Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 23 Januari 2012

Derita Rita Rudaini

23 Januari 2012


Rita Rudaini
‘Berat mata memandang, berat lagi bahu yang memikul’. Perumpamaan itu sesuai menggambarkan ujian rumah tangga yang berlaku kepada pelakon cantik, Rita Rudaini.
Jika diselak lembaran diari dirinya dari awal perkahwinan dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Razak, 25, lebih banyak pahit berbanding kemanisan yang dirasai.
 
Rita dan Aidil mendirikan rumah tangga pada 25 Februari 2008, di Songkhla, Thailand berwalikan abang Rita, Ahmad Musyaiful Mokhtar dengan mas kahwin RM777.77 dan wang hantaran RM7777.77.
 
Keputusan Aidil mengahwini Rita, nyata telah mencalarkan hati keluarga Aidil. Sementelah lagi, orang tua Aidil menganggap mereka membelakangkan keluarga.
 
Malah kontroversi itu, menimbulkan persengketaan berpanjangan apabila Rita dan keluarga Aidil saling berbalas kenyataan menerusi media.
 
Bagaimanapun, ibu bapa Aidil mula menerima Rita sedikit demi sedikit selepas kelahiran Airit Rayyan Rizqin, 3. Malah mereka turut melawat Rita di hospital.
 
Namun ia bukanlah penamat segalanya, apabila industri dikejutkan dengan berita pergolakan rumah tangga Rita dan Aidil, pada 2010.
 
Aidil memfailkan Sulh dan tuntutan penjagaan anak. Keputusan itu dibuat Aidil setelah Rita enggan mengikut Aidil pulang ke kampung halamannya sekali gus menyebabkan timbul persengketaan.
 
Lebih perit buat Rita apabila ketika itu, dia sedang hamil anak kedua.
 
Namun selepas kelahiran Airit Rafqa Arjuna, yang kini berusia sembilan bulan, Rita dan ibu bapa Aidil mengambil jalan untuk berdamai, sekali gus melupakan persengketaan lama mereka.
 
Aidil juga telah kembali ke pangkuan Rita, sekali gus menangguhkan permohonan Sulh dan tuntutan penjagaan anak serta berjanji memulakan kehidupan baru.

 
Kembali bergolak
 
Bagaikan tiada kesudahan, konflik pasangan ini kembali mencuri tumpuan media dan masyarakat. Konflik dipercayai berpunca selepas Rita bertelagah dengan adik iparnya, Zaquan Adha yang juga suami kepada aktres Ayu Raudhah, menerusi Twitter baru-baru ini.
 
Bermula dengan sindir-menyindir, perang Twitter mereka semakin panas apabila Rita membuat tuduhan besar terhadap Zaquan. Sesiapa saja yang mengikuti Twitter mereka, pastinya terkejut dengan pendedahan Rita.
 
Zaquan pula mendakwa, Rita keterlaluan hingga menjatuhkan maruahnya sebagai orang yang dikenali.
 
Lebih memburukkan keadaan, Aidil dilaporkan keluar dari rumah, meninggalkan Rita dan anak-anaknya di Damansara selepas beberapa hari perang Twitter itu berlaku. Rita berkata, ketika itu, dia dan dua anak mereka berada di kampung, Kangar, Perlis.
 
Dalam 'drama' ini, Rita turut mendakwa, Zaquan dan Ayu Raudhah berkomplot membantu Aidil keluar dari kediaman mereka.
 
Selepas seminggu, Rita kemudiannya menerima surat daripada peguam Aidil dan sehingga kini, isi kandungan surat itu masih belum terungkai.

 
Pertahan hak!
 
Tidak berdiam diri, Jumaat lalu, Rita hadir di Mahkamah Syariah, Shah Alam dan melantik peguam, Datuk Mohd Zaidi Mohd Zain bagi menyelesaikan isu surat yang diterimanya.
 
"Surat tuntutan yang dikemukakan Aidil tidak mengejutkan saya kerana Aidil pernah berbuat demikian semasa pergolakan rumah tangga kami pada 2010," katanya.
 
Enggan mengulas lanjut mengenai surat itu, Rita berkata, dia menyerahkan urusan itu kepada peguamnya. Sementara, menerusi Twitternya, Rita menjelaskan dia tidak meminta atau meraih simpati sesiapa dan apa yang dilakukannya adalah untuk diri sendiri selain mempertahankan haknya sebagai seorang ibu dan isteri.
 
Rita juga memohon dari ALLAH SWT agar memberikannya kekuatan. Malah Rita juga bersyukur kerana masih bekerja dan memikirkan bagaimana nasib isteri serta ibu yang terpaksa melalui ujian sepertinya dan tidak bekerja.

