Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Khamis, 5 September 2013

Hati Ayu Raudhah Berbelah Bagi Untuk Balik Berlakon

05 September 2013

Hati Ayu Raudhah Berbelah Bagi Untuk Balik Berlakon

KUALA LUMPUR, 5 SEPTEMBER 2013: Lima bulan menyepikan diri selepas melahirkan putera sulungnya Muhammad Aisy Qaiser, membuatkan pelakon cantik Ayu Raudhah berbelah bagi untuk kembali aktif dalam dunia lakonan.
Kata isteri kepada pemain bola sepak Johor, Zaqwan Adha itu, semuanya disebabkan hatinya kini sudah terpaut dengan tanggungjawab sebagai seorang ibu selain sebagai suri rumah sepenuh masa kepada suami dan anak tersayang.
Memberikan tempoh sehingga bayinya itu mencecah usia tujuh bulan, Ayu Raudhah yang ditemui portal murai.com.my semalam berkata, semu itu bergantung kepada dirinya. Malah dia tidak akan pernah menutup sebarang tawaran yang datang kepadanya.
"Memang perasaan saya sekarang agak berbelah bagi untuk kembali berlakon kerana sekarang saya sedang seronok menjaga bayi sendiri. Terus terang saya katakan, ianya merupakan pengalaman paling indah dalam hidup saya ketika ini.
"Suami saya juga tidak pernah menghalang untuk saya kembali berlakon. Dia juga tidak pernah menyimpan perasaan cemburu jika saya kembali berlakon atau berlakon dengan orang lain, kerana dia seorang yang sangat sporting.
"Tapi sebagai isteri orang, saya tahu di mana batas-batas yang perlu saya lalui. Takkan dengan status saya sekarang ini, saya mahu mengambil watak peluk? Itu sama sekali akan saya elakkan dan saya pasti ramai pihak faham dengan status saya sekarang ini," katanya.
Ayu Raudhah ditemui portal murai.com.my ketika majlis rumah terbuka Aidilfitri anjuran Laugh Out Loud Entertaiment di kondominium mewah Binjai 8 semalam yang lengkap dengan persalinan indah rekaannya sendiri.
Tidak hadir keseorangan, dia turut ditemani suami tersayang dan putera sulungnya itu yang telah mendapat perhatian pihak media dan tetamu yang hadir pada majlis berkenaan.
Tambah Ayu Raudhah, buat masa sekarang dia memilih untuk menyusukan badan anaknya itu sehingga waktu yang sesuai barulah dia berhenti berbuat demikian.
"Kalau boleh saya mahu menyusukan Aisy sampai bila-bila kerana susu badan banyak faedahnya terutama untuk tumberasan bayi. Tambahan pula, cara ini akan membuatkan bayi lebih dekat dengan ibunya dan berat badan saya juga senang turun.
"Selepas bersalin, saya mengamalkan pantang selama 44 hari dan selepas itu saya menjaga rutin makan saya.
"Suami pula selalu membantu saya menjaga Aisy. Dia seorang suami yang tahu dengan tanggungjawabnya. Tak payah disuruh, dia akan lakukan sendiri apa sahaja apabila dia tahu saya memerlukan bantuan.
"Lebih-lebih lagi sekarang dia sedang menjalani latihan untuk merawat kakinya yang tercedera. Jadi masanya sekarang banyak dihabiskan bersama kami berdua sebaik sahaja selepas rawatan," katanya sambil tersenyum.
Sangat bahagia dengan kehidupannya kini, jelas Ayu Raudhah tiada yang lebih sempurna daripada memiliki seorang suami yang penyanyang dan juga bayi yang comel.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...