Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Jumaat, 25 Oktober 2013

(15 GAMBAR)Ayu Raudhah Sekeluarga Di Kota London

25 Oktober 2013

Selain daripada Rozita Che Wan, Ayu Raudhah sekeluarga turut sama terbang ke kota London. Kalau tak silap Abang Nara, mereka kesemuanya menaiki penerbangan yang sama. Kemungkinan Ayu menemani kakaknya di sana sambil menikmati keindahan musim luruh di London.
ayu raudhah di London
Agak jeles Abang Nara melihat gambar mereka berjalan-jalan di kota London. Salah satu gambar menarik yang dikongsi ialah ketika mereka ke muzium lilin. Nampak menarik. Suatu hari nanti pasti akan Abang Nara jejak juga kaki ke sana.
ayu raudhah di London
Lagi beberapa keping gambar Ayu Raudhah sekeluarga di kota London dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London
ayu raudhah di London

Infographic : Top 8 Foto Hot Sepanjang September

25 Oktober 2013

Infographic : Top 8 Foto Hot Sepanjang SeptemberSepanjang bulan ini terdapat pelbagai foto-foto menarik yang telah kami kongsikan khas untuk tatapan pembaca setia OHBULAN! dan kebanyakannya mempunyai nilai sentimentalnya yang tersendiri.
Apa yang menariknya, terdapat dua aktres tempatan yang dilihat telah lama menyepikan diri dan secara tiba-tiba telah muncul dengan foto yang unik dan mampu menarik perhatian para peminat dengan perkembangan terbaru diri mereka.
Dalam pada itu, terdapat juga foto artis wanita yang dilihat beraksi mesra dengan kawan lelaki mereka sehingga menimbulkan pelbagai salah faham serta spekulasi kurang enak di kalangan peminat industri hiburan tempatan.
Jadi, untuk ketahui apakah carta top 8 foto hot sepanjang bulan September 2013, ayuh kita lihat infographic di bawah :
Infographic : Top 8 Foto Hot Sepanjang September
Infographic : Top 8 Foto Hot Sepanjang September
Infographic : Top 8 Foto Hot Sepanjang September

Infographic: Top 10 Selebriti Wanita Paling Cantik Pilihan OHBULAN!

25 Oktober 2013

Infographic: Top 5 Selebriti Wanita Paling Cantik Pilihan OHBULAN!Menjadi selebriti sebenarnya tidak semudah yang disangka. Beberapa tahun dahulu, si cantik jelita pastinya mendapat tawaran yang lebih banyak dan lebih cepat popular berbanding si kurang jelita.
Namun, industri hiburan tempatan kini sudah semakin bijak menilai bakat daripada rupa. Namun tidak dapat dinafikan bahawa rupa paras yang senang dipandang merupakan bonus atau pakej tambahan buat selebriti wanita.
Dan untuk itu, di sini OHBULAN! senaraikan Top 5 selebriti wanita yang paling cantik di Malaysia pada pandangan kami. Jom lihat sama ada mereka menepati citarasa anda ataupun tidak.
Infographic: Top 5 Selebriti Wanita Paling Cantik Pilihan OHBULAN!
 Infographic: Top 5 Selebriti Wanita Paling Cantik Pilihan OHBULAN!
Infographic: Top 5 Selebriti Wanita Paling Cantik Pilihan OHBULAN!

