Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Selasa, 16 Julai 2013

Mahu kembali aktif

16 Julai 2013

KETIBAAN bulan Ramadan yang mulia memberi seribu satu sebab kepada setiap Muslim untuk bergembira dan meraikannya. Dan setiap daripada kita pastinya mempunyai kenangan yang tersendiri apabila bercakap tentang bulan mulia.

Begitu juga buat pelakon Raudhah Che Wan atau lebih dikenali sebagai Ayu Raudhah kerana pada bulan Ramadan tahun lalu, dia memulakan hijrahnya ke arah yang lebih positif, iaitu mula bertudung.
Jelasnya, dia bersyukur kerana dibukakan hati untuk berubah ke arah kebaikan dalam usia yang masih muda dan dengan kerelaan hati.

"Bulan puasa tahun ini genap setahun saya memakai tudung. Pastinya selain menyambut kedatangan bulan mulia dalam kalendar Islam ini, saya juga 'meraikan' genapnya setahun bertudung.

"Sewaktu awal-awal memakai tudung, tidak dinafikan agak sukar juga buat diri saya untuk berfesyen.Tetapi lama-kelamaan saya dapati sebenarnya fesyen untuk orang bertudung tidak kurang hebatnya," jelas isteri kepada pemain bola sepak kebangsaan Mohd Zaquan Adha Abdul Radzak itu.

Dalam tempoh tersebut juga wanita berusia 28 tahun itu dikurniakan seorang cahaya mata lelaki pada 29 Mac lalu, seberat 2.79 kilogram yang diberi nama Muhammad Aisy Qaiser.

Jelas Ayu, dalam tempoh setahun lalu dia kurang terbabit dalam lakonan walaupun sering menerima tawaran kerana mahu fokus kepada urusan keluarga.

"Apabila kita berhenti daripada melakukan sesuatu perkara yang diminati, pastinya kita akan berasa rindu mahu kembali melakukan perkara yang sama.

"Sewaktu menonton drama-drama lakonan di kaca televisyen, waktu itulah perasaan rindu itu semakin menebal dalam diri dan terasa tidak sabar untuk kembali berlakon," jelasnya yang menyambut ketibaan Ramadan di rumah mentua di Seremban, Negeri Sembilan.

Namun begitu menurut Ayu, walaupun perasaan rindu untuk berlakon itu menebal, dia tetap tidak dapat menggantikan perasaan dan pengalaman yang dilaluinya sebagai seorang isteri dan ibu.

Ayu yang turut berlakon dalam drama dan filem popular Nur Kasih akan tetap meneruskan kariernya dalam bidang lakonan kerana bidang tersebut merupakan cinta pertamanya dan sukar untuk dilepaskan begitu sahaja.

"Walaupun sudah bergelar ibu, saya tidak merasa akan meninggalkan dunia lakonan yang telah lama saya ceburi ini.

"Bertudung juga tidak memberikan sebarang halangan buat diri saya kerana sebelum ini saya juga banyak terlibat dengan watak-watak yang memerlukan saya bertudung.

"Saya yakin dengan rezeki yang telah ditetapkan dalam bidang ini selain akan lebih memilih untuk membawakan watak-watak yang bersesuaian dengan diri buat masa ini," tambahnya yang juga merupakan adik kepada pelakon jelita, Rozita Che Wan.

Ayu juga mengatakan dia melihat trend semasa di mana semakin ramai artis wanita sama ada penyanyi mahupun pelakon mula mengenakan hijab sebagai suatu yang positif dan berharap ramai lagi akan berbuat perkara yang sama.

Sesuatu istimewa

Ramadan kali ini juga mempunyai keistimewaan yang tersendiri bukan saja bagi Ayu, tetapi juga buat Zaquan Adha.

"Istimewanya Ramadan kali ini adalah suami saya bakal menyambut sambutan hari jadinya yang ke-26 pada 3 Ogos nanti dan pastinya, saya mahu merancang sesuatu yang istimewa pada hari itu.

"Apakah keistimewaan itu? Saya masih belum tentukan buat masa ini. Tetapi boleh jadi saya akan menyediakan juadah kegemarannya iaitu memasak ayam.

"Makanan kesukaannya sudah pasti adalah ayam. Tidak kira ayam masak merah, ayam masak kicap ataupun ayam masak lemak. Dia memang suka ayam. Saya pula lebih suka makan ketam," katanya yang berasal dari Alor Star, Kedah.

Seperti kelaziman, bulan Ramadan disambut secara sederhana sahaja. Tetapi yang pasti dia akan lebih aktif memasak sendiri di rumah berbanding membeli juadah.