Rabu, 18 Januari 2012

Ayu Raudhah: Rita Tak Puas Hati Dengan Saya

19 Januari 2012

Ayu Raudhah: Rita Tak Puas Hati Dengan Saya


Kemelut yang membabitkan pelakon, Rita Rudiani dengan keluarga pihak suami, Aidil Zafuan nampaknya masih tiada kesudahan malah semakin parah di mana kali ini Rita dan adik iparnya, Zakuan Adha hangat berperang di laman sosial, Twitter, petang semalam.
Kedua-dua mereka saling menyindir antara satu sama lain di mana Rita menuduh Zakuan sebagai batu api dan penyibuk manakala Zakuan menuduh Rita sebagai seorang manusia yang kejam. Perbalahan mereka menjadi lebih parah apabila Rita mendedahkan adik iparnya itu pernah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita lain sehingga mengandung.
GUA cuba menghubungi Rita beberapa kali bagi mendapatkan penjelasan beliau namun kedua-dua nombornya tidak dapat dihubungi. Walau bagaimanapun, GUA berpeluang untuk bercakap dengan birasnya, pelakon Ayu Raudhah yang kononnya dikatakan pencetus perbalahan antara Rita dan Zakuan.
“Saya tak nak komen apa-apa. Mereka memang dah ada masalah sebelum saya masuk dalam keluarga itu lagi,” ujar Ayu saat diajukan mengenai perang Twitter antara Rita dan suaminya itu.
“Saya tahu tentang Twitter itu, tapi saya tak nak komen apa-apa. Bagi saya, sepatutnya perkara itu tak patut berlaku. Saya rasa lebih afdal jika hubungi mereka berdua saja kerana saya tak nak terlibat dengan hal ini.”
Apabila ditanya sama ada Ayu tahu apakah punca perbalahan mereka di Twitter petang semalam, Ayu memberitahu, “Saya rasa benda ini terjadi sebab Rita tak puas hati dengan jawapan saya di sebuah program hiburan. Wartawan tersebut tanya macam mana hubungan saya dengan Rita. Dari situ kononnya Rita anggap saya dah tak ada cerita lain kot sebab nak bercerita pasal dia. Saya hanya menjawab apa yang ditanyakan oleh wartawan tersebut saja.”
Menyentuh mengenai isu kononnya suaminya itu pernah menjalin hubungan dengan perempuan lain sehingga meminta perempuan tersebut menggugurkan kandungan, Ayu memberitahu, “Saya tak tahulah apa lagi yang akan keluar selepas ini.
“Saya tak tahu nak cakap apa sebab apapun, sudah tentu saya sebagai isteri akan berpihak pada suami saya. Mengenai isu itu, apa yang terjadi adalah dia pada waktu dulu, jadi saya tak kisah sebab saya kenal dia sekarang,” ujarnya sambil mengharap isu ini tidak dipanjang-panjangkan lagi.

Isnin, 16 Januari 2012

Aidil enggan ulas khabar Rita tunggu surat cerai

17 Januari 2012


SUAMI pelakon Rita Rudaini, yang juga pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, lebih selesa mendiamkan diri daripada mengulas kemelut rumah tangga yang dialami mereka ketika ini. 

Menerusi khidmat pesanan ringkas yang dikirimkan kepada Hip semalam Aidil menjelaskan, dia belum bersedia untuk mendedahkan perkara itu kepada khalayak.
"Minta maaf. Apabila tiba masanya nanti, saya akan beri keterangan apakah sebenarnya yang berlaku di dalam rumah tangga kami. Saya harap semua pihak dapat memahami situasi yang sedang saya lalui ini," kata Aidil.
Mengenai desas-desus mengatakan perceraian bakal berlaku dan Rita sendiri sedang menunggu surat cerai daripadanya, Aidil tidak mengesah atau mengiyakan perkara itu. Sebaliknya dia meminta semua pihak supaya menunggu kenyataan rasmi daripadanya. 

"Saya tidak boleh cakap apa-apa lagi buat masa ini. Tunggu saja kenyataan daripada saya apabila tiba masanya," katanya. 

Kemelut rumah tangga Rita dan Aidil kembali diperkatakan apabila pelakon terkenal itu mengaku ditinggalkan suaminya yang meninggalkan rumah mereka sejak seminggu lalu. 

Rita dalam temubual bersama akhbar sisipan B*POP yang disiarkan kelmarin mendakwa, keruntuhan rumah tangganya itu berpunca daripada adik iparnya, Mohamad Zaquan Adha dan isterinya, pelakon Ayu Raudhah kerana menghasut Aidil serta menolong suaminya mengangkat barang-barang daripada rumah. 
Tidak menuduh sebarangan, sebaliknya Rita berkata, perkara itu disaksikan sendiri menerusi rakaman kamera litar pintas (CCTV) dan juga cerita yang disampaikan jiran tetangga. 

Enggan bersikap berat sebelah, Hip turut mendapatkan jawapan daripada Zaquan mengenai dakwaan Rita kononnya mencampuri urusan rumah tangganya. Tegas Zaquan, jika benar mereka bersikap seperti yang didakwa, dia meminta kakak iparnya mengemukakan bukti yang mengatakan dia dan Ayu bersepakat melarikan Aidil dari rumah. 

"Abang saya yang meminta saya menghantarnya pulang ke rumahnya. Kebetulan kami suami isteri memang mahu keluar dan memandangkan lokasi yang kami mahu tuju itu berdekatan, jadi saya hantarlah. Jika benar kami membantu mengangkat barang seperti yang dia lihat menerusi CCTV, sila tunjukkan rakaman itu," tegasnya sambil mengakui bersimpati dengan situasi yang menimpa kembarnya. 

