Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Ahad, 15 Jun 2014

Aidil Zafuan Dituduh Terjun Ke Bidang Lakonan Sebab Nak Bayar Nafkah?

15 Jun 2014

aidil zafuan dituduh terjun ke bidang lakonan sebab nak bayar nafkah

KL, 12 JUN 2014: Tengah bosan-bosan macam biasalah Murai Batu duk intai-intai, Instagram, Facebook mahupun Twitter, tiba-tiba tersekat di Instagram pemain bola sepak JDT Aidil Zafuan, Murai Batu terkejut!!! Dah jadi pelakon ke mamat ni?
Menerusi gambar kat Instagram tu, Murai Batu tengok si Aidil pakai sut hitam putih dikelilingi abam-abam polis yang sador (tegap atau gagah perkasa) sedang mengawasinya. Murai Batu sedikit ‘konpius’ berlakon filem ke atau tengah ‘shoot’ iklan.
Di kapsyen fotonya itu adalah #TheGlups Murai Batu pun tak pasti apa yang dimaksudkan dengan hashtag tu, tapi di penggambaran itu juga turut kelihatan isterinya Zarema Zainal sekali, sweet kapel sangat.
 
Tapi peminat-peminat yang komen kat foto tu macam biasalah ada yang sokong, ada yang tak, ada juga yang komen, Zafuan terima tawaran ini sebab nak bayar nafkah kat bekas isterinya Rita Rudaini yang dikatakan tertunggak sampai RM100,000. OPPSSS!!!
Bagi Murai Batu, tak kisahlah apa yang Aidil nak buat, dia nak berlakon ke, nak main bolas sepak ke, nak jadi apa pun, orang kata tanggungjawab jangan dilupakan.
Yelah anak-anak makin lama makin membesar, nak-nak kos sara hidup yang semakin tinggi lagi peninglah dibuatnya.
Apa-apa pun Murai Batu harap, apa pun masalah yang berlaku antara Rita dengan Aidil cepat-cepatlah diselesaikan. Janganlah anak itu dijadikan mangsa. Kasihanilah mereka.
MURAI BATU: Tiba-tiba teringat David Beckham dalam Iklan H&M. Oh ye, ada teman cakap suara Aidil dan Zafuan pun seakan Beckham.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...