Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 27 Disember 2010

SOROTAN 2010 : Artis Kahwin, Bertunang & Dapat Anak

27 Disember 2010


PETALING JAYA: Tahun 2010 yang akan melabuhkan tirainya memberi kenangan yang terindah buat insan-insan seni apabila mereka melangkah ke alam bahagia dengan perkahwinan, pertunangan dan tidak kurang juga yang menerima cahaya mata.
Tentunya kehadiran 2011 akan memberi sinar baru buat mereka agar apa yang diazamkan dalam hidup akan terlaksana.
Kenangan indah sepanjang tahun ini bermula seperti berikut:
PERTUNANGAN
Memey dan Norman.
1. MEMEY SUHAIZA & NORMAN HAKIM: Pasangan pelakon Norman Hakim dan Memey Suhaiza telah mengikat tali pertunangan pada 13 September lalu di rumah keluarga Memey di Felda Tenggaroh Selatan 1, Kota Tinggi, Johor. Pasangan ini belum menetapkan tarikh perkahwinan mereka dan menjangkakan bakal bernikah selewat-lewatnya pada awal tahun depan.
2. AYU RAUDHAH: Pelakon Ayu Raudhah, 25, selamat bertunang dengan pemain bola sepak kebangsaan, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, dalam satu majlis merisik secara tertutup dan penuh rahsia yang diadakan di rumah keluarga Ayu di Subang Jaya pada 17 Oktober lalu.
Pasangan itu bukan sengaja merahsiakan tentang majlis tersebut sebaliknya menghormati keputusan keluarga Zaquan ekoran kontroversi yang baru sahaja terjadi melibatkan aktres Rita Rudaini dan suaminya, Aidil Zafuan Abdul Radzak, kembar Zaquan.
Mereka dijadual bernikah pada 20 Januari 2011 di rumah pengantin perempuan di Taman PKNK, Alor Setarm Kedah manakala majlis resepsi akan menyusul pada 21 Januari 2011 di lokasi yang sama.
Sementara majlis resepsi sebelah pengantin lelaki dijangka berlangsung pada 29 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan.
Nina dan Noh.
3. MIZZ NINA & NOH (HUJAN): Teka teki gosip pertunangan pasangan Mizz Nina atau Shazrina Azman,30, dan penyanyi kumpulan Hujan, Noh Salleh,26, terjawab apabila mereka membuat pengumuman telah pun bertunang pada 6 November lalu.
Majlis pertunangan tersebut diadakan di rumah keluarga Mizz Nina di Ampang Jaya, Kuala Lumpur yang dihadiri kira-kira 50 orang sanak-saudara termasuklah keluarga Noh dari Miri, Sarawak.
Seperti Ayu Raudhah dan Zaquan, pasangan ini turut merahsiakan majlis pertunangan tersebut untuk menghormati permintaan keluarga yang inginkan majlis dilakukan secara privasi.
Pasangan ini bakal dinikahkan pada 1 Julai 2011 sempena tarikh lahir Nina. Kemudian majlis resepsi bakal berlangsung pada 3 Julai 2011 untuk keluarga dan tetamu-tetamu kehormat di Hotel Shangri-La, pada 6 Julai 2011 untuk rakan-rakan dan para media di Hotel Doubletree, Kuala Lumpur dan resepsi ketiga di Sarawak pada 15 Julai 2011.
4. SITI SARAH & SHUIB (SEPAH): Sebelum ini, dia pernah putus tunang dengan jejaka berasal dari New Zealand, Mohd Harith Fuad Robinson.
Kini penyanyi Siti Sarah Raisuddin, 26, telah meninggalkan kisah silamnya. Yang penting dia sedang berbahagia dengan tunangnya, Shahmira Muhammad, 26, atau Shuib (Raja Lawak) selepas mereka melangsungkan pertunangan pada 16 November lalu di kediaman keluarga Sarah di Kuala Selangor.
Bukan sengaja menyorok berita pertunangannya daripada pihak media sebaliknya penyanyi lagu Kesetiaan ini menerima kejutan daripada pihak Shuib.
Pasangan ini belum menetapkan tarikh perkahwinan mereka kerana sibuk dengan karier seni masing-masing.
Serina dan Gavin.
PERKAHWINAN
1. SERINA REDZUAN: Pelakon Serina Redzwan,27, memulakan tahun baru 2010 dengan perkahwinan apabila dia dan Gavin Edward O’Luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar,33, disatukan dengan sekali lafaz sebagai suami isteri.
Majlis pernikahan mereka diadakan di Majslid wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur pada 1 januari 2010. Serina menerima wang hantaran sebanyak RM30,000 dan 11 dulang hantaran.
Kedua-dua mereka telah menimang cahaya mata lelaki bernama Tristan Tareef pada 13 September lalu.
2. SHIDEE: Perkahwinan penyanyi popular era 80-an Shidee, 51, dan Siti Fairunnisa Aziz, 22, khabarnya tidak direstui oleh ibu mertuanya, Jamaliah Hassan.
Lantaran itu, Jamaliah telah membuat tiga laporan polis sebelum pasangan berbeza usia 29 tahun itu dinikahkan pada 1 Februari lalu di pejabat Agama Islam Hulu Selangor, Kuala Kubu Bharu dengan berwalikan bapa saudara Siti Fairunnisa.
Diddy dan Allen.
Bagaimanapun, kisah kontroversi ‘cinta tiga segi’ Shidee membawa rezeki pada penyanyi ini bila dia ditawarkan menjadi duta produk.
3. DIDDY HIRDI: Penyanyi Syamsul Hirdi Muhid atau lebih dikenali sebagai Diddy, 25, selamat dinikahkan dengan pasangannya, Allen Nor Azah Musa di Masjid Kampung Pasir Putih, Pasir Gudang, Johor Baru, pada 6 Februari lalu.
Dengan dua kali lafaz, pasangan mempelai yang telah berkenalan sejak 10 tahun lalu dan mengikat tali pertunangan selama empat tahun kini sah bergelar suami isteri dengan mas kahwin RM300 beserta tujuh dulang hantaran termasuk wang hantaran berjumlah RM10,000.
Pasangan ini dijangka bakal menerima kelahiran bayi perempuan pada 12 Januari 2011.
Imuda dan isteri.
4. IMUDA: Episod kahwin diteruskan dengan pelakon Imuda, 50, yang mengakhiri zaman duda menikahi adik angkatnya Zabarina Haja Mushadi Ali, 28, pada 20 Februari lalu di sebuah masjid di Pulau Pinang.
Kini, isterinya sedang hamil lebih lima bulan.
Umie Aida dan suami.
Imuda pernah mendirikan rumah tangga pada 1994 dengan Rozalina Rosli dan bercerai sepuluh tahun kemudian. Pada 23 Disember 2008 bekas isterinya itu meninggal dunia akibat barah payu dara.
5. UMIE AIDA: PELAKON jelita, Umie Aida, 37, melangsungkan pernikahannya dengan Datuk Paduka Khairuddin Abu Hassan, 47, pada 14 Mac lalu di Masjidil Haram, Mekah.
Zizan dan Fazilah.
Suami Umie merupakan seorang duda dan mempunyai dua orang anak manakala Umie mempunyai dua orang anak angkat.
5. ZIZAN NIN: GENAP tiga bulan mengikat tali pertunangan, pelakon Zizan Nin, 37, sah bergelar suami kepada personaliti ntv7, Fazilah Hani Harun (Hani), 30, pada 19 Mac lalu, di Masjid Negara.
Pasangan ini dinikahkan oleh Pendaftar Perkawinan, Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan, Abdullah Hashim berwalikan bapa pengantin perempuan Datuk Harun Hashim dengan mas kahwin sebanyak RM651.
6. AIDA (GADIS MELAYU): Juara Gadis Melayu musim pertama, Khairul Noormaaidah Zali atau Aida, 25, selamat diijabkabulkan dengan pasangannya, pembaca berita Buletin Utama TV3, Mohd Saiful Nizam Ismail, 28, dengan sekali lafaz di rumah keluarga pengantin perempuan di Bandar Country Homes, Rawang, pada 4 Jun lalu.
Aida dan Saiful.
Mohd Saiful dan Aida dinikahkan oleh bapa pengantin perempuan, Zali Ismail, 59, dengan mas kahwin RM6,000.
7. AZIZ M. OSMAN: Dengan sekali lafaz, pengarah filem dan drama popular Aziz M. Osman, 48, kini sah bergelar suami kepada Puteri Lily Lokman, 21, pada 6 Jun lalu di Masjid Negara.
Pernikahan Aziz dan Puteri Lily merupakan perkahwinan yang keempat selepas perkahwinannya terdahulu termasuk dengan aktres dan produser drama, Nur Aliah Lee.
Sementara perkahwinannya dengan seorang ustazah, Nor Radhiah Ramli, 22, pada 16 Ogos 2008 dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi Syariah, Kuala Terengganu kerana wanita berkenaan masih dalam tempoh edah ketika majlis pernikahan dilakukan.
Hasil perkahwinannya yang lalu, Aziz dikurniakan enam cahaya mata iaitu Puteri Nurul Fatehah, 20, Puteri Nur Asyiqin, 15, Putera Mohd Aiman, 13, Puteri Nur Aisya, 9, Puteri Nur Ain, 7 dan Putera Mohd. Ameen, 5.
8. WAFA ABDUL KADER: Pelakon dan penerbit Wafa Tan Sri Abdul Kader, 44, sah bergelar isteri kepada Tajul Faizal Tamimuddin, 44, pada 11 Jun lalu di Masjid At-Taqwa, Taman Tun Dr Ismail Kuala Lumpur.
Bagi Wafa yang bergelar ibu tunggal selama 10 tahun, ini merupakan perkahwinan ketiganya dan dikurniakan empat orang anak lelaki sementara Tajul pula berkahwin buat kedua kalinya selepas bercerai setahun lalu dengan isteri pertamanya dan dikurniakan dua orang anak iaitu seorang lelaki dan seorang perempuan. Namun anak lelakinya itu meninggal dunia pada tahun 2005.
9. HARITH ISKANDER: Sekian lama membujang, kini pengarah, pelawak dan pelakon terkenal tanah air, Harith Iskander Musa sah bergelar suami kepada doktor dan model sambilan, Jezamine Lim di Kota Damansara, pada 12 Jun lalu.
Hanya dengan sekali lafaz, Harith Iskander, 44, dan gadis berdarah kacukan Cina dan India, Jezamine, 27, yang baru memeluk Islam di Pertubuhan Kebajikan Islam Malaysia (Perkim) Shah Alam, Selangor, pada 12 Mei lalu berjaya disatukan walaupun tanpa kehadiran ramai ahli keluarga masing-masing.
