Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 11 September 2012

Afdlin Shauki Percaya Pada Vee dan Rashidi

11 September 2012

Afdlin Shauki Percaya Pada Vee dan Rashidi

‘Untuk Tiga Hari’, merupakan buah tangan terbaru daripada pelakon dan pelawak, Afdlin Shauki. Tidak seperti filem-filem lain, filem yang diadaptasi daripada novel Ahadiat Akashah ini menampilkan hero dan heroin senior sebagai pendukung utama iaitu Vanidah Imran dan Rashidi Ishak.

Persoalannya, mampukah nama-nama ini menarik penonton ke pawagam? Maklumlah filem yang menampilkan pelakon-pelakon popular pun sambutannya tidak memberangsangkan. Menjawab kepada  persoalan itu, Afdlin Shauki memberitahu dia percaya sesebuah filem yang bagus mesti dibarisi oleh pelakon-pelakon yang hebat juga.

“Kalau kita lihat pada senario sambutan filem tempatan sekarang ini, kita memang tidak boleh menjangka selera penonton. Bakat-bakat baru dan popular bukan jaminan kepada kutipan tinggi. Saya cakap begini berdasarkan rekod filem-filem yang ditayangkan sebelum ini. Saya lihat tidak semua mendapat sambutan memberangsangkan. Barisan pelakon yang saya pilih ini adalah pelakon-pelakon yang saya yakin dengan bakat lakonan mereka. Saya sudah beberapa kali bekerjasama dengan Vee dan saya senang bekerja dengan dia. Begitu juga dengan Rashidi. Dia juga seorang pelakon yang baik,” ujar Afdlin ketika ditemui pada majlis pratonton ‘Untuk Tiga Hari’ di Golden Screen Cinemas, Pavillion, Kuala Lumpur pada Isnin.


Dalam masa yang sama, Afdlin juga mengakui dia seorang pengarah yang mementingkan pelakon  berbanding aspek teknikal. Baginya, sesebuah filem akan menjadi bagus kalau pelakon yang menjayakannya juga bagus.

“Setiap kali mengarah, bajet untuk pelakon memang agak tinggi sebab saya mahukan pelakon yang berpengalaman dan bagus dalam kerja mereka. Pihak penerbit mesti ‘sakit jiwa’ dengan permintaan saya. Saya pentingkan pelakon daripada aspek teknikal kerana saya berpendapat kualiti lakonan sangat penting untuk menghasilkan sebuah filem yang bagus. Selain itu, saya juga percaya seseorang pelakon yang baik boleh melakonkan apa-apa jua watak yang dipertanggungjawabkan. Tidak kiralah apa status atau umur mereka,” ujar Afdlin lagi.

Mengulas tentang sasaran atau jangkaannya untuk filem ini, Afdlin dengan merendah diri memberitahu dia tidak meletakkan sebarang sasaran. Bukan kerana tidak yakin dengan naskah sendiri, tetapi kerana sukar meramal selera penonton.

“Senario filem kita sekarang ini tidak sama seperti setahun yang lalu. Penonton sudah mula pilih-pilih filem yang hendak ditonton kerana ketika ini terlalu banyak filem Melayu yang ditayangkan di pawagam. Bagaimanapun, saya percaya ada lagi orang yang akan ke pawagam untuk menonton filem. Ini kerana suasana atau pengalaman menonton filem di pawagam, tidak sama dengan pengalaman menonton di rumah. Kalau boleh saya mahu dapat RM5 juta untuk pulang modal dan membolehkan saya menyambung sekuel kedua filem ini. Masih banyak cerita di dalam novel yang belum saya paparkan lagi di layar perak. Kalau sambutan hangat, sudah pasti pihak penerbit bersedia untuk menyambung cerita ini,” ujar Afdlin.

Untuk Tiga Hari mengisahkan tentang hubungan cinta Zafrin dan Ujie yang berada di dalam persimpangan dilema apabila mereka terpaksa melupakan cinta untuk berkahwin dengan calon pilihan keluarga.

Zafrin mengahwini Juwita dan Ujie berkahwin dengan Armi, seorang lelaki kaya romantik. Untuk membuktikan cinta sejati mereka, Zafrin dan Ujie berjanji untuk bercerai setelah tiga hari berkahwin. Namun, setelah mengharungi alam perkahwinan selama tiga hari,pelbagai perasaan telah timbul di hati masing-masing dan ini membuatkan Zafrin dan Ujie tertekan.


Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...