Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 9 November 2012

Permohonan Nusyuz Aidil Zafuan Batal, Terpaksa Tanggung Kos Mahkamah

10 November 2012

Akibat kesilapan pada alamat pemastautin dalam permohonan Aidil Zafuan untuk isterinya, Rita Rudaini kembali taat (nusyuz), Mahkamah Rendah Syariah Petaling Jaya telah membuat keputusan menerima permohonan Rita untuk membatalkan permohonan tersebut.
mStar Online juga melaporkan, Aidil Zafuan juga diperintahkan untuk membayar semua kos mahkamah.
Keputusan itu diumumkan Hakim Syarie, Saharuddin Selamat, selepas mengambil kira kesilapan pada isu alamat pemastautin Aidil, 25, dalam permohonan tersebut yang difailkan pada 15 Mei lalu.
Selepas meneliti permohonan plaintif (Aidil) yang difailkan pada 15 Mei lalu, didapati pihaknya meletakkan alamat yang tidak lengkap terhadap permohonan kembali taat yang dikemukakan terhadap pihak defendan (Rita).
Jadi, pihak mahkamah memutuskan bantahan awal yang difailkan defendan pada 3 Julai lalu diluluskan.
Aidil bagaimanapun dikatakan tidak hadir di mahkamah ketika keputusan diumumkan kerana berada di Bangkok, Thailand untuk mewakili negara dalam perlawanan persahabatan dengan Thailand.
Untuk makluman anda pada perlawanan itu pasukan Aidil (Malaysia) tewas 2-0 kepada Thailand dan menyaksikan Aidil dibuang padang kerana menerima dua kad kuning hasil mengasari pemain lawan.

Optimis pertahan juara Asia Tenggara

10 November 2012


SERIUS...Rajagobal (kiri)  merancang strategi ketika latihan.
SERIUS...Rajagobal (kiri) merancang strategi ketika latihan.
BEKAS pemain kebangsaan, Khalid Ali tetap optimis skuad bola sepak negara mampu mempertahankan Piala AFF yang berbaki kira-kira dua minggu lagi.
Dua kekalahan aksi persahabatan skuad kendalian Datuk K Rajagobal ketika menentang Vietnam dan Thailand baru-baru ini dianggap perkara biasa bagi Khalid dalam usaha ketua jurulatih negara itu mempersiapkan pemain menghadapi cabaran sebenar.

Namun pemerhati bola sepak tempatan itu menegaskan, beberapa kelemahan ketara perlu segera diperbaiki sebelum sepak mula menentang Singapura di Stadium Nasional, Bukit Jalil, 25 November ini.
“Sebagai bekas pemain saya tetap optimis namun skuad negara tidak boleh mempamerkan corak permainan seperti ketika menentang Thailand kerana lawan jelas sudah mempamerkan peningkatan. Jurulatih perlu memanfaatkan masa yang ada untuk membaikinya sebaik mungkin,” katanya.

Antara kelemahan yang mendapat perhatian Khalid adalah kecuaian pemain negara yang terlalu cepat kehilangan bola hingga menimbulkan masalah untuk menguasai perlawanan dan seterusnya menjaringkan gol.

“Masih terdapat kelemahan lain namun saya percaya jurulatih ada caranya yang tersendiri. “Malah beliau sudah mengeluarkan kenyataan tidak panik dengan dua kekalahan terbabit. Biar beliau baiki kelemahan itu,” katanya.
Malah Khalid menasihatkan pemain negara terus fokus melakukan persiapan kerana semangat berpasukan yang tinggi akan mengatasi semua cabaran dan rintangan.

Skuad negara mempamerkan aksi tidak konsisten sepanjang persiapan menghadapi temasya dwitahunan ini dengan Rajagobal menggunakan pendekatan untuk mencuba pemain dan selepas mencatat kemenangan meyakinkan mengatasi Hong Kong 3-0 pada Oktober lalu, persembahan Harimau Malaya kembali meresahkan apabila kecundang kepada Vietnam (0-1) dan Thailand (0-2) baru-baru ini. Malaysia yang tampil selaku tuan rumah bersama pada edisi Piala AFF kali ini dan juara bertahan berada dalam Kumpulan B bersama Indonesia, Singapura dan Laos bersaing di Kuala Lumpur manakala Thailand, tuan rumah Kumpulan A, disaingi Vietnam, Filipina dan Myanmar. Dua pasukan terbaik setiap kumpulan layak ke separuh akhir dan final yang dilangsungkan secara timbal balik pada 19 dan 22 Disember.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/10

Rabu, 7 November 2012

Permohonan Nusyuz Batal, Aidil Zafuan Terpaksa Tanggung Kos

08 November 2012


Rita Rudaini
PETALING JAYA: Hasrat Aidil Zafuan Abd. Radzak yang mahu menuntut isterinya pelakon Rita Rudaini Mokhtar agar kembali taat (nusyuz) tidak menjadi selepas mahkamah rendah syariah di sini pada Rabu menerima permohonan Rita bagi membatalkan permohonan tersebut.
Malah lebih malang lagi Aidil yang juga pemain bola sepak Angkatan Tentera Malaysia (ATM) itu selaku plaintif diperintahkan untuk membayar segala kos mahkamah.
Keputusan itu dibuat oleh Hakim Syarie, Saharuddin Selamat selepas meneliti kesilapan pada isu alamat pemastautin Aidil, 25, yang dikemukakan dalam permohonan tersebut yang difailkan pada 15 Mei lalu.
"Selepas meneliti permohonan plaintif (Aidil) yang difailkan pada 15 Mei lalu, didapati pihaknya meletakkan alamat yang tidak lengkap terhadap permohonan kembali taat yang dikemukakan terhadap pihak defendan (Rita).
"Jadi, pihak mahkamah memutuskan bantahan awal yang difailkan defendan pada 3 Julai lalu diluluskan," katanya pada prosiding yang diadakan pada Rabu.
Aidil Zafuan
Saharuddin, turut memaklumkan, peguam Aidil iaitu Ahmad Nazib Johari telah menarik diri daripada mewakili plaintif yang dibuat pada 30 Oktober lalu.
Sementara itu Rita, 35, yang berbaju hitam dengan tudung biru hadir ditemani Mohd Ihsan Mohd Daud mewakili peguam syarienya Datuk Mohd Zaidi Zain yang terpaksa menghadiri perbicaraan lain di Mahkamah Tinggi Syariah, Kota Bharu, Kelantan.
Rita yang ditemui di luar mahkamah bersyukur apabila bantahan awal yang difailkannya diluluskan mahkamah dan akan meneruskan kes cerai yang masih lagi belum selesai.
"Alhamdulillah, saya bersyukur apabila mahkamah tidak menangguhkan keputusan kes bantahan awal ini meskipun tanpa kehadiran dia (Aidil).
"Saya hanya ingin mempertahankan diri dan hak saya bersama anak-anak. Apabila sudah sampai di tahap ini (membawa kes ke mahkamah), maksudnya saya sudah mula berjuang dan tidak akan menoleh ke belakang.
"Selepas ini, peguam saya akan selesaikan status perhubungan kami pula. Tunggu sahaja nanti," ujarnya.
Aidil pada Rabu tidak hadir ke mahkamah walaupun telah diberi peringatan semasa sebutan kes pada 3 Oktober lepas.
Aidil telah meninggalkan rumah kelaminnya di Sunway Damansara di sini kira-kira lima bulan lalu untuk tinggal berasingan di kediaman yang disediakan oleh pihak ATM di USJ Subang Jaya, di sini.
Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.
Pada Januari lalu Aidil bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara dekat sini ketika Rita bersama anak-anak pulang ke kampung halamannya di Perlis.