Dalam majlis serba ringkas itu, pihak lelaki memberikan mas kahwin RM300 dan sebentuk cincin Carat Club serta wang hantaran sebanyak RM50,000.
10. AIDA ARIS: Agak berlainan dengan aktres Aida Aris dengan Husfarid Shaikh Ali @ Shaikh Hussain apabila mereka memilih bulan puasa untuk melangsungkan perkahwinan.
Dengan sekali lafaz, Aida, 38, sah bergelar isteri kepada Husfarid, 38, di kediaman pengantin perempuan pada pukul 10.45 pagi di Taman Sierra Ukay, Hulu Kelang pada 4 September lalu.
Husfarid merupakan Ketua Pramugara MAS dan telah hidup menduda selama tiga tahun. Hasil perkahwinan pertamanya, dia dikurniakan dua orang anak.
Bagi Aida yang menjanda selama lima tahun, ini merupakan perkahwinan keduanya dan tidak dikurniakan cahaya mata selepas berkahwin dengan produser program, Bob Azrai.
11. JIMMY SHANLEY: Dengan tiga kali lafaz, pengacara Akademi Fantasia musim ke-8 (AF8), Jimmy Shanley Norjahan Saleh selamat diijabkabulkan dengan Nursuhaila Eliani Datuk Suhaimy pada 1 Oktober lalu.
Bagaimanapun, rumah tangga yang dibina pasangan ini semakin rapuh apabila kedua-dua mereka dikatakan sudah tidak tinggal serumah sejak beberapa minggu lalu.
Menurut maklumat yang diterima mStar Online, pasangan tersebut mengambil pendekatan berkenaan apabila berlaku masalah dalam rumah tangga mereka.
12. SHEIKH MUSZAPHAR: Dengan sekali lafaz, Angkasawan Negara Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor selamat diijabkabulkan dengan pasangannya Dr Halina Mohd Yunos pada 10 Oktober lalu.
Majlis akad nikah yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya dilakukan sendiri oleh bapa Dr. Halina, Lt Kol (B) Mohd Yunos Mohd Ali, dengan disaksikan Pengarah Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (Jawi) Datuk Che Mat Che Ali.
Menariknya, 100 angkasawan dari 35 negara juga tidak ketinggalan untuk menghadiri majlis itu.
13. AQASHA: Penyanyi dan pelakon Firdee Aqasha Rosli, 28, sah bergelar suami kepada Noor Baizura Mohd Sabri, 27, dengan sekali lafaz.
Majlis pernikahan berlangsung di Lake Fields, Sungai Besi,Kuala Lumpur. Pengantin perempuan menerima mas kahwin RM80, wang hantaran RM20,000 dan seutas rantai emas putih.
14. DIA FADILA: Tarikh perkahwinan pada 10 Oktober lalu turut dikongsi oleh penyanyi Dia Fadila. Dengan sekali lafaz, Nur Nadia Fadila Abu Bakar atau Dia Fadila, 26, sah bergelar isteri kepada Redza Hj Abdullah Sanusi, 33, dalam satu majlis pernikahan serba ringkas yang diadakan di Masjid Wilayah Persekutuan, Jalan Duta, Kuala Lumpur.
15. RAJA FARAH: Bagaikan suatu keajaiban yang besar dirasai oleh pasangan pengantin baru, Raja Farah Raja Aziz, 22, dan Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria, 25, setelah selesai diijabkabulkan.Pasangan ini dinikahkan pada 12 November 2010, Jumaat, di Tropika, di sini.Beberapa hari menjelang perkahwinan, pasangan ini dilanda gosip hamil anak luar nikah. Bagaimanapun, mereka menafikan dakwaan tersebut.
16. ELYANA: Pasangan pengantin baru, penyanyi Erneelya Elyana Emrizal, 23, dengan pasangannya Khiarul Anuar Husin, 35, terkejut dan berasa terharu apabila pernikahan dilakukan sendiri oleh bapa Elyana, Emrizal Shamsuddin.
Mengikut perancangan awal, akad nikah itu sepatutnya dilakukan oleh Imam Masjid Al-Akram, Kg Datuk Keramat, namun dia terkejut apabila bapanya tampil mengambil tanggungjawab tersebut pada saat-saat akhir.
Pasangan ini selamat diijabkabulkan dengan sekali lafaz pada 19 November lalu di Duchess Place, Jalan Ampang, Kuala Lumpur.
17. ZAIBO: Agak mengejutkan industri seni apabila menerima khabar pelawak Zainal Ariffin Abd Hamid atau Zaibo, 54, menamatkan zaman bujangnya dengan Siti Hawa Shawal, 45, di Pejabat Agama Islam, Batu Pahat, pada 3 Disember lalu.
Dengan dua kali lafaz, pelakon veteran yang dikenali dengan gelaran Pak Selamat menerusi sitkom Spanar Jaya itu bernikah dalam satu majlis tertutup yang ringkas di kampung pengantin perempuan dengan dihadiri oleh rakan dan saudara terdekat.
Ini merupakan perkahwinan pertama buat Zaibo dan yang kedua bagi Hawa.Hasil perkahwinan pertama, Hawa dikurniakan sembilan orang anak berusia antara 3 hingga 26 tahun.
18. MARION COUNTER: Pengacara popular Marion Counter berkahwin dengan pasangannya pewaris Kumpulan Naza, SM Nasarudin SM Nasimuddin di kediaman lelaki itu di Bukit Tunku pada 16 Disember lalu.
Difahamkan, majlis pernikahan tersebut diadakan secara tertutup dengan kehadiran keluarga serta teman-teman rapat sahaja.
19. ADAM AHMAD: Penyanyi yang popular dengan lagu Kau Pergi Jua, Adam Ahmad, akhirnya menamatkan zaman bujangnya di usia 46 tahun dengan seorang janda, Norliza Ayat, 42 di kediaman penyanyi itu, pada 19 Disember lalu.
Adam yang sah bergelar suami kepada Norliza itu dengan dua kali lafaz turut menyerahkan mas kahwin bernilai RM300, wang hantaran sejumlah RM3100 serta 13 dulang dibalas 15.
Ini merupakan perkahwinan pertama buat Adam dan kedua buat Norliza yang telahpun memiliki dua orang anak, Mohd Radhi, 25 dan Mohd Taqbir, 17.
20. BIENDA: Pernikahan penyanyi Bienda atau nama sebenarnya Nor Razlinda Razli, 25, menimbulkan tanda tanya apabila dia masih berahsia mengenai tarikh pernikahannya dengan produser program di Primeworks Studios, Kamarul Zariman Abd Rahman.
Alasan Bienda, dia merahsiakan tarikh pernikahan dan lokasi majlis akad nikah kerana memenuhi permintaan keluarga memandangkan majlis itu dibuat secara tertutup.
Bagaimanapun, Bienda tidak lokek berkongsi maklumat lain mengenai majlis pernikahannya di mana Kamarul atau dipaggil Boy sah bergelar suami kepada Bienda selepas dua kali lafaz dengan mas kahwin RM80.
Bienda turut menerima wang hantaran sejumlah RM11,111.11 daripada pihak lelaki.
21. CAMELIA: Penyanyi dan hos popular program Casa Impian, Dayang Nur Camelia Abang Khalid atau lebih dikenali dengan nama Camelia khabarnya telah mendirikan rumah tangga dengan seorang ahli perniagaan sekitar awal tahun lalu.
Menurut sumber-sumber yang rapat dengan beliau, suami baru Camelia itu bukanlah Wira Tun Daim Zainuddin yang sebelum ini dikaitkan dengannya.
Sumber itu tidak menafikan bahawa hubungan rapat antara Camelia dengan anak bekas menteri kewangan itu menjadi punca orang mengatakan penyanyi kelahiran Sarawak itu berkahwin dengannya.
ANAK PENYERI HIDUP
1. CATRIONA ROSS: Catriona Ross menerima kelahiran bayi pertamanya pada 12 Mac 2010 selepas berkahwin dengan Shaharuddin Mokhtaruddin. Anak mereka diberi nama Sephia Rania Ross Eddin.
2. EDRY ABDUL HALIM: Komposer, pengarah dan penyanyi terkenal, Edry Abdul Halim menyambut kelahiran anak keempatnya, Elya pada 7 Jun lalu.
Edry berkahwin dengan Milia Mohamad, 35, dan dikurniakan anak bernama Emil, 10, Edylia, 7, dan Emery, 3.
3. SERINA REDZUAWAN: Pelakon dan pengacara, Serina Redzuawan, 26, selamat melahirkan bayi lelaki di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur, pada 13 September lalu.
Serina dan suaminya, Gavin Edward O'luanaigh atau nama Islamnya Salahudin Ghafar menamakan anak sulung mereka Tristan Tareef O'luanaigh yang bermaksud 'lain dari yang lain' dalam bahasa Arab.
4. ASHRAF SINCLAIR: Pelakon Ashraf Sinclair, 31, telah dikurniakan anak lelaki pada 22 September lalu. Dia dan isterinya, penyanyi Indonesia, Bunga Citra Lestari,27, memberikan nama Noah kepada bayi sulung mereka itu.
5. AHMAD IDHAM: Pengarah filem Ahmad Idham Ahmad Nadzzri mendapat anak lelaki apabila isterinya Jameah Abdul Aziz selamat melahirkan bayi berkenaan di Hospital Gleanigles Intan, Ampang, Selangor pada 6 Oktober lalu.
Pasangan ini turut mempunyai tiga anak lain iaitu Ahmad Firdaus, 9, Ahmad Aydeel, 5, dan Kintan Myra, 3.
6. ANNE NGASRI: Pelakon Anne Ngasri atau nama sebenarnya Nasriah Ngasri, 25, selamat melahirkan bayi perempuan pada 21 Oktober lalu di Hospital Tawakal, Kuala Lumpur.
Anne yang telah bercerai dengan suaminya, Abdul Wafi Hassan pada 25 Jun lalu turut dikurniakan dua cahaya mata lelaki, Abdul Warits, 2, dan Abdul Wafri, 1.
7. SHAMRIN (FOTOGRAF): Balu penyanyi Shamrin (Fotograf) selamat melahirkan bayi lelaki bernama Muhammad Akmal Shamrin pada 1 Disember lalu di Hospital Serdang.
Hasil perkahwinan dengan Jazriatul Akma, mereka turut dikurniakan dua anak lelaki iaitu Akmal Danish,5 dan Akmal Shamim, 18 bulan.
Semoga kebahagiaan mereka akan berkekalan buat selama-lamanya sementara bagi yang mendapat cahaya mata, jagalah amanah itu dengan sebaik mungkin.
Esok, jangan lupa menatap mStar Online untuk mengikuti kisah yang mengguris hati sepanjang 2010 iaitu penceraian.

