Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 17 September 2012

Zaquan tetap hormati Negeri Sembilan

18 September 2012


PENYANDANG juara Piala Malaysia, Negeri Sembilan bukan pasukan yang asing buat penyerang Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Mohamad Zaquan Adha Abd. Radzak.
Ini kerana, pemain yang berusia 25 tahun itu pernah menjadi salah seorang watak penting buat skuad kendalian Mohd. Azraai Khor Abdullah itu ketika membantu Negeri Sembilan menewaskan Terengganu 2-1 pada final Piala Malaysia di Stadium Shah Alam, tahun lalu.
Namun, Zaquan mungkin bakal menjadi 'duri dalam daging' buat pasukan yang diberi jolokan Hoben Jang Hoben itu menjelang pertembungan ATM dengan Negeri Sembilan pada aksi suku akhir kejohanan bola sepak paling berprestij negara itu.
Menyedari berdepan dengan cabaran getir, Zaquan mengakui perlawanan tersebut agak emosi memandangkan suami kepada selebriti, Ayu Raudah Che Wan itu memulakan karier sebagai pemain bola sepak bersama akademi Negeri Sembilan.
“Saya tetap sayang dan sentiasa menghormati Negeri Sembilan kerana ia merupakan pasukan yang saya sokong sejak daripada zaman kanak-kanak lagi.
“Begitu banyak kenangan manis ketika bersama Negeri Sembilan sebelum saya menyertai ATM pada Disember lalu.
“Saya tidak lupa segala jasa terutama setiap tunjuk ajar daripada jurulatih (Azraai Khor) untuk meningkatkan tahap keupayaan saya,” katanya kepada Kosmo! kelmarin.
Begitupun, Zaquan memberikan ‘amaran’ awal kepada bekas pasukannya sebagaimana perasaan hormat itu akan hilang ketika dia beraksi menentang Negeri Sembilan pada 28 September ini.
“Saya harus bersikap profesional. Di atas padang, mereka merupakan lawan yang harus kami tumpaskan.
“Kami berhasrat untuk melakar satu sejarah buat kelab ini dan kami mengetahui mereka cukup kental di posisi tengah dan pertahanan.
“Sekiranya saya ada 'rezeki' untuk menjaringkan gol, saya tetap meraikan (jaringan tersebut) tetapi saya meraikan bukan untuk menyindir sebaliknya mahu memberikan penghargaan kepada jurulatih, pemain, staf ATM dan penyokong-penyokong.
“ATM kini berada di landasan yang terbaik sebagaimana kami membuktikan mampu melepasi cabaran di peringkat kumpulan (Kumpulan B) saingan Piala Malaysia,” katanya.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...