Kecundang lagi!

08 November 2012

Skuad Rajagobal turut merundum dalam senarai ranking terbaru FIFA

Misi mempertahankan kejuaraan Piala AFF Suzuki tampak semakin sukar sekiranya prestasi pasukan kebangsaan pada dua perlawanan persahabatan terakhir diambil kira.

Dua kekalahan berturut-turut kepada Vietnam dan Thailand - dua pasukan berpotensi menanti skuad negara di separuh akhir sekiranya anak buah Datuk K Rajagobal berjaya melepasi cabaran Singapura, Indonesia dan Laos dalam Kumpulan B - memberi gambaran sebenar jurang antara juara bertahan dan dua gergasi Asia Tenggara itu. 

Selepas tumpas 1-0 di tangan Vietnam Sabtu lalu, Malaysia sekali lagi gagal mempamerkan prestasi meyakinkan untuk menyaingi permainan pantas dan sistematik Thailand yang kelihatan seperti langsung tidak gentar dengan penyandang juara itu ketika merakam kemenangan 2-0 di Stadium Muangthong, Bangkok semalam. 


Tiada sebarang percubaan


Sebaik permainan bermula, Thailand tidak menunggu lama untuk menguji gawang negara yang dijaga Farizal Marlias, apabila gol pembukaan tuan rumah hadir pada minit ke-26 selepas penjaga gol negara tersilap membaca hantaran tinggi yang mudah ditanduk Prayat Bunya.

Pada babak kedua, skuad kebangsaan yang langsung tidak mempunyai sebaran percubaan tepat sepanjang 45 minit pertama, bangkit mencipta beberapa peluang untuk menyamakan kedudukan namun tidak berhasil.

Malah tempoh 20 minit terakhir, Malaysia mempunyai kelebihan apabila pemain tuan rumah, Adul Lahso dibuang padang selepas mengutip kad kuning kedua, tetapi beberapa percubaan tepat terutama menerusi pemain gantian, Ahmad Fakri Saarani dan Baddrol Bakhtiar mudah dibaca penjaga gol Thailand.
Thailand terus melebarkan jurang menerusi serangan balas pantas minit ke-80, dan skuad negara semakin tertekan apabila tonggak pertahanan, Aidil Zafuan Abdul Radzak dibuang padang lima minit kemudian dan kedudukan 2-0 kekal hingga masa penamat.

Ranking jatuh lagi


Dengan ranking negara terus merudum (dari 162 kepada 163 semalam), hanya kejuaraan Piala AFF Suzuki mampu menebus maruah bola sepak negara di rantau ini.

Pada perlawanan persahabatan terakhir menentang Hong Kong di Kuala Lumpur Rabu depan, skuad kendalian Rajagobal berpeluang mengembalikan semula keyakinan peminat tempatan sekiranya merakam kemenangan menerusi corak permainan berkualiti seperti ketika menjuarai kejohanan ini dua tahun lalu.

Makin parah

08 November 2012


FARIZAL...lakukan kesilapan mudah.
FARIZAL...lakukan kesilapan mudah.
KEBIMBANGAN semakin memuncak buat peminat bola sepak tempatan selepas dihidang aksi longlai skuad negara yang kecundang 0-2 kepada Thailand dalam aksi persahabatan di Bangkok, malam tadi.
Kekalahan di Stadium Muang Thong itu hadir selepas kecundang 0-1 kepada Vietnam dalam satu lagi aksi persahabatan, Sabtu lalu ketika saingan sebenar mempertahankan Piala AFF hanya berbaki kurang tiga minggu lagi. Lebih membimbangkan, ketumpulan jentera serangan terus menghantui skuad kendalian Datuk K Rajagobal apabila gagal mengancam kubu lawan dengan gerakan berbahaya secara konsisten hingga penjaga gol lawan lebih banyak berehat dengan ujian sebenar baginya hadir menerusi percubaan dua pemain gantian, Baddrol Bakhtiar dan Ahmad Fakri Saarani pada separuh masa kedua.

Pada perlawanan malam tadi, Rajagobal melakukan empat pertukaran dalam kesebelasan utama berbanding senarai pemain yang tewas 0-1 kepada Vietnam, termasuk merehatkan kapten skuad negara, Mohd Safiq Rahim dan Khairul Fahmi Che Mat yang berada di bangku simpanan dengan Mohd Safee Sali diberi kepercayaan menjadi kapten.
Ketiadaan Safiq yang juga perancang utama skuad negara menyebabkan barisan tengah skuad negara yang dikemudi Gary Steven Robbat seolah-olah hilang punca dan gagal mengatur sebarang gerakan menarik untuk mengancam kubu lawan ketika Norshahrul Idlan Talaha dan Safee amat dahagakan jaringan selepas gagal meledak ketika berdepan Vietnam. Kesilapan penjaga gol negara, Mohd Farizal Marlias membawa padah apabila membuka peluang kepada pemain pertahanan Thailand, Prayat Bunya meledak jaringan pada minit ke-26.

Pemain kelab Ratchanburi FC itu meluru pantas menyambut hantaran sepakan sudut rakan sepasukan ketika Farizal dilihat lambat menutup ruang yang dimiliki Prayat untuk meledak jaringan buat tuan rumah yang turut berada dalam fasa akhir persiapan menghadapi Piala AFF.

Malah Thailand yang dikendalikan Winfried Schafer mendapat beberapa peluang keemasan melebarkan kedudukan menerusi beberapa serangan balas ketika barisan skuad negara masih tercari-cari rentak mengimbangi corak permainan lawan yang bertali arus mengancam benteng negara.
Barisan pemain negara turut gagal mengambil kesempatan apabila Thailand beraksi 10 pemain pada minit ke-72 selepas Adul Lahsoh dibuang padang apabila lawan sebaliknya menggandakan jaringan menerusi rembatan kencang Arthit Sunthornphit dari luar kotak penalti pada minit ke-80 bagi menewaskan Farizal buat kali kedua.

Kekecewaan bertambah memuncak buat pemain negara apabila Mohd Aidil Zafuan Adha Abd Radzak dilayangkan kad kuning kedua lima minit selepas lawan meledak jaringan itu.
Skuad negara dijangka kembali hari ini dengan Hong Kong menjadi lawan terakhir Rabu ini sebelum memulakan kempen Kumpulan B mempertahankan Piala AFF di Kuala Lumpur menentang Indonesia, Singapura dan Laos.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/08

Giliran Thailand jinakkan skuad Harimau Malaya

08 November 2012 (07 November 2012)

KUALA LUMPUR 7 Nov. - Setelah tewas kepada Vietnam 1-0 di Hanoi pada aksi persahabatan empat hari lalu, skuad Harimau Malaya yang sedang mempersiapkan diri untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF kecundang lagi.

