Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Isnin, 18 Februari 2013

Johor DT meneruskan rentak cemerlang

18 Februari 2013



GUIZA (kanan) menjaringkan gol kemenangan Johor DT pada aksi menentang T-Team malam tadi.


JOHOR DARUL TAKZIM (Johor DT) meneruskan rentak cemerlang apabila menewaskan Terengganu T-Team 1-0 pada aksi Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin malam tadi.
Beraksi di hadapan kira-kira 30,000 penyokong sendiri, skuad Harimau Selatan tampil garang apabila melakukan asakan demi asakan sebaik sahaja permainan bermula.
Skuad bimbingan Fandi Ahmad hampir memperoleh gol pertama seawal minit ketiga namun cubaan Norshahrul Idlan Talaha berjaya diselamatkan penjaga gol The Titans, Mohd. Iqbal Mohd. Suhimi.
Penyerang import Johor DT, Daniel Guiza juga turut mempunyai peluang untuk merobek gawang lawan pada minit ke-17 namun dia dijatuhkan di hadapan pintu gol.
Guiza bagaimanapun berjaya memecah kebuntuan apabila menguis masuk hantaran leret Nurul Azwan Roya pada minit ke-31.
Bersambung babak kedua, permainan ternyata lebih seimbang apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.
Pasukan T-Team hampir menyamakan kedudukan melalui penyerang dari Ireland, Caleb Folan pada minit ke-56 dan sekali lagi pada minit ke-63 namun kedua-duanya berjaya diselamatkan penjaga gol, Mohd. Zamir Selamat.
Keriangan kira-kira 100 penyokong T-Team yang hadir apabila Mohd. Marzuki Yusof menyepak masuk gol pada minit ke-65 tidak berkekalan setelah pengadil Wan Mohd. Tarmizi Ibrahim memutuskan Mohd. Marzuki berada dalam kedudukan ofsaid.
Sementara itu, di Stadium Tunku Abdul Rahman Paroi, Nor Fazly Alias muncul wira Angkatan Tentera Malaysia (ATM) selepas meledak gol penyamaan ketika mengikat Negeri Sembilan 1-1 pada aksi keenam Liga Super itu.
Negeri Sembilan membuka jaringan menerusi Mohd. Firdaus Azizul pada minit ke-34 namun Fazly memastikan ATM berkongsi satu mata dengan menjaringkan gol penyamaan pada minit ke-89.


Artikel Penuh: http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2013&dt=0217&pub=Kosmo&sec=Sukan&pg=su_03.htm#ixzz2LFUrtaBY 
Hakcipta terpelihara 

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...