Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Ahad, 15 Jun 2014

Aidil Bidas Dakwaan Terpaksa Berlakon Kerana Cari Nafkah

15 Jun 2014

aidil bidas dakwaan terpaksa berlakon kerana cari nafkah

KUALA LUMPUR, 13 JUN 2014: Pemain bola sepak Johor Darul Takzim, Aidil Zafuan membidas dakwaan bahawa dia terpaksa melibatkan diri dalam bidang lakonan bagi menambahkan pendapatannya agar dapat membayar nafkah tertunggak kepada bekas isteri, Rita Rudaini.
Bercakap kepada mStar Online, Aidil atau nama sebenarnya Mohd Aidil Zafuan Abdul Radzak, 27, menyifatkan tuduhan itu seperti mengarut dan serta terkejut apabila ada pihak tidak bertanggungjawab sengaja mencetuskan kontroversi itu.
Kata Aidil, penglibatannya dalam lakonan baru-baru ini sekadar ingin mencuba bidang baru dan langsung tiada kena mengena dengan nafkah. Tambah Aidil lagi, gajinya sebagai pemain bola sepak sahaja sudah mencukupi untuk memberi nafkah kepada anak.
Rabu lalu, Aidil telah memuat naik foto dia seperti sedang berlakon di sebuah lokasi penggambaran dengan meletakkan kapsyen 'At the set with wife @zaremazaina. #TheGlups'.
Menerusi foto tersebut ramai yang memberikan komen positif tanda mereka menyokong Aidil melibatkan diri dalam dunia lakonan. Tetapi ada juga pihak yang memberikan komen kononnya Zafuan menerima tawaran berlakon kerana ingin membayar nafkah tertunggak kepada bekas isterinya kira-kira RM100,000 itu.
Aidil bagaimanapun berkata dia enggan mengambil serius tentang komen-komen tersebut kerana menganggap ia tidak memberikan sebarang faedah dan hanya akan menambahkan masalah kepadanya.
Menyentuh tentang lakonan tersebut, Aidil akui dia kini terlibat dengan sebuah penggambaran, namun enggan mendedahkan secara terperinci sama ada ia sebuah drama ataupun filem.
Tambahnya, sebelum ini dia pernah ditawarkan berlakon tetapi hatinya tidak tergerak untuk menerima tawaran tersebut. Bagaimanapun entah kenapa kali ini dirinya bersedia menerima tawaran itu.
Bagaimanapun buat masa ini, Aidil berkata dia tidak boleh mengulas dengan lebih lanjut tentang penggambaran itu dan meminta semua pihak menunggu sidang media yang akan diadakan tidak lama lagi.
Ditanya adakah dia akan mula bergiat aktif di bidang lakonan pula, Aidil berkata dia masih mengutamakan kariernya sebagai pemain bola sepak.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...