Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 10 Jun 2014

Zaquan Adha Punya Skandal Lain, Kali Ini Di Instagram?

10 Jun 2014

zaquan adha punya skandal lain kali ini di instagram

Sumber oleh Rotikaya
KUALA LUMPUR, 10 JUN 2014: Jika semalam kita digemparkan dengan pendedahan oleh Rotikaya yang pemain bola sepak, Zaquan Adha bermain kata cinta di aplikasi WeChat, hari ini Murai Batu tengok perkara itu terus menjadi isu utama media.
Malah, Rotikaya hari ini tampil lagi dengan satu lagi bukti dari gadis berlainan, kali ini menerusi Instagram di mana Zaquan turut mengajak gadis ini berjumpa.
Wau, sekali lagi Murai Batu tertanya dengan kesahihan khabar ini. Yelah sebelum ini, isteri Zaquan iaitu aktres Ayu Raudhah telah tampil dengan kenyataan bahawa ID WeChat yang dipaparkan menerusi screenshot semalam adalah palsu dan bukan ID sebenar Zaquan. Bagaimana pula dengan screenshot yang ini?
 
Menerusi screenshot di atas, jelas menunjukkan ID Instagram iaitu zaqone_08. Tak tahulah betul ke tidak yang ini?
Malah kalau diikutkan kata-kata Ayu semalam, dia ada menyebut yang gosip ini sedikit sebanyak telah menjejaskan mereka. Tak tahu pula apa kata Ayu selepas screenshot yang terbaru ini keluar.
Menurut Rotikaya, perkara ini didedahkan melalui forum hiburan popular, Cari.
Sementara itu, Murai Batu ada juga terbaca yang skandal Zaquan menerusi WeChat semalam adalah seorang janda beranak satu.
Amboi, banyak betul fakta yang mula timbul satu-persatu. Agaknya apa lagi ye lepas ni yang akan keluar?

MuraiBatu: Minggu lepas cerita pemain bola dan artis (Hai-O dan Fafau), minggu ini juga cerita pemain bola dan artis (Zaquan dan Ayu). Demam Piala Dunia mungkin?

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...