit masa.

Katanya, situasi yang dihadapinya ketika ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus bersaing dengan pemain lain bagi mendapatkan kembali tempat dalam pasukan negara.

“Buat masa ini tumpuan saya adalah untuk kembali dalam kesebelasan utama Negeri Sembilan pada kempen Piala Malaysia kerana saya baru saja diturunkan sebagai pemain gantian ketika menentang Terengganu pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

“Saya perlu menunjukkan tahap prestasi terbaik bagi membolehkan kembali mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan, tetapi saya yakin peluang masih ada dan akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapainya,” katanya.

Aidil adalah antara beberapa pemain yang digugurkan jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal bagi perlawanan persahabatan menentang Australia, esok.


Jurulatih berpengalaman itu sudah memintanya meningkatkan prestasi pada aksi Piala Malaysia bagi membolehkan diserap semula dalam pasukan kebangsaan.

Sabtu, 24 September 2011

Aidil sedia terima lilitan kapten

** 26 September 2011

ANDAI tugas memakai lilitan kapten diamanahkan, tonggak pertahanan kental kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Radzak sudah pun menyuarakan kesediaannya dan tekad memberi yang terbaik serta fokus menghalang gawang negara dari dibolosi lawan.

“Tiada tekanan jika tugas itu diserahkan kepada saya dan saya sudah bersedia menggalas amanah diberi itu dengan baik.
“Semangat saya bertambah selepas tidak beraksi pada perlawanan pertama di Singapura dan selepas ujian fisio terapi, petanda yang diberikan cukup baik,” kata Aidil yang mengalami kecederaan buku lali ketika tewas 0-4 kepada Arsenal pada 13 Julai lalu.
“Saya sedar tugas ini berat dan memerlukan kerjasama berpasukan. Saya dan rakan-rakan akan menyumbang sebanyak mana yang mampu dan yakin untuk memberikan 100 peratus ketika perlawanan itu nanti,” katanya yang mengakui benteng pertahanan tengah masih perlu diperbaiki.

Jika diturunkan, tugas sukar untuk mengawal gerakan penyerang bertubuh sasa Singapura, Aleksandar Duric yang meledak dua gol akan tersandar di bahunya.

“Tiada yang istimewa tentang dia (Duric). Kelebihannya ialah pada susuk tubuh yang besar namun mereka tidak laju. Pemain hanya kehilangan tumpuan ketika itu dan saya yakin kita mampu memperbaiki kelemahan itu di sini,” katanya yang kali terakhir menggalas tugas selaku kapten ketika Sukan Asia lalu.

Aidil meledak dua gol pada perlawanan menentang Taiwan dalam pusingan pertama mengakui mereka banyak belajar daripada perlawanan menentang Arsenal dan Liverpool yang menyaksikan benteng negara dibolosi 10 gol dan menghadiahkan dua sepakan penalti.

Jumaat, 2 September 2011

Zaquan pasang misi ‘serampang dua mata’

03 September 2011

PENYERANG Negeri Sembilan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak mempunyai misi ‘serampang dua mata’ apabila turun beraksi dalam saingan Piala Malaysia yang membuka tirainya pada 6 September ini.
Selain berhasrat membantu negeri kelahirannya menjulang piala paling berprestij dalam kancah bola sepak itu, dia juga ingin ‘memikat hati’ pengendali Harimau Malaya, Datuk K Rajagobal agar kembali disenaraikan dalam skuad negara selepas tersisih hampir setahun akibat kecederaan anterior cruciate ligament (ACL).

“Ini peluang saya untuk membantu skuad negeri dan secara tidak langsung peluang untuk beraksi di pentas antarabangsa. Namun saya tidak mahu tergesa-gesa memburu tempat ke skuad Harimau Malaya kerana bimbang kecederaan sama akan berulang.

“Saya mahu mendapatkan tempat dalam kesebelasan utama Negeri Sembilan terlebih dulu dan cergas sepenuhnya sebelum mengalih tumpuan ke peringkat lebih tinggi sekiranya dipanggil ketua jurulatih negara,” katanya yang kini sudah turun beraksi dalam beberapa perlawanan persahabatan.

Pemain berusia 24 tahun itu yang juga tonggak pasukan memenangi pingat emas Sukan Sea 2009 bagaimanapun menyifatkan kecederaan dialaminya adalah asam garam dalam kehidupan pemain bola sepak.

