Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 7 November 2012

Hilang tiga tonggak tidak rencat momentum ATM

07 November 2012


KEHILANGAN tiga tonggak tidak akan merencatkan cabaran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) yang bakal bersaing dalam Liga Super buat kali pertama musim depan.
Malah kapten ATM, Hairuddin Omar melaungkan amaran, mereka akan menjadi salah sebuah pasukan yang mencabar dengan meletakkan sasaran peribadi untuk meraih sekurang-kurangnya satu piala dipertandingkan.

“Tiada masalah bagi kami sekiranya tiga pemain terbabit berhijrah. ATM sudah berjaya mendapat pemain berpengalaman, Mohd Shukor Adan selain Marlon Alex James dan Bruno Sebastian Martelotto yang masih kekal menabur khidmat untuk musim depan,” kata pemain berusia 33 tahun itu.
Kehadiran barisan pemain berpengalaman terbabit antara sebab yang mendorong dirinya kekal bersama ATM selepas pasangan kembar, Mohd Aidil Zafuan dan Mohd Zaquan Adha Abd Radzak serta Mohd Azmi Muslim membuat keputusan berhijrah selepas bersama-sama menjulang pasukan itu menjuarai Liga Perdana dan naib juara Piala Malaysia musim lalu.

“Kontrak saya tamat bulan ini dan sudah membuat keputusan menyambung kontrak setahun lagi bersama ATM beberapa hari lalu dan memberikan persetujuan lisan sebelum menandatangani kontrak baru dalam masa terdekat.

“Selain itu antara sebab saya kekal di ATM adalah untuk merasai aksi Liga Super bersama pasukan ini selepas bekerja keras menjadikannya antara pasukan disegani musim lalu.” Keputusan pemain yang mempunyai pencapaian unik Piala Malaysia itu menutup peluang Terengganu mendapat khidmatnya selepas gergasi Pantai Timur itu gagal mendapatkan beberapa pemain bintang lain seperti Norfarhan Muhammad dan Norshahrul Idlan Talaha.
Sebelum ini pengendali ATM, B Sathianathan berkata, beliau masih memburu sekurang-kurangnya dua pemain berstatus bintang bagi menguatkan cabaran pasukan itu selepas berjaya mendapatkan kapten Negeri Sembilan, Shukor bagi menggantikan posisi pertahanan tengah yang ditinggalkan Aidil Zafuan.
Artikel ini disiarkan pada : 2012/11/07

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...