Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Ahad, 15 Jun 2014

Ayu Raudhah Hargai Peminat Yang Doakan Kesejahteraan Rumahtangganya

15 Jun 2014

ayu raudhah hargai peminat yang doakan kesejahteraan rumahtangganya

KL, 15 JUN 2014: Isteri mana yang mampu serta mahu berdiam diri bila suami dikasihi dituduh membuta tuli tanpa bukti kukuh. Daripada sudut ini Murai Batu terpaksa akui Ayu Raudhah memang menjalankan tanggungjawabnya sebagai isteri mithali, membela serta berada bersama suami, Zaquan Adha dalam apa jua keadaan sekali pun.
Betul ke Murai Batu ni kan, main sebut sahaja isteri mithali lah isteri solehah ke, diharapkan sang suami pun jalankan tanggungjawab mereka yang sepatutnya didahulukan.
Bukannya tanggungjawab nak tambah lagi kuota isteri. Emosi pula bila cakap hal ini, maklumlah Murai Batu geram dengar cerita isteri dibodohkan suami demi nak puaskan nafsu mereka yang tak pernah akan putus itu.
Berbalik kepada kisah Ayu dan Zaquan yang terus hangat diperkatakan walaupun kisah Abby dan Farhan turut menjadi bualan minggu ini, keduanya berpunca daripada masalah yang berbeza. Bagi adik kepada aktres sensasi Rozita Che Wan ini, apabila menyedari rumah tangganya menjadi perhatian masyarakat, Ayu Raudhah menerusi akaun Instagram miliknya tampil meluahkan isi hati sekali gus teguh berdiri di belakang suami tercinta, Zaquan Adha.
“Alhamdulillah i sentiasa bersyukur bersuamikan Mohamad Zaquan Adha.. no matter wut people said! i percaya apa Allah berikan adalah yg terbaik utk kita sama ada dugaan atau nikmat kebahagian.. dn semoga allah memberi kita kekuat menghadapi segala dugaanNya dan bersyukur dgn segala nikmat ke bahagiaan yg Allah s.w.t berikan.Amin ya robbala’lamin.”
Baguslah bila Ayu tidak termakan hasutan serta provokasi daripada mereka yang mungkin mempunyai agenda tersendiri. Tidak kurang juga ada pengikut Ayu memberikan kata-kata semangat dan mengharapkan agar pasangan ini dapat berdepan ujian yang berlaku dengan tabah.
Murai Batu pun sama jua bila membaca luahan Ayu itu, mengharapkan Allah SWT akan berikan sinar keberkatan jika Ayu benar-benar ingin mempertahankan rumahtangganya bersama pemain bolasepak kontroversi ini. Amin.
MURAI BATU: Mujur Rita Rudaini tak termakan hasutan untuk membalas dendam setelah episod kisah rumahtangganya telah berakhir.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...