Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Ahad, 15 Jun 2014

Ayu Raudhah Bersyukur Kerana Bersuamikan Zaquan Adha

15 Jun 2014

ayu raudhah bersyukur kerana bersuamikan zaquan adha

Sumber Utusan Online
KUALA LUMPUR, 13 JUN 2014: Isu pendedahan skandal di laman sosial yang melibatkan pemain bola sepak, Zaquan Adha nyata tidak melemahkan semangat isterinya, Ayu Raudhah.
Sebaliknya adik kepada aktres Rozita Che Wan itu menerusi laman sosialnya, Instagram telah berkongsi perasaan sebenarnya ketika ini terhadap suaminya itu.
Menurut Ayu atau nama sebenarnya Raudhah Abu Bakar @ Che Wan, 30, dia sangat bersyukur bersuamikan Zaquan dan tidak akan sesekali percaya dengan kata-kata orang luar.
“Alhamdulillah saya sentiasa bersyukur bersuamikan Mohammad Zaquan Adha. Tidak kisah apa orang kata saya percaya Allah berikan yang terbaik untuk kita sama ada dugaan atau nikmat kebahagiaan.
“Semoga Allah memberi kekuatan untuk kita menghadapinya," kata Ayu melalui laman Instagram baru-baru ini.
Dunia hiburan awal minggu ini kecoh apabila sebuah portal membuat pendedahan mengenai paparan skrin perbualan seorang wanita dengan individu yang kononnya Zaquan Adha, 26, menerusi mesej aplikasi sosial WeChat.
Pemain bola sepak kelahiran Negeri Sembilan itu dilihat bermain kayu tiga di belakang isterinya yang sedang berpantang selepas melahirkan anak kedua mereka.
Tiga perbualan dengan Zaquan telah didedahkan dan Ayu menganggap ianya sebagai satu perbuatan khianat oleh individu yang tidak bertanggungjawab.
Ayu dan Zaquan bernikah pada 21 Januari 2011 di Alor Setar, Kedah. Hasil perkahwinan itu mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Muhammad Aisy Qaiser yang kini berusia setahun dan Muhammad Aisy Aryann yang lahir pada 2 Mei lepas.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...