Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 17 September 2012

Zaquan tetap hormati Negeri Sembilan

18 September 2012


PENYANDANG juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan bukan pasukan yang asing buat penyerang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak.
Ini kerana, pemain yang berusia 25 tahun itu pernah menjadi salah seorang watak penting buat skuad kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah itu ketika membantu Negeri Sembilan menewaskan Terengganu 2-1 pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, tahun lalu.
Namun, Zaquan mungkin bakal menjadi 'duri dalam daging' buat pasukan yang diberi jolokan Hoben Jang Hoben itu menjelang pertembungan ATM dengan Negeri Sembilan pada aksi suku akhir kejohanan bola sepak paling berprestij negara itu.
Menyedari berdepan dengan cabaran getir, Zaquan mengakui perlawanan tersebut agak emosi memandangkan suami kepada selebriti, Ayu Raudah Che Wan itu memulakan karier sebagai pemain bola sepak bersama akademi Negeri Sembilan.
“Saya tetap sayang dan sentiasa menghormati Negeri Sembilan kerana ia merupakan pasukan yang saya sokong sejak daripada zaman kanak-kanak lagi.
“Begitu banyak kenangan manis ketika bersama Negeri Sembilan sebelum saya menyertai ATM pada Disember lalu.
“Saya tidak lupa segala jasa terutama setiap tunjuk ajar daripada jurulatih (Azraai Khor) untuk meningkatkan tahap keupayaan saya,” katanya kepada Kosmo! kelmarin.
Begitupun, Zaquan memberikan ‘amaran’ awal kepada bekas pasukannya sebagaimana perasaan hormat itu akan hilang ketika dia beraksi menentang Negeri Sembilan pada 28 September ini.
“Saya harus bersikap profesional. Di atas padang, mereka merupakan lawan yang harus kami tumpaskan.
“Kami berhasrat untuk melakar satu sejarah buat kelab ini dan kami mengetahui mereka cukup kental di posisi tengah dan pertahanan.
“Sekiranya saya ada 'rezeki' untuk menjaringkan gol, saya tetap meraikan (jaringan tersebut) tetapi saya meraikan bukan untuk menyindir sebaliknya mahu memberikan penghargaan kepada jurulatih, pemain, staf ATM dan penyokong-penyokong.
“ATM kini berada di landasan yang terbaik sebagaimana kami membuktikan mampu melepasi cabaran di peringkat kumpulan (Kumpulan B) saingan Piala Malaysia,” katanya.

Rozita Che Wan Bawa Lari Ayu Raudhah Ke London

17 September 2012

Rozita Che Wan Bawa Lari Ayu Raudhah Ke London

KUALA LUMPUR, 17 OKTOBER 2012: Kalau nak diikutkan ini bukanlah kali pertama dua beradik ini bercuti bersama ke luar negara. Tetapi ini merupakan kali kedua mereka akan ke kota London semata-mata untuk bercuti.

Kali terakhir, mereka telah berkunjung ke bandaraya kegemaran ramai itu pada April lalu iaitu sejurus sahaja selepas selesainya penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.

"Benar hanya kami berdua saja. Inilah peluang untuk kami adik-beradik bercuti bersama, lebih-lebih lagi Ayu sekarang sedang bercuti lama daripada berlakon dan kebetulan pula saya ada masa terluang. Jadi apa salahnya.

"Kami akan tinggal di pangsapuri milik adik ipar kami di sana dari 9 hingga 16 Oktober depan. Jadi dapatkan kami berjimat daripada membayar hotel yang sangat mahal di sana. InsyaAllah kami akan singgah sehari ke Paris," kongsi Rozita Che Wan.

Dalam pada itu, Rozita Che Wan berkata, tujuan mereka ke sana hanyalah untuk bercuti semata-mata, merehatkan minda selepas rutin hariannya yang terlalu padat dengan penggambaran lakonan.

"Bayangkan dari pagi hingga tengah malam, saya terikat dengan lakonan hampir setiap hari. Jadi inilah masanya untuk saya merehatkan badan dan fikiran. Tidak ketinggalan membeli-belah apa yang termampu.

Malah ketika ditanya portal murai.com.my, Ayu Raudhah nampaknya sangat teruja untuk sekali ke sana bersama kakaknya itu, apatah lagi sekarang dia sedang bercuti kerana berbadan dua.

"Saya memilih untuk berhenti berlakon buat seketika, sementara berbadan dua dan akan bersalin tidak lama lagi.

"Suamipun telah mengizinkan pemergian saya ke London. Kerana saya ke sana bersama kakak, bukannya orang lain.

"Jadi sementara bercuti, apa salahnya saya ke sana. Bolehlah beli-belah sikit," katanya yang cukup manis dengan imej berhijab sejak Ramadhan lalu.

Sementara itu tambah Rozita Che Wan, selepas London dia akan terbang ke Jepun pada bulan yang sama selama seminggu bagi memenuhi tuntutan watak sebagai Kiah Perkasam untuk drama bersiri popular berkenaan.

Cukup teruja dengan kunjungan ke negara Matahari Terbit itu, Rozita Che Wan berkata, wataknya kali ini memerlukan dia menjadi perisik atau spy bagi merealisasikan produk perkasam untuk pasaran di sana kelak.



Rita Rudaini: Terima Mesej Ugutan & Saya Tidak Mahu Jumpa Ayu Raudhah




17 September 2012


Entah bila akan tamat kisah ‘perang’ antara Rita Rudaini & Ayu Raudhah ini. Ketika pihak satu lagi luahkan keinginan untuk berjumpa, pihak di’sini sudah tawar hati.
Ekoran tulisan beliau di Twitter, Rita Rudaini mendakwa beliau telah menerima SMS ugutan yang mengatakan beliau busuk hati & ingin meraih simpati orang ramai.
“Siapa yang kacau siapa sebenarnya? Saya bukannya robot dan biarlah masa yang menentukan segalanya, Allah tidak akan tutup keburukan terlalu lama,” ujar Rita Rudaini.
Di’tanya wartawan Kosmo! tentang keinginan Ayu Raudhah untuk bersua muka, Rita Rudaini berkata ia’nya tiada guna dan sudah terlambat dalam situasi sekarang ini.
“Buat apa berjumpa, sudah terlambat & saya sudah tidak ada ayat untuk bercakap dengan mereka. Sekarang kami sudah tidak ada kaitan langsung,” ujar beliau tegas.
Dalam satu temubual berasingan bersama Harian Metro, Rita Rudaini mendakwa yang Ayu Raudhah & Zaquan Adha pernah menyamakan dirinya dengan anjing. Hmm.



