Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 10 Jun 2014

Ayu Raudhah: Saya Dah Tahu Awal, Itu Bukan ID WeChat Zaquan

10 Jun 2014

ayu raudhah saya dah tahu awal itu bukan id wechat zaquan

Sumber oleh Rotikaya
KUALA LUMPUR, 10 JUN 2014: Berhubung isu kononnya pemain bola sepak, Zaquan Adha yang bermain kata cinta di WeChat bersama seorang gadis seperti dilaporkan semalam, isterinya aktres Ayu Raudhah tampil memberikan penjelasan berhubung isu ini.
Menurut laporan Rotikaya, Ayu Raudhah tampil memberikan penjelasan yang ID yang terdapat dalam screenshot tersebut adalah palsu dan bukan ID WeChat sebenar suaminya, Zaquan Adha.
“Sebenarnya saya dah terima foto screenshot itu semalam daripada wanita bernama Miranda Kerr. Dia kata kawan dia yang sering berbalas mesej dengan suami saya”
“So, dia rasa bertanggungjawab nak bagitahu saya.Tapi saya terkejut bila hari ini semua media pula tahu hal ini. Cuma saya nak jelaskan bahawa itu bukan WeChat ID Zaquan. Malah, Zaquan menggunakan gambar lain dalam aplikasi WeChat dan saya pun tahu akaun WeChat Zaquan”, jelasnya.
Penjelasan itu diberikan Ayu selepas banyak pihak cuba mendapatkan kenyataannya berhubung isu yang semakin mendapat perhatian ramai itu.
Dia juga tidak menolak kemungkinan ada pihak yang sengaja menyebarkan perkara ini untuk memporak perandakan rumahtangga mereka berdua.
“Saya pun tak tahulah siapa yang buat semua ini. Tetapi, yang pasti perkara ini sedikit sebanyak beri kesan kepada rumahtangga saya. Mungkin saya akan ambil tindakan lanjut selepas ini” katanya lagi.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...