Kali ini anak-anak buah Datuk K. Rajagobal tunduk pula di tangan Thailand 2-0 pada perlawanan persahabatan yang berlangsung di Stadium Muang Thong, Bangkok.

Gol-gol tuan rumah diperoleh hasil jaringan Prayat Bunya pada minit ke-26 dan Arthit Suthornphit, minit ke-81.
Kedua-dua pasukan turut terpaksa bermain dengan 10 orang apabila pemain tuan rumah, Adul Lahsoh dan bek tengah pelawat, Aidil Zafuan Radzak mendapat kad kuning kedua dan dibuang padang dalam babak kedua. - UTUSAN


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121107/su_15/Giliran-Thailand-jinakkan-skuad-Harimau-Malaya#ixzz2BbWunVgU
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Apa lagi alasan Rajagobal?

08 November 2012


K. Rajagobal

KUALA LUMPUR - Kemampuan skuad Harimau Malaya untuk mempertahankan Piala Suzuki AFF bulan ini kian diragui apabila ditundukkan Thailand 0-2 dalam perlawanan persahabatan di Bangkok, semalam iaitu kekalahan kedua dalam tempoh empat hari.

Sesudah tersungkur 0-1 kepada Vietnam di Hanoi, Sabtu lalu, apa lagi alasan Datuk K. Rajagobal kali ini selepas kecundang pula dengan jaringan tuan rumah menerusi Prayat Bunya dan Arthit Suthornphit pada minit ke-26 dan ke-81 di Stadium Muang Thong.

Prayat menanduk jaringan sulung Thailand ketika penjaga gol Malaysia, Farizal Marlias cuba meluru untuk menangkap umpanan bola sepakan sudut dari sebelah kanan manakala Arthit meledakkan gol dengan rembatan kaki kiri dari jarak lebih 30 meter.

Kedua-dua pasukan turut terpaksa bermain dengan 10 orang apabila pemain tuan rumah, Adul Lahsoh dan bek tengah pelawat, Aidil Zafuan Radzak mendapat kad kuning kedua dan dibuang padang dalam babak kedua.

Malaysia menurunkan kesebelasan utama yang terdiri daripada Farizal, Bunyamin Umar, Aidil Zafuan, Fadhli Shas, Zubir Azmi, Shakir Shaari, Gary Steven Robbat, Azamuddin Akil, Norshahrul Idlan Talaha, S. Kunanlan dan Safee Sali selaku ketua pasukan.

Enam pertukaran pemain turut dilakukan Rajagobal dengan memasukkan Ahmad Fakri Saarani, Zaquan Adha Radzak, Khyril Muhymeen Zambri, R. Gopinathan, Baddrol Bakhtiar dan Mahalli Jasuli tetapi masih gagal mengubah nasib pasukannya.

Tiga percubaan terbaik Malaysia menerusi rembatan jauh Shakir dan Baddrol serta tandukan jarak dekat Ahmad Fakri yang mendapat umpanan lintang Gopinathan pada minit ke-70, 74 dan 90 pula sempat dinafikan oleh penjaga gol Thailand.

Sementara itu, kekalahan 0-1 kepada Vietnam pada perlawanan Sabtu lepas, menyebabkan kedudukan skuad bola sepak negara dalam ranking FIFA jatuh satu anak tangga pada kedudukan ke-163 dalam senarai terbaru yang dikeluarkan semalam.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121108/su_01/Apa-lagi-alasan-Rajagobal#ixzz2BbVkSbI0
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rita Rudaini Menang - Aidil Tanggung Kos

08 November 2012

Rita Rudaini Menang - Aidil Tanggung Kos

PETALING JAYA, 8 NOV 2012: Hasrat pemain pertahanan ATM, Aidil Zafuan Abd Radzak yang mahu menuntut isterinya pelakon, Rita Rudaini Mokhtar agar kembali taat (nusyuz) tidak kesampaian selepas mahkamah rendah syariah di sini semalam telah menerima permohonan Rita bagi membatalkan permohonan tersebut.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro, pemain yang bakal berhijrah ke Johor itu juga selaku plaintif telah diperintahkan untuk membayar segala kos mahkamah.

Ini berikutan kesilapan pada isu alamat pemastautin Aidil, 25, yang dikemukakan dalam permohonan tersebut yang difailkan pada 15 Mei lalu.

Berikutan itu, pihak mahkamah memutuskan bantahan awal yang difailkan defendan iaitu Rita, 35, pada 3 Julai lalu diluluskan.

Sementara itu, Rita yang ditemui di luar mahkamah bersyukur apabila bantahan awal yang difailkannya diluluskan mahkamah dan akan meneruskan kes cerai yang masih lagi belum selesai.

"Alhamdulillah, saya bersyukur apabila mahkamah tidak menangguhkan keputusan kes bantahan awal ini meskipun tanpa kehadiran Aidil.

"Saya hanya ingin mempertahankan diri dan hak saya bersama anak-anak. Apabila sudah sampai ke tahap kes mahkamah, maksudnya saya sudah mula berjuang dan tidak akan menoleh ke belakang.

"Selepas ini, peguam saya akan selesaikan status perhubungan kami pula. Tunggu sahaja nanti," ujarnya.

Aidil pada Rabu tidak hadir ke mahkamah walaupun telah diberi peringatan semasa sebutan kes pada 3 Oktober lepas kerana menyertai skuad negara dalam perlawanan persahabatan dengan Thailand di Bangkok, semalam.

Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Pada Januari lalu Aidil bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara dekat sini ketika Rita bersama anak-anak pulang ke kampung halamannya di Perlis.




Hilang tiga tonggak tidak rencat momentum ATM

07 November 2012


KEHILANGAN tiga tonggak tidak akan merencatkan cabaran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bakal bersaing dalam Liga Super buat kali pertama musim depan.
Malah kapten ATM, Hairuddin Omar melaungkan amaran, mereka akan menjadi salah sebuah pasukan yang mencabar dengan meletakkan sasaran peribadi untuk meraih sekurang-kurangnya satu piala dipertandingkan.

“Tiada masalah bagi kami sekiranya tiga pemain terbabit berhijrah. ATM sudah berjaya mendapat pemain berpengalaman, Mohd Shukor Adan selain Marlon Alex James dan Bruno Sebastian Martelotto yang masih kekal menabur khidmat untuk musim depan,” kata pemain berusia 33 tahun itu.
Kehadiran barisan pemain berpengalaman terbabit antara sebab yang mendorong dirinya kekal bersama ATM selepas pasangan kembar, Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Adha Abd Radzak serta Mohd Azmi Muslim membuat keputusan berhijrah selepas bersama-sama menjulang pasukan itu menjuarai Liga Perdana dan naib juara Piala Malaysia musim lalu.

“Kontrak saya tamat bulan ini dan sudah membuat keputusan menyambung kontrak setahun lagi bersama ATM beberapa hari lalu dan memberikan persetujuan lisan sebelum menandatangani kontrak baru dalam masa terdekat.