Khamis, 24 Oktober 2013

Fragmen cinta selebriti, pemain bola

24 Oktober 2013


Rita Rudaini kini memberi tumpuan pada kerjaya dan anak-anak, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna.
ANGGAPAN orang ramai pastinya melihat hiburan dan sukan adalah dua perkara berbeza. Rasanya, kedua-dua bidang ini sebenarnya hampir sama. Malah seperti tidak boleh dipisahkan. Melihat kepada hiburan, ramai orang akan sanggup membayar harga yang tinggi untuk menonton filem, konsert atau persembahan teater. Begitu juga dengan kesanggupan mendapatkan tiket untuk menyaksikan sesuatu perlawanan dalam sukan.
Perspektif hiburan tidak harus dilihat secara sempit dan cetek. Hiburan bukan sekadar cerita pasal artis, selebriti atau personaliti.
Jika sukan dianggap sebagai satu industri bernilai jutaan atau bilion ringgit, hiburan juga mempunyai nilai yang sama.
Itulah hakikatnya, sukan dan hiburan perlu bergerak seiring. Sebab itu, gosip artis dengan ahli sukan pun tidak kurang hebatnya sehingga ada yang mengakhirinya ke jenjang pelamin.
Benarlah kata pujangga, cinta tidak pernah mengenal sesiapa, hadirnya juga tanpa dipaksa. Sudah menjadi lumrah, apabila terkenal dan terbilang, ramailah yang berminat. Dari orang biasa sehinggalah ke artis. Tak salah pun pemain bola kahwin dengan artis. Itu hak masing-masing.
Kali ini kita sorotkan dengan pengalaman golongan artis yang berkahwin dengan pemain bola sepak. Apa yang membuatkan perhubungan itu kekal atau sebaliknya?


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131022/hi_07/Fragmen-cinta-selebriti-pemain-bola#ixzz2idtngb4I
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Khamis, 17 Oktober 2013

(9 GAMBAR)Keluarga Bahagia Ayu Raudhah & Zaquan Adha

17 Oktober 2013

Secara jujur, satu ketika dahulu Abang Nara pernah juga tidak berapa suka akan pasangan suami isteri Ayu Raudhah dan Zaquan Adha ini. Ketika itu banyak kontroversi yang melibatkan mereka berdua dengan Rita Rudaini. Namun semenjak Ayu Raudhah bertudung, Abang Nara semakin suka melihat kemesraan dan kebahagiaan yang terpancar di dalam keluarga ini.
zaquan ayu raudhah
Tambahan pula kehadiran bayi lelaki sulung mereka yang sangat comel menyerikan lagi kehidupan Ayu dan Zaquan. Dalam salah satu gambar yang dikongsi Zaquan, gaya rambut anak mereka yang mencacak naik sememangnya sangat comel. Kalau jumpa depan mata confirm kena cubit punya. Hehehe.
zaquan ayu raudhah
Semoga kebahagiaan ini akan terus berkekalan buat mereka. Semoga dimurahkan rezeki dan dikurniakan anak kedua pula selepas ini. Mana tahu ada rezeki dapat baby girl pulak. Sama-samalah kita doakan. Lagi beberapa keping gambar keluarga bahagia Ayu Raudhah dan Zaquan Adha dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
zaquan ayu raudhah
zaquan ayu raudhah
zaquan ayu raudhah
zaquan ayu raudhah
zaquan ayu raudhah
zaquan ayu raudhah
zaquan ayu raudhah

Ahad, 13 Oktober 2013

Saya Memang Kenal Wanita Itu – Aidil Zafuan

13 Oktober 2013

6 Oktober lalu, di KLIA, seorang peminat telah melihat seorang wanita sedang memperbetulkan tali leher milik Aidil Zafuan dan mereka dilihat sangat mesra seolah-olah seperti pasangan ‘kekasih’. Terus timbul persoalan sama ada Aidil sudah pun menemui pengganti bekas isterinya, Rita Rudaini.
aidil zafuan
Walaupun menafikan wanita tersebut adalah kekasihnya, Aidil Zafuan membuat pengakuan kepada Utusan Malaysia bahawa dia sudah lama berkawan dengan wanita itu. Kata Aidil:-
Saya memang kenal wanita itu! Pada masa itu, saya baru sahaja tiba dari Kota Bahru dan terpaksa berlepas ke China untuk perlawanan menentang Emiriyah Arab Bersatu (UAE). Lagipun, semasa menunggu penerbangan seterusnya, saya bersama skuad kebangsaan yang lain.
Tambahan, saya tidak akan keluar dengan wanita yang tidak dikenali. Saya tidak mempunyai orang terdekat. Jadi, saya meminta pertolongan wanita berkenaan untuk menghantarnya (barang tertinggal) memandangkan dia adalah kawan kepada tunang salah seorang pemain kebangsaan
aidil
Biasalah pemain bola sehebat dan sekacak Aidil pastinya mempunyai banyak rakan yang terdiri daripada wanita. Lagipun Aidil sekarang sudah single. Bolehlah nak berkawan dengan sesiapa pun. Kalau dah jumpa pengganti pun apa salahnya. Bolehlah cepat-cepat mendirikan masjid sekali lagi. Yang penting tanggungjawab kepada anak-anak tidak dilupakan.