Khamis, 23 Disember 2010

Aidil Zafuan terkilan

24 Disember 2010

SAYA terkilan tidak dapat bersama rakan sepasukan, Ahad ini, tetapi saya tetap mendoakan kejayaan buat mereka semua, luah ketua pasukan, Aidil Zafuan Abd Radzak yang hanya mampu melihat dari jauh final Piala Suzuki AFF selepas diketepikan dari skuad K Rajagobal berikutan kecederaan berpanjangan. 

Aidil, 23, bernasib malang apabila kecederaan Anterior Cruciate Ligament (ACL) yang menimpanya pada final Piala Malaysia membantutkan hasrat membantu skuad kebangsaan dalam dua tugasan utama tahun ini.


Apa nak buat, dah nak jadi. Selepas saya bertembung dengan Norshahrul (Idlan Talaha), saya merasakan kesakitan pada kaki saya dan tidak dapat bangun.
Kebimbangan saya terbukti benar apabila doktor mengesahkan saya tidak dapat beraksi untuk enam hingga tujuh bulan. Saya begitu kecewa selepas menjalani ujian imbasan MRI dan diberitahu saya terlepas Sukan Asia di China dan Piala AFF, katanya.

Bagi Aidil barisan pertahanan muda skuad negara membuktikan mereka mampu menggalas tanggungjawab berat diletakkan pada bahu mereka sebelum gagal menemui keserasian pada awalnya sehingga dibelasah Indonesia 5-1 pada 1 Disember lalu.

Saya yakin barisan pertahanan ini tidak akan membuat kesilapan yang sama pada final menentang Indonesia nanti, katanya.

Aidil dijangka akan kembali beraksi pada Mei 2011.

Rabu, 22 Disember 2010

Apa Yang Sensasi, Apa Yang Kontroversi Sepanjang 2010?

22 Disember 2010 



KUALA LUMPUR, 2 DIS 2010: Artis, gosip dan kontroversi tidak mampu dipisahkan. Naik dan turun populariti seseorang artis atau selebriti secara tidak langsung turut dinilai menerusi segala kisah yang tercalit sepanjang diri mereka bergelar insan seni. Dek kerana itu, dunia hiburan tidak pernah sunyi dengan gosip dan kontroversi yang sengaja atau tidak sengaja dicipta oleh mereka.

Ada yang suka dan ada juga tidak begitu menggemari dengan palitan gosip dan kontroversi yang singgah untuk seketika dalam kehidupan mereka. Kadang kala, jalan pintas untuk menidakkan segala gosip dan kontroversi ialah dengan menyalahkan medium media sendiri.

Umpama membaling batu dan menyorokkan tangan mungkin pepatah yang sesuai diberikan kepada segelintir artis yang bersikap sebegitu.

Namun tidak dapat dinafikan masih wujud beberapa artis yang berani mengakui segala kisah yang tercipta akibat kekhilafan masing-masing.Sama ada gosip dan kontroversi yang tidak mampu dipisahkan daripada mereka, atau mereka sendiri yang membuka ruang untuk dihinggapi perkara tersebut, biarlah hanya peminat yang menilaikannya.

