Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 11 September 2012

Ayu Raudhah Bimbang Dimarahi Vee

12 September 2012

Ayu Raudhah Bimbang Dimarahi Vee

“Dalam skrip tidak ada ditulis secara terperinci apa yang perlu saya lakonankan untuk setiap watak. Sebab itu apabila Abang Afdlin minta saya peluk dan gosok-gosok Abang Shidi (Rashidi Ishak), saya jadi tertekan. Babak romantik di hadapan cermin itu memang sukar untuk saya lakonkan. Walaupun babak itu hanya seketika, tetapi hampir seharian saya tertekan memikirkannya.

Saya bimbang lakonan saya itu akan menimbulkan kemarahan atau melukakan perasaan Kak Vee (Vanidah Imran). Maklumlah, ketika babak itu dirakamkan, Kak Vee tidak berada di lokasi penggambaran. Kak Vee hanya tonton rakaman babak itu sehari selepas penggambaran, dan mujurlah dia tidak marahkan saya,” ujar Ayu mengulas tentang aksi panasnya bersama Rashidi Ishak dalam filem ‘Untuk Tiga Hari’.

Jelas Ayu lagi, selain bimbang dimarahi Vanidah Imran, dia juga bimbang kalau-kalau suaminya, Zaquan turut berasa jauh hati apabila menonton filem itu nanti.

“Ketika penggambaran, kami masih bercinta.  Bagaimanapun, sebelum saya lakonkan babak itu, saya ada terfikir tentang dia (Zaquan). Saya takut dia akan marah apabila menonton filem ini kelak. Sebab itu, sebaik sahaja penggambaran selesai, saya cepat-cepat beritahu dia pasal perkara ini. Namun, dia macam tidak memberi perhatian.  Mungkin kerana dia tidak kisah. Nanti saya akan bawa dia menonton filem ini di pawagam. Tengok macamana reaksi dia nanti. Tetapi, saya percaya suami saya tidak akan bersikap negatif kerana dia faham dengan karier saya,” ujar Ayu.

Dalam masa yang sama, adik kepada Rozita Che Wan ini juga mengakui bahawa selepas ini dia tidak lagi bersedia melakonkan aksi-aksi panas atau romantik seperti di dalam ‘Untuk Tiga Hari’. Jelas Ayu, selain tidak sesuai dengan imej berhijab, ia juga tidak sesuai dengan statusnya sebagai seorang isteri.

“Selepas berhijab, saya lebih berhati-hati dalam pemilihan watak. Takkanlah saya hendak melakonkan watak yang macam ini lagi. Pihak produksi pun akan beri watak yang dirasakan sesuai dengan penampilan saya. Lagipun, selepas bergelar isteri ini, saya rasa agak kurang selesa jika diminta melakonkan aksi-aksi romantik dengan pelakon lelaki. Saya rasa bersalah kepada suami walaupun dia sebenarnya tidak ada isu dengan lakonan saya,” ujar Ayu berterus-terang.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...