Ayu & Zaquan Tertekan Dituduh Batu Api

17 Januari 2012

Ayu & Zaquan Tertekan Dituduh Batu Api


Rumahtangga dramatis terkenal, Rita Rudiani dengan pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abd Radzak sekali lagi dilanda badai apabila Aidil dikatakan nekad keluar meninggalkan rumah sejak minggu lalu. Difahamkan, Aidil telah keluar dari kediaman mereka ketika Rita dan dua puteranya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna pulang ke kampung.

Lebih mengejutkan, adik iparnya, Zaquan Adha dan isteri, pelakon Ayu Raudhah dikatakan menjadi dalang di sebalik tindakan Aidil meninggalkan rumahnya. Dalam sebuah akhbar mingguan baru-baru ini, Rita mendakwa Zakuan dan Ayu menjadi batu api serta sanggup menghuru-harakan rumahtangga yang telah dibinanya selama empat tahun itu.

Bukan sengaja mahu menuduh, menurut Rita, kenyataannya ini dikuatkan lagi dengan paparan kamera litar tertutup (CCTV) dan informasi dari jiran tetangga yang melihat kelibat mereka berdua membantu Aidil untuk mengambil barang-barangnya.

Untuk mendapatkan kesahihan berita ini, GUA cuba mendapatkan kenyataan dari Ayu dan suaminya mengenai perkara ini. Tertawa dengan kenyataan yang dilemparkan kepada mereka, pasangan ini memberitahu mereka tidak terlibat langsung dengan keretakan rumahtangga Rita dan juga Aidil.

“Sebenarnya saya tak nak mengeruhkan lagi keadaan. Tapi bila Rita cakap kami tolong abang saya untuk keluar dari rumah, sudah timbul salah faham di situ. Ya, saya mengaku tolong hantar abang ke rumahnya, tapi tak lebih dari itu. Pada masa itu, kami nak keluar pergi The Curve dan Aidil meminta tolong kami untuk menghantarnya balik ke rumah. Selepas hantar, kami terus pergi The Curve,” ujar Zaquan ketika dihubungi sebentar tadi.

“Saya sebagai adik, bila abang minta tolong hantar ke rumah, saya tolong saja. Tak ada isu langsung kononnya kami tolong dia angkat barang. Selepas hantar, kami terus keluar dan tak tahu apa jadi selepas itu. Bila orang tuduh kami batu api dan punca keretakan rumahtangga mereka, saya dan Ayu agak tertekan. Masalah rumahtangga mereka dah lama, sebelum saya dan Ayu kahwin lagi, jadi bila kami dituduh sebagai punca, memang tertekan.”

Konflik antara Rita dengan kembar suaminya itu mula tegang apabila Rita dan Zaquan bergaduh di laman sosial Twitter, minggu lalu. Perang Twitter antara Rita dengan adik iparnya itu mula tercetus apabila Rita menulis “X kisah pon mak mertua syg ke tak..dik” sebelum dibalas oleh Zaquan dengan mesej berbunyi, “Memang la xkisah mak mertua x saying, sbb rumah mak mertua pun x pernah balik. Jgn cari pasal la…Makin lama makin melampau!!!”.

Dari situ, kedua-dua mereka ini mula menyindir antara satu sama lain sehingga keadaan menjadi lebih tegang apabila Rita membongkar kononnya pemain ATM ini pernah menjalinkan hubungan dengan wanita lain sehingga wanita tersebut mengandungkan anak luar nikah.

“Berkenaaan Twitter, dia membabitkan nama mak mertua. Saya sangat marah bila orang gunakan nama mak saya. Saya hanya mempertahankan hak saya sebagai anak. Tak apalah, asalkan kami tak masuk hal rumahtangga dia, itu sudah memadai.

“Saya tak boleh nak bagi kenyataan lagi kerana apa yang kami cakap, asyik dibalas saja. Sampai bilapun, kes ini tak akan habis. Orang asyik memburuk-burukkan kami. Jadi, selepas ini, siapa nak cakap, cakaplah, asalkan saya, isteri dan keluarga tahu perkara sebenar, cukuplah,”jelas Zaquan mengakui enggan mengeruhkan keadaan lagi.

“Pihak sana pun dah keluar banyak kenyataan, jadi tak perlulah saya nak perbetulkan keadaan lagi. Bagi saya, hal rumahtangga biarlah selesaikan sendiri dan jangan babitkan hal orang lain. Saya tak masuk campur hal rumahtangga mereka. Apa-apapun biar dia yang jawab, kami tak nak komen apa-apa lagi. Apa sebab Aidil keluar rumah, kena tanya Aidil dan Rita sendiri. Bagi saya, Aidil sendiri boleh fikir mana baik dan buruk untuk dia.”

