Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 18 Februari 2013

Johor DT mahu terus raih 3 mata

18 Februari 2013


Daniel Guiza (kiri) cuba melepasi pemain T-Team, Mohd. Nuraliff Zainal Abidin dalam aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunus, kelmarin.

JOHOR BAHRU - Kemenangan ke atas T-Team di gelanggang sendiri kelmarin menjadi pembakar semangat buat Johor Darul Takzim untuk meneruskan kecemerlangan apabila berdepan Lions XII dalam Liga Super, esok.
Jurulatih Johor Darul Takzim, Ismail Ibrahim menyifatkan kemenangan 1-0 kelmarin penting bagi meningkatkan moral pemain.

"Meskipun gagal mempamerkan aksi terbaik terutamanya pada babak kedua perlawanan, tiga mata yang diperoleh sangat penting buat pasukan ini.

"Sasaran kami adalah untuk terus mengutip tiga mata penuh di laman sendiri tetapi perlu memperbaiki beberapa perkara terutamanya jentera serangan yang banyak mempersia-siakan peluang pintu gol," katanya selepas perlawanan kelmarin.

Daniel Guiza menjadi wira tuan rumah apabila menjaringkan gol tunggal perlawanan bagi memastikan Johor Darul Takzim memperoleh tiga mata berharga. 

Ismail mengakui, ketiadaan Simone Del Nero akibat kecederaan pada babak kedua menyukarkan bahagian tengah untuk terus mengatur serangan bagi menambah bilangan gol.

"Ketiadaannya pada babak kedua jelas memberikan kesan kerana dia adalah pemain tonggak dan banyak membantu menghidupkan bahagian tengah," katanya.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130218/su_04/Johor-DT-mahu-terus-raih-3-mata#ixzz2LFVKGfn1
© Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...