Kami Ingin Berdamai Dengan Rita Rudaini – Zaquan Dan Ayu Raudhah

17 September 2012


Episod perselisihan faham antara Rita Rudaini, Zaquan Adha dan Ayu Raudhah seolah-olah tiada penghujungnya. Selaku peminat, pastinya ramai yang berharap mereka bertiga dapat berdamai. Walaupun nampak mustahil, semalam menerusi Pancaindera, Zaquan dan Ayu melahirkan rasa ingin berbaik dengan kakak iparnya itu.
berdamai rita
Ini sememangnya satu langkah baik yang harusnya dipuji. Kadang-kala pertelingkahan berlaku kerana kenyataan yang dikeluarkan tidak sama dengan apa yang ditulis melalui media. Kata Ayu Raudhah:-
Saya tak nak bagi kenyataan lagi lepas ini sebab kadangkala apa yang saya cakap itu tak sama apa yang ditulis di akhbar. Jadi maksud sebenar yang nak saya sampaikan itu tak tercapai. Contohnya, dalam satu ayat itu ditulis ada perkataan yang berpotensi nak provokasi pihak sana. Hah, itu yang cetuskan masalah sebab boleh tambah keruh keadaan. Jadi, bila dah diterbitkan, pihak sana pula terasa. Kemudian dia buat kenyataan balas. Tak kiralah sama ada di Twitter atau medium mana pun. Kalau macam itu, bila boleh selesai masalah.
ayu rita
Ada benarnya juga kata-kata Ayu ini. Menurut Ayu, ada kalanya dia terasa ada pihak yang cuba melaga-lagakan mereka. Mungkin ada pihak yang tak mahu melihat kebahagiaan mereka kot. Apa pun Abang Nara terharu dengan kata-kata yang dikeluarkan oleh Zaquan ini:-
Prinsip saya cukup mudah. Saya tak suka orang pijak nama baik keluarga. Cakap yang bukan-bukan tentang keluarga saya. Jadi dalam masalah macam ini, berdamai adalah jawapannya. Jujurnya, saya dah letih bila orang cemuh bila isu ini dibangkitkan. khlas dari lubuk hati, saya teringin nak berkenalan lebih rapat dengan kakak ipar saya itu. Saya juga nak tengok kami sekeluarga duduk satu meja, berborak, bergurau. Itulah impian saya.
Semoga impian Zaquan ini akan tercapai. Kalau niat itu memang ikhlas, pasti Allah akan tunjukkan jalan. Sama-sama kita doakan.

Saya Pernah Disamakan Seperti Anjing Menyalak Oleh Ayu Dan Zaquan – Rita Rudaini

17 September 2012


Baru semalam Ayu Raudhah dan Zaquan Adha menimbulkan niat untuk berbaik-baik dengan Rita Rudaini, hari ini Rita tampil di Harian Metro meluahkan isi hatinya yang terpendam. Abang Nara sangat terkejut apabila Rita memberitahu yang dirinya disamakan dengan anjing menyalak oleh Ayu dan Zaquan.
ayu dan rita
Ini semua terjadi artikel tentang Rita yang sering kali diterbitkan setiap hujung minggu oleh sebuah suratkhabar. Kata Rita:-
Ada orang sampaikan kepada saya, mereka suami isteri mengata kenapa anjing ni selalu menyalak setiap hari Ahad? Sumber itu memaklumkan, pasangan berkenaan memang tujukan kepada saya selepas sumber itu sendiri bertanya kepada mereka. Tapi saya tak kisah pun, suka hati mereka nak kata apa sebab mereka ada mulut. Saya tidak rugi apa-apa. Lagi saya dihina lagi besar pahala saya dapat. Namun, apa yang sangat disesalkan Aidil tak nampak pula kesalahan mereka berdua.
Kalau benarlah Ayu dan Zaquan berkata sedemikian, itu memang melampau. Namun perkara ini harus disiasat terlebih dahulu sebab Rita pun mendengar daripada mulut orang lain. Kadang-kadang ada sesetengah manusia memang suka menyemarakkan lagi api yang sudah menyala. Tak ke gitu?
rita dan ayu
Dan menerusi artikel Harian Metro hari ini juga, Rita Rudaini dengan panjang lebarnya menerangkan tentang kontroversi statementnya di Twitter. Malah Rita sempat memberi nasihat kepada suaminya juga. Kalau Aidil terbaca, pasti akan terasa insaf sekejap. Kata Rita:-
Berhubung kontroversi yang sedang berlaku, ia bermula dengan kisah skandal Aidil dan Jue, disusuli pula pertuduhan kononnya saya menuduh Ayu menjadi orang tengah yang memperkenalkan Aidil kepada Jue, sekarang ini, kenyataan saya di twitter pula disalah tafsir. Dalam situasi yang berlaku, Aidil sepatutnya menjadi pendamai kerana dia suami saya. Saya tak kisah Aidil cuba mempertahankan adik iparnya Ayu mahupun Jue sekalipun, tapi Aidil seharusnya memohon kepada pihak media mahupun pihak tertentu supaya tidak mengganggu hidup saya yang terpaksa mencari rezeki dan siang malam demi menjaga anaknya sendiri. Walaupun sudah tiada lagi cinta, bukan bermakna dia sewenangnya membiarkan saya terus-terusan diperkotak-katikkan. Janganlah tindas saya sesuka hati! Sebagai suami dia tidak berbuat sesuatu yang boleh meredakan keadaan. Malah, kenyataannya dengan jelas berat sebelah dan hanya membakar keadaan. Apabila anaknya sendiri besar nanti dan kalau mereka terbaca kisah kontroversi pernah melanda kami, saya bimbang ia membakar kebencian anak terhadap dirinya sendiri yang tidak pernah sedikitpun cuba mempertahankan saya sebagai ibu mereka, tetapi lebih sedia membela orang lain yang menghancurkan rumah tangga kami.
Ada benarnya juga kata-kata Rita itu. Namun apa yang membimbangkan Abang Nara ialah kekerapan cerita Rita, Aidil, Zaquan dan Ayu terpampang di surathabar sudah terlalu banyak. Ini boleh menimbulkan rasa kurang senang peminat mereka. Mungkin dulu memang simpati namun lama-lama kelamaan boleh buat orang rasa muak. Jadi ada baiknya keempat-empat mereka ini berdiam diri dan cuba menyelesaikan pertelingkahan dengan bersemuka. Bacaan lanjut di Harian Metro.

‘Jangan tindas saya sesuka hati!’

17 September 2012 (16 September 2012)


pix_middle 
“NAMPAKNYA mereka dah semakin melarat-larat. Sudahlah gosip antara Aidil (Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak) dan Jue Aziz menyusahkan saya kerana saya terpaksa menjawab kepada pihak media yang ingin mendapatkan kepastian berhubung isu berkenaan.
“Kemudian, cakap pula saya menuduh Ayu Raudhah yang memperkenalkan Aidil kepada Jue. Walhal semaklah kembali mana-mana kenyataan saya dalam media, saya tak pernah pun membangkitkan nama Ayu langsung!


KASIH IBU...Rita bekerja keras untuk membesarkan anak-anak.


PERANG BIRAS...Aidil dikatakan lebih mempertahankan adik iparnya, Ayu Raudhah (gambar sebelah) daripada isterinya sendiri.


KESAL...wajah kecewa Rita tatkala berdepan kemelut perkahwinan.