Isnin, 23 September 2013

(20 GAMBAR)Rita Rudaini Bercuti Di Kapalai, Sabah

23 September 2013

Ah~~ Jelesnya melihat Rita Rudaini sekeluarga bercuti di Kapalai, Sabah. Tambah jeles apabila Rita pergi menyelam melihat keindahan lautan ciptaanNya. Confirm seronok tak ingat punya. Lebih-lebih lagi apabila ditemani dua anak lelakinya yang comel sangat.
rita rudaini
Sekali tengok Rita nie nampak macam profesional diver pun ada jugak kan? Gaya memang dah terserlah dah. Dalam perkembangan lain, Rita Rudaini buat masa ini masih belum bersedia untuk mencari pengganti bekas suaminya, Aidil. Kata Rita:-
Selepas bercerai, saya tidak pula mencari pengganti dan tak ada pun lelaki yang nak datang risik dekat saya. Mereka takut kot (ketawa). Tetapi buat masa ini biarlah saya fokus kepada kerja, perniagaan dan anak-anak terutamanya kerana mereka masih kecil dan perlu diberi perhatian lebih.
Lelaki muda atau tua, sama sahaja. Sekiranya ditakdirkan berkahwin lagi, saya mahu lelaki itu kuat pendirian dan menyayangi anak-anak lebih daripada saya sayang mereka. Saya pun tak berani nak cakap suka yang muda atau tua. Sekali dapat umur 30 tahun lebih muda macam mana? Macam dulu, saya sukakan lelaki yang matang dan aleh-aleh dapat lelaki muda (Aidil)
rita rudaini
Baguslah begitu. Bagi rileks dulu. Tumpukan perhatian kepada apa yang patut ketika tengah single ini. Nanti dah kahwin lain pula ceritanya. Tak gitu? Lagi beberapa keping gambar Rita Rudaini dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

rita rudaini

Jumaat, 6 September 2013

Mahkamah Sahkan Perceraian Rita Rudaini & Aidil Zafuan

06 September 2013

Pedas juga pesanan Aidil Zafuan kepada Rita Rudaini selepas penceraian mereka. Namun ia adalah satu pesanan yang boleh dijadikan iktibar untuk kita semua. Sememangnya seorang isteri perlu menjaga maruah dan tidak mengaibkan suaminya.
aidil zafuan rita
Aidil mengakui sedih dengan perceraian itu, tetapi terkilan dengan sikap Rita yang memburukkan namanya melalui media sosial. Menurut Aidil, punca penceraian adalah disebabkan kesilapan mereka dan bukannya kerana kewujudan orang ketiga. Kata Aidil:-
Dia melepaskan geram dengan cara itu sedangkan hal rumah tangga tidak boleh dihebohkan. Apapun dia pernah menjadi isteri dan masih ibu kepada anak-anak saya. Saya sedih dengan perceraian ini, tetapi reda atas apa yang berlaku kerana saya yakin ada hikmah di sebaliknya.
Biarlah masalah ini saya simpan dan tidak perlu orang lain tahu. Namun, saya mahu menasihati Rita, sekiranya ditakdirkan berkahwin lain, tolong jaga maruah suami, jangan sesekali mengaib kan suami. Saya reda dan terima jodoh kami hanya setakat ini saja, tetapi tidak pernah berdendam dengan Rita
rita
Apa pun, tamatlah sudah segala kontroversi, kisah luka dan duka yang melanda Aidil Zafuan dan Rita Rudaini. Semoga selepas ini, tiada lagi kontroversi yang muncul. Semoga mereka berbahagia dengan pilihan ini. Sama-samalah kita doakan.