Bagi Ayu pula, “Abang Aidil sebenarnya bukan budak kecil lagi yang kami boleh nak arah dia untuk keluar ataupun masuk. Dia dah cukup besar untuk berfikir sendiri. Kami hanya pergi hantar dia saja dan kemudian terus balik. Jika ada CCTV, kenapa tak tunjuk kami tengah buat apa.

“Saya tahu keadaan kami betul, jadi biarlah orang nak cakap apa-apapun. Bagi saya, mereka tahu masalah mereka dan mereka tak patut tuding jari kepada kami. Kami tak ada sebab untuk melaga-lagakan atau menghasut mereka. Kami tak masuk campur pun hal rumahtangga mereka. Sepatutnya, rumahtangga kita, kita kena selesaikan sendiri, jangan nak kaitkan orang lain,”jelas Ayu mengakhiri perbualan.

AIDIL mahu teruskan prestasi cemerlang, intai tempat ke Piala Suzuki AFF akhir tahun

17 Januari 2012


TLS_0017KEBAL tanpa bolos sebarang gol dalam dua perlawanan, tonggak Angkatan Tentera Malaysia, Aidil Zafuan Abd Radzak berharap prestasi yang ditunjukkannya bersama rakan sepasukan memberikan petanda baik buat pembabitannya dalam skuad kebangsaan menjelang kempen Piala Suzuki AFF akhir tahun ini.
Aidil, 24 yang hanya mampu melihat dari jauh rakan sepasukannya menjulang Piala Suzuki AFF buat julung kalinya dua tahun lalu dan sekali lagi tidak mahu berputih mata mengganggotai barisan bimbingan K Rajagobal yang akan turun mempertahankan mahkota mereka di laman sendiri pada kejohanan dwi-temasya serantau itu yang bakal dilangsungkan pada akhir tahun ini.
Pertahanan tengah itu yang mula mencipta nama pada penampilannya di Sukma 2004 di negeri kelahirannya, Negeri Sembilan itu terkilan berikutan kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang menimpanya pada final Piala Malaysia 2010 membantut hasratnya untuk bersama rakan seperjuangannya membawa pulang gelaran yang begitu diidamkan buat negara.
“Saya terkilan kerana tidak dapat bersama-sama rakan sepasukan membawa pulang Piala Suzuki buat julang kalinya. Kini saya berharap saya akan mendapat peluang kedua untuk mewakili negara dalam Piala Suzuki yang bakal dilangsungkan di tanah air.
“Perpindahan saya ke ATM jelas keputusan terbaik buat kerjaya saya. Saya kini sudah kembali menemui prestasi terbaik saya sejak sekian lama dibelenggu kecederaan.
“Masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai persembahan kami di bahagian pertahanan. Kami tidak bolos sepanjang dua perlawanan dan berharap untuk meneruskan prestasi cemerlang kami ketika berdepan Harimau Muda B (bawah 19 tahun kebangsaan) Isnin ini.
“Kami pernah menewaskan mereka (5-1) pada perlawanan persahabatan pra-musim tetapi ini tidak bermakna kami boleh mengambil mudah mereka,” kata Aidil.