Usaha Mohd Zaquan Adha untuk kembali tersenarai dalam kesebelasan utama Harimau Malaya tampak sukar selepas gandingan baik Norshahrul Idlan Talaha dan Mohd Safee Sali ketika menjulang Piala AFF penghujung tahun lalu selain kehadiran penjaring terbanyak Liga Super, Abdul Hadi Yahaya.


Namun ia bukan mustahil kerana abangnya, Mohd Aildil Zafuan Abd Radzak juga turut terlepas aksi Piala AFF sebelum ini kerana kecederaan tapi berjaya menempatkan diri kembali dalam kesebelasan utama menerusi beberapa perlawanan persahabatan sepanjang tahun ini.


Khamis, 1 September 2011

Bertuah ada Aidil

01 September 2011


pix_middle 
LAMA menanti, baru kini SELEBRITI berkesempatan merakamkan gambar aktres dan model jelita, Rita Rudaini bersama suami tercinta yang juga pemain bola sepak negara, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak dan dua cahaya mata mereka, Airit Rayyan Rizqin, 2, dan Airit Qaqa Arjuna, 3 bulan.
Rita yang anggun dalam persalinan rona biru hitam rekaan Hasfitri Yusof, membuka bicara tiada yang lebih bermakna daripada dikelilingi insan tersayang khususnya suami dan anak-anak tatkala menyambut lebaran. Meskipun hanya bercuti sekejap, dia bahagia apabila hasrat berkumpul seisi keluarga dimakbulkan Ilahi.
   
  • Foto
  • FotoPENYAYANG...Aidil tidak kekok menguruskan Arjuna yang berusia 3 bulan.
  • FotoPENYAYANG...Aidil tidak kekok menguruskan Arjuna yang berusia 3 bulan.
  • Foto
  • FotoBAHAGIA...Rayyan (kanan) dan Arjuna lambang cinta Aidil dan Rita.
Hari ini, Rita Rudaini Mokhtar akan berangkat pulang ke kampung halamannya di Perlis bersama keluarga tercinta. Biarpun tidak dapat berlama-lama di tanah tumpah kelahirannya lantaran terikat dengan komitmen karier, kepulangan itu mampu mengubat kerinduan terhadap ayah bonda dan sanak-saudara yang sudah lama tidak bersua muka.

Paling membuatkannya teruja selain menghabiskan masa bersama suami serta anak-anak di kampung, buat pertama kalinya dia serta adik-beradik akan menyinsing lengan menggantikan ayah bonda menyiapkan hidangan utama untuk rumah terbuka yang diadakan setiap hari raya pertama.


“Jadi kemestian setiap tahun ayah dan ibu akan masak nasi tomato bersama ayam masak merah atau nasi Arab untuk dihidangkan kepada tetamu. Bagaimanapun tahun ini ayah tidak sihat, jadi tugasnya akan diambil alih oleh anak-anak. Selepas berbincang dengan abang dan saudara lain, kami sepakat untuk masak nasi tomato.

Tak tahulah menjadi atau tidak kerana inilah percubaan pertama kami masak untuk 100 orang. Selain sajian utama, orang ramai yang datang beraya nanti akan dihidangkan laksa, rendang, ketupat, lemang dan kuih-muih.

“Tahun ini sambutan lebih meriah kerana semua sepupu pulang beraya di Perlis.
Bila berkumpul, pasti riuh rendah jadinya. Maklumlah sudah lama tak jumpa, pasti masing-masing ada cerita menarik untuk dikongsi. Anak sulung saya, Rayyan pun suka balik kampung sebab ada ramai sepupu yang sebayanya.

“Kalau ikutkan hati mahu bercuti lebih lama tetapi tidak boleh kerana saya dan Aidil ada komitmen. Aidil perlu jalani latihan manakala saya pula terikat dengan penggambaran drama Tangisan Bulan Madu musim kedua,” katanya sambil melirikkan senyuman bahagia.

Beralih kepada persiapan raya, jelas ibu penyayang ini keutamaan lebih diberikan kepada anak. Selepas dikurniakan zuriat, bagaikan menjadi satu kegilaan dia dan suami suka membeli pakaian untuk anak. Pantang ada yang menarik di mata, pasti segera dicapai dan dibawa ke kaunter pembayaran.