"Lauk pauk biasa akan dimasak sendiri. Melainkan kalau tiba-tiba mengidam sesuatu seperti murtabak atau ayam percik, barulah saya akan ke bazar Ramadan," katanya yang baru menamatkan rakaman telemovie raya untuk stesen TV AlHijrah berjudul Tiba Masanya sehari sebelum mula berpuasa

Isnin, 15 Julai 2013

Rita masih tunggu Aidil?

15 Julai 2013

Rita Rudaini
Rita Rudaini
ENTAH bila masalah rumah tangga antara Rita Rudaini dan Aidil Zafuan akan berakhir setelah berlarutan tiga tahun lamanya.

Namun, aktres cantik itu masih menerima Aidil sekiranya jodoh mereka masih panjang.

Menerusi akhbar tempatan, Rita menegaskan dia sudah malas untuk memikirkan masalah yang dialaminya itu.

Sebaliknya dia mahu memberikan sepenuh tumpuan untuk mencari nafkah dan membesarkan kedua-dua puteranya tanpa kehadiran suami.

“Saya bahagia solo. Tetapi andai jodoh kami masih kuat, saya akan terima dia seadanya dan cuba untuk memupuk kembali rasa sayang itu,” katanya.

Foto Terkini Anak Ayu Raudhah & Zakuan Adha

15 Julai 2013

Hospital Columbia Johor Bharu  12

Pejam celik, sekejap sahaja anak pasangan selebriti terkenal, Zakuan Adha dan Ayu Raudhah sudah menginjak usia hampir 4 bulan.
Secara umumnya, bayi lelaki comel pasangan ini telah dilahirkan pada 29 Mac lalu di Hospital Columbia Johor Bharu dan diberi nama sebagai Muhammad Aisy Qaiser.
Menerusi laman Instagram milik pasangan tersebut, mereka telah memuat naik foto terkini bayi comelnya itu yang dilihat semakin membesar dan bertambah comel.

Anak Ayu Raudhah & Zakuan 3
Zakuan menemani putera sulungnya di rumah
Anak Ayu Raudhah & Zakuan 2
Ayu Raudhah membawa Aisy bersiar-siar
Meskipun sibuk menjalani latihan bola sepak bersama pasukan Johor Darul Takzim (JDT), nampaknya Zakuan masih lagi sempat meluangkan masa untuk menemani anak tersayang di rumah serta menghantar isterinya ke set penggambaran.
Bagaimanapun, untuk semua peminat Zakuan dan Ayu Raudhah, jom layan beberapa foto terbaru bayi comel mereka, Aisy selapas ini.
Hospital Columbia Johor Bharu  12
Anak Ayu Raudhah & Zakuan 11

Anak Ayu Raudhah & Zakuan 9

Anak Ayu Raudhah & Zakuan 8

Anak Ayu Raudhah & Zakuan 3

Anak Ayu Raudhah & Zakuan 4

Anak Ayu Raudhah & Zakuan 6

Anak Ayu Raudhah & Zakuan 7

Anak Ayu Raudhah & Zakuan 2

Anak Ayu Raudhah & Zakuan 1

(15 GAMBAR)Keluarga Bahagia Ayu Raudhah Dan Zaquan Adha

15 Julai 2013

Gembiranya Abang Nara melihat betapa bahagianya hubungan suami isteri Ayu Raudhah dan Zaquan Adha ini. Wajah mereka tampak lebih berseri-seri sejak kehadiran cahaya mata pertama mereka iaitu Muhammad Aisy Qaiser. Memang comel sangat anak mereka berdua ini.
anak ayu raudhah

Dalam diam, Aisy sudah pun berusia 4 bulan. Sekali imbas, Aisy memang mengikut wajah ibunya. Kalau anda mengikut Instagram pasangan suami isteri ini, pasti anda akan tersenyum lebar melihat telatah comel anak mereka. Abang Nara rasa geram nak cubit je.
anak ayu raudhah
Ayu Raudhah juga telah mula kembali berlakon semula selepas berehat panjang baru-baru ini. Apa-apa pun, semoga kebahagiaan keluarga ini akan berkekalan sehingga ke hujung hayat. Sama-samalah kita doakan mereka. Lagi beberapa keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah
anak ayu raudhah