Rita Rudaini Sedih, Suami Keluar Rumah

17 Januari 2012 


PETALING JAYA: Keadaan rumah tangga pelakon Rita Rudaini Mokhtar,36, dengan suaminya, Aidil Zafuan Abd. Radzak,25, kembali menjadi tegang apabila bintang bola sepak itu telah meninggalkan rumah mereka di Damansara di sini sejak seminggu lalu.
Menurut Rita, kejadian itu berlaku sewaktu dia bersama dua anak mereka iaitu Airit Rayyan Rizqin,3, dan Airit Rafqa Arjuna yang berusia sembilan bulan pulang ke kampung di Kangar, Perlis.
“Semasa di kampung, saya menerima mesej daripada Aidil yang menyatakan dia mahu keluar rumah. Sebagai isteri, saya tidak boleh berbuat apa-apa jika itu kehendaknya,” kata Rita sewaktu ditemui mStar Online di rumahnya di Sunway Damansara di sini.
Menurutnya, sewaktu tiba di Kuala Lumpur pada 10 Januari lalu, dia mendapati pakaian, kereta dan motosikal Aidil sudah tiada.
Ditanya adakah apa-apa perbalahan sebelum peristiwa itu, Rita memberitahu dia ada menegur sikap Aidil yang tidak bercakap benar mengenai satu majlis ulang tahun kelahiran ibunya, Azizah Arshad,59, yang diadakan di Seremban, Negeri Sembilan.
Kata Rita, dia agak berkecil hati kerana Aidil menyembunyikan majlis itu dan tidak mengajaknya untuk turut serta tetapi masalah tersebut dapat di selesaikan apabila dia membuat keputusan untuk tidak memanjangkan hal berkenaan.
Jelas Rita, dia menjadi bertambah terkejut apabila diberitahu oleh pembantu rumah mereka yang melihat Aidil bersama pasangan suami isteri iaitu Zaquan Adha yang juga kembarnya dan pelakon Ayu Raudhah terlibat membantu Aidil membawa dia keluar daripada kediaman tersebut.
“Saya terkejut kenapa ada orang lain sanggup mencampuri urusan rumah tangga saya dengan membantu “membawa lari” Aidil daripada rumahnya sendiri? Mereka sepatutnya memberi nasihat yang baik kepada Aidil dan bukan menghasut dia meninggalkan rumah yang menempatkan isteri dan anak-anaknya,” jelas Rita yang begitu sedih dengan kejadian tersebut.
Sehingga berita ini disiarkan Ahad, Rita sendiri tidak mengetahui di manakah Aidil tinggal tetapi ada menerima pesanan daripadanya yang bertanyakan tentang anak.
Kata Rita, dia buntu dengan masalah yang berlaku dan menyerahkan kepada Allah untuk memberi petunjuk selepas mengadu hal berkenaan kepada ibu dan bapa Aidil.
“Hubungan saya dengan ibu dan bapa mertua saya tiada masalah. Saya ada menghubungi mereka untuk menceritakan hal ini,” katanya.
Sebelum ini Rita dan birasnya, Zaquan telah “berperang” menerusi laman Twitter masing-masing apabila kedua-duanya berbalas kenyataan yang mempertikaikan sikap di antara satu sama lain.
Zaquan menyindir Rita yang tidak pernah berusaha untuk pulang ke Seremban bagi menjenguk mertuanya sendiri.
Manakala Rita pula mengatakan Zaquan bersikap keterlaluan yang bertujuan untuk memalukannya.
Rita memberitahu, perbalahan menerusi Twitter berkeesaan berpunca apabila Zaquan memberi komen yang menyakiti hatinya ketika dia berbalas pesanan dengan peminat berhubung kehidupan berumah tangga dan juga hubungan dengan mertua.
“Saya memberi nasihat secara umum mengenai mertua kepada peminat saya tetapi secara tiba-tiba Zaquan menyampuk menerusi laman Twitternya dengan menyindir saya. Pada hal, ia tiada kena mengena langsung dengannya,” kata Rita.
Jelasnya lagi, jika Zaquan tidak berpuas hati degannya, dia tidak perlu menyindir menerusi Twitter berkenaan sebaliknya boleh berhubung terus dengannya menerusi telefon.
“Kerana geram dengan sikapnya, saya terpaksa mengambil keputusan menulis beberapa perkara yang bertujuan untuk melindungi diri saya dalam Twitter miliki saya itu,” ujar Rita.
mStar


Rabu, 11 Januari 2012

Perang Twitter Antara Rita Rudaini Dan Zaquan Adha Semakin Panas?

12 Januari 2012


Nampaknya peperangan menggunakan medium Twitter antara Rita Rudaini dan adik iparnya, Zaquan Adha semakin hangat. Namun begitu kesahihan sama anda status update yang dibuat ditujukan kepada kedua-dua belah pihak tidak dapat disahkan kerana mereka tidak menyebut nama usernama masing-masing secara direct. Namun hampir kesemua tweet yang dibuat oleh mereka berdua seolah-olah membalas tweet antara satu sama lain.
zaquan rita
Sepert gambar di atas, Zaquan Adha menyatakan yang dia cuma ingin menyelamatkan abangnya, Aidil daripada seseorang yang kejam. Namun Abang Nara agak terkesima apabila membaca jawapan daripada Rita Rudaini:-
zaquan rita
zaquan rita
Senang cerita, benda-benda hal kekeluargaan sebegini tak perlu rasanya diupdate menggunakan Twitter. Satu Malaysia boleh baca. Agak memalukan kerana seolah-olah membuka pekung di dada sendiri.
Update: Lagi beberapa tweet yang ditulis oleh Rita Rudaini di bawah:-
zaquan rita
zaquan rita

(GOSIP) Rita Dan Zaquan Dilagakan Peminat?

12 Januari 2012


Kami telah menerima tip dari sesetengah pihak yang perang Twitter antara aktres Rita Rudaini dan adik iparnya, Zaquan Adha ialah berpunca dari salah seorang peminat yang bertanyakan soalan kepada Rita, kemudian melapor pula dan bertanya pada Zaquan, dan dia juga dikatakan pernah bertanyakan soalan pada isteri Zaquan, Ayu Raudhah. Mungkin tidak menyangka yang perbuatannya menyebabkan hubungan mereka berdua menjadi tegang, peminat tersebut telah membuat satu entri di blognya untuk meminta maaf:

Sekiranya anda tidak nampak, silakan klik di sini untuk membaca dengan lebih jelas. Peminat tersebut berkata dia mempunyai sebab untuk berbuat begitu, dan bukan untuk bersuka-suka, tetapi sebab itu mahu dirahsiakannya.
Bagi kami walau apa pun alasannya, sepatutnya anda menyedari yang perbuatan anda telah membuat perkara yang serius berlaku. Nama-nama yang terlibat di blog ini telah kami padam, tetapi kami pasti akan ada cara pembaca untuk mencari blog beliau (Twitternya sudah di privatekan) namun diminta untuk tidak menyerang atau mengutuk di blognya, kerana mungkin dia sudah sedar apa yang telah dilakukan.
Sebagai pengajaran, minatlah artis, tetapi biar ada batasnya.

