Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 7 November 2012

Rita Rudaini Menang - Aidil Tanggung Kos

08 November 2012

Rita Rudaini Menang - Aidil Tanggung Kos

PETALING JAYA, 8 NOV 2012: Hasrat pemain pertahanan ATM, Aidil Zafuan Abd Radzak yang mahu menuntut isterinya pelakon, Rita Rudaini Mokhtar agar kembali taat (nusyuz) tidak kesampaian selepas mahkamah rendah syariah di sini semalam telah menerima permohonan Rita bagi membatalkan permohonan tersebut.

Menerusi laporan akhbar Harian Metro, pemain yang bakal berhijrah ke Johor itu juga selaku plaintif telah diperintahkan untuk membayar segala kos mahkamah.

Ini berikutan kesilapan pada isu alamat pemastautin Aidil, 25, yang dikemukakan dalam permohonan tersebut yang difailkan pada 15 Mei lalu.

Berikutan itu, pihak mahkamah memutuskan bantahan awal yang difailkan defendan iaitu Rita, 35, pada 3 Julai lalu diluluskan.

Sementara itu, Rita yang ditemui di luar mahkamah bersyukur apabila bantahan awal yang difailkannya diluluskan mahkamah dan akan meneruskan kes cerai yang masih lagi belum selesai.

"Alhamdulillah, saya bersyukur apabila mahkamah tidak menangguhkan keputusan kes bantahan awal ini meskipun tanpa kehadiran Aidil.

"Saya hanya ingin mempertahankan diri dan hak saya bersama anak-anak. Apabila sudah sampai ke tahap kes mahkamah, maksudnya saya sudah mula berjuang dan tidak akan menoleh ke belakang.

"Selepas ini, peguam saya akan selesaikan status perhubungan kami pula. Tunggu sahaja nanti," ujarnya.

Aidil pada Rabu tidak hadir ke mahkamah walaupun telah diberi peringatan semasa sebutan kes pada 3 Oktober lepas kerana menyertai skuad negara dalam perlawanan persahabatan dengan Thailand di Bangkok, semalam.

Rita dan Aidil bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.

Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun.

Pada Januari lalu Aidil bertindak keluar dari rumah mereka di Damansara dekat sini ketika Rita bersama anak-anak pulang ke kampung halamannya di Perlis.




Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...