Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 16 Januari 2012

Ayu & Zaquan Tertekan Dituduh Batu Api

17 Januari 2012

Ayu & Zaquan Tertekan Dituduh Batu Api


Rumahtangga dramatis terkenal, Rita Rudiani dengan pemain bola sepak negara, Aidil Zafuan Abd Radzak sekali lagi dilanda badai apabila Aidil dikatakan nekad keluar meninggalkan rumah sejak minggu lalu. Difahamkan, Aidil telah keluar dari kediaman mereka ketika Rita dan dua puteranya, Airit Rayyan Rizqin dan Airit Qaqa Arjuna pulang ke kampung.

Lebih mengejutkan, adik iparnya, Zaquan Adha dan isteri, pelakon Ayu Raudhah dikatakan menjadi dalang di sebalik tindakan Aidil meninggalkan rumahnya. Dalam sebuah akhbar mingguan baru-baru ini, Rita mendakwa Zakuan dan Ayu menjadi batu api serta sanggup menghuru-harakan rumahtangga yang telah dibinanya selama empat tahun itu.

Bukan sengaja mahu menuduh, menurut Rita, kenyataannya ini dikuatkan lagi dengan paparan kamera litar tertutup (CCTV) dan informasi dari jiran tetangga yang melihat kelibat mereka berdua membantu Aidil untuk mengambil barang-barangnya.

Untuk mendapatkan kesahihan berita ini, GUA cuba mendapatkan kenyataan dari Ayu dan suaminya mengenai perkara ini. Tertawa dengan kenyataan yang dilemparkan kepada mereka, pasangan ini memberitahu mereka tidak terlibat langsung dengan keretakan rumahtangga Rita dan juga Aidil.

“Sebenarnya saya tak nak mengeruhkan lagi keadaan. Tapi bila Rita cakap kami tolong abang saya untuk keluar dari rumah, sudah timbul salah faham di situ. Ya, saya mengaku tolong hantar abang ke rumahnya, tapi tak lebih dari itu. Pada masa itu, kami nak keluar pergi The Curve dan Aidil meminta tolong kami untuk menghantarnya balik ke rumah. Selepas hantar, kami terus pergi The Curve,” ujar Zaquan ketika dihubungi sebentar tadi.

“Saya sebagai adik, bila abang minta tolong hantar ke rumah, saya tolong saja. Tak ada isu langsung kononnya kami tolong dia angkat barang. Selepas hantar, kami terus keluar dan tak tahu apa jadi selepas itu. Bila orang tuduh kami batu api dan punca keretakan rumahtangga mereka, saya dan Ayu agak tertekan. Masalah rumahtangga mereka dah lama, sebelum saya dan Ayu kahwin lagi, jadi bila kami dituduh sebagai punca, memang tertekan.”

Konflik antara Rita dengan kembar suaminya itu mula tegang apabila Rita dan Zaquan bergaduh di laman sosial Twitter, minggu lalu. Perang Twitter antara Rita dengan adik iparnya itu mula tercetus apabila Rita menulis “X kisah pon mak mertua syg ke tak..dik” sebelum dibalas oleh Zaquan dengan mesej berbunyi, “Memang la xkisah mak mertua x saying, sbb rumah mak mertua pun x pernah balik. Jgn cari pasal la…Makin lama makin melampau!!!”.

Dari situ, kedua-dua mereka ini mula menyindir antara satu sama lain sehingga keadaan menjadi lebih tegang apabila Rita membongkar kononnya pemain ATM ini pernah menjalinkan hubungan dengan wanita lain sehingga wanita tersebut mengandungkan anak luar nikah.

“Berkenaaan Twitter, dia membabitkan nama mak mertua. Saya sangat marah bila orang gunakan nama mak saya. Saya hanya mempertahankan hak saya sebagai anak. Tak apalah, asalkan kami tak masuk hal rumahtangga dia, itu sudah memadai.

“Saya tak boleh nak bagi kenyataan lagi kerana apa yang kami cakap, asyik dibalas saja. Sampai bilapun, kes ini tak akan habis. Orang asyik memburuk-burukkan kami. Jadi, selepas ini, siapa nak cakap, cakaplah, asalkan saya, isteri dan keluarga tahu perkara sebenar, cukuplah,”jelas Zaquan mengakui enggan mengeruhkan keadaan lagi.

“Pihak sana pun dah keluar banyak kenyataan, jadi tak perlulah saya nak perbetulkan keadaan lagi. Bagi saya, hal rumahtangga biarlah selesaikan sendiri dan jangan babitkan hal orang lain. Saya tak masuk campur hal rumahtangga mereka. Apa-apapun biar dia yang jawab, kami tak nak komen apa-apa lagi. Apa sebab Aidil keluar rumah, kena tanya Aidil dan Rita sendiri. Bagi saya, Aidil sendiri boleh fikir mana baik dan buruk untuk dia.”

Bagi Ayu pula, “Abang Aidil sebenarnya bukan budak kecil lagi yang kami boleh nak arah dia untuk keluar ataupun masuk. Dia dah cukup besar untuk berfikir sendiri. Kami hanya pergi hantar dia saja dan kemudian terus balik. Jika ada CCTV, kenapa tak tunjuk kami tengah buat apa.

“Saya tahu keadaan kami betul, jadi biarlah orang nak cakap apa-apapun. Bagi saya, mereka tahu masalah mereka dan mereka tak patut tuding jari kepada kami. Kami tak ada sebab untuk melaga-lagakan atau menghasut mereka. Kami tak masuk campur pun hal rumahtangga mereka. Sepatutnya, rumahtangga kita, kita kena selesaikan sendiri, jangan nak kaitkan orang lain,”jelas Ayu mengakhiri perbualan.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...