Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 6 Oktober 2011

Aidil Zafuan sasar kesebelasan utama

06 Oktober 2011
PERTAHANAN Negeri Sembilan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak bertekad kembali dalam kesebelasan utama skuad kebangsaan selepas tersisih susulan kecederaan kaki kirinya yang dialami ketika perlawanan menentang Singapura, pada pusingan kelayakan Piala Dunia Zon Asia.
Menurutnya, dia yakin tahap prestasi dan kecergasannya mampu kembali seperti biasa namun memerlukan sedikit masa.

Katanya, situasi yang dihadapinya ketika ini tidak mematahkan semangatnya untuk terus bersaing dengan pemain lain bagi mendapatkan kembali tempat dalam pasukan negara.

“Buat masa ini tumpuan saya adalah untuk kembali dalam kesebelasan utama Negeri Sembilan pada kempen Piala Malaysia kerana saya baru saja diturunkan sebagai pemain gantian ketika menentang Terengganu pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan.

“Saya perlu menunjukkan tahap prestasi terbaik bagi membolehkan kembali mendapat tempat dalam pasukan kebangsaan, tetapi saya yakin peluang masih ada dan akan berusaha bersungguh-sungguh bagi mencapainya,” katanya.

Aidil adalah antara beberapa pemain yang digugurkan jurulatih kebangsaan, Datuk K Rajagobal bagi perlawanan persahabatan menentang Australia, esok.


Jurulatih berpengalaman itu sudah memintanya meningkatkan prestasi pada aksi Piala Malaysia bagi membolehkan diserap semula dalam pasukan kebangsaan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...