Aidil Zafuan & Zaquan Adha

Keluarga Aidil Zafuan

Keluarga Zaquan Adha

LIKE jika suka :)

Rabu, 23 Januari 2013

Sehangat Asmara : Adi Putra Gementar Lakonkan Babak Mesra Dan Romantik Dengan Rita Rudaini

23 Januari 2013



Episod kedua drama bersiri adaptasi novel terlaris di Malaysia, Sehangat Asmara sudah pun selesai ditayangkan di Astro Mustika HD saluran 134, malam tadi…Agak-agaknya macam mana ya? Puas hati atau tidak dengan gandingan Adi Putra dan Rita Rudaini?
Rasanya pasti ramai penonton wanita yang cair apabila melihat gaya romantik dan ketegasan Adi Putra di dalam drama Sehangat Asmara. Untuk pengetahuan semua, untuk tahun 2013 ini, Adi memang mahu fokus kepada watak-watak romantik sahaja.
Kata Adi ketika ditemui baru-baru ini ketika Majlis Perasmian Drama Sehangat Asmara, dia mahu mengurangkan lakonan melibatkan aksi dan tidak mahu kelihatan ‘ganas’ dan ‘garang’ pada tahun ini.
“Sebenarnya dah boring asyik berlakon watak garang je…Tahun ni nak bagi kelainan sikit, sebab kalau asyik bawak watak yang sama aje, nanti orang peminat bosan pulak,” kata Adi tersenyum.
Pelakon yang membawa watak Zainal Arief ini juga mengaku, Sehangat Asmara merupakan drama paling romantik yang pernah dilakonkannya dan berharap agar babak-babak ‘mesra’ dia dan Rita yang memegang watak Kamilia Najwa tidak disalah erti atau disensasikan.
“Ya, memang ada babak-babak ‘mesra’ seperti mendukung rita, cium dahi Rita…tapi itu semua dilakukan atas dasar kerja dan profesialisme. Jadi, tiada apa yang perlu disensasikan..Lagipun itu berlaku di antara Zainal Arief dan Kamilia Najwa.
Tapi tak senang juga nak lakonkan babak-babak intim macam tu…nervous!,” katanya ketawa.
Tambah Adi lagi, sikap profesional Rita di sepanjang penggambaran menyenangkan dan mengaku selesa berganding dengan aktres itu.
“Tiada apa-apa masalah yang timbul…Rita seorang yang profesional…Jadi, bekerjasama dengan dia memang sangat-sangat mudah,” kata Adi sambil melirik kepada Rita yang duduk disebelahnya.
Kepada anda yang terlepas untuk menonton drama arahan Mohd Feroz Kader itu, boleh layari  www.astrogempak.com.my/sehangatasmara.aspx .
Drama bersiri 33 episod ini bersiaran pada setiap Isnin hingga Rabu, jam 10 malam secara ekslusif di saluran 134, Astro Mustika HD.
Masih belum dapat menonton drama kegemaran anda dalam bentuk definisi tinggi? Mudah sahaja, anda boleh melanggan perkhidmatan Astro B.yond dengan bayaran serendah RM20.00 sebulan. Jika anda masih belum memiliki Astro di rumah, sila layari laman web www.astro.com.my/shop atau hubungi  1300 82 3838 untuk melanggan. 
Kepada yang masih belum melanggan Pakej Mustika, anda hanya perlu layari www.astro.com.my/mustika
atau hubungi  1300-82-3838 untuk melanggan dan dapatkan pakej mustika dengan harga RM12.95 sebulan.
Rancangan-rancangan menarik lain di Astro juga boleh ditonton secara online di www.astrogempak.com.my.

Tiada ulasan:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...