Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 10 Jun 2014

Skandal Wechat: Ayu Raudhah Nafi Suami Curang

10 Jun 2014

ayu

Pelakon Ayu Raudhah menafikan dakwaan suaminya yang juga pemain bola sepak terkenal, Zaquan Adha berlaku curang dengan seorang gadis pasukan sorak JDT.
 
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan, Ayu menjelaskan akaun Wechat tersebut bukanlah milik suaminya. Tambah Ayu, Zaquan turut menggunakan gambar lain untuk aplikasi tersebut. 
 
"Sebenarnya saya dah terima foto screenshot itu semalam daripada wanita bernama Miranda Kerr. Dia kata kawan dia yang sering berbalas mesej dengan suami saya. So, dia rasa bertanggungjawab nak bagitahu saya. Tapi saya terkejut bila hari ini semua media pula tahu hal ini.
 
"Cuma saya nak jelaskan bahawa itu bukan WeChat ID Zaquan. Malah, Zaquan menggunakan gambar lain dalam aplikasi WeChat dan saya pun tahu akaun WeChat Zaquan.”
 
Dalam pada itu, tidak cukup dengan pendedahan sebelum ini, sebuah portal hiburan mendedahkan perbualan akaun Wechat yang didakwa milik Zaquan dengan seorang wanita lain. 
 
Walaupun tidak dapat dibuktikan kesahihan pendedahan ini, Media Hiburan Online mengharapkan agar isu ini dapat diselesaikan secepat mungkin agar tidak berlarutan dan boleh menjejaskan keharmonian rumah tangga Zaquan dan Ayu. 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...