“Selain itu antara sebab saya kekal di ATM adalah untuk merasai aksi Liga Super bersama pasukan ini selepas bekerja keras menjadikannya antara pasukan disegani musim lalu.” Keputusan pemain yang mempunyai pencapaian unik Piala Malaysia itu menutup peluang Terengganu mendapat khidmatnya selepas gergasi Pantai Timur itu gagal mendapatkan beberapa pemain bintang lain seperti Norfarhan Muhammad dan Norshahrul Idlan Talaha.
Sebelum ini pengendali ATM, B Sathianathan berkata, beliau masih memburu sekurang-kurangnya dua pemain berstatus bintang bagi menguatkan cabaran pasukan itu selepas berjaya mendapatkan kapten Negeri Sembilan, Shukor bagi menggantikan posisi pertahanan tengah yang ditinggalkan Aidil Zafuan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07

'Atasi ketumpulan’

07 November 2012


SEMANGAT...pemain negara menjalani latihan.
SEMANGAT...pemain negara menjalani latihan.
KETUMPULAN jentera serangan negara ketika menentang Vietnam perlu segera diperbaiki apabila menentang Thailand dalam aksi persahabatan malam ini.
Teguran pengendali negara, Datuk K Rajagobal wajar dipandang serius ketika saingan sebenar untuk mempertahankan kejuaraan Piala AFF berbaki kurang tiga minggu lagi.

“Saya melihatnya secara positif. Teguran itu mungkin cabaran untuk kami mencipta lebih banyak peluang dan memanfaatkannya, tidak seperti ketika menentang Vietnam,” kata pemain sayap negara, Azamuddin Md Akil yang kini bersama skuad negara di negara Gajah Putih itu.
Katanya, mereka kini berazam memburu kemenangan pada aksi malam ini selepas mengalami kekalahan kedua berturut-turut kepada Vietnam dalam aksi persahabatan.

“Bagi saya, kami perlu menang demi menjaga maruah negara. Ia juga bagi mengembalikan keyakinan menghadapi Piala AFF,” kata pemain yang turut mempunyai kebolehan beraksi di posisi penyerang itu.

Pada perlawanan bertemu Vietnam Sabtu lalu, jentera serangan skuad negara diketuai Norshahrul Idlan Talaha bersama Mohd Safee Sali dengan Azamuddin bertindak sebagai pemain sayap.
“Saya tidak kisah bermain di mana-mana posisi dengan fokus memberikan yang terbaik kerana tidak mahu menjadi penumpang dalam pasukan,” katanya yang beraksi di posisi penyerang apabila bersama Pahang dalam saingan liga domestik.

Perlawanan menentang Thailand turut dijangka membuka peluang kepada beberapa pemain membuktikan kemampuan dengan tiga tonggak utama iaitu dua pertahanan tengah, Mohd Aidil Zafuan Abd Radzak dan Mohd Fadhli Shas selain pemain tengah, Amar Rohidan mengalami kecederaan.
Antara yang berpotensi untuk diturunkan menentang skuad kendalian jurulatih berpengalaman dari Jerman, Winfried Schafer adalah Mohd Faizal Muhammad dan Amirizwan Taj Tajuddin di bahagian pertahanan tengah dan perancang Kelantan, Mohd Shakir Saari berganding bersama Mohd Safiq Rahim.

Rajagobal turut mengharapkan barisan pemain mempamerkan peningkatan berbanding aksi menentang Vietnam pada Sabtu lalu sekali gus mencerminkan pemain bersedia pada segenap aspek menghadapi Piala AFF nanti.

Pertemuan terakhir kedua-dua pasukan berakhir seri tanpa jaringan dalam saingan peringkat kumpulan Piala AFF 2010 yang menyaksikan Malaysia muncul juara kejohanan terbabit buat kali pertama.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07

Guiza ikat kontrak setahun

07 November 2012 (06 November 2012)


Daniel Gonzales Guiza sempat bertemu penyokong Johor ketika tiba di Johor Bahru kelmarin. Hadir sama pada sesi memperkenalkan pemain Sepanyol itu adalah Presiden PBNJ, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

JOHOR BAHRU - Pemain antarabangsa Sepanyol, Daniel Gonzales Guiza menandatangani kontrak selama setahun bersama pasukan Johor semalam.

Majlis menandatangani kontrak itu berlangsung secara tertutup di Hotel Thistle, di sini pukul 1 tengah hari dan disaksikan Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) Tunku Mahkota Johor (TMJ), Tunku Ismail Sultan Ibrahim serta pengurus pasukan, Fandi Ahmad.

Bagaimanapun, nilai sebenar kontrak dan gaji yang diterima Guiza dirahsiakan.

Setiausaha Kehormat PBNJ, Suhairi Hashim berkata, pemain yang dipinjamkan dari pasukan Getafe berusia 32 tahun itu dijangka menyertai sesi latihan bersama skuad Johor selepas sambutan Krismas.

"Berdasarkan syarat yang ada di dalam kontrak, Guiza sepatutnya memulakan latihan pada 1 Disember ini, tetapi Tunku Ismail memberikan pelepasan kepadanya untuk pulang ke Sepanyol bagi sambutan Krismas," katanya ketika dihubungi di sini.

Penjaring terbanyak La Liga musim 2007/2008 ketika mewakili Mallorca tiba di sini kelmarin dengan azam memberikan aksi terbaik, sekali gus mahu melihat pasukan Johor menjuarai Liga Super musim depan.

Guiza turut melaungkan amaran untuk muncul penjaring terbanyak bagi memburu Kasut Emas serta menjaga statusnya sebagai pemain import termahal dalam Liga Malaysia.

Selain Mallorca dan Getafe, pemain tinggi lampai itu juga pernah menyarung jersi kelab Turki, Fenerbahçe dan turut membuat penampilan dalam saingan Liga Juara-Juara Eropah bersama kelab tersebut.

Johor yang memasang impian tinggi bagi mengembalikan kegemilangan pasukan negeri seperti era tahun 90-an turut menandatangani beberapa pemain terkenal tempatan termasuk pasangan kembar, Aidil Zafuan dan Zaquan Adha Abdul Razak.

Turut disambar adalah kapten pasukan kebangsaan, Safiq Rahim, Azmi Muslim, Mohd. Muslim Ahmad dan Mohd. Nurul Azwan Roya bagi membentuk pasukan mantap musim depan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121106/su_02/Guiza-ikat-kontrak-setahun#ixzz2BXB9trpu
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Harimau Malaya perlu bangkit

07 November 2012 (06 November 2012)



K. Rajagobal

KUALA LUMPUR - Harimau Malaya perlu segera bangkit mempamerkan watak sebenar selaku juara bertahan Piala Suzuki AFF apabila bertemu Thailand di Chiangmai, esok.

Skuad Datuk K. Rajagobal tidak boleh berselindung di sebalik alasan untuk menguji pemain setelah dua kali kalah kepada Vietnam dalam aksi persahabatan.