“Tahun ini saya serahkan tugas menentukan warna tema kepada suami dan dia pilih biru. Kami sudah beli beberapa pasang baju untuk Rayyan dan Arjuna termasuklah baju Melayu yang akan dipakai pada pagi raya nanti.

“Soal pemilihan baju anak-anak kami memang cerewet. Saya akan pastikan warna kena dengan kulit anak-anak dan kasut mestilah sepadan dengan baju. Kadang-kadang kami tidak sependapat dalam soal pemilihan warna, fesyen dan jenis kain tetapi itu bukanlah masalah besar kerana bila nampak cantik di badan anak, pasti masing-masing akan mengalah.

“Bab baju sendiri saya tidak kisah, pakai saja apa yang ada. Lagipun saya hanya berbaju kurung pada sebelah pagi, masuk waktu tengah hari saya akan salin kemeja-T,” katanya.

Sambil melirikkan mata ke arah Aidil yang asyik memangku Arjuna, bintang utama siri Iris, Cinta Gila, Rahsia Hati, Noktah Erna dan Pe­ngantin Untuk Dijual ini melafazkan rasa syukur kerana dikurniakan suami penyayang, lembut tutur kata serta perlakuan dan ringan tulang.

Biarpun sibuk latihan di padang, Aidil tidak mengabaikan ­tanggungjawabnya sebagai suami dan bapa malah apabila berada di rumah, tidak kekok menguruskan anak. Baik membancuh susu, menukar lampin, memandikan atau ­mendodoikan anak dilakukan penuh kasih sayang.

Sikap prihatin dan timbang rasa Aidil dapat disaksikan sepanjang sesi fotografi yang berlangsung. Ketika Rita disolek jurusolek artis terkenal, Tiar Zainal, dialah yang menjaga dan menguruskan keperluan Rayyan serta Arjuna.

“Ketika mula-mula berkahwin, dia akan bantu jika kita cakap tetapi sekarang tak perlu minta tolong pun dia ringan tulang. Jika tidak ada latihan, dialah yang akan uruskan anak manakala saya pula akan memasak, membasuh dan membersihkan rumah.

“Ketika penggambaran Jangan Bunuh Matahariku musim kedua di Cameron Highlands baru-baru ini, saya pulang sekejap ke rumah. Ketika sampai saya terkejut lihat baju sudah berlipat, baju anak tersusun cantik, dapur teratur dan pinggan mangkuk tersusun rapi.

“Mula-mulanya saya ingat dia panggil orang kemas rumah, rupa-rupanya dia buat sendiri. Saya terharu apabila dia cakap tak nak saya penat buat semua kerja rumah. Satu lagi sikap terpuji Aidil, kalau tak tahu buat, dia akan minta saya ajar. Pernah dia minta saya ajar dia masak ayam seperti yang saya masak,” kata Rita.

Biarpun rumah tangga yang dibina pernah dilanda badai, Rita bahagia hidup di samping Aidil. Baginya apa yang berlaku sebelum ini adalah dugaan Allah SWT yang menjadikannya insan yang lebih tabah, matang serta kuat.

Tidak perlu dikesali atau diratapi kerana setiap dugaan pasti ada hikmahnya.

“Hidup berumah tangga pasti diuji. Perselisihan faham itu perkara biasa bagi suami isteri dan ia mengajar setiap pasangan untuk jadi lebih baik, saling menerima kelemahan dan menjadi peringatan supaya tidak mengulangi kesilapan serupa.

“Bagi saya, setiap hari pasti ada perkara baru yang kita belajar daripada perkahwinan bahkan semakin lama hubungan itu kita akan lebih memahami pasangan.
Kita jangan pandang yang molek saja sebaliknya setiap pasangan kena terima kelemahan masing-masing. Ia akan menjadikan keadaan lebih mudah.

“Dalam hubungan saya dan Aidil, dia kena tahu kesusahan saya dan saya juga perlu tahu apa kesusahan dia. Saya faham sebagai pemain bola sepak negara tekanan yang diterima bukan sedikit. Setiap hari Aidil ada latihan dan apabila pulang ke rumah dia pasti penat. Sebagai isteri, jadi tugas saya untuk redakan tekanannya dan buat apa saja yang boleh buat dia rasa lega,” katanya.