Jumaat, 12 Julai 2013

(15 GAMBAR) Sambutan Hari Jadi Airit Rayyan, Anak Sulung Rita Rudaini

12 Julai 2013

Aduh comelnya anak sulung Rita Rudaini ini. Sekali pandang memang Airit Rayyan Rizqin ini iras muka ibunya. Confirm besar nanti akan hensem. Silap-silap menjadi rebutan ramai di zaman persekolahan nanti. Mana tahu Airit akan membesar jadi seorang pelakon dewasa kelak.

rita rudaini

Sambutan hari jadi ini telah diadakan di Ekids World, Ikano baru-baru ini. Majlis ini dihadiri oleh rakan-rakan terapat Rita Rudaini. Pasti majlis akan bertambah meriah sekiranya si bapa turut menghadirkan diri. Namun nak buat macam mana, inilah dugaan yang harus ditempuh oleh Rita dan anak-anaknya.

rita rudaini

Semoga Airit Rayyan Rizqin akan membesar menjadi anak yang soleh dan mengenang jasa ibunya yang berpenat lelah membesarkannya tanpa ayah di sisi. Lagi 13 keping gambar dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

rita rudaini

rita rudaini

rita rudaini

rita rudaini


rita rudaini

rita rudaini

rita rudaini

rita rudaini

rita rudaini

rita rudaini

rita rudaini

rita rudaini

rita rudaini

Selasa, 9 Julai 2013

Kerana Tiba Masanya, Ayu Raudhah Sanggup Tinggalkan Anak!

09 Julai 2013

Kerana Tiba Masanya, Ayu Raudhah Sanggup Tinggalkan Anak!

KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2013: Perancangan awal dramatis jelita, Ayu Raudhah untuk kembali berlakon selepas Syawal tahun ini, nampaknya tidak menjadi sebaik saja menerima tawaran berlakon telemovie raya, Tiba Masanya terbitan Suhan Movies.
Mungkin ada yang tertanya, apa kelebihan yang ada pada naskhah Tiba Masanya hingga membuatkan Ayu Raudhah atau nama sebenarnya Raudhah Che Wan,28 terpanggil untuk menerima tawaran tersebut walaupun baru habis tempoh berpantang sekitar Mei lalu.
Nyata watak sebagai ibu tunggal kematian suami lakonan Azhan Rani yang dalam telemovie arahan Khairul Amri Khalid yang sarat dengan pelbagai pengajaran dan meruoakan sebuah realiti yang berlaku di dalam masyarakat kita telah membuatkan Ayu 'mungkir' pada janjinya dan sanggup berjauhan dengan putera sulungnya, Muhammad Aisy Qaiser yang lahir pada 29 Mac lepas.
"Saya pun tidak tahu mengapa saya boleh mengubah pendirian saya yang mahu kembali ke set atau menerima tawaran hanya selepas berakhirnya cuti raya nanti. Ini memang job pertama saya selepas bersalin Mac lepas.
"Keputusan untuk berehat itu memang dah lama saya buat sebab saya memang tak mahu cuti lama. Mungkin kerana tajuk telemovie ini 'Tiba Masanya' ia seperti memberi petunjuk mungkin sudah tiba masa saya kembali bekerja.
"Ini semua aturan dan rezeki daripada Allah SWT. Lagi pula ia akan ditayangkan untuk Aidilfitri. Saya menjadi ibu tunggal dengan 3 anak yang bekerja keras mencari nafkah untuk anak-anak sehingga mereka terabai dan melarikan diri.
"Lepas melihat jalan cerita, saya merasakan satu perasaan berbeza membawakan watak ibu kerana ini kali pertama saya bawak watak ibu dan seorang ibu memang mempunyai nalurinya yang tersendiri.
"Saya sangat merasakannya ketika di set dan teringatkan anak di rumah,"ceritanya mengenai projek pertama yang akan ditayangkan di TV AL-Hijrah pada hari raya Aidilfitri yang kedua setelah cuti bersalin sejak Mac.
Adik kepada ratu cantik, model dan pelakon sensasi Rozita Che Wan ini memilih untuk berimej sopan dengan mengenakan hijab sejak tahun lalu dan telah melangsungkan perkahwinan dengan penyerang pasukan bola sepak Malaysia, Zaquan Adha pada 20 Januari 2011. Selain berlakon, Ayu Raudhah turut untuk mengusahakan butik fesyen yang dinamakan sebagai Padusi yang diusahakan bersama kakaknya, Che Ta.

Ayu Raudhah Rindu Anak Di Lokasi

09 Julai 2013



Telemovie karya Khairul Amri Khalid yang berjudul 'Tiba Masanya' merupakan penampilan pertama Ayu Raudhah sejak bergelar ibu kepada cahaya mata sulungnya. Baru sahaja selesai tempoh berpantang, Ayu kembali berlakon setelah hampir setahun berehat dan mengakui agak sukar baginya untuk berjauhan dengan anak.