Tahun 2010 ini menyaksikan pelbagai gosip dan kontroversi melingkari diari kehidupan golongan selebriti ini.Sebagai penutup tirai penghujung tahun ini, murai.com.my ingin membawa pembaca semua menyingkap sorotan gosip dan kontroversi yang melanda artis masa kini.

Bukan mahu membuka pekung di dada sebaliknya sebagai renungan bersama, agar segala peristiwa pahit yang pernah melanda sebahagian artis ini menjadi pengajaran terbaik buat yang lain untuk tidak mengulanginya di lebaran baru 2011.

1. Fahrin Ahmad: 

Tersentap dengan kenyataan Linda Onn yang mendakwa menuduhnya sebagai kaki pukul ia membuatkan aktor bertubuh sasa mengambil keputusan nekad untuk menyaman deejay Suria FM tersebut.
Mengadakan sidang akhbar meminta Linda memohon maaf dalam tempoh tujuh hari, majlis tersebut turut menyaksikan aktor berbadan sasa ini menangis kerana terkilan dengan apa yang telah berlaku.

Cucuran air mata Fahrin membuatkan ramai pihak terkedu dan terkejut serta bersimpati dengannya. Mungkin simpati hanya ada pada insan lain namun di pihak Linda, dia tidak kisah untuk disaman serta bersedia untuk bertemu dengan aktor tersebut di mahkamah bagi menjelaskan kdudukan sebenar.

Dalam ketegangan itu akhirnya atas nasihat rakan-rakan seni Fahrin yang berkobar-kobar mahu menyaman Linda telah melupakan hasratnya itu demi kesejahteraan industri hiburan.

Ahmad Nabil Ahmad: Akibat keceluparan mengutuk filem lakonan sendiri, dia hampir-hampir disaman sebanyak RM2 juta oleh penerbit filem Lu Fikirlah Sendiri The Movie, SDAF Pictures.

Nasib lelaki kelahiran Negeri Sembilan ini amat baik kerana saman tersebut ditarik balik atas sebab-sebaba yang tidak pasti.

Tamat cerita saman, kehangatan kisah cinta Nabil pula muncul. Setelah beberapa tahun menyulam cinta dengan pelakon dan pengacara Irma Hasmie akhirnya percintaan itu terlerai di tengah jalan. Semua ini dikatakan berpunca daripada kecurangan Nabil yang khabarnya berjaya dihidu Irma.

Irma yang tidak dapat menerima keadaan itu telah membuat keputusan nekad dengan memutuskan hubungan mereka. Belum pun reda kisah tersebut, gambar-gambar Nabil bersama kekasih barunya, Qasha pula berselerak di laman web. Paling kecoh apabila gambar bercium mereka berjaya didedahkan. Enggan membuat laporan polis kerana tidak mahu memanjang kisah dongeng itu , Nabil secara gentleman telah mengeluarkan kenyataan bahawa gambar tersebut hanyalah sekada superimposed. Jangan tertipu ye!

2. Ammar Alfian Aziz:

Model dan pelakon suam-suam kuku ini telah membuat tindakan berani mati. Berikutan tak puas hati dengan sikap jurugambar yang meminta kekasih hatinya, Puteri Sarah Liyana bergambar bersama Nabil semasa preview filem Lu Fikirlah Sendiri The Movie, Ammar dikatakan telah menunjukkan muka yang ketat.

Tahap suhu panas Ammar yang sedang mengelegak itu telah membuatkan dia nekad menulis di status Facebooknya mahu membunuh orang-orang media yang telah membakar hatinya. Keberanian Ammar akhirnya memakan diri apabila dia diboikot oleh wartawan hiburan. Selang beberapa bulan kekebalan Ammar terlerai juga apabila dia tampil mengadakan sidang media yang dianjurkan oleh Persatuan Seniman untuk memohon maaf.

3. AC Mizal: 

Siapa kata nak jadi usahawan senang? Pelbagai onak dan duri perlu dihadapi pengacara dan pelakon popular AC sendiri diugut bunuh oleh pesaingnya. Demi keselamatan dia telah pun membuat aduan polis serta kelaurganya dijaga oleh pengawal peribadi.

Tidak cukup dengan itu, dia juga menerima tamparan paling hebat apabila dikatakan menjual gelang berharga RM 75 pada RM1,000. Bukan setakat itu sahaja cubaan yang diterima AC, perniagaannya juga dikatakan tidak berlesen.

Segala serangan peribadi itu dilemparkan oleh blogger-blogger dalam blog sahaja. Menganggap tindakan tersebut sebagai pengecut mencabar mereka untuk tampil bersemuka dengannya.

4. Dr Fazley Yaacob: 

Lebih dikenali sebagai Dr. serta ahli motivasi yang berjaya ini mengemparkan masyarakat tempatan apabila sebuah laporan BBC mengatakan bahawa PHD yang dimilikinya itu sebenarnya tidak diiktiraf.

Oleh kerana itu, pihak Universiti Wales mengantung sementara kerjasama mereka dengan kolej milik Fazley, Fazley International College(FIC).

Secara berhemah, Fazley mengakui dia memang sendiri pernah berasa was was dengan PHD yang dimilikinya. Dek kerana itu dia sendiri telah hampir dua tahun tidak menggunakan pangkal Dr. dihadapan namanya.
Malah demi membuktikan keikhlasannya dalam menangani masalah tersebut dengan rela hati dia meletakkan jawatan sebagai Pengarah Eksekutif kolej tersebut .

5. Erma Fatima: 

Bukan sekadar gimik sebaliknya akibat kecil hati dengan sikap penulis biografi dan pengkaji sejarah, Datin Seri Fatini Yaacob yang tidak henti-henti mengkritik hasil kerjanya, ia membuatkan pengarah teater Natrah, Erma Fatima nekad mahu menarik diri daripada mengarahkan musim kedua teater tersebut.
Tindakan Erma bukan sahaja mengejutkan para pelakon bahkan membuatkan pihak Istana Budaya tersenak perut apabila mendengar kenyataannya.

Namun selepas tiga hari tidak menghadirkan diri pada sesi latihan Natrah, pengarah berusia 40-an ini akhirnya menyedari tindakan tersebut sebagai bacul dengan membiarkan produksinya terkapai-kapai tanpa sentuhannya. Akhirnya kembali mengarahkan teater terbabit dengan sukses.

6. Rita Rudaini: 

Kisah pasangan suami isteri ini memang paling pening dan migrain jika direnung bersama. Ia bermula dengan siri permasalahan mereka menerusi pendedahan Rita yang mengakui rumahtangganya telah diganggu pihak ketiga hingga menyebabkan menyebabkan cinta di antara mereka mula semakin tipis.

Rita dengan berani juga mengeluarkan kenyataan bahawa orang ketiga yang dimaksudkan itu adalah pihak keluarga Aidil. Hal ini menyebabkan keluarga Aidil terpaksa campur tangan dan menyangkal dakwaan tersebut. Malah, mereka memberitahu bahawa mereka sudah lama menerima Rita. Namun Rita pula yang enggan berbaik dengan mereka.

Dalam waktu yang sama, Rita jujur mengakui amat menyayangi suaminya. Tak mahu berpisah, Rita sebolehnya cuba untuk menyelamatkan rumahtangga supaya cinta dan kasih yang disemai di antara mereka berdia akan terus berbunga.

Dalam kekecohan itu, pasangan tersebut dikatakan telah pun berbaik semula dan membuatkan semua peminat tersenyum gembira. Baru hendak menarik nafas lega, alih-alih rumahtangga mereka dikatakan ditiup angin taufan sekali lagi.

Segala-galanya bermula apabila Aidil menfailkan dua tuntuan iaitu hak penjagaan anak sulung mereka, Aidit Rayyan Rizqin dan perintah isteri kembali taat (nusyuk). Tindakan Aidil yang tidak dijangka itu membuatkan aktres kelahiran Perlis ini terkejut dan terkilan dengan perbuatan suaminya itu. Rita yang sememangnya mahu menjernihkan suasana nampaknya terpaksa menerima hakikat perlu berdepan dengan suaminya itu di mahkamah.

7. Erra Fazira: 

Tidak ada angin, tak ada ribut tiba-tiba rumahtangga Erra dan Engku Emran dikatakan bergoyang. Pelik memang pelik sebab mereka sentiasa dilihat mesra dan cinta selamanya.