Kehadiran Arjuna melengkapi kehidupan Rita sekeluarga. Biarpun tugas yang digalas bertambah apatah lagi dia tidak menggunakan khidmat pembantu rumah, Rita sedikitpun tidak mengeluh.

Biarpun penat terpaksa terkejar-kejar menguruskan anak dan kerja rumah, bagi Rita, itu berbaloi dan sangat seronok untuk dinikmati.

“Alhamdulillah setakat ini saya tak ada masalah menguruskan anak-anak dan kerja rumah. Ketika ada pembantu rumah dulu pun, dia cuma kemas rumah saja kerana anak-anak saya jaga sendiri. Saya lebih selesa begini dan jika ada kelapangan Aidil akan bantu.

“Tidak dinafikan agak kelam-kabut bila semua perkara kita uruskan sendiri tapi itulah yang lebih mudah. Sejak ada adik, Rayyan mahukan perhatian yang lebih.
Dia jadi makin manja, makin meragam, kuat cemburu dan makin rapat dengan saya.

“Kadang-kadang kasihan pula dengan Arjuna tetapi dia seakan faham keadaan abangnya dan banyak mengalah. Dia anak yang baik, langsung tak meragam. Kalau letak depan TV, dia diam saja, sedar-sedar dah lena.

“Bagi saya anak-anak adalah segala-galanya. Merekalah cinta hati saya dan suami. Demi anak saya tidak kisah berpenat malah sentiasa berusaha berikan yang terbaik buat mereka,” kata Rita.

Tambah Rita, seperti mana kebanyakan ibu lain, dia mahu Rayyan dan Arjuna membesar depan mata bahkan sibuk di lokasi penggambaran tidak menjadi kekangan baginya melunaskan tanggungjawabnya.

Pernah ibunya menawarkan khidmat ikhlas menjaga Rayyan dan Arjuna jika dia terbabit dengan penggambaran tetapi ditolak secara baik. Bukan tidak percaya jauh sekali meragui kemampuan ibunya tetapi dia tidak betah berjauhan dengan dua anugerah paling indah dalam hidupnya itu.

“Saya tidak boleh fokus dengan kerja jika anak-anak tidak ada depan mata.
Tinggal anak sekejap pun sudah rasa sebak inikan lagi kalau berjauhan. Ke mana saja saya pergi Rayyan dan Arjna pasti ada bersama malah saya bawa mereka ke lokasi penggambaran.

“Jika tiba giliran saya beraksi depan kamera, ada rakan-rakan di lokasi akan jaga anak saya. Pengarah dan penerbit pun tak kisah kerana mereka faham tanggungjawab saya sebagai seorang ibu.

“Selepas berkahwin dan dikurniakan zuriat, rezeki saya semakin murah. Tawaran tak pernah putus bahkan drama Jangan Bunuh Matahariku baru-baru ini dan Tangisan Bulan Madu musim kedua yang akan memulakan penggambaran selepas raya ini adalah hutang saya ketika hamil.

“Produksi sanggup menangguh penggambaran semata-mata mahu tunggu saya. Pernah saya minta mereka gantikan tempat saya dengan orang lain tapi mereka berkeras mahu tunggu. Habis tempoh berpantang saya lunas janji. Kalau ikutkan ada banyak tawaran tetapi saya tolak sebab sudah berjanji jayakan dua drama itu.

“Melihat tawaran yang datang, saya mula risau andai tidak dapat tumpukan perhatian terhadap anak-anak. Justeru, saya janji dengan Aidil tidak akan kerja secara berterusan. Habis satu penggambaran saya akan berehat sebulan dan kemudian barulah kembali bekerja. Walaupun tawaran bagus, saya akan pejam mata sebab itu janji saya. Saya tak mahu kasih sayang anak berkurang. Sudahlah Aidil sibuk, jadi saya kena main peranan luangkan masa sebanyak mungkin dengan anak-anak,” katanya.

Foto
PENYAYANG...Aidil tidak kekok menguruskan Arjuna yang berusia 3 bulan.


Foto

FotoPENYAYANG...Aidil tidak kekok menguruskan Arjuna yang berusia 3 bulan.


Foto
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...