“Ini merupakan pertama kali saya nak meninggalkan anak kerana kerja dan saya rasa susah sangat untuk melakukannya. Pagi sebelum ke lokasi anak saya masih tidur manakala pada sebelah malam ketika saya balik, dia sudah tidur. Kadangkala saya menatap gambar-gambar anak saya jika saya rindukannya ketika berada di lokasi,” kata Ayu ketika ditemui di lokasi penggambaran telemovie raya tersebut di Alam Damai, Cheras, pada Isnin.

Mengikut perancangan awal, Ayu mahu aktif semula berlakon selepas raya, namun pintu hatinya terbuka untuk menerima tawaran berlakon kerana tertarik dengan plot cerita 'Tiba Masanya'. Jelas Ayu, nilai positif yang cuba disampaikan oleh pengarah bukan sahaja boleh menjadi pengajaran kepada penonton tetapi sebagai peringatan untuk dirinya sendiri.

Dalam masa yang sama, Ayu turut menggambarkan kehadiran cahaya mata sulungnya itu sebagai satu rahmat yang menjadikan keluarga kecilnya bersama suami menjadi lebih bermakna. Setiap pagi apabila celik mata perkara pertama yang dilakukannya adalah ingin melihat wajah anaknya.

“Tahun ini giliran beraya di kampung saya iaitu Alor Star. Pada tahun 2011 saya balik dengan suami sahaja, tetapi tahun ini saya akan pulang bersama dengan anak juga. Kami begitu teruja dengan persiapan untuk raya tahun ini terutamanya apabila memilih barang-barang untuk anak,” ujar Ayu lagi.

Memilih untuk bercuti sepanjang bulan Ramadan ini, Ayu menjelaskan suaminya, Zaquan Adha, tidak cerewet dalam pemilihan makanan kerana lauk asas yang paling penting adalah ayam. Makanan wajib yang sering dinantikan oleh Ayu ketika musim perayaan adalah Ketupat Daun Palas yang dimakan bersama susu pekat manis.

Produksi Tetap Akan Saman Rita Rudaini RM100,000

09 Julai 2013

Produksi Tetap Akan Saman Rita Rudaini RM100,000

KUALA LUMPUR, 9 JULAI 2013: Usaha pihak Persatuan Seniman Malaysia (SENIMAN), untuk mendamaikan aktres Rita Rudaini bersama sebuah syarikat produksi baru menemui jalan buntu apabila produksi tersebut tetap dengan pendirian mereka untuk menyaman Rita.
Ini berikutan dakwaan produksi tersebut yang menyatakan Rita telah melanggar kontrak perjanjian apabila meninggalkan penggambaran sebuah drama episod yang dijangka tamat bulan ini.
Menerusi laporan akhbar Harian Metro hari ini, Pengerusi Biro Aduan dan Undang-Undang SENIMAN iaitu Zahrin Ishak berkata pihak produksi itu tetap juga mahu menyaman Rita dengan tuntutan ganti rugi sebanyak RM100,000.
Menurut Zahrin, usaha pihak SENIMAN untuk mendamaikan kedua-dua pihak gagal kerana pendirian tetap produksi itu dan tiada apa lagi dapat dilakukan pihaknya pihaknya untuk menyelesaikan isu ini secara baik.
Penghujung April lalu, Rita telah mengadu masalahnya kepada SENIMAN apabila diminta membayar ganti rugi RM100,000 oleh sebuah produksi selepas dia menarik diri daripada penggambaran drama episod yang dijangka tamat bulan ini.
Menurut Rita, sebelum membuat keputusan tersebut, dia terlebih dulu telah mengadakan perbincangan bersama produksi itu selain menyatakan ketidakpuasan hatinya terhadap cara kerja yang dipamerkan pihak produksi terbabit.
Sebaliknya dia pula diugut untuk meminta ganti rugi jika dia mengambil keputusan untuk berhenti daripada meneruskan penggambaran.
Ini menyebabkan Rita membuat aduan kepada pihak SENIMAN namun pertemuan yang diatur oleh pihak SENIMAN terhadap kedua-dua pihak tidak menunjukkan perkembangan positif apabila ia hanya dihadiri pelakon itu sahaja.
"Pihak produksi tidak hadir pertemuan lalu dan mereka menyatakan hasrat untuk tetap menyaman Rita.
"SENIMAN sudah berusaha sebaik mungkin membantu Rita, namun gagal. Kini terpulang kepada dia untuk mengambil peguam sendiri atau mendapatkan peguam SENIMAN," katanya ketika dihubungi, semalam.

