Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Sabtu, 11 Oktober 2014

Aidil Zafuan tunjuk bukti bayar nafkah

12 Oktober 2014


RITA RUDAINI


Sampai bilakah kemelut antara pelakon Rita Rudaini dan bekas suaminya, Aidil Zafuan akan tamat? Diva sampai pening kepala mahu fikir siapa yang betul dan siapa pula yang salah.
Sebelum ini, Rita banyak kali meluahkan yang Aidil tidak membayar nafkah anak-anak, malah pemain bola sepak kebangsaan itu juga didakwa mengabaikan anak-anak dengan tidak menjenguk mereka.
Tidak tahan dengan luahan Rita tersebut, Aidil akhirnya memuat naik sekeping gambar kiriman WhatsApp yang dihantarkan kepada Rita di laman Instagramnya. Gambar kiriman khidmat pesanan ringkas (SMS) itu menunjukkan yang Aidil sering bertanya perihal anak-anaknya. Sebaliknya, Rita hanya mendiamkan diri dan tidak membalas SMS tersebut.
Tidak cukup dengan itu, Aidil juga ada memuat naik gambar yang menunjukkan dia ada mengirimkan wang sebanyak RM2,000 kepada Rita buat belanja anak-anaknya iaitu Airit Rayyan Rizqin, 5, dan Airit Qaqa Arjuna, 3.
Kita tengoklah pula apa jawapan Rita selepas ini.
Diva: Diva pelik juga dengan perangai Abby Abadi yang memuat naik kiriman WhatsApp bekas suaminya, Norman Hakim kepadanya. Apa motifnya Diva tidak tahu. Bagi Diva, sudah-sudahlah Abby. menjaja kisah peribadinya di khalayak.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2014&dt=1012&pub=Kosmo&sec=Diva_Interaktif&pg=dv_01.htm#ixzz3Ft5BUJlB 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...