Nasihat Aidil Kepada Rita Rudaini -- "Kalau Berkahwin Lain, Jaga Maruah & Jangan Aibkan Suami"

06 September 2013



Bertahun naik turun mahkamah memberi keterangan tentang isu rumah tangga mereka, semalam mahkamah putuskan yang cara penceraian Aidil Zafuan & Rita Rudaini melalui sistem pesanan ringkas (SMS) adalah sah.
Aidil Zafuan yang di’temui wartawan selepas keputusan mahkamah itu mengakui sedih dengan penceraian ini tetapi tetap merasa terkilan dengan sikap Rita Rudaini yang sering memburukkan namanya melalui media sosial.
“Biarlah masalah ini saya simpan dan tidak perlu orang lain tahu. Namun, saya mahu menasihati Rita Rudaini, sekiranya ditakdirkan berkahwin lain, tolong jaga maruah suami, jangan sesekali mengaibkan suami,” ujar Aidil Zafuan, semalam.
Rita Rudaini dalam laporan yang sama turut memberikan kenyataan beliau yang kesal dengan tindakan terburu buru Aidil Zafuan dalam proses penceraian ini selain menganggap di’ceraikan melalui SMS sebagai satu penghinaan buat dirinya.
“Semuanya sudah selesai, saya berharap jika Aidil ditakdirkan mempunyai jodoh dengan wanita lain, saya doakan dia bahagia dan menjalankan tanggungjawab sebaiknya sebagai suami,” ujar Rita Rudaini yang di’temui selepas keputusan mahkamah selesai.

Khamis, 5 September 2013

Zaquan & Rita Luah Kemarahan Di Twitter

05 September 2013

rita

Pemain bola sepak Johor, Zaquan Adha Abd Razak yang juga kembar kepada bekas suami pelakon, Rita Rudaini, Aidil Zakuan tampil membidas kenyataan Rita dalam sebuah akhbar yang dianggap keterlaluan dan melampau. 
Menerusi kenyataan dalam akaun Twitter miliknya, Zakuan menyuruh Rita 'cermin diri' dahulu sebelum membuat sebarang kenyataan. 
"Jangan sesedap mulut ckp orang cetek ilmu agama...cermin diri dulu sebelum nak sentuh hal2 agama.sudah2lah nak raih simpati org..
"Kalau rasa diri 2 tinggi ilmu agama..mari bersemuka..kau blh sentuh hal rumah tangga kau sahaja tp jgn babitkan org tua dan keluarga aku.." ujar Zaquan yang juga suami kepada pelakon, Ayu Raudhah.
Tidak mahu berdiam diri, Rita turut memberi respon berhubung status Zaquan di akaun Twitter miliknya.  
"XGUNA MELAYAN POYO ;) BAIK AKU LAYAN ANAK2 AKU TGK DVD LAGI BAGUIHHH..ALLAH ADA DGN AKU..
"Si poyo gila glam.nk cari glamer mcm ni lah,buat meroyan kt twitter supaya blog nmpk nnti ble interview,glam u olls ;) konon xmasuk cmpor!" 
Sebelum ini, Rita ada mengulas tindakan mengenai tindakan Aidil yang menceraikannya dengan talak satu menerusi SMS. Dia menganggap perbuatan Aidil menceraikannya di bulan Ramadan sebagai perbuatan orang yang cetek ilmu agama.
Selain itu, Rita juga turut mendedahkan sudah 'membuka buku baru' sejak diceraikan malah tidak pernah kesal dengan perceraian ini kerana menyedari itulah kesudahan yang sebaiknya. 

Aidil Serah Hak Jaga Anak Pada Rita

05 September 2013

Rita

Susulan daripada kenyataan Rita Rudaini, 36, yang mempertahankan hak penjagaan anak-anak jika berlaku perceraian antara dia dan suaminya, Aidil Zafuan, 25, MH Online mendapatkan kenyataan balas daripada Aidil sendiri.

Aidil memberitahu bahawa hak penjagaan anak-anak akan diserahkan kepada Rita kerana dia mengakui bahawa anak-anak lebih rapat dengan ibu mereka.

"Saya masih bapa kepada anak-anak saya dan saya akan jalan tanggungjawab saya sebagai seorang bapa," jelas Aidil dalam nada suara yang bergetar.