Penganalisis bola sepak dan bekas pemain negara, Azlan Johar berkata, ketika ini adalah masa yang tepat buat Harimau Malaya meraih kembali keyakinan yang hilang, apatah lagi ketika saingan Piala Suzuki AFF 2012 akan bermula 19 hari lagi.

Beliau juga mengakui dua kekalahan kepada Vietnam, memberikan tamparan kepada persiapan skuad Rajagobal tetapi belum terlambat memperbaiki kelemahan.

"Sebagai juara bertahan, Malaysia sepatutnya menerbitkan rasa gerun kepada lawan, tetapi situasinya tidak sebegitu selepas kalah dua kali kepada Vietnam.

"Tambahan pada perlawanan kedua tempoh hari, buat pertama kali Rajagobal menggunakan semua pemain terbaik yang beliau ada.

"Namun masih belum terlambat skuad Rajagobal bangkit mencatat keputusan membanggakan semasa bertemu Thailand.

"Sudah tiba masanya untuk Harimau Malaya bangkit. Kemenangan ke atas Thailand esok penting untuk mengembalikan moral para pemain," katanya katanya ketika dihubungi, semalam.

Pada perlawanan dengan Vietnam Sabtu lalu, skuad negara kalah 1-0 hasil jaringan Nguyen Trong Hoang pada minit ke-74.

Selain itu, Azlan mencadangkan Rajagobal supaya memilih Mohd. Shakir Shaari pada bahagian tengah, berbanding Amar Rohidan untuk digandingkan dengan ketua pasukan Safiq Rahim.

Bukan mahu memperkecilkan kemampuan Amar tetapi Azlan berpandangan Shakir merupakan pemain yang serasi dengan gaya kemampuan Safiq.

"Dalam saingan Liga Malaysia, saya dapati Amar Rohidan tidak begitu memainkan peranan penting dalam pasukannya (Kedah) dan saya rasa Shakir lebih baik berbanding Amar.

"Shakir mempunyai kemampuan membaca perlawanan dengan baik dalam usaha mematikan gerakan lawan dan apabila dia mendapat bola, dia mampu membuka permainan.

"Jadi, Safiq yang cenderung kita lihat gemar turun ke bawah membantu pertahanan dalam kebanyakan perlawanan boleh membantu bahagian serangan, " katanya.

Selepas perlawanan dengan Thailand, skuad negara akan melengkapkan perlawanan persahabatan terakhir menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam, 14 November ini.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121106/su_01/Harimau-Malaya-perlu-bangkit#ixzz2BXAvVGmc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Selasa, 6 November 2012

Rajagobal tak peduli

07 November 2012


KUALA LUMPUR - Tanpa mempedulikan apa jua pandangan pemerhati atau peminat, Datuk K. Rajagobal tidak merasakan keputusan perlawanan persahabatan boleh menjejaskan moral skuad Harimau Malaya menjelang Piala Suzuki AFF 2012.

Menurut jurulatih kebangsaan itu, lebih mustahak dia mahu melihat sejauh mana pemain mampu menerapkan segala percaturan taktikal dalam perlawanan persahabatan, di samping memberikan peluang pemain beraksi.
"Kita kalah (perlawanan persahabatan berdepan Vietnam) tempoh hari, jadi kita kena terima secara profesional dan hati terbuka.

"Namun, saya tidak fikir keputusan yang kita peroleh dalam mana-mana perlawanan persahabatan ini boleh merencatkan moral pemain sebelum kita beraksi pada Piala Suzuki AFF.

"Saya tahu para pemain mampu memberikan persembahan pada masa sesuai iaitu pada kejohanan sebenar nanti.
"Apa yang mustahak ketika ini adalah melihat sejauh mana mereka mendapat keserasian, " katanya.

Harimau Malaya akan menentang Thailand pada aksi persahabatan di Stadium Rajamangala, Bangkok malam ini tanpa khidmat Amar Rohidan yang mengalami kecederaan lutut.

Mohd. Aidil Zafuan Zafuan dan Mohd. Fadhli Shas boleh diturunkan tetapi Rajagobal memilih pendekatan untuk merehatkan kedua-dua pemain.

Rajagobal dijangka menggandingkan Mohd. Faizal Muhammad dan Amirizdwan Taj pada bahagian tengah di samping memilih Shakir Shaari atau Gary Steven Robbat pada bahagian tengah menggantikan Amar.

Selain itu, Rajagobal akan memberi peluang kepada beberapa muka baru yang tidak diturunkan semasa kalah 1-0 kepada Vietnam pada 3 November lalu untuk beraksi menentang Thailand.

Kenyataan Rajagobal bercanggah dengan pendapat ketua pasukan, Safiq Rahim yang tetap mahu mencatat kemenangan ke atas Thailand.

"Saya tetap mahukan kejayaan dan bermain dengan baik pada perlawanan malam esok (hari ini).
"Jika menang secara tidak langsung moral kami sesama sendiri dapat dinaikkan kembali.

"Kemenangan ke atas Thailand juga boleh menarik penyokong tempatan untuk hadir ke stadium memberikan sokongan pada Piala AFF nanti, " katanya.

Thailand yang menggunakan tujuh pemain sama semasa Piala Suzuki AFF 2010 tidak pernah kalah kepada Malaysia semenjak tahun 2007 dalam perlawanan antarabangsa yang melibatkan pasukan senior.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121107/su_01/Rajagobal-tak-peduli#ixzz2BVhbWMy4
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Ahad, 4 November 2012

Fandi ada formula baru

05 November 2012


 Zaquan (dua dari kiri) akan  digandingkan dengan penyerang import termahal,  Gonzales  andai  Johor FC gagal dapatkan Mat Yo.Zaquan (dua dari kiri) akan digandingkan dengan penyerang import termahal, Gonzales andai Johor FC gagal dapatkan Mat Yo.
Zaquan rakan gandingan Guiza andai Mat Yo gagal diikat

Johor Bahru: Andai hasrat mendapatkan khidmat Norshahrul Idlan Talaha atau Mat Yo tidak kesampaian, ketua jurulatih Johor, Fandi Ahmad sudah memiliki formula baru bagi memantapkan jentera serangan skuad Harimau Selatan mengharungi kancah Liga Malaysia, musim depan. 

Formula Fandi merangkap pengurus pasukan ialah dengan menggandingkan Mohd Zaquan Adha Abd Radzak dengan penyerang import termahal, Daniel Gonzales Guiza walaupun mengakui dia memang menagih khidmat Pemain Paling Bernilai Liga-M tiga tahun berturut-turut itu. 
Persiapan awal 


“Saya tidak mahu campur tangan urusan perpindahan Mat Yo, biarlah pengurusan Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dan Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menyelesaikan perpindahan penyerang itu. 

“Buat masa ini saya hanya memantau perkembangan isu itu dan harap ia dapat diselesaikan segera. Namun, saya akui memang memerlukan penyerang tempatan berkualiti dan kreatif seperti Mat Yo untuk mempertajamkan jentera serangan pasukan,” katanya semalam. 

Fandi menambah persiapan Johor lebih tertumpu kepada kekuatan fizikal dan mental apabila memulakan latihan 12 November ini disusuli dengan latihan di Mersing selama empat hari termasuk mengadakan beberapa siri perlawanan persahabatan menentang kelab Singapura. 