“Terbaru, perbualan saya di twitter dengan seorang kawan yang ditujukan khas pada Aidil sudah disalah tafsir apabila Ayu Raudhah pula terasa saya mengata dia,” kata pelakon sensasi Rita yang tampil membuat penjelasan atas tuduhan kononnya dia menghina Ayu Raudhah dalam laman twitter.

Rita berkata, ramai pihak memberikan komen di twitter selepas suaminya juga pemain skuad kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar, baru-baru ini. Dalam kenyataan itu, Aidil melahirkan rasa simpati kepada adik iparnya (Ayu Raudhah) yang sedang mengandung kerana tertekan dikaitkan sebagai individu yang memperkenal�kan Aidil dan Jue.

“Kenalan saya itu yang menggunakan nama ‘darofyna’, memberikan pendapatnya dan berkata masa saya mengandung dulu, Aidil sendiri sang�gup nak ceraikan saya dan Aidil tak fikir pula nak jaga emosi saya.

“Kami berkomunikasi mengenai kenyataan Aidil dalam akhbar yang berasa simpati apabila emosi adik iparnya terganggu.

“Kemudian saya membalas dan berkata sekarang barulah dia (Aidil) sedar bagaimana perasaan saya ketika mengandung dulu macam mana. Allah Maha Adil. Itu saya tujukan kepada Aidil dan sekali lagi saya tegaskan kami hanya berbual soal Aidil.

“Tapi kenapa pula Ayu nak terasa? Patutlah Aidil hantar mesej maki hamun saya tiba-tiba? Dia kata saya hati busuk dan macam-macam.

“Ingat saya ini tak ada perasaan ke? Tiba-tiba nak serang dan tuduh saya mengata Ayu. Serius saya tak faham dengan mereka ini. Kalau dah tak suka saya, kenapa sibuk intai twitter saya, sedangkan twitter saya tertutup yakni ‘private’ dan ‘lock’. Ia hanya untuk peminat saya saja,” kata Rita.

Rita menambah lagi, sebelum ini Ayu dan suaminya, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, pernah menyamakan dirinya dengan anjing, apabila setiap kali kenyataan Rita keluar di sebuah akhbar mingguan.

“Ada orang sampaikan kepada saya, mereka suami isteri mengata kenapa anjing ni selalu menyalak setiap hari Ahad? Sumber itu memaklumkan, pasangan berkenaan memang tujukan kepada saya selepas sumber itu sendiri bertanya kepada mereka.

“Tapi saya tak kisah pun, suka hati mereka nak kata apa sebab mereka ada mulut. Saya tidak rugi apa-apa. Lagi saya dihina lagi besar pahala saya dapat. Namun, apa yang sangat disesalkan Aidil tak nampak pula kesalahan mereka berdua.

“Malah Ayu yang tuduh saya kaitkan dia dalam rumah tangga saya. Saya nak tanya dia, bukan ke dia sendiri yang kaitkan dirinya dalam rumah tang�ga saya ketika dia menolong hantar Aidil dan masuk ke dalam perkarangan rumah saya untuk mengambil motosikal Aidil sewaktu Aidil melarikan diri dari rumah dulu? Itu bukan bersubahat namanya?

“Tolonglah, ini membabitkan hidup saya. Kalau dia seorang yang bijak, bukan itu caranya dia hendak tolong sekali pun membabitkan abang ipar ke atau abang kandung. Tak manis rasanya.

“Bukankah lebih elok nasihat yang baik-baik abang iparnya itu dan bukan tolong ambil motosikal dan keluar dari rumah. Sekarang dia pula yang tuduh saya babitkan dia dalam masalah rumah tangga saya dengan Aidil.

“Apa yang dia (Ayu Raudhah) mahu sebenarnya? Kalau dia nak sangat keluar dalam akhbar dan ghairah sangat nak bagi kenyataan, berilah kenyataan isu orang sedang perkatakan sekarang kononnya pernah nampak dia keluar makan bersama suami saya, Aidil dan Jue. Kenapa nak buat kenyataan benda yang tak ada, tapi nak diadakan? Mengapa dia sibuk nak terasa benda yang saya tidak tujukan kepada dia?” kata Rita lagi.

Mohon menghentikan semua tohmahan kerana apa yang dilaluinya bersama anak kini semakin berat tambahan pula Aidil tidak lagi memerlukan dirinya, Rita minta dia lepaskan secara baik bukan mengheret dirinya dalam pelbagai masalah yang dicipta sendiri oleh Aidil dan mereka di sekelilingnya.

“Lebih tujuh bulan Aidil tinggalkan saya dan anak dan itu sudah cukup untuk saya faham dia sudah tidak perlukan kami lagi.

“Saya mencari kekuatan untuk mengharungi saat-saat ini kerana yang lebih penting buat saya adalah perasaan anak yang wajar mendapat kebahagiaan.

“Berhubung kontroversi yang sedang berlaku, ia bermula dengan kisah skandal Aidil dan Jue, disusuli pula pertuduhan kononnya saya menuduh Ayu menjadi orang tengah yang memperkenalkan Aidil kepada Jue, sekarang ini, kenyataan saya di twitter pula disalah tafsir. Dalam situasi yang berlaku, Aidil sepatutnya menjadi pendamai kerana dia suami saya.

“Saya tak kisah Aidil cuba mempertahankan adik iparnya Ayu mahupun Jue sekalipun, tapi Aidil seharusnya memohon kepada pihak media mahupun pihak tertentu supaya tidak mengganggu hidup saya yang terpaksa mencari rezeki dan siang malam demi menjaga anaknya sendiri.

“Walaupun sudah tiada lagi cinta, bukan bermakna dia sewenangnya membiarkan saya terus-terusan diperkotak-katikkan. Janganlah tindas saya sesuka hati! Sebagai suami dia tidak berbuat sesuatu yang boleh meredakan keadaan. Malah, kenyataannya dengan jelas berat sebelah dan hanya membakar keadaan.

“Apabila anaknya sendiri besar nanti dan kalau mereka terbaca kisah kontroversi pernah melanda kami, saya bimbang ia membakar kebencian anak terhadap dirinya sendiri yang tidak pernah sedikitpun cuba mempertahankan saya sebagai ibu mereka, tetapi lebih sedia membela orang lain yang menghancurkan rumah tangga kami,” kata dengan nada yang kesal.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/16






Ahad, 16 September 2012

Rita enggan jumpa Ayu

17 Ogos 2012

RITA kini hanya mahu meneruskan kelangsungan hidup bersama dua permata hatinya, Airit Rafqa Arjuna (depan) dan Airit Rayyan Rizqin.


