Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 18 Januari 2012

Ayu Raudhah: Rita Tak Puas Hati Dengan Saya

19 Januari 2012

Ayu Raudhah: Rita Tak Puas Hati Dengan Saya


Kemelut yang membabitkan pelakon, Rita Rudiani dengan keluarga pihak suami, Aidil Zafuan nampaknya masih tiada kesudahan malah semakin parah di mana kali ini Rita dan adik iparnya, Zakuan Adha hangat berperang di laman sosial, Twitter, petang semalam.
Kedua-dua mereka saling menyindir antara satu sama lain di mana Rita menuduh Zakuan sebagai batu api dan penyibuk manakala Zakuan menuduh Rita sebagai seorang manusia yang kejam. Perbalahan mereka menjadi lebih parah apabila Rita mendedahkan adik iparnya itu pernah menjalinkan hubungan dengan seorang wanita lain sehingga mengandung.
GUA cuba menghubungi Rita beberapa kali bagi mendapatkan penjelasan beliau namun kedua-dua nombornya tidak dapat dihubungi. Walau bagaimanapun, GUA berpeluang untuk bercakap dengan birasnya, pelakon Ayu Raudhah yang kononnya dikatakan pencetus perbalahan antara Rita dan Zakuan.
“Saya tak nak komen apa-apa. Mereka memang dah ada masalah sebelum saya masuk dalam keluarga itu lagi,” ujar Ayu saat diajukan mengenai perang Twitter antara Rita dan suaminya itu.
“Saya tahu tentang Twitter itu, tapi saya tak nak komen apa-apa. Bagi saya, sepatutnya perkara itu tak patut berlaku. Saya rasa lebih afdal jika hubungi mereka berdua saja kerana saya tak nak terlibat dengan hal ini.”
Apabila ditanya sama ada Ayu tahu apakah punca perbalahan mereka di Twitter petang semalam, Ayu memberitahu, “Saya rasa benda ini terjadi sebab Rita tak puas hati dengan jawapan saya di sebuah program hiburan. Wartawan tersebut tanya macam mana hubungan saya dengan Rita. Dari situ kononnya Rita anggap saya dah tak ada cerita lain kot sebab nak bercerita pasal dia. Saya hanya menjawab apa yang ditanyakan oleh wartawan tersebut saja.”
Menyentuh mengenai isu kononnya suaminya itu pernah menjalin hubungan dengan perempuan lain sehingga meminta perempuan tersebut menggugurkan kandungan, Ayu memberitahu, “Saya tak tahulah apa lagi yang akan keluar selepas ini.
“Saya tak tahu nak cakap apa sebab apapun, sudah tentu saya sebagai isteri akan berpihak pada suami saya. Mengenai isu itu, apa yang terjadi adalah dia pada waktu dulu, jadi saya tak kisah sebab saya kenal dia sekarang,” ujarnya sambil mengharap isu ini tidak dipanjang-panjangkan lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...