Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 18 Februari 2013

Guiza wira Harimau Selatan

18 Februari 2013 (17 Februari 2013)

Daniel Guiza (kanan) dikasari pertahanan T-Team, Mohd. Syuhiran Zainal pada perlawanan Liga Super di Stadium Larkin, Johor Bahru, semalam. - MINGGUAN/RAJA JAAFAR ALI

JOHOR BAHRU - Johor Darul Takzim meneruskan kecemerlangan walaupun sekadar mencatat kemenangan tipis ke atas T-Team 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.

Walaupun melakukan asakan demi asakan sebaik sahaja permainan bermula, skuad Harimau Selatan yang beraksi di hadapan kira-kira 30,000 penyokong sendiri, banyak melepaskan peluang untuk mencipta lebih banyak jaringan.

Johor DT hampir memperoleh gol seawal minit ketiga namun cubaan Norshahrul Idlan Talaha berjaya diselamatkan penjaga gol skuad The Titans, Mohd. Iqbal Mohd. Suhimi.

Penyerang import Johor DT, Daniel Guiza juga turut mempunyai peluang untuk merobek gawang lawan pada minit ke-17, namun dia dijatuhkan di hadapan pintu gol.

Bagaimanapun, bekas penjaring terbanyak La Liga itu berjaya memecah kebuntuan jaringan apabila menguis masuk hantaran leret Nurul Azwan Roya pada minit ke-31.

Memasuki babak kedua, rentak permainan kedua-dua pasukan lebih seimbang apabila saling berbalas serangan.

Pasukan pelawat hampir menyamakan kedudukan melalui penyerang dari Ireland, Caleb Folan pada minit ke-56 dan sekali lagi pada minit ke-63 namun berjaya diselamatkan penjaga gol, Mohd. Zamir Selamat.

Pada minit ke-65, gawang Johor DT bolos apabila Mohd. Marzuki Yusof menyepak masuk gol tetapi pengadil Wan Mohd. Tarmizi Ibrahim memutuskan pemain itu berada dalam kedudukan ofsaid.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20130217/su_01/Guiza-wira-Harimau-Selatan#ixzz2LFVc42FJ © Utusan Melayu (M) Bhd 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...