Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 16 Januari 2012

AIDIL mahu teruskan prestasi cemerlang, intai tempat ke Piala Suzuki AFF akhir tahun

17 Januari 2012


TLS_0017KEBAL tanpa bolos sebarang gol dalam dua perlawanan, tonggak Angkatan Tentera Malaysia, Aidil Zafuan Abd Radzak berharap prestasi yang ditunjukkannya bersama rakan sepasukan memberikan petanda baik buat pembabitannya dalam skuad kebangsaan menjelang kempen Piala Suzuki AFF akhir tahun ini.
Aidil, 24 yang hanya mampu melihat dari jauh rakan sepasukannya menjulang Piala Suzuki AFF buat julung kalinya dua tahun lalu dan sekali lagi tidak mahu berputih mata mengganggotai barisan bimbingan K Rajagobal yang akan turun mempertahankan mahkota mereka di laman sendiri pada kejohanan dwi-temasya serantau itu yang bakal dilangsungkan pada akhir tahun ini.
Pertahanan tengah itu yang mula mencipta nama pada penampilannya di Sukma 2004 di negeri kelahirannya, Negeri Sembilan itu terkilan berikutan kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang menimpanya pada final Piala Malaysia 2010 membantut hasratnya untuk bersama rakan seperjuangannya membawa pulang gelaran yang begitu diidamkan buat negara.
“Saya terkilan kerana tidak dapat bersama-sama rakan sepasukan membawa pulang Piala Suzuki buat julang kalinya. Kini saya berharap saya akan mendapat peluang kedua untuk mewakili negara dalam Piala Suzuki yang bakal dilangsungkan di tanah air.
“Perpindahan saya ke ATM jelas keputusan terbaik buat kerjaya saya. Saya kini sudah kembali menemui prestasi terbaik saya sejak sekian lama dibelenggu kecederaan.
“Masih terlalu awal untuk memperkatakan mengenai persembahan kami di bahagian pertahanan. Kami tidak bolos sepanjang dua perlawanan dan berharap untuk meneruskan prestasi cemerlang kami ketika berdepan Harimau Muda B (bawah 19 tahun kebangsaan) Isnin ini.
“Kami pernah menewaskan mereka (5-1) pada perlawanan persahabatan pra-musim tetapi ini tidak bermakna kami boleh mengambil mudah mereka,” kata Aidil.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...