Kesibukan Erra di pentas teater Muzikal Tun Mahathir, pentas tari Mari Menari membuatkan gosip tersebut bertebaran di awangan. Menafikan sekeras-kerasnya gosip berkenaan, Erra menganggap ia sebahagian daripada jenaka yang ditimbulkan oleh pihak-pihak yang tidak senang dengan dirinya .

Bagi primadona filem Melayu ini dia lebih senang membiarkan gosip itu berlalu tanpa mahu memeningkan kepalanya berfikir mengapa ia boleh terjadi.

8. Dr. Rozmey Che Din: 

Dari seorang penjual produk ubat kuruskan badan iaitu Jusmate, Dr Rozmey cuab tukar haluan dengan menjadi pembikin filem. Filem berkisar tentang transeksual iaitu Dua Alam menjadi taruhannya.

Belum pun, filem ini siap separuh jalan, sudah timbul kontroversi melibatkan pengarahnya iaitu Hairie Othman. Entah apa sebabnya, Hairie Othman telah disingkirkan daripada filem tersebut dan tempatnya telah digantikan oleh pengarah lain.

Lanjutan daripada itu, Dr Rozmey pula membuat pelbagai statement kelakar serta menggemparkan industri perfileman tanah air. Belum pun mendapat tarikh wajib tayang daripada Finas, Dr Rozmey, sudah pandai-pandai cakap bahawa filemnya akan ditayangkan pada tarikh itu dan ini.

Meneruskan legasi lawaknya, Dr Rozmey canang satu Malaya cakap filemnya itu akan berjaya mengutip 40 juta. Bahkan dia juga khabarnya turut mengatakan bahawa dia tidak memerlukan Finas untuk menayangkan filemnya itu di pawagam.

Namun, Dr Rozmey akhirnya terpaksa akur dengan segala prosedur yang telah ditetapkan oleh Finas tentang hal-hal berkaitan dengan wajib tayang.

Berbalik tentang filem 2 Alam, itu dengarnya setakat RM 430, 000 sahaja. Aduhai Dr. Rozmey...Namun, disebabkan statement lawaknya itu, wujud komuniti anti Dr Rozmey di laman sosial Facebook.

9. Raja Azmi Raja Sulaiman: 

Cerita hubungan rapat antara Raja Azmi dan Roslin Hashim ini rasanya telah lama diperkatakan. Keakraban mereka ini seharusnya tidak perlu dipersoalkan kerana suami Raja Azmi, Jalani Sidek sendiri pun tidak pernah mempertikaikan jadi mengapa yang lain pula terlebih-lebih mahu mencurigainya.

Namun bukan semua pihak dapat memahami hubungan rapat mereka termasuklah isteri Roslin, Nurhayati Othman (kini bekas isteri). Akibat mencurigai hubungan mesra kedua beradik angkat itu, famili Nurhayati telah mengekori pasangan tersebut dan telah pun menyerbu Roslin dan Raja Azmi ketika mereka berdua sedang lepak di Hotel Corus.

Terkejut dengan tindakan Norhayati tersebut, Roslin serta-merta telah melafazkan cerai kepada Nurhayati yang hanya dinikahinya sekadar 28 hari sahaja. Bertitik tolak daripada itu, Raja Azmi dianggap sebagai punca perceraian mereka berdua.

Tidak cukup dengan itu dugaan seterusnya yang melanda penerbit kontroversi itu apabila ditahan di lokap atas kesalahan kerana gagal hadir ke Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur untuk perbicaraan satu kes berkaitan jenayah komersial. Penahanan tersebut membuatkan Raja Azmi berkurung seketika bagi menenangkan fikirannya.

10. Ahmad Idham & David Teo: 

Rasanya tahun ini keakraban antara pengarah Ahmad Idham dan penerbit popular David Teo semakin utuh. Lepas satu per satu projek antara mereka meletup, kedua-dua mereka dilantik menjadi ahli Lembaga Pengarah Finas.

Perlantikan tersebut nyata memberi impak yang bukan sedikit dalam industri hiburan tanah air. Begitupun, ramai pengkarya seni meluahkan ketidakpuasan hati mereka dengan perlantikan tersebut yang dikhuatiri mampu menimbulkan konflik kepentingan diri.

Bahkan kehangatan nama Idham bertambah lagi apabila dia disebut-sebut sebagai calon favourite yang akan menjawat jawatan Ketua Pengarah Finas yang sehingga kini masih belum diumumkan.

Benjy- Berita penangkapan anak lelaki tunggal seniwati popular Azean Irdawaty ini turut menggemparkan seluruh negara. Masakan tida, Benjy ditahan reman bagi membantu siasatan kes membabitkan penemuan dadah yang bernilai RM650,000 dan RM 2,000 (syabu) di sebuah kondominium di ibu kota.

Jika disabitkan kesalahan mau Benjy menerima hukuman gantung. Alhamdulillah, berkat doa ibu tersayang dan peminat, Benjy akhirnya terlepas daripada hukuman tersebut setelah dia didapati tidak terlibat dalam kes besar itu.

Namun dia tetap didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan iaitu memiliki dadah berjenis syabu dan kesnya masih lagi diperbicarakan serta dia juga kini ditahan selama dua tahun di Pusat Pemulihan Akhlak.

11. Badrul Muhayat: 

Akibat mengasari isteri, Julia Daud, aktor Badrul Muhayat telah didakwa di mahkamah. Setelah didapati bersalah, dia akhirnya dibebaskan dengan bayaran kompaun sebanyak RM 1000 kepada isterinya.
Ingatkan dah insaf atas perbuatannya, namun sayang sekali Badrul Muhayat masih lagi mengulangi perbuatannya yang tidak beradab itu.

Badrul bertindak memukul Julia, setelah isterinya cuba menghalangnya daripada melarikan wang untuk membayar kompaun yang ditetapkan mahkamah. Drama pasangan tersebut rasanya tidak akan berulang lagi kerana pasangan tersebut akhirnya bercerai September lalu.

12. Fasha Sandha: 

Tidak lengkap jika diari kehidupan aktres jelita ini tanpa sebarang berita yang berbentuk sensasi atau pun kontroversi.
Menyulam cinta secara rahsia bersama bekas suami Nora Danish, akhirnya aktres kelahiran Johor Bahru ini membuat pengakuan terbuka bahawa dilamun cinta dengan lelaki tersebut.

Pengakuan yang dinanti-nantikan itudiumumkan setelah kekasih hati Fasha menerima ganguan sms dari pelakon Tiz Zaqiah. Tiz dikatakan telah berani mati mengajak Jejai keluar pada jam 4 pagi. Akibat kejadian itu, Fasha telah menyuarakan ketidakpuasan hatinya kepada pelakon Nur Kasih itu di Twitter sehinggalah perselihan faham tersebut dihidu oleh pihak media.

Tidak mengaku bersalah, Tiz menjawab segala kenyataan Fasha sebagai tidak berasas. Tetapi segala kekusutan tersebut terlerai apabila Jejai tampil menjadi hero dengan membuat pengakuan bahawa memang benar Tiz ada menghubunginya bukan sekali ya, tapi sebanyak empat kali. Kalau tak kerana kes sms itu, mungkin percintaan mereka masih lagi menjadi rahsia.

13. Saiful Apek: Penangkapan pelawak popular Apek serta lima orang rakannya,di sebuah apartment di Subang Jaya mengejutkan peminat seni tempatan. Dalam serbuan itu pihak polis mendapati sejumlah 40 gram ganja dalam rumah tersebut. Setelah ditahan reman beberapa hari, Apek akhirnya dibebaskan dengan jaminan polis.
Terlalu tertekan dan terperanjat dengan apa yang terjadi, pelawak berusia 41 tahun ini nekad mahu mengundurkan diri sementara waktu daripada bidang glamor ini. Atas nasihat dan dorongan rakan-rakan, Apek akhirnya kembali mewarnai dunia seni hiburan.

13. Mamat Khalid, Ahmad Idham & Farid Kamil: 

Tidak puas hati dengan keputusan Festival Filem Malaysia -23 (FFM 23), Mamat Khalid dengan berani dan lantangnya telah menyuarakan ketidak puasan hatinya mengenai proses penjurian yang mengangkat Magika sebagai Filem Terbaik serta Syamsul Yuosf sebagai Pengarah Terbaik. Bahkan Mamat juga terfikir mahu memulangkan semula trofi kemenangannya yang lalu.

