Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 17 September 2012

Rozita Che Wan Bawa Lari Ayu Raudhah Ke London

17 September 2012

Rozita Che Wan Bawa Lari Ayu Raudhah Ke London

KUALA LUMPUR, 17 OKTOBER 2012: Kalau nak diikutkan ini bukanlah kali pertama dua beradik ini bercuti bersama ke luar negara. Tetapi ini merupakan kali kedua mereka akan ke kota London semata-mata untuk bercuti.

Kali terakhir, mereka telah berkunjung ke bandaraya kegemaran ramai itu pada April lalu iaitu sejurus sahaja selepas selesainya penganjuran Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2011.

"Benar hanya kami berdua saja. Inilah peluang untuk kami adik-beradik bercuti bersama, lebih-lebih lagi Ayu sekarang sedang bercuti lama daripada berlakon dan kebetulan pula saya ada masa terluang. Jadi apa salahnya.

"Kami akan tinggal di pangsapuri milik adik ipar kami di sana dari 9 hingga 16 Oktober depan. Jadi dapatkan kami berjimat daripada membayar hotel yang sangat mahal di sana. InsyaAllah kami akan singgah sehari ke Paris," kongsi Rozita Che Wan.

Dalam pada itu, Rozita Che Wan berkata, tujuan mereka ke sana hanyalah untuk bercuti semata-mata, merehatkan minda selepas rutin hariannya yang terlalu padat dengan penggambaran lakonan.

"Bayangkan dari pagi hingga tengah malam, saya terikat dengan lakonan hampir setiap hari. Jadi inilah masanya untuk saya merehatkan badan dan fikiran. Tidak ketinggalan membeli-belah apa yang termampu.

Malah ketika ditanya portal murai.com.my, Ayu Raudhah nampaknya sangat teruja untuk sekali ke sana bersama kakaknya itu, apatah lagi sekarang dia sedang bercuti kerana berbadan dua.

"Saya memilih untuk berhenti berlakon buat seketika, sementara berbadan dua dan akan bersalin tidak lama lagi.

"Suamipun telah mengizinkan pemergian saya ke London. Kerana saya ke sana bersama kakak, bukannya orang lain.

"Jadi sementara bercuti, apa salahnya saya ke sana. Bolehlah beli-belah sikit," katanya yang cukup manis dengan imej berhijab sejak Ramadhan lalu.

Sementara itu tambah Rozita Che Wan, selepas London dia akan terbang ke Jepun pada bulan yang sama selama seminggu bagi memenuhi tuntutan watak sebagai Kiah Perkasam untuk drama bersiri popular berkenaan.

Cukup teruja dengan kunjungan ke negara Matahari Terbit itu, Rozita Che Wan berkata, wataknya kali ini memerlukan dia menjadi perisik atau spy bagi merealisasikan produk perkasam untuk pasaran di sana kelak.



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...