Rita Rudaini Redha Jika Jodoh Bersama Dengan Aidil

09 Julai 2013

aidil_rita_rudaini2
Seperti yang kita tahu, status rumahtangga pasangan Rita Rudaini dan Aidil Zafuan masih lagi belum menemui kata putus kerana masih lagi dalam perbicaraan di mahkamah. Biarpun, mempunyai masalah dalam rumahtangga, Rita kini dilihat semakin giat dengan perniagaan product kecantikan RS Collagen dan tetap menjalankan tanggungjawab sebagai ibu dan selebriti.
Allhamdulillah saya bahagia walaupun belum solo lagi”, selorohnya.
“Kes mahkamah masih tak selesai lagi. Tapi saya tak fikir sangat hal itu sebab lebih baik saya fokus pada anak. Kalau ikutkan hati memang rasa marah sebab dah berlarutan lama. Tapi bila saya fikir kembali, jodoh itu bukan di tangan sesiapa hanya di tangan Allah. Kalau jodoh saya dengan dia (Aidil Zafuan) kuat, saya redha.” jelas Rita.
Tambah Rita lagi sejak berlaku konflik antara mereka suami isteri, Rita tidak pernah menghalang Aidil dari berjumpa anak-anak. Namun demikian Rita sedikit kesal dengan sikap Aidil yang selalu berjanji kepada Rayyan dan Arjuna mahu meluangkan masa mereka tetapi Aidil memungkiri janji di saat-saat akhir.
Kes penceraian Rita dan Aidil akan naik semula ke mahkamah pada 17 Julai ini.
KB Shouts : kite tunggu keputusan mahkamah nanti yerr
Sumber : ohartis

Isnin, 8 Julai 2013

Rita Rudaini Bahagia Walaupun Belum Solo

08 Julai 2013

Rita RudainiUmum tahu konflik rumah tangga yang melibatkan pelakon wanita terkenal, Rita Rudaini dengan pemain bola sepak negeri Johor Darul Takzim (JDT), Aidil Zafuan masih belum berkesudahan.
Namun begitu, pelakon ini tetap melahirkan rasa gembira kerana dua putera tercinta iaitu Airit Rayyan Rizqin, 4 dan Airit Rafqa Arjuna, 2 sering berada di sampingnya dan mengakui buat masa ini dia ingin memberikan sepenuh fokus buat anak-anak tersayang.
Allhamdulillah saya bahagia walaupun belum solo lagi.
Kes mahkamah masih tak selesai lagi. Tapi saya tak fikir sangat hal itu sebab lebih baik saya fokus pada anak. Kalau ikutkan hati memang rasa marah sebab dah berlarutan lama. Tapi bila saya fikir kembali, jodoh itu bukan di tangan sesiapa hanya di tangan Allah. Kalau jodoh saya dengan dia (Aidil Zafuan) kuat, saya redha.


Rita Rudaini 1

Rita bersama produk kecantiannya, RS Collagen
Meskipun pergolakan rumah tangga antara Rita dan suaminya sudah lama berlarutan, akan tetapi pelakon wanita ini akui dia langsung tidak pernah menghalang Aidil untuk bertemu dengan anak-anak mereka.
Namun begitu, dramatis ini melahirkan rasa sedikit kesal apabila Aidil dilihat selalu memungkiri janji dan sering membatalkan pertemuan dia bersama anak-anak di saat akhir.
Orang mungkin nampak macam saya yang tak bagi dia jumpa anak-anak. Saya bagi. Bila dia dah janji nak jumpa anak-anak, saya akan bagi tahu Rayyan dan Arjuna yang daddy mereka nak datang. Tapi sebenarnya bila sampai masa, dia cakap dia ada hal lain.
Apa yang lebih penting selain dari anak-anak? Saya jadi marah bila dia buat macam tu. Bagi saya dia tak serius. Saya perlu jaga hati anak-anak saya. Saya tak mahu nanti anak-anak cakap saya bohong mereka. Saya sedih bila dia buat macam tu pada anak-anak saya. – MalaysianDigest
Untuk makluman, Aidil dan Rita telah bernikah pada 25 Februari 2008, di Selatan Thailand dan kes perbicaraan pasangan ini akan bersambung pada 17 Julai akan datang.
Di sini OHBULAN! selitkan juga video comel gelagat Rita bersama dua puteranya buat tatapan anda semua. Enjoice!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...