Namun atas nasihat rakan-rakan akhirnya niat tersebut dibatalkan. Sementara itu, pengarah Ahmad Idham dan Farid Kamil pula sedara terang-terangan turut mengkritik kemenangan Syamsul.

Bertubi-tubi mengeluarkan kenyataan memprotes kemenangan Syamsul, ia secara tidak langsung membuatkan anak pengarah Datuk Yusof Haslam itu juga bengang dan membalas kenyataan mereka bagi membela diri. Begitu juga dengan Edry sendiri.

14. Ning Baizura: 
Album tidak laku, penyanyi popular Ning Baizura disaman penerbit dan pengurus warga Itali, Luigi Bajona. Semuanya berlaku apabila Bajona tidak berpuas hati apabila album tersebut tidak berjaya mendapat pulangan seperti yang diharapkan sewaktu penyanyi itu berada di bawah pengurusannya.
Bagi Ning, saman itu tidak masuk akal kerana album tidak laku bukan silapnya senang cakap sudah tidak ada rezeki. Tidak cuak, Ning bersedia berhadapan dengan Bajona di mahkamah kelak.

15. Johan Raja Lawak: 

Bermula dengan sekadar perbincangan bersama pengarah Mohd Javed Mohd Nizar, diskusi tersebut bertukar menjadi perang. Berikutan panas hati dengan sikap Johan yang dikatakan kurang disiplin pada ketika itu, Javed dikatakan telah membaling gelas kaca di muka Johan.

Balingan tersebut telah menyebabkan Johan mengalami kecederaan yang teruk di muka. Demi menegakkan keadilan, Johan akhrinya membawa perkara tersebut ke mahkamah bagi menuntut keadilan yang sewajarnya untuk renungan bersama.

16. Dato Siti Nurhaliza: 

Terikat dengan jadual kerja menyebabkan Dato Siti Nurhaliza tidak dapat menghadirkan diri pada majlis perkahwinan adiknya, Saerah. Tindakan Siti itu telah menimbulkan tanda-tanya. Namun, Siti menjelaskan bahawa perkara tersebut tidak dapat dielakkan.

Selain daripada itu, bagi memberi peluang kepada artis-artis lain untuk merasai kemanisan di Anugerah Bintang Popular, Siti turut mengumumkan penarikan dirinya daripada pertandingan tersebut.
Yelah, selagi Siti tidak tarik diri peratusan untuk artis lain membawa pulang trofi agak sukar, kerana asyik-asyik Siti sahaja yang akan menang. Kelass tindakan Siti!

Dalam pada itu, wujud gosip yang mengatakan bahawa Siti ada pergi ke klinik kesiuburan di London untuk mendapatkan anak. Malah, Siti juga banyak berehat untuk membolehkan dia mendapat zuriatnya

17. Zizan Nin: 

Mahu menjadi artis yang baik serta mendengar kata, Zizan akhirnya menolak tawaran membintangi semula Teater Muzikal Tun Mahathir. Semoga itu dilakukan kerana mengikut nasihat pihak pengurusannya Aquila Emas yang tidak puas hati dengan pembayaran yang diberi oleh penerbit iaitu RM12, 000.

Pihak pengurusan merasakan tawaran tersebut tidak setimpal dengan pengorbanan Zizan dalam teater tersebut lantas meminta RM 40,000 kepada penerbit. Permintaan tersebut dianggap tidak masuk akal oleh pihak penerbit kerana belum pernah dalam sejarah industri teater tempatan, harga pelakon dibayar sebegitu.

18. Edry KRU : 

Dituduh menplagiat lagu nyanyian Diana Ross, bagi ciptaan lagu Aku Ada Kamu, Edry KRU khabarnya telah naik hantu. Mendakwa perkara tersebut ditimbulkan oleh wartawan Malay Mail, Joe Lee yang juga seorang blogger, Edry dikatakan mahu menyaman penulis tersebut.

Bukan mahu mencari publisiti murahan, dengarnya pihak KRU mengambil serius isu tersebut. Mereka merasakan penulisan Joe Lee sejak dahulu lagi agak cenderung menghentam mereka.Kini trio beradik popular itu dalam proses pertimbangan sama ada mahu menyaman atau tidak blogger tersebut.Semua hasil penulisan Joe Lee sudah pun berada ditangan peguam untuk dinilai.

19. Aman Shah: 

Dalam keheningan suasana beraya, penyanyi dan pelakon veteran Aman Shah turut bikin gempak. Dia ditangkap khalwat dengan seorang janda yang dipercayai kekasihnya. Berikutan penangkapan tersebut dia dihadapkan ke mahkamah dan tidak mengaku bersalah. Biasalah apabila tidak mengaku bersalah, kini dia sedang menanti untuk dibicarakan pada Januari tahun hadapan.

20. Fauziah Nawi: 

Dramatis popular ini diberi kepercayaan mengarahkan filem Zaiton yang memaparkan kisah hidup penyanyi Zaiton Sameon. Namun, kepercayaan penerbit terhadapnya luluh apabila hasil kerjanya dikatakan tidak mencapai piawaian penerbit. Dek kerana itu, dia disingkirkan, senang cakap kontraknya ditamatkan.
Kecewa dengan Fauziah, penerbit terpaksa mencari pengarah baru untuk menjalankan pengambaran semula. Meskipun memakan kos yang tinggi tapi penerbit tidak kisah asalkan dapat hasil yang sempurna macam filem orang lain.

21. Roslan Shah: Penangan membawa watak Mami, tauke rumah urut lelaki atau gay dalam filem Chukang arahan Shuhami Lua Abdullah meninggalkan kesan yang mendalam buat Roslan Shah. Bayangkanlah, dia diugut dan dimaki kaw-kaw oleh segelintir anti-gay tempatan.

Bukan sahaja kiriman sms bahkan panggilan telefon yang bertubi-tubi. Jelas Roslan, apa yang dilakonkan hanyalah mengikut arahan pengarah tapi dia juga tak menyangka akan menerima bahana seperti itu.

22. Ifa Raziah: 

Benda kecil sahaja, tapi kerana tidak puas hati inilah jadinya. Pengacara dan penyanyi dangdut ini hanya bertanya mengenai duit khairat kematian ibu setelah mengetahui duit tersebut ada. Bukan berniat mahu mengambilnya pun meskipun wanita berusia 34 tahun ini telah menguruskan segala hal pengebumian ibunya.
Tapi sungguh tak disangka, persoalan tersebut menimbulkan ketidakpuasan hati pada adik lelakinya yang sekaligus telah membantainya dengan topi keledar. Benjol dan luka membuatkan Ifa nekad mendakwa adik kandungnya ke mahkamah.

23. Datuk Sharifah Aini: 

Diizinkan Tuhan menunaikan fardu Haji baru-baru ini, kenyataan Datuk Sharifah Aini tentenag isu bertudung menimbulkan persoalan bagi sesetengah pihak.
Secara ikhlas kak Pah mengeluarkan kenyataan hanya akan bertudung sekiranya sudah sampai seru serta benar-benar bersedia untuk melakukannya. Dia juga tidak mahu bertudung kerana desakan masyarakat.Baginya biarlah perlakuannya dilakukan atas kerelaan dan keikhlasan hatinya.
Kenyataan kak Pah, mungkin secara tidak langsung ada pihak yang menganggap dia memerli sesetengah pihak, namun kak Pah tidak berniat ya nak kaitkan dengan sesiapa. Apa yang diluahkan hanyalah sekadar pendapat peribadinya.

24. Eira Shazira & Azad Jasmin: 

Tidak menjadi cinta bersama Faezah Elai, pelakon Azad Jasmin akhirnya berjaya mengubat luka dihatinya apabila dipertemukan dengan dramatis Eira Syazira. Dua tahun main tarik-tarik tali, akhirnya baru-baru ini pasangan ini membuat pengakuan sememangnya bercinta.

Jawapan klise mereka enggan menghebahkan perhubungan tersebut ialah tidak mahu peminat jelak dengan kisah-kisah peribadi yang dipaparkan. Selain itu mereka juga takut mendengar percintaan pasangan artis yang asyik putus di tengah jalan.

