Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 11 September 2012

Bukan balasan Tuhan - Ayu

12 September 2012
AYU dan Zaquan kini sedang menanti kelahiran bayi sulung mereka.


KEMELUT dua pelakon yang bergelar biras iaitu Ayu Raudhah dan Rita Rudaini nampaknya belum lagi berkesudahan apabila baru-baru ini Rita dikatakan ada menulis di Twitternya mengenai Ayu.
Menerusi Twitter tersebut Rita telah meluahkan perasaannya tentang isu kehamilan dan keguguran. Walaupun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan dalam Twitter tersebut, ramai yang membuat anggapan ia ditujukan buat isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha itu.
Antara tulisan Rita di Twitter adalah seperti berikut:
“Baru rasakan bagaimana perasaan terganggu tengah pregnant. Macam itulah orang itu rasa masa pregnant apa yang kau buat dahulu. Allah Itu Maha Adil.”
Zaquan yang berang dengan komen Rita ke atas isterinya cuba membalas dengan menulis di Twitternya mengatakan ada orang sedang meroyan, biarpun tulisan itu tidak menyebut nama Rita, tetapi ia seolah-olah ditujukan kepadanya. Apa yang menarik, Rita memberi respons terhadap Zaquan seolah-olah mengiyakan status kemelut terbaharu dirinya dan Ayu.
Kosmo! mendapatkan maklum balas daripada pihak Ayu yang kini hamil tiga bulan mengenai perkara itu dengan menelefonnya semalam.
Kosmo!: Apakah komen Ayu mengenai tulisan Rita di Twitter yang dikatakan merujuk kepada keguguran yang dialami Ayu adalah sebagai balasan daripada Tuhan?
AYU: Sebenarnya Ayu tidak mahu komen perkara ini takut ia berpanjangan. Perkara itu (keguguran) sebenarnya berlaku pada tahun lepas. Alhamdulillah, sekarang Ayu hamil kembali dan kini usia kandungan sudah masuk tiga bulan.

PERANG Twitter. Rita Rudaini dan Zaquan Adha yang saling berbalas antara satu sama lain dipercayai berhubung isu keguguran yang dialami aktres yang juga isteri Zaquan, Ayu Raudah pada Oktober tahun lepas.


Apakah perasaan anda terhadap kenyataan di Twitter Rita itu?
Saya tidak tertekan dengan kenyataan dia (Rita). Dia kata keguguran saya adalah balasan daripada Tuhan, tapi Alhamdulillah, saya kini mengandung lagi. Saya tidak mahu riak sebenarnya mungkin belum rezeki saya dikurniakan anak ketika itu.
Apakah komen anda mengenai kenyataan suami anda yang membalas kenyataan Rita di Twitter mengatakan pelakon itu meroyan?
Dia (Zaquan) cuma berniat melindungi saya. Dia tidak mahu saya tertekan.
Kenapakah Rita boleh mengeluarkan kenyataan itu? Adakah Ayu memulakan pergaduhan itu dahulu?
Dia cakap saya yang sebarkan fitnah mengenai dirinya. Saya tidak tahu fitnah apa yang dimaksudkannya. Sebelum ini saya rasa tidak pernah ada masalah dengannya. Cuma, sebelum berkahwin dengan Zaquan dengan tiba-tiba dia tuduh saya macam-macam. Saya tidak faham.
Beralih pada soalan lain, bagaimanakah kandungan anda sekarang? Ada mengalami sebarang alahan?
Kandungan saya sihat cuma doktor nasihatkan supaya saya banyak berehat dan jangan buat kerja berat. Sebabnya, saya ada pengalaman mengalami keguguran. Alhamdulillah, saya tidak mengalami sebarang alahan cuma jika saya lambat makan perut saya akan masuk angin dan menyebabkan saya muntah.
Adakah anda masih berlakon ketika ini?
Sejak bulan puasa lagi saya sudah berehat. Cuma, saya kini hadir untuk promosi filem terbaharu arahan Afdlin Shauki iaitu Untuk Tiga Hari. Saya juga akan muncul dengan drama 13 episod iaitu Aroha Awan Putih untuk RTM1.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...