Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 26 Oktober 2011

Aidil tekad rantai trio Terengganu

27 Oktober 2011


MERANTAI setiap gerakan penyerang lawan menjadi tugas utama pertahanan kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak sebaik turun menggalas cabaran Negeri Sembilan menentang Terengganu pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, Sabtu ini.
Dia mengakui Terengganu memiliki barisan penyerang berbisa menerusi gandingan trio mereka Abdul Manaf Mamat, Ashari Shamsuddin dan Abdul Hadi Yahaya yang tampil membuktikan kemampuan masing-masing apabila berjaya meleburkan impian Selangor pada separuh akhir.

Justeru katanya, kelibat ketiga-tiga penyerang itu perlu diberikan perhatian dengan menyekat setiap pergerakan mereka bagi mengelak mereka menjaringkan gol sekali gus boleh menjejaskan misi Negeri Sembilan untuk menjulang trofi berprestij itu buat kali kedua.

“Saya akui Terengganu bakal menampilkan ketiga-tiga penyerang berbisa mereka Manaf, Ashari dan Hadi di barisan depan, namun saya sudah bersedia untuk menggalas tugas diamanahkan dengan baik terutama dalam usaha menyekat pemain lincah itu daripada melepasi benteng Negeri Sembilan,” katanya semalam.

Hakikatnya, bukan mudah penyerang Terengganu melepasi pertahanan Negeri Sembilan dengan gandingan Aidil dan Norhafiz Zamani Misbah yang dibantu Irwan Fadly Idrus, yang sudah mempamerkan kekentalan mereka menyekat penyerang lawan sepanjang kempen kali ini.

Namun bagi abang kembar kepada penyerang Mohd Zaquan Adha itu, mereka tetap sentiasa berwaspada kerana situasi perlawanan sudah berbeza dengan setiap pemain lawan akan menggandakan usaha memburu gol.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...