Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 11 September 2012

Ayu Raudhah Mahu Bersemuka Dengan Rita Rudaini

11 September 2012

Ayu Raudhah Mahu Bersemuka Dengan Rita Rudaini

“Saya sedia berjumpa dengan dia (Rita Rudaini) jika tindakan iitu boleh menjernihkan keadaan. Saya tidak ada masalah dengan dia dan saya juga hairan mengapa hubungan kami jadi begini. Saya memang tidak mengenali dia secara dekat kerana sepanjang tempoh berkahwin dengan suami, kami tidak pernah berjumpa. Tetapi, saya pernah berjumpa dengannya sekali iaitu ketika kami sama-sama berlakon dalam drama Rafflesia tidak lama dahulu. Bagi saya, Rita seorang yang baik. Tak sangka pula boleh timbul masalah sebegini,” ujar Ayu berterus-terang.

Dalam masa yang sama, pelakon yang kini hamil tiga bulan ini menolak dakwaan yang mengatakan dia kini tertekan dengan kemelut yang dihadapinya itu.

“Memang tidak dinafikan saya dimarah dan dicemuh melalui akaun Twitter, tetapi saya tidak mengambil serius perkara itu. Jauh sekali berasa tertekan. Saya tidak ambil serius sangat tentang perkara ini kerana saya anggap ia satu salah faham. Lagipun saya sudah terbiasa dengan hal-hal kontroversi ini. Sebagai seorang artis, saya tidak mungkin akan terlepas daripadanya. Susah hendak saya jelaskan perkara ini. Bukan saya tidak pernah mencuba. Tetapi, bukan semua orang boleh terima penjelasan saya. Jadi, lebih baik saya diamkan diri. Daripada sebelum kahwin sampailah sekarang ini,  isu ini tidak pernah habis. Saya tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku di antara kami. Suami pun nasihat supaya tidak panjang-panjangkan hal ini, ” ujar Ayu lagi.

Zaquan enggan tinggalkan Ayu berseorangan

Bercerita tentang kehamilannya pula, Ayu memberitahu dia kini hanya menghabiskan masa di rumah kerana mengikuti nasihat doktor yang mahukan dia berehat di awal kehamilannya.

“Saya tidak buat apa-apa sekarang sebab doktor nasihatkan saya berehat. Doktor bimbang  kalau saya banyak bergerak, kandungan saya akan boleh gugur macam dahulu. Saya pun tidak mahu perkara sama berulang. Jadi, saya gunakan kesempatan ini untuk berehat sepuas-puasnya. Zaquan pun halang saya buat kerja-kerja rumah. Dia mahu saya berehat sahaja. Selain itu, dia juga tak berani hendak tinggalkan saya seorang diri di rumah. Kalau dia kena main bola di luar KL, dia akan hantar saya ke rumah kakak (Rozita Che Wan) untuk bermalam. Seronok juga bila dimanja-manjakan begini,” ujar pelakon ‘Untuk Tiga Hari’ ini. \

Dalam perkembangan lain, Ayu Raudah akan muncul di layar perak dengan filem ‘Untuk Tiga Hari’ bermula 20 September hadapan. Ini merupakan filem terakhirnya sebelum bergelar isteri kepada pemain bola sepak Mohd. Zaquan Adha Abd. Razak. ‘Untuk Tiga Hari’ menyaksikan gandingan Ayu bersama Rashidi Ishak sebagai pasangan suami isteri yang dipaksa berkahwin oleh keluarga.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...