Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 17 September 2012

‘Jangan tindas saya sesuka hati!’

17 September 2012 (16 September 2012)


pix_middle 
“NAMPAKNYA mereka dah semakin melarat-larat. Sudahlah gosip antara Aidil (Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak) dan Jue Aziz menyusahkan saya kerana saya terpaksa menjawab kepada pihak media yang ingin mendapatkan kepastian berhubung isu berkenaan.
“Kemudian, cakap pula saya menuduh Ayu Raudhah yang memperkenalkan Aidil kepada Jue. Walhal semaklah kembali mana-mana kenyataan saya dalam media, saya tak pernah pun membangkitkan nama Ayu langsung!


KASIH IBU...Rita bekerja keras untuk membesarkan anak-anak.


PERANG BIRAS...Aidil dikatakan lebih mempertahankan adik iparnya, Ayu Raudhah (gambar sebelah) daripada isterinya sendiri.


KESAL...wajah kecewa Rita tatkala berdepan kemelut perkahwinan.

“Terbaru, perbualan saya di twitter dengan seorang kawan yang ditujukan khas pada Aidil sudah disalah tafsir apabila Ayu Raudhah pula terasa saya mengata dia,” kata pelakon sensasi Rita yang tampil membuat penjelasan atas tuduhan kononnya dia menghina Ayu Raudhah dalam laman twitter.

Rita berkata, ramai pihak memberikan komen di twitter selepas suaminya juga pemain skuad kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, mengeluarkan kenyataan di sebuah akhbar, baru-baru ini. Dalam kenyataan itu, Aidil melahirkan rasa simpati kepada adik iparnya (Ayu Raudhah) yang sedang mengandung kerana tertekan dikaitkan sebagai individu yang memperkenal�kan Aidil dan Jue.

“Kenalan saya itu yang menggunakan nama ‘darofyna’, memberikan pendapatnya dan berkata masa saya mengandung dulu, Aidil sendiri sang�gup nak ceraikan saya dan Aidil tak fikir pula nak jaga emosi saya.

“Kami berkomunikasi mengenai kenyataan Aidil dalam akhbar yang berasa simpati apabila emosi adik iparnya terganggu.

“Kemudian saya membalas dan berkata sekarang barulah dia (Aidil) sedar bagaimana perasaan saya ketika mengandung dulu macam mana. Allah Maha Adil. Itu saya tujukan kepada Aidil dan sekali lagi saya tegaskan kami hanya berbual soal Aidil.

“Tapi kenapa pula Ayu nak terasa? Patutlah Aidil hantar mesej maki hamun saya tiba-tiba? Dia kata saya hati busuk dan macam-macam.

“Ingat saya ini tak ada perasaan ke? Tiba-tiba nak serang dan tuduh saya mengata Ayu. Serius saya tak faham dengan mereka ini. Kalau dah tak suka saya, kenapa sibuk intai twitter saya, sedangkan twitter saya tertutup yakni ‘private’ dan ‘lock’. Ia hanya untuk peminat saya saja,” kata Rita.

Rita menambah lagi, sebelum ini Ayu dan suaminya, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, pernah menyamakan dirinya dengan anjing, apabila setiap kali kenyataan Rita keluar di sebuah akhbar mingguan.

“Ada orang sampaikan kepada saya, mereka suami isteri mengata kenapa anjing ni selalu menyalak setiap hari Ahad? Sumber itu memaklumkan, pasangan berkenaan memang tujukan kepada saya selepas sumber itu sendiri bertanya kepada mereka.

“Tapi saya tak kisah pun, suka hati mereka nak kata apa sebab mereka ada mulut. Saya tidak rugi apa-apa. Lagi saya dihina lagi besar pahala saya dapat. Namun, apa yang sangat disesalkan Aidil tak nampak pula kesalahan mereka berdua.

“Malah Ayu yang tuduh saya kaitkan dia dalam rumah tangga saya. Saya nak tanya dia, bukan ke dia sendiri yang kaitkan dirinya dalam rumah tang�ga saya ketika dia menolong hantar Aidil dan masuk ke dalam perkarangan rumah saya untuk mengambil motosikal Aidil sewaktu Aidil melarikan diri dari rumah dulu? Itu bukan bersubahat namanya?

“Tolonglah, ini membabitkan hidup saya. Kalau dia seorang yang bijak, bukan itu caranya dia hendak tolong sekali pun membabitkan abang ipar ke atau abang kandung. Tak manis rasanya.

“Bukankah lebih elok nasihat yang baik-baik abang iparnya itu dan bukan tolong ambil motosikal dan keluar dari rumah. Sekarang dia pula yang tuduh saya babitkan dia dalam masalah rumah tangga saya dengan Aidil.

“Apa yang dia (Ayu Raudhah) mahu sebenarnya? Kalau dia nak sangat keluar dalam akhbar dan ghairah sangat nak bagi kenyataan, berilah kenyataan isu orang sedang perkatakan sekarang kononnya pernah nampak dia keluar makan bersama suami saya, Aidil dan Jue. Kenapa nak buat kenyataan benda yang tak ada, tapi nak diadakan? Mengapa dia sibuk nak terasa benda yang saya tidak tujukan kepada dia?” kata Rita lagi.

Mohon menghentikan semua tohmahan kerana apa yang dilaluinya bersama anak kini semakin berat tambahan pula Aidil tidak lagi memerlukan dirinya, Rita minta dia lepaskan secara baik bukan mengheret dirinya dalam pelbagai masalah yang dicipta sendiri oleh Aidil dan mereka di sekelilingnya.

“Lebih tujuh bulan Aidil tinggalkan saya dan anak dan itu sudah cukup untuk saya faham dia sudah tidak perlukan kami lagi.

“Saya mencari kekuatan untuk mengharungi saat-saat ini kerana yang lebih penting buat saya adalah perasaan anak yang wajar mendapat kebahagiaan.

“Berhubung kontroversi yang sedang berlaku, ia bermula dengan kisah skandal Aidil dan Jue, disusuli pula pertuduhan kononnya saya menuduh Ayu menjadi orang tengah yang memperkenalkan Aidil kepada Jue, sekarang ini, kenyataan saya di twitter pula disalah tafsir. Dalam situasi yang berlaku, Aidil sepatutnya menjadi pendamai kerana dia suami saya.

“Saya tak kisah Aidil cuba mempertahankan adik iparnya Ayu mahupun Jue sekalipun, tapi Aidil seharusnya memohon kepada pihak media mahupun pihak tertentu supaya tidak mengganggu hidup saya yang terpaksa mencari rezeki dan siang malam demi menjaga anaknya sendiri.

“Walaupun sudah tiada lagi cinta, bukan bermakna dia sewenangnya membiarkan saya terus-terusan diperkotak-katikkan. Janganlah tindas saya sesuka hati! Sebagai suami dia tidak berbuat sesuatu yang boleh meredakan keadaan. Malah, kenyataannya dengan jelas berat sebelah dan hanya membakar keadaan.

“Apabila anaknya sendiri besar nanti dan kalau mereka terbaca kisah kontroversi pernah melanda kami, saya bimbang ia membakar kebencian anak terhadap dirinya sendiri yang tidak pernah sedikitpun cuba mempertahankan saya sebagai ibu mereka, tetapi lebih sedia membela orang lain yang menghancurkan rumah tangga kami,” kata dengan nada yang kesal.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/09/16






Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...