“Semua sudah diatur termasuk perlawanan persahabatan di Singapura dan kita juga merancang perlawanan empat penjuru bulan depan bagi mendapat kombinasi terbaik sebelum saingan Liga M bermula,” kata Fandi.

Guiza janji tepati status termahal

05 November 2012


DANIEL Gonzales Guiza (dua dari kiri) bersama Tunku Ismail Sultan Ibrahim (kiri) dan jurulatih Johor, Fandi Ahmad selepas sidang akhbar di Johor, semalam. - UTUSAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU - Daniel Gonzales Guiza yang pernah dinobat sebagai penjaring terbanyak La Liga musim 2007/2008 ketika mewakili Mallorca berjanji memberikan aksi terbaik, sekali gus mahu melihat pasukan Johor menjuarai Liga Super tahun depan.

Pemain Getafe berusia 32 tahun itu yang dinanti-nantikan peminat bola sepak Johor tiba di sini semalam juga melahirkan keyakinan mampu menyesuaikan diri dalam saingan elit domestik, walaupun tidak tahu mengenai bola sepak Malaysia.

Guiza, yang kelihatan semangat turut melaungkan amaran awal untuk muncul penjaring terbanyak serta berusaha mencipta jaringan dalam setiap perlawanan yang diharungi bagi misi memburu Kasut Emas dan menjaga status sebagai pemain import termahal dalam Liga Malaysia.

"Saya akui tidak tahu langsung mengenai bola sepak Malaysia dan sebaik mendapat tawaran daripada Johor barulah saya mengikuti perkembangan Liga Malaysia menerusi internet.

"Misi utama apabila bersama Johor musim depan sudah pastinya untuk membantu pasukan meraih kejuaraan dan saya kini sudah cukup bersiap sedia termasuk dari soal kecergasan,'' katanya pada sidang akhbar di Hotel Thistle di sini semalam.

Hadir sama Presiden Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ), Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim.

Guiza memberitahu, dia mengambil keputusan meninggalkan Getafe secara pinjaman untuk beraksi bersama Johor kerana mendakwa kurang persefahaman dengan pengurus kelab, selain mahu merasai pengalaman di tempat baru.
Dalam pada itu, pemain yang turut mendapat tawaran dari dua pasukan La Liga, Malaga dan Real Zaragoza tidak sabar untuk beraksi dengan beberapa pemain Johor seperti Mohd. Aidil Zafuan, Zaquan Adha Abd. Radzak, Safiq Rahim dan Azmi Muslim.

Sementara itu, Tunku Ismail turut berbangga kerana mendapatkan khidmat Guiza meskipun sudah ada tawaran dari kelab La Liga namun sebaliknya memilih Johor sebagai pasukan barunya secara pinjaman dari Getafe.
"Johor tidak mahu mengambil pemain berkualiti untuk jangka masa pendek sebaliknya sudah ada perancangan untuk memastikan pasukan ini dibarisi para pemain yang mantap dan mampu membantu pasukan meraih kejayaan kelak,'' katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121105/su_01/Guiza-janji-tepati-status-termahal#ixzz2BKaBbv1L
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Sandiwara atau waspada?

05 November 2012

RAJAGOBAL (kiri, depan) mengakui belum mahu menonjolkan kekuatan sebenar skuad Harimau Malaya.


SEKADAR sandiwara atau sudah tiba masanya berwaspada? Mungkin persoalan itu hanya boleh dijawab pengendali skuad kebangsaan, Datuk K. Rajagobal sebaik mereka dijinakkan Vietnam 0-1 dalam aksi persahabatan antarabangsa di Stadium MyDinh, Hanoi malam kelmarin.
Jaringan tunggal Nguyen Trong Hoang pada perlawanan itu jelas menjadi pemisah kedua-dua pasukan sekali gus menyaksikan misi Harimau Malaya menebus ‘aib’ terhadap lawan sama sebaik tewas 0-2 di Stadium Shah Alam, 11 September lalu lebur sama sekali.
Sudah tentu permulaan ‘langkah kiri’ skuad negara dalam siri persahabatan menjelang sepak mula Piala AFF Suzuki hujung bulan ini menerbitkan resah peminat fanatik tempatan lantaran status Malaysia selaku juara bertahan dilihat tidak lagi mengundang gerun mana-mana lawan.
Jika tiada sebarang post mortem segera diterjemahkan Rajagobal, tidak mustahil skrip yang sama juga bakal menimpa Harimau Malaya ketika berdepan Thailand di Chiang Mai, Rabu ini sebelum melayan kunjungan Hong Kong di Stadium Shah Alam, 14 November depan.
Sebelum ini, Rajagobal tanpa berselindung enggan membiarkan aksi mereka dalam ketiga-tiga perlawanan itu ‘diintip’ Indonesia, Laos dan Singapura - tiga lawan yang bakal ditentang Malaysia dalam aksi Kumpulan B kempen Piala AFF Suzuki nanti.
“Saya percaya Laos, Singapura dan Indonesia akan menghantar ‘pengintip’ untuk memantau keupayaan skuad negara tetapi jangan risau, kita masih belum menunjukkan ‘kekuatan’ sebenar kepada pihak lawan,” katanya sebelum berlepas ke Vietnam sebelum ini.
Itu kata Rajagobal. Tidak mustahil daripada kaca mata pengkritik, ia tidak lebih daripada ‘ayat penyedap hati’ semata-mata.
Bukan apa, ‘atas kertas’ beliau dilihat sudahpun menurunkan barisan terbaik seperti Khairul Fahmi Che Mat, Safiq Rahim, Norshahrul Idlan Talaha dan juga Safee Sali ketika berdepan Vietnam kelmarin.
Jadi, bimbang juga sekiranya ‘helah’ yang cuba diterjemahkan Rajagobal akhirnya memakan diri sendiri selepas ini.
Namun pada masa sama, mempertahankan kejuaraan pastinya lebih sukar berbanding muncul juara buat kali pertama.
Jadi, ada baiknya saksikan dahulu wira-wira bola sepak negara berjuang di padang sebelum berfikir yang bukan-bukan.
Meminjam kata Safiq sebelum ini: “Menang ketiga-tiga perlawanan persahabatan ini jika gagal mempertahankan trofi Piala AFF Suzuki pun tiada gunanya.
“Yang paling penting keserasian dan persefahaman kami sebagai satu pasukan sekali gus mempertahankan Piala AFF Suzuki.”
Masa kian suntuk buat skuad negara. Soal mampu atau tidak pasukan negara mempertahankan Piala AFF Suzuki, sama-samalah nantikan kesudahannya.

Facebook

05 November 2012

Zaquan Adha akan digandingkan dengan penyerang import termahal, Güiza andai Johor FC gagal dapatkan Mat Yo.

Saya tidak mahu campur tangan urusan perpindahan Mat Yo, biarlah pengurusan (PBNJ) dan (KAFA) menyelesaikan perpindahan penyerang itu.

Buat masa ini saya hanya memantau perkembangan isu itu dan harap ia dapat diselesaikan segera.

