Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 6 November 2012

Rajagobal tak peduli

07 November 2012


KUALA LUMPUR - Tanpa mempedulikan apa jua pandangan pemerhati atau peminat, Datuk K. Rajagobal tidak merasakan keputusan perlawanan persahabatan boleh menjejaskan moral skuad Harimau Malaya menjelang Piala Suzuki AFF 2012.

Menurut jurulatih kebangsaan itu, lebih mustahak dia mahu melihat sejauh mana pemain mampu menerapkan segala percaturan taktikal dalam perlawanan persahabatan, di samping memberikan peluang pemain beraksi.
"Kita kalah (perlawanan persahabatan berdepan Vietnam) tempoh hari, jadi kita kena terima secara profesional dan hati terbuka.

"Namun, saya tidak fikir keputusan yang kita peroleh dalam mana-mana perlawanan persahabatan ini boleh merencatkan moral pemain sebelum kita beraksi pada Piala Suzuki AFF.

"Saya tahu para pemain mampu memberikan persembahan pada masa sesuai iaitu pada kejohanan sebenar nanti.
"Apa yang mustahak ketika ini adalah melihat sejauh mana mereka mendapat keserasian, " katanya.

Harimau Malaya akan menentang Thailand pada aksi persahabatan di Stadium Rajamangala, Bangkok malam ini tanpa khidmat Amar Rohidan yang mengalami kecederaan lutut.

Mohd. Aidil Zafuan Zafuan dan Mohd. Fadhli Shas boleh diturunkan tetapi Rajagobal memilih pendekatan untuk merehatkan kedua-dua pemain.

Rajagobal dijangka menggandingkan Mohd. Faizal Muhammad dan Amirizdwan Taj pada bahagian tengah di samping memilih Shakir Shaari atau Gary Steven Robbat pada bahagian tengah menggantikan Amar.

Selain itu, Rajagobal akan memberi peluang kepada beberapa muka baru yang tidak diturunkan semasa kalah 1-0 kepada Vietnam pada 3 November lalu untuk beraksi menentang Thailand.

Kenyataan Rajagobal bercanggah dengan pendapat ketua pasukan, Safiq Rahim yang tetap mahu mencatat kemenangan ke atas Thailand.

"Saya tetap mahukan kejayaan dan bermain dengan baik pada perlawanan malam esok (hari ini).
"Jika menang secara tidak langsung moral kami sesama sendiri dapat dinaikkan kembali.

"Kemenangan ke atas Thailand juga boleh menarik penyokong tempatan untuk hadir ke stadium memberikan sokongan pada Piala AFF nanti, " katanya.

Thailand yang menggunakan tujuh pemain sama semasa Piala Suzuki AFF 2010 tidak pernah kalah kepada Malaysia semenjak tahun 2007 dalam perlawanan antarabangsa yang melibatkan pasukan senior.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20121107/su_01/Rajagobal-tak-peduli#ixzz2BVhbWMy4
© Utusan Melayu (M) Bhd 



Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...