Pun begitu, jika hak penjagaan diserahkan kepada Rita, Aidil berharap agar dia turut diberi kebebasan untuk bertemu dan bermalam dengan anak-anaknya bila-bila masa tanpa syarat.

Rita & Aidil Akhirnya Bercerai

05 September 2013

rita

Selepas kisah pergolakan rumah tangga pelakon Rita Rudaini dan pemain bola sepak, Aidil Zafuan menjadi bualan hangat masyarakat, Mahkamah Rendah Syariah Seremban hari ini akhirnya mengesahkan perceraian mereka dengan talak satu. 
Memetik laporan Utusan Malaysia Online, Hakim Syarie, Hamizan Mohd. Nor mengesahkan perceraian yang dilafazkan oleh Aidil menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lalu.
Rita yang memuat naik beberapa keping gambar di akaun Instagram menunjukkan kehadirannya ke mahkamah telah ditemani oleh rakan-rakan yang banyak menyokongnya sepanjang prosiding ini berlangsung. 

Foto : Mahkamah Sahkan Perceraian Rita Rudaini & Aidil

05 September 2013

Rita Rudaini

asanya ramai sudah sedia maklum mengenai isu pergolakan rumahtangga pelakon jelita, Rita Rudaini dan bekas suaminya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Aidil Zafuan Abd Razak, 26.
Rita sebelum ini dilaporkan telah diceraikan oleh Aidil menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lalu, bagaimanapun telah menemui jalan penyelesaian apabila kes tersebut dibicarakan di Mahkamah Rendah Syariah Seremban hari ini.
Artikel Berkaitan :
Menerusi laporan Utusan Online, pihak mahkamah akhirnya telah mengesahkan perceraian talak satu pasangan tersebut di hadapan Hakim Syarie, Hamizan Mohd. Nor.
Rita Rudaini 2
Rita disamping teman-teman dan peguamnya, Dato Zaidi Zain.
Ketika perbicaraan tersebut berlangsung, nampaknya Rita tidak hadir ke mahkamah berseorangan.
Ini kerana, menerusi foto-foto yang dikongsikan, pelakon tersebut dilihat hadir bersama teman-teman rapatnya dan wajah Rita begitu tenang sewaktu kes perbicaraan tersebut selesai.
Screen Shot 2013-09-05 at 4.42.54 PM
Untuk pengetahuan, Aidil dan Rita pernah bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 dan hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna, 1 tahun.
Bagaimanapun, di sini OHBULAN! ingin kongsikan juga beberapa foto Rita sekitar kes perbicaraannya sebentar tadi.
Kredit Foto : Instagram Rita Rudaini

Mahkamah Sahkan Perceraian Rita Rudaini & Aidil Zafuan

05 September 2013



Oleh RotiKaya Staff pada
05 September 2013, 2:09PM

Mahkamah Rendah Syariah Seremban di sini hari ini mengesahkan perceraian pelakon terkenal Rita Rudaini Mokhtar, 37, dengan pemain bola sepak Mohd. Aidil Zafuan Abd. Razak, 26.
Hakim Syarie, Hamizan Mohd. Nor mengesahkan cerai talak satu yang dilafazkan Mohd. Aidil menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lalu.
Developing…