Namun, saya akui memang memerlukan penyerang tempatan berku
aliti dan kreatif seperti Mat Yo untuk mempertajamkan jentera serangan pasukan.

Semua sudah diatur termasuk perlawanan persahabatan di Singapura dan kita juga merancang perlawanan empat penjuru bulan depan bagi mendapat kombinasi terbaik sebelum saingan Liga M bermula. -Pengurus, Jurulatih Johor (FC) Fandi Ahmad ..

Barisan Berkemungkinan Pemain JOHOR 2013 (JOHOR FC)

04 November 2012

Malaysia GK Mohd Zamir Selamat
Malaysia DF Shafizan Hashim
Malaysia DF Muhamad Kaironnisam Sahabudin Hussain
Malaysia DF Mohd Muslim Ahmad
Malaysia DF Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak
Malaysia DF Mohd Azmi Muslim
Malaysia MF Ahmad Fauzi Shaari
Malaysia MF Mohd Safiq Rahim
Malaysia MF Mohd Nurul Azwan Roya
Malaysia MF Azi Shahril Azmi
Malaysia FW Mohd Zaquan Adha
Spain FW Daniel Güiza (on loan from Getafe CF)
Malaysia DF Muzakir Amar
Malaysia FW Muhamad Zamri Chin
Malaysia GK Zulfadhli Mohamed
Malaysia DF K. Shathiya
Malaysia DF Ahmad Tharmini Saiban
Malaysia MF Muhamad Tuah Iskandar
Brazil MF Andrezinho (on loan from Johor FA)





info :: 
Info Sukan Malaysia.

Sabtu, 3 November 2012

Malaysia Kalah 0-1 Kepada Vietnam Dalam Perlawanan Persahabatan

04 November 2012


KUALA LUMPUR: Skuad bola sepak kebangsaan kalah 0-1 kepada Vietnam pada perlawanan persahabatan antarabangsa 'A' di Stadium My Dinh, Hanoi, Sabtu.
Pada perlawanan itu, pasukan tuan rumah melancarkan serangan bertali arus kekubu skuad kebangsaan sebaik sahaja permainan bermula namun trio pertahanannegara iaitu Mahalli Jasuli, Mohamad Aidil Zafuan Abdul Radzak dan Mohd FadhliMohd Shas berjaya mematahkan setiap percubaan mereka.
Bersambung separuh masa kedua, ketua jurulatih kebangsaan Datuk K. Rajagobalmembuat beberapa pertukaran termasuk mengeluarkan dua pemain penyerang iaituNorshahrul Idlan Talaha dan Mohd Safee Sali dan memasukkan Baddrol Bakhtiar danMohd Zaquan Adha Abdul Radzak bagi mempertajamkan bahagian serangan namun masihgagal menembusi pertahanan Vietnam.
Pasukan tuan rumah akhirnya membuka tirai jaringan pada minit ke-73 menerusipenyerang mereka, Nguyen Trong Hoang yang memanfaatkan hantaran sebelah kanan daripada rakan sepasukan untuk menewaskan penjaga gol skuad kebangsaan, KhairulFahmi Che Mat.
Kedua-dua pasukan kemudian berusaha untuk mencari gol namun ketumpulan di barisan hadapan menyaksikan keputusan itu kekal sehingga tamat permainan.
Perlawanan itu merupakan kekalahan kedua dicatat skuad kebangsaan selepastewas 0-2 kepada pasukan sama pada aksi persahabatan di Stadium Shah Alam, 11Sept lepas.
Skuad Harimau Malaya bakal berdepan dengan Thailand pada aksi persahabatankedua di Stadium 700th Anniversary, Chiang Mai, Rabu ini sebelum berlepas pulangke tanah air untuk aksi persahabatan terakhir menentang Hong Kong di StadiumShah Alam pada 14 Nov.
Pada Kejohanan Piala AFF Suzuki yang bermula 23 Nov ini, skuad kebangsaanyang diundi dalam kumpulan B bakal berdepan Singapura pada 25 Nov, bertemu Laospada 28 Nov sebelum melengkapkan aksi kumpulan menentang Indonesia pada 1 Dis.
Kesemua perlawanan itu akan berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil. BERNAMA

Lebih RM1 juta untuk tebus kontrak Mat Yo ke Johor?

04 November 2012 (02 November 2012)


Harga tebus kontrak Norshahrul Idlan dikatakan melebihi RM1 juta.

KOTA BHARU - Persatuan Bola Sepak Negeri Johor (PBNJ) dikhabarkan perlu membayar lebih RM1 juta sekiranya masih berminat mendapatkan khidmat penyerang sensasi Kelantan, Norshahrul Idlan Tahala atau Mat Yo.
Menurut sumber, Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) dikatakan bersedia 'melepaskan' Norshahrul Idlan sekiranya PBNJ sanggup menebus kontrak pemain berkenaan.

Menurut sumber itu lagi, nilai tersebut disifatkan amat berpatutan selepas KAFA membuat pelaburan yang besar untuk mengilap bakat pemain tersebut sehingga dinobatkan sebagai Pemain Paling Bernilai pada Anugerah Bola Sepak Kebangsaan 2012 100 Plus-Arena-FAM, sekali gus mencipta hatrik bagi kategori tersebut sejak 2010.

"Sekiranya perpindahan ini berlaku, saya difahamkan ia akan menjadi sejarah baharu bola sepak negara di mana yuran perpindahan pemain yang tertinggi setakat ini," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, semalam.
Aksi memukau yang dipamerkan oleh Norshahrul Idlan, anak jati kelahiran Besut, Terengganu, ketika membantu Kelantan menjulang kejuaraan treble musim ini telah memikat pihak pengurusan PBNJ untuk memperkuatkan cabaran Johor.

Kelmarin sebuah akhbar tempatan melaporkan PBNJ bersedia membayar baki kontrak pemain tersebut yang khabarkan bernilai hampir RM1 juta dan tidak akan berputus asa bagi mendapatkan tonggak kebangsaan ini.
Utusan Malaysia 28 Oktober lalu melaporkan, KAFA tidak membenarkan hasrat penyerang sensasi negara itu berhijrah ke pasukan lain pada musim depan.

Johor sebelum itu berjaya mendapatkan tiga tonggak kebangsaan iaitu Aidil Zafuan Abdul Razak, Zaquan Adha Abdul Razak dan Azmi Muslim dari Angkatan Tentera Malaysia (ATM) serta mengikat penjaring terbanyak La Liga musim 2007/2008, Daniel Gonzales Guiza.

Sementara itu, Naib Presiden KAFA, Rosmadi Ismail ketika diminta mengulas mengenai isu ini berkata, pihak persatuan sedang mengkaji terma-terma kontrak dengan pemain Norshahrul Idlan yang akan tamat pada penghujung musim depan.

Menurutnya, keputusan sama ada untuk melepaskan pemain tersebut akan dibuat oleh pihaknya selepas membuat penelitian secara mendalam berhubung perkara berkenaan.

"Setakat ini Muhammad Ramzul Zahini Adenan akan dilepaskan ke Selangor, manakala Nurul Azuan Roya masih dalam perbincangan kerana kontraknya akan tamat pada penghujung November ini.

