Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 11 September 2012

Ayu Raudhah Risau Terpaksa Goda Rashidi Ishak

11 September 2012

Ayu Raudhah Risau Terpaksa Goda Rashidi Ishak


KUAA LUMPUR, 11 SEPTEMBER 2012: Aktres Ayu Raudhah yang kini sudah pun berhijab menyatakan perasaan risau apabila dia perlu menggoda dan bermesra dengan Rashidi Ishak yang merupakan suaminya dalam filem Untuk Tiga Hari arahan Afdlin Shauki,

"Risau! Memang tak tahu macam mana nak sembunyikan perasaan tu. Apatah lagi bila isterinya, Vanidah pun ada berlakon sekali dan saya sendiri pun sudah bersuami.

"Sebenarnya tiada apa-apa pun... dah jelas itu adalah watak yang mahu ditonjolkan dalam filem tersebut tetapi saya jadi stressed sampai satu hari, saya sudah tidak tahu mcm mana nak sembunyikan perasaan segan. Afdlin memang mahu saya beraksi begitu untuk menghidupkan watak Juwita dalam filem Untuk Tiga Hari.

"Rasanya saya ada beritahu kepada suami, tetapi mungkin sebab dia tahu isterinya seorang pelakon, jadi dia tidak peduli sangat dan faham dengan karier,"jawabnya mengenai adegan-adegan panas dia dan Rashidi Ishak dalam filem tersebut," katanya kepada murai.com.my.

Ayu Raudhah ditemui pada majlis pra tonton filem terbaru arahan Afdlin Shauki, adaptasi daripada novel nukilan penulis Ahadiat Akashah yang berjudul Untuk Tiga Hari.

Mengenai kehamilannya, isteri kepada pemain bola bertaraf selebriti, Zaquan Adha ini melahirkan rasa syukur yang tidak terhingga apabila dia kini sudah pun berbadan dua.

"Syukur Alhamdulillah," kata Ayu Raudhah. Kandungannya itu kini berusia hampir tiga bulan menurut aktres kelahiran Kedah ini.

"Alhamdulillah, selepas hampir 11 bulan saya tunggu masih ada rezeki untuk saya dan Zaquan menimang cahayamata. Kali ini saya memilih untuk lebih banyak berehat bagi mengelakkan peristiwa tahun lalu berlaku semula. Pada Oktober tahun lalu saya telah mengalami keguguran dan kandungan tersebut baru berusia enam minggu.

"Alahan pun tidaklah terlalu teruk sangat cuma kadang-kadang saya tak boleh nak lambat-lambatkan waktu makan dan ada ketikanya tidak boleh hidu bau rumah sendiri, tapi buat masa ini, ianya masih tidak serius.

"Tawaran masih banyak tetapi saya memang mahu berehat seketika dan Insya Allah akan mula aktif di bulan keempat mungkin selagi perut tidak terlalu kelihatan," ujarnya berseloroh.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...