“BUAT apa berjumpa, sudah terlambat dan saya sudah tidak ada ayat untuk bercakap dengan mereka. Sekarang kami sudah tidak ada kaitan langsung. Saya harap selepas ini mereka jangan kacau hidup saya dan anak-anak!”
Itu kata-kata tegas pelakon Rita Rudaini yang diluahkan kepada Kosmo! ketika ditemu bual pada 14 September lalu.
Dia mengulas mengenai kenyataan birasnya, pelakon Ayu Raudhah, sebelum ini yang mahu bersemuka dengannya bagi menjernihkan perselisihan faham antara mereka berdua.
Rita atau nama penuhnya, Rita Rudaini Mokhtar, 35, yang merupakan isteri kepada pemain bola sepak Aidil Zafuan Abd. Radzak, 25, sebelum ini didakwa kononnya menulis kenyataan menempelak Ayu di akaun Twitternya.
Antara tulisan Rita di Twitter adalah seperti berikut: “Baru rasakan bagaimana perasaan terganggu tengah pregnant. Macam itulah orang itu rasa masa pregnant apa yang kau buat dahulu. Allah itu Maha Adil.”
Apa yang menjadikan ia hangat adalah apabila suami Ayu yang juga kembar kepada Aidil Zafuan, iaitu bintang bola sepak Zaquan Adha, menulis di akaun Twitternya mengatakan ada orang sedang meroyan.
Biarpun tulisan itu tidak menyebut sebarang nama, tetapi ia seolah-olah suatu respons yang ditujukan kepada Rita.
Apa yang menarik, Rita memberi respons terhadap Zaquan, 25, seolah-olah mengiyakan status kemelut terbaharu dirinya dan Ayu, 28.
Balas Rita menerusi Twitternya: “Sudah-sudahlah, kalau kau orang tidak kacau orang, orang tak kacau kita. Bila kutuk sedikit dah meroyan. Selepas itu tuduh kita pula yang meroyan. Adoii family 69 ni.”
Twitter untuk Aidil
Ayu dalam kenyataannya kepada Kosmo! sebelum ini pada 12 September lalu menegaskan, dia tidak tertekan dengan kenyataan Rita.
Katanya lagi, tindakan Zaquan membalas kenyataan Twitter Rita itu adalah berniat untuk melindungi dirinya (yang kini hamil tiga bulan) supaya tidak mengalami tekanan.
Namun begitu, Rita ada jawapan terhadap kemelut terbaharu itu.
Kata Rita, Ayu dan Zaquan tersilap faham kerana tulisan di Twitternya itu sebenarnya ditujukan kepada Aidil dan bukan untuk Ayu.
“Saya tidak tujukan kenyataan yang dibuat di Twitter kepada Ayu, tetapi kepada suami saya, Aidil. Saya tidak faham kenapa ada orang lain pula yang terasa,” ujarnya.
Tambah Rita, dia tidak pernah berniat untuk menyinggung perasaan sesiapa termasuk Ayu dan meminta orang ramai yang tersalah anggap dengan kenyataannya agar membaca semula tulisannya di Twitter.
“Kalau ikutkan saya tidak tulis nama sesiapa pun. Rasa kelakar pun ada bila pihak di sana (Ayu) serang saya. Akaun Twitter saya adalah untuk saya dan peminat, kenapa pihak di sana intai apa yang saya tulis?” soalnya.
Tegas Rita lagi, dia tidak pernah memfitnah dan mencari masalah dengan sesiapa. Selepas berhadapan dengan masalah rumah tangga bersama Aidil, Rita hanya ingin hidup tenang bersama anak-anak.
“Saya tidak kisah apa yang mereka ingin katakan mengenai saya, saya ingin tahu siapa yang tersalah anggap dengan kenyataan saya, orang ramai atau Ayu?
“Sebelum menuduh saya, sila cermin diri sendiri kerana saya tidak pernah ambil tahu hal mereka. Allah Maha Adil, saya percaya saya berada di pihak yang benar,” ucapnya.
Perbicaraan mahkamah
Rita, ibu kepada dua orang anak, Airit Rayyan Rizqin, tiga tahun dan Airit Rafqa Arjuna, 10 bulan, hasil perkahwinannya dengan Aidil, memberitahu, dia lebih rela berdiam diri. Ini kerana setiap kali mengeluarkan kenyataan, dia pasti mendapat mesej berbaur ugutan.
“Jika pihak di sana keluarkan kenyataan, saya tidak kisah tetapi apabila saya buat kenyataan, saya akan dapat mesej ugutan. Mereka kata saya raih simpati, berhati busuk, seolah-olah saya tidak boleh bersuara.
“Siapa yang kacau siapa sebenarnya? Saya bukannya robot, biarlah masa yang menentukan segalanya, Allah tidak akan tutup keburukan terlalu lama,” luah Rita berbaur sayu tetapi tegas.
Sementara itu, kemelut rumah tangga Rita dan Aidil dijangka semakin hangat apabila tuntutan hak penjagaan anak-anak Rita dan Aidil bakal dibicarakan di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Selangor pada 25 September ini.
* nak lebih lagi beli Kosmo :) 

Selasa, 11 September 2012

Ayu Raudhah: Gugur Bukan Satu Balasan Tuhan, Rita Rudaini Melampau

12 September 2012


Ayu Raudhah: Gugur Bukan Satu Balasan Tuhan, Rita Rudaini MelampauAkibat tulisan Rita Rudaini di Twitter beberapa hari lepas, ramai yang beranggapan Ayu Raudhah telah keguguran sekali lagi sedangkan ia’nya terjadi hujung tahun lalu.
Bercakap kepada Kosmo! hari ini, Ayu Raudhah berkata yang beliau tidak mahu mengulas panjang tentang perkara ini kerana risau ia’nya akan meleret dan berpanjangan.
Mengulas kemungkinan beliau yang memulakan ‘pergaduhan’ ini, Ayu Raudhah berkata tidak faham kenapa Rita Rudaini ada mengatakan yang beliau mula menabur fitnah terlebih dahulu.
“Dia cakap saya yang sebarkan fitnah mengenai dirinya. Saya tidak tahu fitnah apa yang dimaksudkannya. Sebelum ini saya rasa tidak pernah ada masalah dengannya,” ujar beliau.
Dalam kenyataan lain kepada mStar Online, Ayu Raudhah yang kini hamil tiga bulan berkata yang tindakan Rita Rudaini itu sebagai sesuatu yang melampau & amat kasar.
“Saya tak faham kenapa dia (Rita Rudaini) masih lagi beria-ia nak menghentam saya. Walaupun entri tersebut tidak meyebut nama, tapi rasanya semua orang tau dia tujukan luahan itu kepada saya,” tambah Ayu Raudhah yeng teruja dengan kandungan kali ini.