"Begitu juga dengan S. Chanturu dia masih belum membalas surat KAFA, berdasarkan terma kontrak jika dia tidak membalasnya kami beranggapan dia bersetuju untuk bersama dengan Kelantan," katanya.

Dalam pada itu, Rosmadi memberitahu, pihaknya tetap membuat persiapan bagi mengharungi saingan musim hadapan termasuk kemungkinan memancing dua pemain Kedah, Baddrol Bakhtiar dan Khyrill Muhaymeen Zambri.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121102/su_04/Lebih-RM1-juta-untuk-tebus-kontrak-Mat-Yo-ke-Johor#ixzz2BELDSbcX
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Rajagobal pilih simpan rahsia

04 November 2012 (02 November 2012)


KUALA LUMPUR - Misi membalas dendam bukan menjadi agenda utama pengendali Harimau Malaya, Datuk K. Rajagobal menjelang perlawanan persahabatan dengan Vietnam di Stadium My Dinh, Hanoi pada hari esok.
Walaupun mempunyai keinginan mahu menang, Rajagobal menegaskan, dia sama sekali tidak akan menurunkan kesebelasan terbaik atas faktor mahu menyimpan rahsia kekuatan sebenar pasukan menjelang pentas Piala Suzuki AFF pada 25 November ini.

Sedar aksi Harimau Malaya pasti akan diintai lawan-lawan dari Kumpulan B terutama dua seteru utama, Singapura dan Indonesia, beliau akan cuba bermain psikologi dengan menurunkan beberapa pemain yang berbeza.

''Saya belum bersedia menurunkan skuad terbaik kerana kita perlu sedar semasa perlawanan dengan Vietnam nanti, lawan-lawan kita seperti Laos, Indonesia dan Singapura akan menghantar pengintip mengkaji permainan Malaysia.
''Jadi, kita tidak boleh menunjukkan kekuatan sebenar semasa perlawanan itu tetapi dalam masa sama saya tetap mahukan anak-anak buah meraih keputusan terbaik tambahan kita sudah kalah 2-0 di tempat sendiri kepada Vietnam," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurut Rajagobal, dia mahu melihat sejauh mana keserasian antara pemain ketika berdepan Vietnam esok selepas sekian lama mengadakan latihan bersama.

''Saya mahu tengok bagaimana pemain-pemain menerapkan taktikal yang diarahkan dan mahu tengok apa hasilnya nanti (keputusan perlawanan dengan Vietnam).

''Kalau boleh kita tidak mahu hanya gagah di tempat sendiri, di gelanggang lawan pun kita hendak kuat dan saya harap rekod kemenangan di tempat lawan tempoh hari (berdepan Hong Kong) dapat diteruskan," katanya.

Selepas bertemu Vietnam di Hanoi, skuad negara akan meneruskan perjalanan ke Chiangmai, Thailand pada 7 November ini sebelum menutup tirai aksi persahabatan menentang Hong Kong di Stadium Shah Alam, 14 November.
Empat pemain, Norazlan Razali, Yong Kuong Yong, Mohd. Rizal Fahmi Rosid dan Nik Mohd. Shahrul Azim tidak dibawa ke Hanoi dan Chiangmai dengan 24 pemain sahaja menjadi pilihan Rajagobal.

Menggunakan sekurang-kurangnya 10 pemain yang pernah beraksi di Piala Suzuki AFF 2010, Rajagobal dijangka berteka-teki untuk menurunkan gandingan emas, Safee Sali- Norshahrul Idlan Talaha dengan Zaquan Adha Abdul Razak serta Ahmad Fakri Saarani boleh menjadi pilihan alternatif bagi mengaburi pemerhatian pihak lawan.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121102/su_03/Rajagobal-pilih-simpan-rahsia#ixzz2BEKf6WTc
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Safiq sah sarung jersi Johor

04 November 2012 (02 November 2012)


Safiq Rahim

KUALA LUMPUR - Selepas sekian lama berteka-teki, ketua pasukan Harimau Malaya dan Selangor, Safiq Rahim memberi pengesahan dia bakal menyarung jersi gergasi baru Liga Malaysia, Johor, dalam saingan musim depan.
Tanpa berselindung, Safiq mengakui itu keputusan terbaik setelah mendapat lampu hijau daripada Persatuan Bola Sepak Selangor (FAS) dan mendapat restu keluarga yang membenarkan dia berhijrah ke pasukan selatan tanah air itu yang akan dikenali sebagai Harimau Selatan pada musim depan.

"Terima kasih kepada FAS yang sudi melepaskan saya dan kini sudah pasti saya akan berbakti bersama pasukan Johor pada musim depan.

"Saya akan menunggu kontrak saya habis dengan Selangor pada 30 November ini sebelum menandatangani kontrak dengan Johor.

"Beraksi bersama Johor adalah kerana saya ingin pengalaman baru macam pemain lain dan ini adalah masa sesuai berbuat demikian bagi meluaskan bakat saya," katanya ketika ditemui baru-baru ini sebelum berlepas ke Hanoi, Vietnam bagi membantu pasukan negara dalam siri perlawanan persahabatan dengan Vietnam dan Thailand.
Jelas Safiq, dia akan mengikat kontrak 1+1 iaitu selama setahun dengan diberi pilihan lanjutan kontrak selama setahun pada musim seterusnya namun diberi kebebasan untuk dilepaskan jika mendapat tawaran dari luar negara.
"Saya ada letak syarat kepada Johor kalau saya dapat tawaran dari mana-mana kelab seperti sekitar ASEAN, mereka perlu lepaskan saya pergi dan mereka bersetuju dengan syarat itu," katanya.

Selain Safiq, beberapa pemain kebangsaan seperti Aidil Zafuan Abdul Razak, Zaquan Adha Abdul Razak dan Azmi Muslim telah menyatakan persetujuan ke Johor selain Mohd. Muslim Ahmad serta Nurul Azwan Roya turut dikaitkan setelah pemain antarabangsa Sepanyol, Daniel Guiza mengesahkan bakal beraksi bersama pasukan Harimau Selatan itu.

Dalam masa sama, Safiq berjanji kepada penyokong Johor yang dia akan berikan terbaik sambil mensasarkan Piala Malaysia sebagai sasaran utama.

''Tidak boleh saya berjanji sesuatu yang luar biasa kepada para penyokong Johor tetapi memandangkan Piala Malaysia satu-satunya piala yang saya masih belum kecapi sepanjang bergelar pemain profesional, itu akan menjadi sasaran utama saya ketika bermain dengan Johor.

Pemain berusia 25 tahun itu juga berkata dia terpaksa menolak tawaran percubaan dengan kelab dari Croatia kerana mahu mengutamakan pasukan kebangsaan menjelang Piala Suzuki AFF.

"Tarikh ujian yang mereka berikan itu bertembung dengan jadual pasukan negara bagi menghadapi Piala Suzuki AFF, jadi saya terpaksa menolaknya," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121102/su_02/Safiq-sah-sarung-jersi-Johor#ixzz2BEKFWTMp
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...