Aidil Zafuan & Rita Rudaini Bercerai Talak Satu

05 September 2013


Saat bahagia Rita dan Aidil
SEREMBAN: Pelakon Rita Rudaini Mokhtar sah bercerai talak satu dengan pasangannya yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak di Mahkamah Rendah Syariah Seremban, di sini, Khamis.
Ikatan perkahwinan pasangan itu terlerai selepas mahkamah mengesahkan lafaz cerai yang dibuat oleh Mohd Aidil, 26, kepada Rita Rudaini, 37, menerusi khidmat pesanan ringkas (SMS) pada 4 Ogos lepas.
Hakim Syarie Hamizan Mohd Nor membuat keputusan itu selepas berpuas hati dengan segala keterangan yang diberikan pasangan terbabit berhubung lafaz cerai berkenaan yang berlaku sebelum ini tanpa kebenaran mahkamah.
Terdahulu, semasa dalam prosiding, Mohd Aidil selaku plaintif memberitahu mahkamah bahawa SMS yang dihantar kepada Rita Rudaini sekitar pukul 4 hingga 5 petang itu ditaip sendiri dalam keadaan sedar dan tanpa dipengaruhi sesiapa.
Sementara itu, Rita Rudaini ketika memberi keterangan kepada mahkamah mengaku dan bersetuju dirinya ada menerima SMS berkenaan dan faham maksud yang ingin disampaikan oleh suaminya.
"Kedua-dua pasangan juga dikehendaki mendaftarkan perceraian ini di Pejabat Agama Islam Seremban untuk tindakan lanjut," kata Hakim Syarie Hamizan.
Mohd Aidil diwakili peguam syarie, Roshdan Sujak Rafie manakala Datuk Zaidi Mohd Zain pula mewakili Rita Rudaini.
Pasangan itu bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki menyebabkan perkahwinan tersebut menimbulkan masalah.
Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia kira-kira setahun. - BERNAMA

Mahkamah terima lafaz cerai Aidil terhadap Rita Rudaini

05 September 2013

Mahkamah terima lafaz cerai Aidil terhadap Rita Rudaini
Rita bersama anaknya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna.
SEREMBAN: Mahkamah Rendah Syariah di sini hari ini mensabitkan lafaz cerai luar mahkamah yang dibuat pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 24, terhadap isterinya yang juga pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 36.

Lafaz cerai talak satu melaluI khidmat pesanan ringkas (SMS) itu dibuat antara jam 4 hingga 5 petang pada 4 Ogos 2013. 

Aidil, Rita sah bercerai

05 September 2013

Seremban: Mahkamah Rendah Syariah di sini mensabitkan lafaz cerai luar mahkamah yang dibuat pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abdul Radzak, 26, terhadap isterinya, pelakon, Rita Rudaini Mokhtar, 37.
Hakim, Hamizan Mohd Nor memutuskan demikian selepas berpuas hati dengan keterangan yang diberikan Rita dan Aidil semasa prosiding berlangsung.
Aidil dalam keterangannya mengaku menghantar satu SMS kepada Rita pada 4 Ogos lalu bahawa dia menceraikan isterinya itu dengan talak satu antara jam 4 hingga 5 petang.

Aidil turut mengaku SMS itu dihantar dalam keadaan waras dan sedar tanpa dipengaruhi oleh sesiapa.

Rita dalam keterangannya juga mengaku menerima SMS itu dan membalasnya dengan perkataan 'Alhamdulillah' berserta simbol senyum.
Artikel ini disiarkan pada : 2013/09/05