Zaquan Adha – Tuduhan Rita Berbaur Ugutan


12 Januari 2012
Petang semalam, agak gempar dunia hiburan tanah air bila pelakon, Rita Rudaini dan adik iparnya, pemain bola sepak Negeri Sembilan Zaquan Adha telah ‘berperang’ status twitter. Ia bermula apabila Zaquan membalas satu kenyataan Rita mengenai pelakon itu yang “tidak kisah mertua sayang atau tidak”. Hasilnya, Rita mendakwa adik iparnya itu telah membuatkan seorang gadis(bukan isterinya) mengandung dan kemudian meminta gadis itu menggugurkan kandungan. Malam semalam, Zaquan telah memberitahu Mstar Online supaya Rita tidak menyebarkan fitnah kononnya dia telah melakukan perkara-perkara tersebut. Dia turut mendakwa tuduhan Rita itu berbaur ugutan untuk memalu serta menjatuhkan maruahnya sebagai orang yang dikenali.

Menurut Zaquan:-
Terlalu banyak tuduhan berbaur negatif yang dia (Rita) lemparkan kepada saya. Terus terang saya katakan, dengan apa yang ditulis dalam Twitter itu sebenarnya berbaur ugutan kepada saya.
Sudahlah ibu dan ayah saya tidak sihat, jika mereka dapat tahu tentang hal ini, mereka pastinya kecewa.
Zaquan juga enggan komen lanjut tentang isu itu kerana bimbang ia memberi kesan buruk kepada keluarga dan keadaan:
Saya tak mahu komen tentang perbalahan kami ini. Orang ramai boleh menilai sendiri dengan apa yang ditulis dalam entri Twitter saya itu.
Tuduhannya sudah melampau dan saya tidak boleh bersabar dengan dakwaannya itu. Kerana itu, saya membalas setiap apa yang dituduh.
Walau begitu, Zaquan mengaku kesal dengan entri Twitternya yang mampu mengundang suasana ‘panas’ kepada Rita.

Selasa, 10 Januari 2012

Zaquan Minta Rita Rudaini Tidak Sebar Fitnah

11 Januari 2012


Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak
PETALING JAYA: Bintang bola sepak kebangsaan, Zaquan Adha Abd Radzak menasihati kakak iparnya, pelakon Rita Rudaini Mokhtar agar tidak menyebarkan fitnah kononnya dia telah melakukan perkara tidak baik terhadap seorang wanita.
Zaquan berkata tuduhan yang ditulis dalam entri Twitter milik Rita itu adalah sebagai satu ugutan yang bertujuan untuk memalu serta menjatuhkan maruahnya sebagai orang yang dikenali.
"Terlalu banyak tuduhan berbaur negatif yang dia (Rita) lemparkan kepada saya. Terus terang saya katakan, dengan apa yang ditulis dalam Twitter itu sebenarnya berbaur ugutan kepada saya.
"Sudahlah ibu dan ayah saya tidak sihat, jika mereka dapat tahu tentang hal ini, mereka pastinya kecewa," katanya ketika dihubungi mStar Online, di sini, malam Selasa.
Inilah entri Rita Rudaini yang ditulisnya pada petang Selasa menyelar individu tertentu.
Perbalahan antara mereka tercetus apabila masing-masing dilihat mengeluarkan kenyataan sinis melalui laman sosial tersebut walaupun tidak menyebut nama individu yang dimaksudkan.
Dalam entri Twitter Zaquan, suami kepada pelakon Ayu Raudhah ini meluahkan rasa kecewa terhadap seorang individu yang tidak pernah pulang ke rumah untuk menjenguk mertua.
Malah Zaquan meminta individu berkenaan tidak mencari masalah dengan sikapnya yang dilihat semakin melampaui batas.
Zaquan Adha bersama isterinya, Ayu Raudhah.
Zaquan Adha meluahkan perasaan marah dalam Twitter miliknya pada entri petang Selasa.
Tambah Zaquan melalui Twiter terbabit, jika dia menjadi “batu api” dalam kemelut yang melanda keluarga, ia adalah disebabkan keinginan dia untuk menyelamatkan abangnya daripada seseorang yang dianggap kejam.
Dalam pada itu menurut Zaquan, dia enggan memberi komen tentang perbalahan antara mereka kerana risau jika isu tersebut akan memburukkan lagi keadaan dan keluarga.
"Saya tak mahu komen tentang perbalahan kami ini. Orang ramai boleh menilai sendiri dengan apa yang ditulis dalam entri Twitter saya itu.
"Tuduhannya sudah melampau dan saya tidak boleh bersabar dengan dakwaannya itu. Kerana itu, saya membalas setiap apa yang dituduh," kata Zaquan.
Bagaimanapun, Zaquan mengakui dia menyesal dengan entri tersebut yang boleh mengundang suasana “panas” terhadap individu yang dimaksudkan.
Sementara itu dalam entri Twitter milik Rita Rudaini pula, pelakon itu sekali lagi menyelar pihak tertentu yang cuba mencampuri urusan rumah tangganya sehingga tahap kesabaran dia telah hilang.
Rita dalam entri petang Selasa menulis pelbagai perkara sensitif tanpa menyebut nama individu yang dimaksudkan termasuklah mengisytiharkan “perang” bagi “membongkar” rahsia yang disimpannya.
“Jantan macam tu tak boleh dibiarkan... dia nak sangat malukan saya, meh kita start the game,” katanya.
Rita yang juga isteri kepada kembar Zaquan iaitu Aidil Zafuan dalam Twitter berkenaan turut berkata, seseorang yang hendak meruntuhkan masjid (merujuk kepada rumah tangganya) akan menerima balasan daripada Allah.
Kata Rita lagi, pihak yang membuat tuduhan kepadanya telah beberapa kali melakukan kejahatan sehingga diberi balasan dengan musibah patah kaki.
mStar Online beberapa kali menghubungi Rita lewat malam Selasa untuk mendapatkan komen mengenai kekecohan yang berlaku tetapi pelakon itu tidak mengaktifkan telefon bimbitnya.