Ayu Raudhah Anggap Rita Rudaini Bersikap Melampau

12 September 2012


Ayu Raudhah kini sedang hamil dua bulan.
KUALA LUMPUR: Pelakon Ayu Raudah menyifatkan Rita Rudaini yang membuat tuduhan kandungannya gugur pada tahun lalu adalah satu balasan Tuhan sebagai perbuatan yang melampau dan amat kasar.
Malah Ayu, 27, berkata, tuduhan melalui entri Twitter Rita itu juga telah menyebabkan orang ramai menganggap dia mengalami keguguran kali kedua sedangkan kandungannya sekarang yang berusia dua bulan berada dalam keadaan sihat dan selamat.
"Saya tak faham kenapa dia (Rita) masih lagi beria-ia nak menghentam saya. Walaupun entri tersebut tidak meyebut nama, tapi rasanya semua orang tau dia tujukan luahan itu kepada saya.
"Tambahan pula ia telah mengelirukan sesetengah orang yang anggap saya telah keguguran sekali lagi," katanya.
Bagaimanapun tambah Ayu, dia tidak berasa tertekan dengan pelbagai tohmahan yang dilemparkan padanya, cuma masih tertanya-tanya apakah punca Rita terlalu bencikan dirinya sedangkan mereka tidak pernah berjumpa.
Sementara itu, bercerita mengenai kandungannya, Ayu begitu teruja dengan cahaya mata sulung yang dikandung malah tidak sabar mahu menunggu kelahiran bayi itu.
Ayu memberitahu dia lebih berjaga-jaga daripada segi penjagaan diri agak kejadian dia keguguran tahun lalu tidak berulang lagi.
"Saya memang teruja dengan kehadiran bayi ini. Lebih seronok lagi apabila saya mendapat perhatian lebih daripada suami (Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak).
"Terasa macam permaisuri pula kerana saya tidak dibenarkan melakukan sebarang kerja rumah walaupun hanya mahu sapu sampah. Doktor tidak membenarkan saya membuat apa-apa pun.
"Seronok juga, kerana inilah masanya untuk kita berhat sebaik-baiknya, cuma kadang-kala saya berasa sedikit bosan kerana tidak tahu nak buat apa," selorohnya.
Dalam perkembangan lain, Ayu bakal muncul di layar perak menerusi filem Untuk Tiga Hari yang akan ditayangkan pada 20 September ini.
Kemelut Ayu dan Rita berlaku apabila Ayu dikatakan menjadi penyebab kepada keretakan rumah tangga yang dibina Rita bersama kembar kepada Zaquan Adha iaitu Aidil Zafuan.

Bukan balasan Tuhan - Ayu

12 September 2012
AYU dan Zaquan kini sedang menanti kelahiran bayi sulung mereka.


KEMELUT dua pelakon yang bergelar biras iaitu Ayu Raudhah dan Rita Rudaini nampaknya belum lagi berkesudahan apabila baru-baru ini Rita dikatakan ada menulis di Twitternya mengenai Ayu.
Menerusi Twitter tersebut Rita telah meluahkan perasaannya tentang isu kehamilan dan keguguran. Walaupun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan dalam Twitter tersebut, ramai yang membuat anggapan ia ditujukan buat isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha itu.
Antara tulisan Rita di Twitter adalah seperti berikut:
“Baru rasakan bagaimana perasaan terganggu tengah pregnant. Macam itulah orang itu rasa masa pregnant apa yang kau buat dahulu. Allah Itu Maha Adil.”
Zaquan yang berang dengan komen Rita ke atas isterinya cuba membalas dengan menulis di Twitternya mengatakan ada orang sedang meroyan, biarpun tulisan itu tidak menyebut nama Rita, tetapi ia seolah-olah ditujukan kepadanya. Apa yang menarik, Rita memberi respons terhadap Zaquan seolah-olah mengiyakan status kemelut terbaharu dirinya dan Ayu.
Kosmo! mendapatkan maklum balas daripada pihak Ayu yang kini hamil tiga bulan mengenai perkara itu dengan menelefonnya semalam.
Kosmo!: Apakah komen Ayu mengenai tulisan Rita di Twitter yang dikatakan merujuk kepada keguguran yang dialami Ayu adalah sebagai balasan daripada Tuhan?
AYU: Sebenarnya Ayu tidak mahu komen perkara ini takut ia berpanjangan. Perkara itu (keguguran) sebenarnya berlaku pada tahun lepas. Alhamdulillah, sekarang Ayu hamil kembali dan kini usia kandungan sudah masuk tiga bulan.

PERANG Twitter. Rita Rudaini dan Zaquan Adha yang saling berbalas antara satu sama lain dipercayai berhubung isu keguguran yang dialami aktres yang juga isteri Zaquan, Ayu Raudah pada Oktober tahun lepas.


Apakah perasaan anda terhadap kenyataan di Twitter Rita itu?
Saya tidak tertekan dengan kenyataan dia (Rita). Dia kata keguguran saya adalah balasan daripada Tuhan, tapi Alhamdulillah, saya kini mengandung lagi. Saya tidak mahu riak sebenarnya mungkin belum rezeki saya dikurniakan anak ketika itu.
Apakah komen anda mengenai kenyataan suami anda yang membalas kenyataan Rita di Twitter mengatakan pelakon itu meroyan?
Dia (Zaquan) cuma berniat melindungi saya. Dia tidak mahu saya tertekan.
Kenapakah Rita boleh mengeluarkan kenyataan itu? Adakah Ayu memulakan pergaduhan itu dahulu?
Dia cakap saya yang sebarkan fitnah mengenai dirinya. Saya tidak tahu fitnah apa yang dimaksudkannya. Sebelum ini saya rasa tidak pernah ada masalah dengannya. Cuma, sebelum berkahwin dengan Zaquan dengan tiba-tiba dia tuduh saya macam-macam. Saya tidak faham.
Beralih pada soalan lain, bagaimanakah kandungan anda sekarang? Ada mengalami sebarang alahan?
Kandungan saya sihat cuma doktor nasihatkan supaya saya banyak berehat dan jangan buat kerja berat. Sebabnya, saya ada pengalaman mengalami keguguran. Alhamdulillah, saya tidak mengalami sebarang alahan cuma jika saya lambat makan perut saya akan masuk angin dan menyebabkan saya muntah.
Adakah anda masih berlakon ketika ini?
Sejak bulan puasa lagi saya sudah berehat. Cuma, saya kini hadir untuk promosi filem terbaharu arahan Afdlin Shauki iaitu Untuk Tiga Hari. Saya juga akan muncul dengan drama 13 episod iaitu Aroha Awan Putih untuk RTM1.

Ayu Raudhah Bimbang Dimarahi Vee

12 September 2012

Ayu Raudhah Bimbang Dimarahi Vee

“Dalam skrip tidak ada ditulis secara terperinci apa yang perlu saya lakonankan untuk setiap watak. Sebab itu apabila Abang Afdlin minta saya peluk dan gosok-gosok Abang Shidi (Rashidi Ishak), saya jadi tertekan. Babak romantik di hadapan cermin itu memang sukar untuk saya lakonkan. Walaupun babak itu hanya seketika, tetapi hampir seharian saya tertekan memikirkannya.

Saya bimbang lakonan saya itu akan menimbulkan kemarahan atau melukakan perasaan Kak Vee (Vanidah Imran). Maklumlah, ketika babak itu dirakamkan, Kak Vee tidak berada di lokasi penggambaran. Kak Vee hanya tonton rakaman babak itu sehari selepas penggambaran, dan mujurlah dia tidak marahkan saya,” ujar Ayu mengulas tentang aksi panasnya bersama Rashidi Ishak dalam filem ‘Untuk Tiga Hari’.

Jelas Ayu lagi, selain bimbang dimarahi Vanidah Imran, dia juga bimbang kalau-kalau suaminya, Zaquan turut berasa jauh hati apabila menonton filem itu nanti.