Jalan yang terbaik ialah mengumumkan hal tersebut kepada masyarakat. Namun, kini lain pula jadinya. Azad Jasmine dikatakan berstatus suami orang. Namun, ia telah dinafikan oleh Azad Jasmine mahu pun Eira sendiri.

25. Zizie Ezette & Datuk Bung: 

Setelah perkahwinan rahsianya bersama ahli Parlimen Kinabatangan diketahui umum, suami Zizie Ezette iaitu Datuk Bung Mokhtar Radin telah dihadapkan ke mahkamah kerana berpoligami tanpa kebenaran. Abang serta adik Zizie turut didakwa kerana bersubahat. Tetapi berkat doa dan keikhlasan mendirikan masjid, pasangan tersebut hanya dikenakan bayaran denda.

26. Azwan Ali: 

Bukan berniat memalukan sesiapa sebaliknya pengacara kontroversi Azwan Ali dengan beraninya telah tampil dengan buku Selamat Jalan Dunia Pondan. Ditulis khusus buat tatapan ramai, kata Azwan buku itu tidak berniat hendak menyentapkan hati mana-mana pihak terutamanya golongan pondan.

Senang cakap Azwan suruh masyarakat membaca dahulu buku tersebut sebelum membuat penilaian. Selain itu dia juga bertekad tidak mahu lagi menulis di blognya lagi. Keputusan itu diambil setelah mendapat hidayah sewaktu mengerjakan umrah buat kali yang kedua pada bulan puasa yang lalu.

27. A.Aida & Ameng: 

Berpisah sudah lama, tiba-tiba kisah antara mereka muncul pula.Semuanya bermula apabila Ameng ditahan kerana didakwa memasukkan dadah jenis ganja dalam badannya. Ameng bagaimanapun membela dirinya dengan memberitahu bahawa semua itu adalah konspirasi bekas isterinya A.Aida dan suami barunya.

Kenyataan Ameng membuatkan A.Aida pula terasa. Dengan pantas A.Aida mengadakan sidang media menafikan sekeras-kerasnya dakwaan Ameng. Kata A.Aida, dia tidak pernah ada hati mahu menjatuhkan Ameng, sebaliknya dia turut mendedahkan Ameng yang sebenarnya pernah beberapa kali mengugut menerusi sms yang mana memaksanya membuat laporan polis.

Tidak puas hati dengan apa yang berlaku A.Aida telah menyaman malu Ameng. Sementara itu, Ameng pula didapati bersalah oleh mahkamah majistret terhadap pertuduhan memasukkan dadah jenis ganja ke dalam badannya. Dia dijatuhkan hukuman dua bulan penjara atau denda RM 4,000.

28: Tom @ Raja Farah: 

Niat baik sekadar mahu membantu seorang rakan lelaki yang terdesak dengan isterinya yang tiada tempat tinggal lalu menumpangkan mereka di rumah, membuatkan Juara My Starz LG musim ketiga, Tom atau nama seberanya Raja Farah dibelasah teruk.

Semuanya berlaku apabila Tom diajak berbincang oleh keluarga mertua kepada si rakan lelakinya yang mendakwa Tom telah mencederakan isteri rakan lelakinya itu yang sedang hamil.
Perbincangan yang diharapkan berjalan dengan baik bertukar menjadi pergaduhan ganas apabila pihak keluarga mertua rakan lelakinya itu naik hantu kerana tidak puas hati dengan tindakan Tom berpura-pura dan dikatakan mempunyai hubungan cinta dengan rakan lelakinya itu serta melayan isteri lelaki tersebut dengan teruk sewaktu menumpang di rumah Tom.

29. Datuk Paduka Sosilawati Lawiya: 

Bermula cerita mahu membeli tanah, akhirnya ia membawa padah kepada jutawan kosmetik, Datuk Sosilawati Lawiya apabila ditemui mati dalam keadaan yang ngeri. Selain Sosilawati, tiga lagi individu lain antaranya pemandu Sosilawati dan pegawai bank turut ditemui mati. Kesemua mereka dibunuh secara kejam sewaktu mahu mengadakan rundingan pembelian tanah.

Pembunuhan Sosilawati yang dilakukan secara kejam itu telah menjadi sebuah kes profil besar di mahkamah. Sedikit-sebanyak, nama bekas suami Sosilawati yang terdahulu iaitu Nash yang juga vokalis Lefthanded turut terpalit sama.

Sementara itu, pengarah filem Dr. Mahadi J Murat bakal menerbitkan filem cereka berjudul "Sosilawati, Cerita Seorang Wanita" yang bakal memaparkan kisah hidup wanita tersebut.

30. Ayu OIAM: 

Juara One In Amillion musim kedua ini, secara tiba-tiba menghilangkan diri tanpa berita. Bukan sahaja peminat, media bahkan pihak pengurusannya juga tidak dapat menjejaki Ayu yang menghilang lebih setahun. Kehilangan Ayu diiringi dengan khabar berita yang mengatakan dia telah pun hamil sebelum menikah.
Dalam kecoh-kecoh kisahnya itu, Ayu tampil berani membuat pengakuan. Segala gosip tersebut ditepisnya bulat-bulat dan Ayu menjelaskan telah pun bernikah dahulu baru hamil. Majlis pernikahan tersebut hanya diadakan secara kecil-kecilan sahaja. Pengakuan itu secara tidak langsung menghapuskan segala teka teki yang bersarang di minda semua. Tetapi sama ada cerita yang disampaikan Ayu boleh dipercayai atau tidak terpulanglah kepada penilaian masing-masing.

31. Jimmy Shanley

Baru melayari bahtera perkahwinan sekitar empat bulan kisah rumahtangga pengacara cute, Jimmy Shanley mula diperkatakan. Semuanya bermula apabila gosip berputar-putar kencang mengatakan isteri Jimmy, NorSuhaila Eliani melarikan diri dari rumah akibat perselisihan faham.

Berikutan gosip tersebut telah menyebabkan kisah rumahtangga pengacara yang popular dengan tagline Yezza ini semakin diintai. Agak mengejutkan apabila timbul pula gosip mengatakan Jimmy bakal menghadirkan diri ke mahkamah bagi menyelesaikan kemelut berkenaan. Namun ianya hanyalah sekadar khabar angin semata-mata apabila Jimmy muncul memberikan penjelasan bahawa segalanya cuma omongan serta kisah dongeng belaka.

32. Raja Farah: 

Kenyataannya untuk menamatkan zaman remajanya pada usia yang muda tidak lama dulu telah menimbulkan khabar angin yang kononnya dia sedang hamil sebelum bernikah. Khabar angin ini timbul sejajar dengan perubahan bentuk fizikal Raja Farah yang dikatakan telah naik dengan begitu mendadak. Raja Farah telah menafikan hal tersebut. Kini, dia selamat diijabkabulkan dengan lelaki pilihannya.

33. Ayu Raudhah: 

Hubungan cintanya adik kepada pelakon Rozita Che Wan iaitu Ayu Raudhah dengan salah seorang kembar kepada pemain bola sepak negara iaitu Zaquan Adha sememangnya mendapat perhatian ramai. Namun, Ayu nampaknya lebih suak berteka-teki tentang statusnya dengan adik ipar kepada aktres Rita Rudaini ini. Namun, segala-galanay mual terjawab apabial Zaquan sendiri mengesahkan bahawa dia akan mengahwini Ayu pada 20 Januari 2011 tahun depan.

34. Rozita Che Wan: 

Bukan hanya setakat dikenali sebagai pelakon yang berbakat, namun Rozita juga turut dikenali sebagai pengusaha bulu mata palsu yang cukup berjaya. Apa tidaknya, banyak tempahan bulu mata palsu yang diterimanya daripada pelanggannya yang terdiri daripada peminat serta kalangan selebriti. Tak sia-sialah usaha Rozita mempromosikan bulu mata palsunya yang dipakai selama ini.

Atas sebab itu, Rozita juga khabarnya sudah mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia seni lakonan tidak lama lagi. . Lagipun, itu adalah salah satu caranya untuk menghindarkan gosip dan kontroversi dengan beberapa lelaki yang asyik dikaitkan dengan dirinya. Lebih-lebih lagi dari kalangan suami orang serta VVIP.