Rita Rudaini Perang Dingin Dengan Adik Ipar

11 Januari 2012

Rita Rudaini Perang Dingin Dengan Adik Ipar


KL, 10 JAN 2012: Lama tidak mendengar kisah mengenai pelakon cantik Rita Rudaini terutama sekali selepas dia melahirkan anak keduanya, Airit Rafqa Arjuna.

Malah khabar yang Murai Batu dapat tahu, Rita memilih untuk merehatkan diri dahulu sebelum kembali aktif dalam dunia lakonan. Bagaimanapun Murai Batu dengar dia akan kembali aktif tidak lama lagi.

Opss...bukan perihal lakonan yang ingin Murai Batu ceritakan di sini, sebaliknya kisah mengenai perang dingin Rita bersama adik ipar Zaquan Adha yang dikatakan semakin bercambah semula.

Murai Batu tidak pasti sama perkara ini betul atau tidak, namun sumber yang memberi tahu Murai Batu mengatakan mereka berdua sedang berbalah dalam laman Twitter masing-masing. Senang cakap saling menyindir antara satu sama lain.

Umum sudah mengetahui hubungan mereka berdua tidak sebulu. malah hubungan Rita dengan isteri Zaquan Adha, pelakon manis, Ayu Raudhah pun dikatakan panas kerana pernah tersebar cerita mengatakan Ayu dan Zaquan menjadi batu api agar hubungan Rita dan ibu serta keluarga mertua bergolak.

Malah sejak berkahwin pun dengan Aidil Zafuan, kita semua sedia maklum hubungan Rita dengan ibu mertuanya juga sudah dingin. Murai Batu tidak tahu bagaimana hendak komen mengenai masalah mereka ini apatah lagi bila melibatkan permasalahan keluarga.

Cuma harapan Murai Batu agar mereka berdua dapat menyelesaikannya serta tidak perlulah membuka pekung sendiri buat tatapan umum. Lagipun masing-masing sudah berkeluarga kalau ada yang tidak puas di hati buangkanlah perasaan tersebut jauh-jauh.

MURAI BATU: Sering memaafkan orang yang menyakiti hati kita kerana akan membuatkan hati tenang selalu.

(GOSIP)Rita Rudaini Dan Zaquan Adha Saling Menyindir Menggunakan Medium Twitter?

11 Januari 2012


Nampaknya artis-artis tanah air kita semakin maju menggunakan teknologi yang ada. Bukan sekadar mendekatkan diri dengan peminat, tetapi turut menggunakannya untuk meluahkan perasaan tidak puas hati kepada orang lain. Menurut penelitian Abang Nara, Rita Rudaini dan Zaquan Adha kelihatan seperti turut sama sindir menyindir sesama sendiri menerusi medium Twitter. Segalanya bermula apabila Rita Rudaini mengeluarkan statement di bawah ketika menjawap pertanyaan peminatnya:-
rita aidil
Zaquan yang nampaknya seperti membaca tulisan Rita kemudiannya menulis status update di Twitternya seperti di bawah:-
rita aidil
Mungkin secara kebetulan (ataupun selepas membaca tulisan di atas) Rita Rudaini pula mengeluarkan statement ini:-
rita aidil
Tidak dapat disahkan sama ada mereka berdua saling menyindir di antara satu sama lain atau status update tersebut ditujukan kepada orang lain. Jika benar mereka menyindir sesama sendiri, Abang Nara cuma mampu doakan mereka berdoa mampu berdamai. Entri merujuk kepada Twitter Rita Rudaini dan Twitter Zaquan Adha.