“Ketika penggambaran, kami masih bercinta.  Bagaimanapun, sebelum saya lakonkan babak itu, saya ada terfikir tentang dia (Zaquan). Saya takut dia akan marah apabila menonton filem ini kelak. Sebab itu, sebaik sahaja penggambaran selesai, saya cepat-cepat beritahu dia pasal perkara ini. Namun, dia macam tidak memberi perhatian.  Mungkin kerana dia tidak kisah. Nanti saya akan bawa dia menonton filem ini di pawagam. Tengok macamana reaksi dia nanti. Tetapi, saya percaya suami saya tidak akan bersikap negatif kerana dia faham dengan karier saya,” ujar Ayu.

Dalam masa yang sama, adik kepada Rozita Che Wan ini juga mengakui bahawa selepas ini dia tidak lagi bersedia melakonkan aksi-aksi panas atau romantik seperti di dalam ‘Untuk Tiga Hari’. Jelas Ayu, selain tidak sesuai dengan imej berhijab, ia juga tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang isteri.

“Selepas berhijab, saya lebih berhati-hati dalam pemilihan watak. Takkanlah saya hendak melakonkan watak yang macam ini lagi. Pihak produksi pun akan beri watak yang dirasakan sesuai dengan penampilan saya. Lagipun, selepas bergelar isteri ini, saya rasa agak kurang selesa jika diminta melakonkan aksi-aksi romantik dengan pelakon lelaki. Saya rasa bersalah kepada suami walaupun dia sebenarnya tidak ada isu dengan lakonan saya,” ujar Ayu berterus-terang.

Rita Rudaini mahu Jue Aziz buat permohonan maaf

11 September 2012 (03 September 2012)

Rita Rudaini
Rita Rudaini
Baru-baru ini, kisah percintaan di antara pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan dan Jue Aziz mula bertebaran.
Menerusi kenyataan Jue yang sebelum ini menyelar tindakan individu yang menyebarkan gosip tidak berasas itu, dia turut mengaitkan dengan pelakon drama Ameera ini.
Lalu, tanpa menunggu lama untuk mengeluarkan kenyataan balas, Rita telah mencabar Jue untuk mengemukakan bukti sekiranya dia terlibat dalam penyebaran berita itu.
"Kenyataan Jue amat jelas menuduh saya adalah individu itu sedangkan saya tidak pernah menyebarkan kisah tersebut walaupun saya sudah tahu sejak Mac lalu.
"Sehinggalah ada wartawan yang bertanya kepada saya mengenai perkara ini. Saya tiada masalah dengan hal itu asalkan ia tidak menyusahkan saya. Saya bertanya kepada Aidil, tetapi dia beritahu yang dia tidak mengenali Jue.
"Jika dia (Jue) tidak tampil dengan sebarang bukti, saya akan menuntut permohonan maaf secara terbuka kerana menuduh tanpa usul periksa," kata ibu kepada dua anak ini.

Perang belum berakhir!

11 September 2012 (09 Sptember 2012)


PERANG Twitter di antara ipar duai ini bukan lagi perkara baru
Perang Twitter di antara ipar duai ini bukan lagi perkara baru.
PERANG Twitter di antara ipar duai ini bukan lagi perkara baru. Menjadikan laman sosial ini sebagai medium untuk menghentam antara satu sama lain, tulisan Rita sekali lagi mencuri tumpuan.
Jika sebelum ini, Rita menyelar tindakan adik iparnya, Zaquan Adha dan isteri, Ayu Raudhah, yang sentiasa mencampuri urusan rumah tangganya, kini pelakon yang terkenal menerusi siri Ameera ini kembali 'memanaskan' alam maya apabila isu keguguran yang dialami oleh pelakon Gemersik Kalbu, Ayu Raudhah, menjadi bahan baru pertengkaran mereka.
Menerusi laman sosial itu, Rita menganggap keguguran yang dialami oleh Ayu adalah balasan dari ALLAH SWT kepada pasangan itu kerana sering menjadi 'batu api' dalam keluarganya.
"Sekarang, baru dia rasai bagaimana perasaan orang mengandung yang terganggu. Itulah yang saya rasa sebelum ini.
"Dulu, dia suka 'buat' orang. Sekarang, dia terima balasan dari Tuhan.
"Walaupun ia tidak seteruk apa yang saya alami dulu, namun sebahagiannya tetap dirasai," kata Rita yang sebelum ini pernah membongkar rahsia peribadi Zaquan di Twitter.
Tidak berdiam diri dengan sindiran Rita, suami Ayu, Zaquan mula membalas 'tweet' berkenaan dengan mengatakan Rita 'meroyan'.
Ayu menerusi sebuah akhbar, membuat pengakuan pernah mengalami keguguran pada Oktober tahun lalu ekoran kesibukan melampau.
Kini, Ayu memilih untuk berehat dari menerima sebarang tawaran.



Ayu Raudhah hamil lagi

11 September 2012


Ayu Raudhah
Ayu Raudhah
 PENGALAMAN kehilangan kandungan ketika masuk minggu keenam meninggalkan momen pahit buat aktres Ayu Raudhah dan suami, Zaquan Adha yang juga pemain bola sepak kebangsaan, akhir tahun lalu.
Bagaimanapun, kesedihan itu terubat apabila Ayu kini sedang hamil tiga bulan. Mengakui bimbang akan keselamatan kandungannya, Ayu dinasihatkan doktor untuk bercuti bagi menggelakkan kejadian sama berulang.
"Doktor tidak mahu saya mengambil risiko kerana pernah keguguran sebelum ini. Jadi saya diminta untuk bercuti dan tidak boleh membuat sebarang kerja, waima untuk menyapu rumah sekali pun.
"Sejak Ramadan lagi, tawaran memang banyak, tapi saya terpaksa tolak dengan cara baik. Walaupun sekarang rasa dah kuat, tapi saya tidak mahu mengambil risiko lagi. Namun, doktor masih membenarkan saya untuk berjalan-jalan atau bersiar-siar," ujarnya gembira.
Menurut Ayu, ketika di awal minggu kehamilan, dia tidak mengalami sebarang alahan teruk seperti sesetengah ibu mengandung lain.
"Alhamdulillah, saya tidaklah muntah terus sehingga lembik. Ada juga kadangkala, tetapi tidak kerap. Biasanya saya muntah kerana angin dalam badan dan bila dah muntah, saya lega. Malah, sehingga kini saya juga tidak rasa mengidam untuk makan apa-apa. Alhamdulillah, segalanya macam biasa sahaja," katanya.
Ayu berkata, Zaquan adalah individu paling gembira apabila doktor mengesahkan dia sedang hamil ketika itu dan sering bimbangkan isterinya apabila berjauhan.
"Sebenarnya, Zaquan yang alami loya-loya sebelum kami tahu yang saya sedang hamil. Bila diperiksa, barulah dapat tahu saya hamil dan kami memang tidak sabar untuk menimang cahaya mata, Zaquan lebih-lebih lagi.
sekarang ini pun, Zaquan tiada kerana sedang menjalani latihan untuk menghadapi perlawanan dengan Vietnam. Jadi dia perlu tinggal di hotel yang disediakan. Tapi dia tetap akan balik setiap malam menjenguk saya dan saya tidak dibenarkan tinggal sendirian di rumah. Jadi bila dia tiada, dia akan hantarkan saya ke rumah Kak Ta (Rozita Che Wan)," kata pemilik nama sebenar Raudhah Abu Bakar @ Che Wan.