Jumaat, 17 Disember 2010

Tampil Berseri Dengan AsterSpring Beautiful Bride

17 Disember 2010


Biarpun solekan mampu mencantikkan wajah seseorang bakal penggantin, tetapi apa yang didambakan adalah keserian wajah.

Atas sebab itu, AsterSpring telah melancarkan satu pakej rawatan, Beautiful Bride, buat mereka yang akan melangsungkan perkahwinan pada tahun depan.

Menariknya, pakej yang ditawarkan AsterSpring ini merangkumi rawatan untuk muka dan badan. Jadi, tidak perlulah bakal pengantin bersusah-payah mencari pakej yang berbeza di tempat berlainan bagi muka dan badan.

Pakej lengkap Beautiful Bride merawat muka dan badan bakal pengantin berdasarkan matlamat kecantikan masing-masing, sama ada mahu melangsingkan badan mahupun menyerikan lagi kulit muka. Ia merangkumi produk penjagaan kulit Dermalogica bagi rutin kecantikan harian di rumah dan produk solekan penjagaan kulit, Averine.

Antara mereka yang telah menyertai program AsterSpring Beautiful Bride ini ialah pelakon popular Raja Farah dan Ayu Raudhah.

Bila ditemui baru-baru ini, kedua-duanya memberitahu mereka cukup berpuas hati dengan rawatan yang telah dijalani, malah menyeru para bakal pengantin perempuan untuk mencuba sendiri rawatan yang ditawarkan.

Ayu menjalani rawatan Balancing Facial untuk merawat masalah kulit kering serta Burn & Break Fat dan Drain & Detoxify bagi melangsingkan lagi badannya.

Farah pula melakukan rawatan ORP Immersion Chamber yang dapat membakar sehingga 600 kalori dalam masa 30 minit dan Hydramax Gamma3X untuk mukanya.

Tawaran pakej Beautiful Bride sah sehingga 31 Mac 2011. Bagi mereka yang mendaftar untuk tawaran istimewa ini, mereka akan diberi satu sesi ‘face mapping’ bagi memahami keadaan kulit mereka dan rawatan badan yang bersesuaian bagi persiapan untuk hari istimewa mereka.

Pakej ini disertai dengan baucar rawatan muka bernilai RM1,000, 10 sesi Healthy Body Therapy bernilai sehingga RM1,880 serta produk-produk Dermalogica dan Averine bernilai RM1,492.

Dalam tempoh promosi ini, pelanggan boleh menikmati pakej Beautiful Bride pada harga promosi RM1,900 berbanding harga biasa, RM4,372.

Sempena pelancaran pakej ini, 100 pelanggan pertama yang mendaftar akan juga mendapat pakej hantaran produk-produk Dermalogica bernilai RM533 termasuk Dermalogica Shave Kit, pembersih badan dan beg istimewa Dermalogica.

Untuk maklumat lanjut, layari www.asterspring.com atau hubungi talian khidmat pelanggan mereka di 03-78096666 pada hari Isnin hingga Jumaat pada waktu pejabat.

Jumaat, 10 Disember 2010

Zaquan Puji Badan Ayu Semakin Langsing

11 Disember 2010


Badan Ayu Raudhah lebih kurus setelah menjalani rawatan di AsterSpring. - Foto oleh YAP CHE HONG
KUALA LUMPUR: Selepas menjalani rawatan badan dan muka di pusat kecantikan AsterSpring, ramai yang menegur perubahan wajah dan bentuk badan aktres Ayu Raudhah.
Selain rakan dan ahli keluarga terdekat, tunangnya, Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak turut memuji bentuk badan Ayu yang lebih langsing berbanding sebelum ini.
Bukan itu sahaja, pemain bola sepak kebangsaan dari Negeri Sembilan itu juga memuji wajah Ayu yang lebih berseri pada hari pertama dia membuat rawatan di pusat kecantikan yang mempunyai cawangan di Bangsar itu.
Pelakon drama dan filem Nur Kasih ini dipelawa untuk menjadi rakan AsterSpring pada November lalu dan mengikuti program rawatan muka dan badan Beautiful Bride dalam tempoh setahun.
Adik kepada aktres Rozita Che Wan ini membuat rawatan sebagai persediaan sebelum menempuhi majlis pernikahannya yang akan berlangsung pada 20 Januari depan.
Majlis pernikahan akan berlangsung di rumah pengantin perempuan di Taman PKNK, Alor Setar Kedah manakala majlis resepsi pula akan berlangsung sehari selepas itu di lokasi yang sama.
Sementara majlis sambut menantu (sebelah lelaki) dijangka berlangsung pada 29 Januari 2011 di Seremban, Negeri Sembilan.
Ayu di samping Pengurus Besar AsterSpring, Michelle Lam, Raja Farah dan pereka fesyen, Qudyn.
Pasangan itu secara rasmi bertunang pada 17 Oktober lalu dalam satu majlis merisik di rumah keluarga Ayu di Subang Jaya, Selangor.
“Saya diberitahu oleh perunding AsterSpring bahawa saya mempunyai kulit kering dan mencadangkan supaya saya mendapatkan rawatan Balancing Facial sebelum melakukan rawatan melembap dan menyegarkan muka serta menggunakan beberapa produk Dermalogica.
“Sementara rawatan badan kegemaran saya adalah Burn & Break Fat dan Drain & Detoxifydalam program Healthy Body Therapies,” kata aktres jelita ini yang sedang menjalani penggambaran filem Untuk Tiga Hari.
Selain Ayu, aktres Raja Farah yang telah selamat diijabkabulkan pada 12 November lalu dengan Megat Bashirun Qhuyum Datuk Zakaria turut terpilih untuk mengikuti program ini selama setahun.
AsterSpring melancarkan pakej tersebut di AsterSpring Suria KLCC, Khamis.

Ayu Raudhah Tak Harapkan 'Wedding of the Year'

10 Disember 2010



Jika ditanya pada tuan empunya diri, ingin saja diadakan sebuah majlis perkahwinan yang ringkas, dihadiri sekitar 200 orang, merangkumi keluarga terdekat dan teman-teman rapat.

Tetapi apakan daya. Kerana dirinya berstatuskan artis, ditambah pula putera pilihannya seorang pemain bola sepak negara yang dikenali umum, hari bersejarahnya itu dianggarkan akan dimeriahkan dengan kehadiran tiga ribu orang.

Buat Ayu Raudhah, 25, jauh sekali dari mengharapkan sebuah majlis perkahwinan yang boleh dijulang sebagai 'Wedding of the Year', dia sebaliknya mendoakan agar semua yang dirancang itu berjalan dengan lancar.

Menolak untuk mendedahkan jumlah wang yang telah dibelanjakan untuk hari kebesarannya, Ayu yang menggambarkan bajet perkahwinannya sebagai "berpatutan", memberitahu dia tidak akan berhabis duit untuk perkahwinannya. Alasannya "ada lagi perkara yang lebih penting selepas kahwin nanti".

Semua sedia maklum, adik kepada Rozita Che Wan ini akan menamatkan zaman solonya dengan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak, 23, pada 20 Januari 2011 di rumah pengantin perempuan di Alor Setar, Kedah. Telah pun mengikat tali pertunangan pada 17 Oktober lalu, Ayu berkongsi persiapan perkahwinan sudah 60% siap dan setakat ini dia berpuas hati dengan apa yang telah dirancang.

Tatkala diusik dengan soal kerjaya, apakah dia akan tetap giat berlakon selepas mendirikan rumahtangga, Ayu memberitahu meskipun dia tidak akan tinggalkan bidang lakonan, namun penglibatannya tidaklah serancak dulu. Tambahan pula, dia merancang untuk berpindah ke Seremban selepas berkahwin nanti.

"Dia (Zaquan) 'based' kat sana. Jadi, takkan lah nak minta dia ulang-alik (dari KL ke Seremban). Kami akan tinggal di rumah sendiri. Boleh katakan ia kali pertama Ayu akan berjauhan dari keluarga. Tak tau lagi Ayu boleh sesuaikan diri ke tak tapi kalau tak lalui, kita tak akan tahu, betul tak?" katanya mengakhiri perbualan.

Sabtu, 4 Disember 2010

Bangkit melawan - Aidil

04 Disember 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...