Isnin, 2 Januari 2012

Kekok pertama kali

03 Januari 2012







PERNAH digandingkan bersama namun bukan sebagai pasangan kekasih atau suami isteri yang mungkin ada antara babak perlukan mereka memadu cinta.
Namun, kali ini menerusi drama bersiri Gemersik Kalbu, Aqasha, 28, dan Ayu Raudhah, 27, terpaksa bercinta dan menelan bulat-bulat setiap aksi intim yang akui mereka sedikit kekok pada mulanya.
Gemersik Kalbu mengisahkan Raihana (lakonan Ayu Raudhah) yang terjerat dengan rancangan Sufian (Aqasha) untuk satu ikatan perkahwinan.
Tanpa sudi dan kerana paksaan, Raihana membiarkan perkahwinan itu sepi tanpa cinta dan mesra akibat telah berjanji untuk setia sehidup semati untuk cinta Wan Ariffin (Fazreen Rafi), iaitu bekas kekasihnya yang terbunuh ketika diragut. Raihana bagai terpukul, keliru dan terperangkap dalam kesengsaraan sendiri.
Gugur sebab penat
Pemilik nama penuh Ayu Raudhah Che Wan itu mengakui dia agak lambat untuk 'masuk' ke dalam babak-babak romantis bersama Aqasha yang baru menimang cahaya mata bersama isteri, Noor Baizura Mohd. Sabri itu.
"Ada beberapa babak intim antara saya dan Aqasha, saya akui susah sikit untuk melakonkan watak itu tapi mujur Aqasha yang banyak membantu membuatkan kami selesa," katanya yang mengakui perkara itu disebabkan statusnya sebagai seorang isteri.
Malah tambahnya sebelum memulakan penggambaran, dia harus berlatih dengan pasangannya agar tidak terlalu kaku. Isteri pemain bola sepak Negeri Sembilan, Zaquan Adha Abdul Razak itu menegaskan suaminya lebih bertoleransi terutama perkara yang membabitkan kariernya.
"Dia seorang yang profesional, ini kerja saya dan dia tidak akan marah saya. Kalau dia tak mahu tengok adegan sedemikian maka dia sendiri yang akan tutup televisyen, tambahan intim yang dilakonkan bukan keterlaluan," ujar Ayu yang akan berehat sebulan selepas tamat penggambaran drama itu.
Dalam pada itu, Ayu menafikan beberapa dakwaan bahawa rumah tangga yang dibina bersama Zaquan berantakan. Kata Ayu mereka masih bahagia dan sentiasa memahami tugas masing-masing.
"Perkahwinan kami masih bahagia dan tiada sebarang masalah yang berlaku, mengenai keguguran sebelum ini saya serah pada takdir. Apa yang terjadi ada hikmah dan mungkin kami belum dikurniakan rezeki buat masa sekarang," getus Ayu yang mengalami keguguran ketika awal penggambaran drama Gemersik Kalbu akibat terlalu penat.
Ujarnya lagi: "Saya sudah bersedia kalau dikurniakan cahaya mata, lagi cepat lagi bagus."
Sementara itu, Ayu mengakui dia belum pernah bertemu dengan birasnya, Rita Rudaini apatah lagi untuk digandingkan bersama dalam drama.
"Saya tidak punyai sebarang masalah jika kami berdua digandingkan bersama, pernah juga saya dapat tawaran untuk berlakon dengan dia tapi mungkin pihak dia yang tidak bersetuju akhirnya ia senyap begitu saja," tutur adik kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan.
Kurus jaga anak
Firdee Aqasha Rosli atau nama komersialnya Aqasha menilai Ayu Raudhah seorang pelakon yang berbakat dan punyai rupa paras yang cantik.
"Saya selesa berlakon dengan Ayu, dia seorang aktres yang bagus dan berbakat besar. Kalau ingin membina hubungan kimia dengan dia tidak menjadi hal besar sebab dia pun seorang yang profesional," ucapnya yang ditemui bersama Ayu ketika sesi ramah mesra pelakon Gemersik Kalbu di Sri Pentas, Bandar Utama, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini.
Tambah Aqasha, bukan masalah besar untuk melakonkan babak romantik bersama Ayu kerana watak Sufian yang lebih romantik dan sentiasa punyai helah untuk memujuk Raihana.
Agak berbeza pegangan Aqasha, kalau Ayu pernah membaca novel Gemersik Kalbu sebelum ini namun Aqasha enggan membaca novel itu kerana mahu mencipta stail lakonannya sendiri.
"Novel itu ada dalam simpanan saya tapi saya yang tak mahu baca. Syariat seorang pelakon adalah skrip, jadi saya tak ingin dipengaruhi oleh watak dalam novel dan membawakan dengan cara saya sendiri," ujarnya yang mendedikasikan sebuah lagu berjudul Obsesiku untuk lagu tema drama itu.
Seronok menjadi bapa kepada Alehandra Ahmad, tiga bulan, Aqasha mengakui dia dapat melihat dirinya sendiri menerusi anak sulungnya itu.
"Ada anak macam mengenali diri sendiri, setiap hari adalah pengalaman baharu bagi kami sekeluarga," katanya yang ingin berdampingan dengan anaknya itu sehingga ke usia enam bulan.
Lebih fokus menjaga anak berbanding diri sendiri, Aqasha tidak menolak faktor itu menyebabkan berat badannya semakin susut.
"Kadangkala saya bangun tengah-tengah malam untuk buat susu, tukar lampin anak dan saya lebih gemar ambil bahagian berbanding menyerahkan segala tugas kepada isteri saya," tuturnya.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...