Kemelut tiada kesudahan

Menyentuh mengenai luahan birasnya yang juga aktres, Rita Rudaini di laman Twitter baru-baru ini mengenai dirinya, Ayu berkata, perasaannya sedikit pun tidak terganggu dengan situasi berkenaan.
Katanya, dia merasakan sudah lali dengan satu persatu cerita yang keluar mengenai dirinya dari aktres berkenaan.
"Bagi saya cerita ini bagai tiada kesudahannya. Hari ini keluar cerita ini, esok keluar cerita lain. Saya pun dah malas nak pertahankan diri saya lagi.
"Bila kata begini, pihak lain akan kata begitu. Jadi biarlah dia nak cakap apa pun, asalkan dia puas hati. Saya rasa selagi kami tidak bertemu, selagi itu kemelut ini tiada kesudahan," jelasnya.
Ayu berkata, dia pernah berlakon dengan Rita di awal kariernya dahulu dan Rita yang dikenalinya seorang yang baik.
Katanya, dia kurang jelas mengapa tiba-tiba wujud perseteruan di antara dia dan Rita yang juga isteri kepada Aidil Zafuan sebelum dia mendirikan rumah tangga dengan Aidil.
"Saya tak pernah ada masalah dengan dia sebelum ini dan saya rasa memang tidak pernah ada masalah dengan dia waima pernah bergaduh ke sebelum ini. Cuma sebelum saya berkahwin, tiba-tiba saya terkait dengan hal rumah tangganya.
"Lagipun kami tidak pernah bertemu dan saya juga tidak tahu apa cerita yang disampaikan pihak ketiga kepadanya. Jadi saya tak boleh nak terangkan perkara sebenar.
"Namun seandainya dia terbuka hati untuk berjumpa saya, dan sekali gus dapat menyelesaikan kemelut ini, saya berbesar hati untuk berjumpanya," akuinya.

Berdebar jaya aksi romantis

Menyentuh mengenai karier seninya, filem lakonan pertama Ayu, Untuk Tiga Hari akan menjengah ke seluruh pawagam bermula 20 September ini.
Mengakui teruja dengan tawaran pengarah, Afdlin Shauki untuk berlakon dalam filem berkenaan, Ayu berkata, dia turut merasa berdebar untuk menjayakan beberapa babak romantis melibatkan dia dan Rashidi Ishak.
"Kalau ikutkan dalam skrip, memang tidak diberitahu saya perlu jayakan babak romantis. Tapi bila tiba di lokasi, abang Afdlin terangkan yang dia mahukan satu babak yang romantis.
"Saya akui bimbang menjayakan watak romantis, lebih-lebih lagi dengan suami orang. Malah saya bimbang andai kak Vee (Vanidah Imran) kurang senang dengan lakonan kami.
"Mujur selepas melakukan babak tersebut, Kak Vee datang sendiri berjumpa saya dan memaklumkan dia suka lakonan kami. Akhirnya saya pula yang malu," katanya.
Ayu berkata, biarpun tidak terlibat lagi dengan sebarang penggambaran, masih ada beberapa drama lakonannya yang belum ditayangkan di kaca televisyen.
Selain itu, filem Lagenda Budak Setan 3 lakonannya juga turut akan ditayangkan di pawagam tidak lama lagi.

Ayu Raudhah Tiada Sebarang Masalah Dengan Rita Rudaini

11 September 2012


Sejak akhir-akhir ini, kemelut antara pelakon Ayu Raudhah dan Rita Rudaini menjadi semakin rumit. Oleh itu, menerusi laporan pihak media Sinar Harian hari ini, Ayu Raudhah telah menyatakan yang dia telah lali dengan segala cerita yang dikeluarkan mengenai dirinya dan aktress berkenaan.


Selain itu, Ayu Raudhah turut memaklumkan bahawa sebelum ini dia langsung tiada sebarang masalah dengan Rita Rudaini dan dia juga hairan mengapa hubungan mereka jadi begini. Ayu turut menyatakan bahawa dia sedia berjumpa dengan Rita, sekiranya tindakan tersebut boleh menjernihkan kemelut yang melanda mereka.
Disamping itu, menerusi laporan pihak Gua.com pula, Ayu mendakwa yang dirinya dimarah dan dicemuh melalui akaun Twitter, tetapi dia tidak mahu mengambil serius mengenai perkara itu, apatah lagi berasa tertekan dengan situasi tersebut. Sebagai seorang artis, Ayu mengaku yang dirinya sememangnya tidak akan terlepas daripada sebarang isu kontroversi dan dia telah terbiasa dengan semuanya.
Untuk makluman semua, Ayu Raudhah kini telah hamil tiga bulan. Sepanjang tempoh kehamilan, Ayu memaklumkan bahawa dirinya tidak mengalami sebarang alahan yang teruk dan dia bersyukur dengan segalanya.
Kredit Foto : deZahra

Ayu Raudhah Mengandung, Zaquan Pula Yang Loya

11 September 2012


ayu 



MH Online baru sahaja mendapat pengesahan daripada aktres Ayu Raudhah yang mengakui kini sudahpun mengandung tiga bulan. Berkongsi mengenai kandungannya itu, Ayu mengakui tidak mahu kecoh-kecoh tentang perkhabaran gembira tersebut memandangkan usia kandungannya masih lagi baru.
"Pengalaman keguguran tidak lama dahulu banyak mengajar saya. Jadi kali ini saya lebih berhati-hati dan alhamdulillah perkembangan kandungan saya baik sahaja dan sudah mencecah usia tiga bulan.
 
"Buat masa sekarang saya hanya mengalami muntah-muntah sahaja tetapi apa yang lucunya, pada awal kandungan suami saya pula yang kerap rasa loya," seloroh Ayu yang bakal bercuti ke London bersama kakaknya, aktres Rozita Che Wan, awal Oktober depan. 
 
Sambil teruja dengan perkhabaran berita ini, Ayu Raudhah meminta peminat mendoakan kesihatan kandungannya. Tahniah dari MH online! 

Ayu Raudhah Mahu Bersemuka Dengan Rita Rudaini

11 September 2012

Ayu Raudhah Mahu Bersemuka Dengan Rita Rudaini

“Saya sedia berjumpa dengan dia (Rita Rudaini) jika tindakan iitu boleh menjernihkan keadaan. Saya tidak ada masalah dengan dia dan saya juga hairan mengapa hubungan kami jadi begini. Saya memang tidak mengenali dia secara dekat kerana sepanjang tempoh berkahwin dengan suami, kami tidak pernah berjumpa. Tetapi, saya pernah berjumpa dengannya sekali iaitu ketika kami sama-sama berlakon dalam drama Rafflesia tidak lama dahulu. Bagi saya, Rita seorang yang baik. Tak sangka pula boleh timbul masalah sebegini,” ujar Ayu berterus-terang.