Hati Ayu Raudhah Berbelah Bagi Untuk Balik Berlakon

05 September 2013

Hati Ayu Raudhah Berbelah Bagi Untuk Balik Berlakon

KUALA LUMPUR, 5 SEPTEMBER 2013: Lima bulan menyepikan diri selepas melahirkan putera sulungnya Muhammad Aisy Qaiser, membuatkan pelakon cantik Ayu Raudhah berbelah bagi untuk kembali aktif dalam dunia lakonan.
Kata isteri kepada pemain bola sepak Johor, Zaqwan Adha itu, semuanya disebabkan hatinya kini sudah terpaut dengan tanggungjawab sebagai seorang ibu selain sebagai suri rumah sepenuh masa kepada suami dan anak tersayang.
Memberikan tempoh sehingga bayinya itu mencecah usia tujuh bulan, Ayu Raudhah yang ditemui portal murai.com.my semalam berkata, semu itu bergantung kepada dirinya. Malah dia tidak akan pernah menutup sebarang tawaran yang datang kepadanya.
"Memang perasaan saya sekarang agak berbelah bagi untuk kembali berlakon kerana sekarang saya sedang seronok menjaga bayi sendiri. Terus terang saya katakan, ianya merupakan pengalaman paling indah dalam hidup saya ketika ini.
"Suami saya juga tidak pernah menghalang untuk saya kembali berlakon. Dia juga tidak pernah menyimpan perasaan cemburu jika saya kembali berlakon atau berlakon dengan orang lain, kerana dia seorang yang sangat sporting.
"Tapi sebagai isteri orang, saya tahu di mana batas-batas yang perlu saya lalui. Takkan dengan status saya sekarang ini, saya mahu mengambil watak peluk? Itu sama sekali akan saya elakkan dan saya pasti ramai pihak faham dengan status saya sekarang ini," katanya.
Ayu Raudhah ditemui portal murai.com.my ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Laugh Out Loud Entertaiment di kondominium mewah Binjai 8 semalam yang lengkap dengan persalinan indah rekaannya sendiri.
Tidak hadir keseorangan, dia turut ditemani suami tersayang dan putera sulungnya itu yang telah mendapat perhatian pihak media dan tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.
Tambah Ayu Raudhah, buat masa sekarang dia memilih untuk menyusukan badan anaknya itu sehingga waktu yang sesuai barulah dia berhenti berbuat demikian.
"Kalau boleh saya mahu menyusukan Aisy sampai bila-bila kerana susu badan banyak faedahnya terutama untuk tumberasan bayi. Tambahan pula, cara ini akan membuatkan bayi lebih dekat dengan ibunya dan berat badan saya juga senang turun.
"Selepas bersalin, saya mengamalkan pantang selama 44 hari dan selepas itu saya menjaga rutin makan saya.
"Suami pula selalu membantu saya menjaga Aisy. Dia seorang suami yang tahu dengan tanggungjawabnya. Tak payah disuruh, dia akan lakukan sendiri apa sahaja apabila dia tahu saya memerlukan bantuan.
"Lebih-lebih lagi sekarang dia sedang menjalani latihan untuk merawat kakinya yang tercedera. Jadi masanya sekarang banyak dihabiskan bersama kami berdua sebaik sahaja selepas rawatan," katanya sambil tersenyum.
Sangat bahagia dengan kehidupannya kini, jelas Ayu Raudhah tiada yang lebih sempurna daripada memiliki seorang suami yang penyanyang dan juga bayi yang comel.

Akhirnya Mahkamah Sahkan Rita Rudaini, Aidil Bercerai

05 September 2013

Akhirnya Mahkamah Sahkan Rita Rudaini, Aidil Bercerai


KUALA LUMPUR, 5 SEPT 2013: Selepas hampir dua tahun melalui proses turun naik mahkamah untuk menyelesaikan kemelut rumahtangga mereka yang berpanjangan, pasangan Aidil Zafuan Abdul Radzak 26 dan Rita Rudaini, 37, akhirnya disahkan bercerai sebentar tadi oleh Mahkamah Rendah Syariah Seremban selepas mahkamah mensabitkan lafaz cerai luar mahkamah yang dibuat Aidil.
Laporan akhbar Harian Metro memetik, Hakim Hamizan Mohd Nor telah memutuskan demikian selepas pihaknya berpuas hati dengan keterangan yang diberikan oleh Aidil dan Rita semasa berlangsungnya prosiding kes penceraian mereka.
Dalam keterangannya yang diambil, Aidil yang juga pemain pertahanan skuad bola sepak Johor Darul Takzim mengaku telah menghantar satu SMS kepada Rita pada 4 Ogos 2013 juga bersamaan 27 Ramadan mengikut kalendar Islam yang menyatakan dia menceraikan Rita dengan talak satu pada pukul 4 hingga 5 petang.
Aidil dilaporkan membuat keputusan itu selepas dia dikatakan bengang dengan tindakan Rita berhubung artikel 'Rita bengang skandal terbaru Aidil' yang telah disiarkan dalam ruangan pojok Desas-Desus terbitan B*POP yang memburukkan dirinya.
Dalam keterangan berasingan, Rita turut mengaku menerima SMS tersebut dan telah membalas dengan perkataan 'Alhamdulillah' beserta simbol senyum.
Pasangan ini bernikah di Songkhla, Thailand pada 28 Februari 2008 tanpa pengetahuan keluarga pihak lelaki. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak iaitu Airit Rayyan Rizqin 4, dan Airit Qaqa Arjuna yang kini berusia setahun.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...