Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 24 Oktober 2013

Fragmen cinta selebriti, pemain bola

24 Oktober 2013


Rita Rudaini kini memberi tumpuan pada kerjaya dan anak-anak, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Rafqa Arjuna.
ANGGAPAN orang ramai pastinya melihat hiburan dan sukan adalah dua perkara berbeza. Rasanya, kedua-dua bidang ini sebenarnya hampir sama. Malah seperti tidak boleh dipisahkan. Melihat kepada hiburan, ramai orang akan sanggup membayar harga yang tinggi untuk menonton filem, konsert atau persembahan teater. Begitu juga dengan kesanggupan mendapatkan tiket untuk menyaksikan sesuatu perlawanan dalam sukan.
Perspektif hiburan tidak harus dilihat secara sempit dan cetek. Hiburan bukan sekadar cerita pasal artis, selebriti atau personaliti.
Jika sukan dianggap sebagai satu industri bernilai jutaan atau bilion ringgit, hiburan juga mempunyai nilai yang sama.
Itulah hakikatnya, sukan dan hiburan perlu bergerak seiring. Sebab itu, gosip artis dengan ahli sukan pun tidak kurang hebatnya sehingga ada yang mengakhirinya ke jenjang pelamin.
Benarlah kata pujangga, cinta tidak pernah mengenal sesiapa, hadirnya juga tanpa dipaksa. Sudah menjadi lumrah, apabila terkenal dan terbilang, ramailah yang berminat. Dari orang biasa sehinggalah ke artis. Tak salah pun pemain bola kahwin dengan artis. Itu hak masing-masing.
Kali ini kita sorotkan dengan pengalaman golongan artis yang berkahwin dengan pemain bola sepak. Apa yang membuatkan perhubungan itu kekal atau sebaliknya?


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Hiburan/20131022/hi_07/Fragmen-cinta-selebriti-pemain-bola#ixzz2idtngb4I
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...