Dalam masa yang sama, pelakon yang kini hamil tiga bulan ini menolak dakwaan yang mengatakan dia kini tertekan dengan kemelut yang dihadapinya itu.

“Memang tidak dinafikan saya dimarah dan dicemuh melalui akaun Twitter, tetapi saya tidak mengambil serius perkara itu. Jauh sekali berasa tertekan. Saya tidak ambil serius sangat tentang perkara ini kerana saya anggap ia satu salah faham. Lagipun saya sudah terbiasa dengan hal-hal kontroversi ini. Sebagai seorang artis, saya tidak mungkin akan terlepas daripadanya. Susah hendak saya jelaskan perkara ini. Bukan saya tidak pernah mencuba. Tetapi, bukan semua orang boleh terima penjelasan saya. Jadi, lebih baik saya diamkan diri. Daripada sebelum kahwin sampailah sekarang ini,  isu ini tidak pernah habis. Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di antara kami. Suami pun nasihat supaya tidak panjang-panjangkan hal ini, ” ujar Ayu lagi.

Zaquan enggan tinggalkan Ayu berseorangan

Bercerita tentang kehamilannya pula, Ayu memberitahu dia kini hanya menghabiskan masa di rumah kerana mengikuti nasihat doktor yang mahukan dia berehat di awal kehamilannya.

“Saya tidak buat apa-apa sekarang sebab doktor nasihatkan saya berehat. Doktor bimbang  kalau saya banyak bergerak, kandungan saya akan boleh gugur macam dahulu. Saya pun tidak mahu perkara sama berulang. Jadi, saya gunakan kesempatan ini untuk berehat sepuas-puasnya. Zaquan pun halang saya buat kerja-kerja rumah. Dia mahu saya berehat sahaja. Selain itu, dia juga tak berani hendak tinggalkan saya seorang diri di rumah. Kalau dia kena main bola di luar KL, dia akan hantar saya ke rumah kakak (Rozita Che Wan) untuk bermalam. Seronok juga bila dimanja-manjakan begini,” ujar pelakon ‘Untuk Tiga Hari’ ini. \

Dalam perkembangan lain, Ayu Raudah akan muncul di layar perak dengan filem ‘Untuk Tiga Hari’ bermula 20 September hadapan. Ini merupakan filem terakhirnya sebelum bergelar isteri kepada pemain bola sepak Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak. ‘Untuk Tiga Hari’ menyaksikan gandingan Ayu bersama Rashidi Ishak sebagai pasangan suami isteri yang dipaksa berkahwin oleh keluarga.

Afdlin Shauki Percaya Pada Vee dan Rashidi

11 September 2012

Afdlin Shauki Percaya Pada Vee dan Rashidi

‘Untuk Tiga Hari’, merupakan buah tangan terbaru daripada pelakon dan pelawak, Afdlin Shauki. Tidak seperti filem-filem lain, filem yang diadaptasi daripada novel Ahadiat Akashah ini menampilkan hero dan heroin senior sebagai pendukung utama iaitu Vanidah Imran dan Rashidi Ishak.

Persoalannya, mampukah nama-nama ini menarik penonton ke pawagam? Maklumlah filem yang menampilkan pelakon-pelakon popular pun sambutannya tidak memberangsangkan. Menjawab kepada  persoalan itu, Afdlin Shauki memberitahu dia percaya sesebuah filem yang bagus mesti dibarisi oleh pelakon-pelakon yang hebat juga.

“Kalau kita lihat pada senario sambutan filem tempatan sekarang ini, kita memang tidak boleh menjangka selera penonton. Bakat-bakat baru dan popular bukan jaminan kepada kutipan tinggi. Saya cakap begini berdasarkan rekod filem-filem yang ditayangkan sebelum ini. Saya lihat tidak semua mendapat sambutan memberangsangkan. Barisan pelakon yang saya pilih ini adalah pelakon-pelakon yang saya yakin dengan bakat lakonan mereka. Saya sudah beberapa kali bekerjasama dengan Vee dan saya senang bekerja dengan dia. Begitu juga dengan Rashidi. Dia juga seorang pelakon yang baik,” ujar Afdlin ketika ditemui pada majlis pratonton ‘Untuk Tiga Hari’ di Golden Screen Cinemas, Pavillion, Kuala Lumpur pada Isnin.


Dalam masa yang sama, Afdlin juga mengakui dia seorang pengarah yang mementingkan pelakon  berbanding aspek teknikal. Baginya, sesebuah filem akan menjadi bagus kalau pelakon yang menjayakannya juga bagus.

“Setiap kali mengarah, bajet untuk pelakon memang agak tinggi sebab saya mahukan pelakon yang berpengalaman dan bagus dalam kerja mereka. Pihak penerbit mesti ‘sakit jiwa’ dengan permintaan saya. Saya pentingkan pelakon daripada aspek teknikal kerana saya berpendapat kualiti lakonan sangat penting untuk menghasilkan sebuah filem yang bagus. Selain itu, saya juga percaya seseorang pelakon yang baik boleh melakonkan apa-apa jua watak yang dipertanggungjawabkan. Tidak kiralah apa status atau umur mereka,” ujar Afdlin lagi.

Mengulas tentang sasaran atau jangkaannya untuk filem ini, Afdlin dengan merendah diri memberitahu dia tidak meletakkan sebarang sasaran. Bukan kerana tidak yakin dengan naskah sendiri, tetapi kerana sukar meramal selera penonton.

“Senario filem kita sekarang ini tidak sama seperti setahun yang lalu. Penonton sudah mula pilih-pilih filem yang hendak ditonton kerana ketika ini terlalu banyak filem Melayu yang ditayangkan di pawagam. Bagaimanapun, saya percaya ada lagi orang yang akan ke pawagam untuk menonton filem. Ini kerana suasana atau pengalaman menonton filem di pawagam, tidak sama dengan pengalaman menonton di rumah. Kalau boleh saya mahu dapat RM5 juta untuk pulang modal dan membolehkan saya menyambung sekuel kedua filem ini. Masih banyak cerita di dalam novel yang belum saya paparkan lagi di layar perak. Kalau sambutan hangat, sudah pasti pihak penerbit bersedia untuk menyambung cerita ini,” ujar Afdlin.

Untuk Tiga Hari mengisahkan tentang hubungan cinta Zafrin dan Ujie yang berada di dalam persimpangan dilema apabila mereka terpaksa melupakan cinta untuk berkahwin dengan calon pilihan keluarga.

Zafrin mengahwini Juwita dan Ujie berkahwin dengan Armi, seorang lelaki kaya romantik. Untuk membuktikan cinta sejati mereka, Zafrin dan Ujie berjanji untuk bercerai setelah tiga hari berkahwin. Namun, setelah mengharungi alam perkahwinan selama tiga hari,pelbagai perasaan telah timbul di hati masing-masing dan ini membuatkan Zafrin dan Ujie tertekan.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...